Kelas Bil Pelajar Komponen Tema Topik Kandungan Hasil Pembelajaran (Kurikulum) Hasil Pembelajaran (slot/aktiviti)
: Mukmin : 15 orang kanak-kanak : Kerohanian dan Moral : Pengembaraan : Mengenal Huruf Jawi : Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi 5.1 Mengenal Bahasa Al-Quran 5.1.1 Mengenal Bentuk Huruf dan Menyebut Huruf Hijaiyah : Pada akhir pengajaran kanak-kanak dapat : a. Mengenal Huruf Hijaiyah b. Menyebut Huruf Hijaiyah
Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak: a. Kanak-kanak pernah mendengar lagu "Alif Baa Taa". b. Kanak-kanak pernah melihat huruf-huruf Hijaiyah. c. Kanak-kanak telah selesai mempelajari semua Huruf-huruf Hijaiyah.
Alat / Bahan Bantu Mengajar: a. Alatan media: Komputer, Pembesar Suara. b. Video Lagu "Alif Baa Taa" c. Carta c. Carta Huruf Hijaiyah d. Sebutan d. Sebutan Huruf Hijaiyah e. Permainan e. Permainan Huruf Hijaiyah f. Lembaran f. Lembaran Kerja Huruf Hijaiyah
Penggabungjalinan Komponen:
Bahasa dan Komunikasi ; Perkembangan Kognitif ; Perkembangan Fizikal ; Perkembangan Kerohanian dan Moral; Perkembangan Sosioemosi S osioemosi ; Kreativiti dan Estetika.
Pengembangan Isi Pengajaran
SET INDUKSI(5 minit) Nyanyian - Guru mengarahkan kanak-kanak berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu "Alif Baa Taa". - Guru memasang dan memperlihatkan kepada kanak-kanak video lagu "Alif Baa Taa". - Kanak-kanak yang sedia tahu menyanyikan lagu "Alif Baa Taa" akan turut menyanyikan lagu tersebut. - Kanak-kanak yang tidak pernah tahu akan mendengar dan cuba untuk mengikuti lagu tersebut.
AKTIVITI 1 (10 minit) Mengenal Huruf di Carta - Guru menunjukkan paparan Carta Huruf Hijaiyah di komputer untuk memperkenalkan sejumlah Huruf Hijaiyah. - Guru membuka paparan Sebutan Huruf Hijaiyah satu-persatu. - Guru menekan paparan Sebutan Huruf Hijaiyah satu-persatu. - Setelah itu, guru meminta kanak-kanak menyebut bersama-sama satu persatu Sebutan Huruf Hijaiyah. - Kanak-kanak menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru satu-persatu.
AKTIVITI 2 (10 minit) Susunan Huruf Hijaiyah - Guru memberikan setiap kanak-kanak satu Huruf Hijaiyah yang berbeza. - Guru meminta kanak-kanak untuk menyusun huruf-huruf tersebut di papan putih di hadapan kelas. - Semasa kanak-kanak datang kehadapan, guru meminta kanak-kanak menunjuk dan menyebutkan huruf yang diperolehi.
AKTIVITI 3 ( 10 minit ) Permainan Membunyikan Huruf Hijaiyah - Guru membuka paparan Permainan Huruf Hijaiyah. - Guru memanggil seorang demi seorang kanak-kanak ke hadapan untuk memilih huruf yang disukai dan membunyikan huruf tersebut. - Kanak-kanak akan datang ke hadapan dan memilih salah satu huruf hijaiyah yang digemari dan membunyikan huruf tersebut. - Kanak-kanak lain melihat dan menyebut bersama-sama huruf yang dipilih.
PENUTUP (5 minit ) Nyanyian - Guru memasang video lagu "Alif Baa Taa". - Guru dan kanak-kanak menyanyi lagu "