SAJAK KASIH SAYANG Kasih dan saying adalah rahmat tuhan Yang tercipta dalam diri semua Tak perlu ada perasaan benci Semua insan mahu disayangi
Kasih dan sayang memberi bahagia Pada hati restui penerima Dengan kasih sayang terasuh peribadi Membentuk hidup yang lebih harmoni
Tanpa kasih dan sayang Tidak akan sempurna pada ciptaan bernama manusia Tanpa kasih dan sayang Tidak akan tercipta kehidupan yang bahagia
Kasih dan cinta membaharui kehidupan Semua insan memerlukan ketabahan Dengan sifat mahmudah menjadi panduan diri Agar hidup yang lebih harmoni
Tanpa kasih dan cinta Tidak akan sempurna sempurna perpaduan sesama sesama manusia Tanp akasih dan cinta
Tidak akan tercipta minda cemerlang kasih yang gemilang
SAJAK KASIH SAYANG IBU BAPA HARI BERGANTI HARI MINGGU BERTUKAR MINGGU BULAN TERUS MENJELMA SAAT YANG DINANTIKAN MAKIN TIBA IBU RESAH AYAH GELISAH MENANTI SAAT KELAHIRAN ANAK YANG AKAN MEMBAHGIAKAN MEREKA GEMBIRANYA IBU BERSYUKURNYA AYAH MENERIMA TETAMU YANG DINANTI ITULAH AKU YANG BARU MENGENAL DUNIA AKU DICIUM IBU AKU DITATANG AYAH UMPAMA MINYAK YANG PENUH AKU DIBESARKAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG IBU BERLARI MENDENGAR TANGISANKU AYAH MASIH LAGI MEMBANTING TULANG UNTUK MENYARA HIDUPKU AKU DIRUMAH SELAMAT DALAM DAKAPAN IBU KINI AKU TELAH DEWASA IBU AYAH MASIH TETAP MENYAYANGIKU PERNAH SATU KETIKA
IBU TERSENTUH DENGAN TINGKAHKU SEMALAMAN IBU MENANGIS BERENDAM AIR MATA AKU HAIRAN KENAPA IBU BEGITU AYAH DATANG MENGHAMPIRIKU DINASIHATNYA AKU OH TUHAN AKU BERDOSA PADA IBU OH TUHAN AKU DERHAKA PADA AYAH AKU MENJADI ANAK YANG TIDAK MENDENGAR KATA MAAFKAN AKU IBU MAAFKAN AKU AYAH AKU TIDAK SEDAR TINGKAHKU SELAMA INI BEGITU MENYIKSA KALIAN AKU BERJANJI PADA MU IBU AKU BERJANJI PADA MU AYAH SATU HARI NANTI AKU AKAN MENJADI ANAK YANG AKAN MEMBANGGAKAN KALIAN KASIH SAYANG YANG KALIAN CURAHKAN AKAN KUSEMAT SEDALAM DALAMNYA DILUBUK HATI AKU MENGERTI KINI KASIH SAYANG AYAH DAN IBU
TIDAK DAPAT DIJUAL BELI IBU AYAH BERSYUKURNYA AKU MENJADI ANAKMU PENGORBANANMU AKAN KU KENANG SELAMA LAMANYA HINGGA AKHIR HAYATKU
NUKILAN ariman
SAJAK BERTEMAKAN KASIH SAYANG.. ......Kasih ibu ......
Kasih ibu Tika tangisan aku pada waktu kecil Bibirnya tidak lesu zikirullah Pantas mendodoi dalam pelukan erat Wajah dalam tidur dan terjaga Aku tidak mengerti apa-apa Kasih ibu Tika tangisan aku dalam alam remaja Wajahmu penenang dalam persoalan Merungkai jawapan menjadi pelengkap Tanpa keluhkesah Kerna ibu lebih mengerti Kasih ibu Tika tangisan aku dalam dunia dewasa Mata dan tanganmu menjadi temanku Sewaktu menangis tanganmu menghapuskannya Sewaktu tangan terluka matamu menangis bersama Sesungguhnya ibu lebih tahu Kasih ibu Tika tangisan cucumu bukan lagi tangisan aku Ibu datang tanpa keluhbicara Bukan saja ubat diam anakku bahkan aku terkedu Ibu menjadi pendamping setiaku Ku ingat waktu kecil besar Setianya kasih ibu Hanya ibu yang tahu Kasih ibu Ku tahu aku tak sekasih ibu Ku cuba untuk menjadi sekasih ibu Baru ku tahu bila bergelar ibu istimewa buat ibunda,semua kekandaku,guru2, pensyarah, dan semua wanita yang sudah atau belum bergelar ibu......
