Apakah cabaran dan isu utama yang perlu ditangani oleh warga pendidik keseluruhannya bagi memastikan hasrat KPM memperkenalkan memperkenalkan dan menerapkan budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat –menghormati di sekolah tercapai.
Sila beri hujah anda secara ringkas dah ilmiah.
Budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat-menghormati merupakan elemen yang dterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Adnan et al. 2010). Agama Islam menganjurkan budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormatmenghormati sesama insan (Muhamad et al. 2004).
Pelbagai cabaran dan isi yang dihadapi oleh warga pendidik dalam menerapkan nilai-nilai nilai-nilai tersebut. tersebut. Perubahan struktur sosial sosial dan penempatan masyarakat menyumbang kepada kurang amalan nilai murni dalam dalam kehidupan. kehidupan. Rahman et al. (2016) mendapati mendapati tahap penglibatan sosial dalam kalangan penduduk Putrajaya adalah rendah. Keadaan ini menyebabkan menyebabkan nilai-nilai murni tidak dapat ditekankan dalam aktivti sosial.
Budaya yang ingin diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berkait berkait rapat dengan unsur unsur perpaduan. Ab Rahman et al. (2018) telah menjalankan kajian di perumahan rakyat mendapati semangat perpaduan dalam kalangan remaja adalah sederhana. Dapatan tersebut selari selari dengan penemuan penemuan Hamdan &
Jamaludin (2010) yang mendapati pelajar tidak memilih intergrasi ahli kumpulan daripada pelbagai kaum dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Masalah displin pelajar merupakan isu pendidikan di dalam negara dan global (Muhammad Faizal et al. 2017). Kajian penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah mendapati nilai hormat-menghormati dan kasih- sayang pada yang amat baik (Othman et al. 2015). Pengahayatan nilai murni perlu diteruskan untuk menjadikan pelajar seorang pelajar menjadi insan yang holistik (Shuhari & Hamat 2015).
Kesimpulannya, antara cabaran dan isu yang perlu ditangani oleh pendidik dalam merealisasikan budaya kebahagiaan, kasih sayang dan hormat –menghormati di sekolah ialah struktur sosial, perpaduan dan pengahayatan nilai murni.
Rujukan
Ab Rahman, Z., Ibrahim, F. & Subhi, N. 2018. Faktor Keagamaan Yang Mempengaruhi Semangat Perpaduan dalam Kalangan Remaja yang Tinggal di Kawasan Program Perumahan Rakyat ( PPR ). Global Journal Al Tahqafah 8(1): 107 –114.
Adnan, M.F., Hamzah, R. & Udin, A. 2010. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional di Malaysia http://eprints.utm.my/id/eprint/14917/ [4 November 2018].
Hamdan, A.R. & Jamaludin, I.F. 2010. Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) http://eprints.utm.my/id/eprint/10544/ [4 November 2018].
Muhamad, S.N., Mohamed, A.K., Haron, Z. & Abdul Rahman, S.A. 2004. Budaya penyayang dalam kehidupan masyarakat Islam: Antara teori dan praktis. Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004) hlm. 1 –17 http://repo.uum.edu.my/1804/ [4 November 2018].
Muhammad Faizal, A.G., Norfariza, M.R., Husaina Banu, K., Saedah, S., Zuraidah, A., Norfariza, M.R., Faisol, E., Maszuria, A.G. & Amalina, A. 2017. Masalah Disiplin Murid Islam: Strategi Dan Penyelesaian Terhadap Kurikulum Pendidikan Islam. Jurnal Hadhari 9(1): 91 –110.
Othman, M.K., Suhid, A., Rashid, A. & Roslan, S. 2015. Penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini. Jurnal Pembangunan Sosial 18(Jun): 1 –16.
Rahman, A.A., Ahmad, A.R., Abdul Amlek, J. & Awang, M.M. 2016. Penglibatan Sosial Dan Pembudayaan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Tidak Formal Dalam Kalangan Penduduk Bandar Putrajaya. Kajian Malaysia 30(2): 75 –100. Malyasia.
Shuhari, M.H. & Hamat, M.F. 2015. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 9(15): 24 –40. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/viewFil e/81/68.