Gugurnya Kelopak Itu... Tunas itu mula bercambah, Sekian lama tertanam di pelosok gentian, Menjalar robek sinar mentar, Walau halangan datang menerpa. Tunas itu mula berkembang, Kembangnya sekuntum mawar, Bagai si puteri bangkit beradu, Walau saingan menyerang tiba. Si mawar mula mewangi, Semerbak harum menusuk kalbu, Ayuan merah kelopak menawan, Lambaian hijau daunan menenang. Lembut tubuh bersalut duri, Membangkit cemburu iri sang flora, Menzahir gerun takut sang fauna, Hanya si kumbang gagah tiada gentar. Ibu dikaulah mawar itu, Yang kupujai tiap waktu, Yang kurindui wajahmu, Yang kukagumi ketabahanmu. Cekal hati mendidik daku, Sabar murni melayan kerenah anakmu, Tiada kedengaran sepatah keluhan, Tiada kelihatan setitip kemarahan. Kini mawar itu kian layu, Perlahan dimamah arus usia, Gugur sudah si ayu kelopaknya, Hilang sudah lambaian daunannya. Segamit memori ku kenangi, Setulus kasih ku dambai, Potret wajahmu ku tatapi, Sebuah kehilangan yang tiada ganti.
khas buat ibu tersayang..al-fatihah ~tinta lughahwi~
Ingatlah Kepada Ibumu Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “ Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok… aku cari pasanganku Bila sedih… aku cari Ibu Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu… aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku Bila..bila… aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku Renungkan: Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu…. ~???~
Ibuku Ibu Setiap deras degupan jantungku Engkau mampu merasanya Ketika aku:
Sedih Gembira Gelisah Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku Ketika aku sedih Kaulah ubat kepada duka laraku Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saat Aku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia Pabila gelisah menyelubungi jiwaku Engkau masih bersamaku Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku Ibu Selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua Ibu Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya Namun, terimalah keikhklasanku Untuk menyayangi Insan yang mulia ini ~Muhammad Syafiq~
Sajak Untuk Ibu Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku Daku tidak pernah kecewa Kata-katamu bak mutiara Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya... ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk kebaikan diriku... Mengajarku erti sebuah kehidupan Ibu…. Daku telah banyak berdosa kepadamu Dapatkah daku membalas jasa baktimu Yang laksana pepasir di pantai Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil Dan menatap wajahku yang hina ini... Sempena Hari Ibu Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia Disamping keluarga tercinta... ~Sulaiman~
Aku Masih Ingat Aku masih ingat dan akan terus ingat sehingga akhir hayat dulu engkau banyak menderita aku masih ingat dulu engkau banyak menangis aku masih ingat dulu engkau banyak berkorban apa saja aku masih ingat dulu engkau berbalut ketabahan membesarkan aku mengenal kemanusiaan aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat mengasuh aku menjadi insan beriman aku masih ingat dulu engkau berdinding kegigihan mendidik aku menjadi anak soleh aku masih ingat dulu engkau merumahkan setia memelihara aku dengan kasih sayang menjadi manusia berguna aku masih ingat…. aku masih ingat…. tak kan mudah aku lupa karena jasamu tak terbalas semuanya karena tak terenang sepenuhnya di laut budimu ibu……..!!!! aku masih ingat mengucapkan terima kasih dan akan terus ingat melafazkannya sehingga akhir hayat aku masih ingat segala yang murni itu… ~Sepriadi~