PROJEK TAHUN AKHIR Risiko Kredit Dalam Perbankan Islam (Kes Di Malaysia) Bab 1: Pendahuluan Nama Pelajar:
Nur Ain Nazirah Nazirah Binti Md Noor Fatin Khairunnisa Binti Azhar Nama Penyelia:
Dr Zakaria Bin Bahari
Pengenalan Pada lewat tahun 1970 dan awal tahun 1980 berlakunya peningkatan kadar faedah yang mendadak di Amerika. Fokus utama pengawal selia di Amerika adalah pada risiko kadar faedah dan lambakan peminjam yang gagal membayar dalam kalangan bank-bank dan bukan bank serta Institusi pinjaman. Keadaan ini juga turut melanda bahagian Asia tenggara semasa krisis di Asia yang bermula dengan kejatuhan matawang Thailand pada 7 Julai 1997 dan bersambung hampir dua tahun berikutnya. Tindakbalas pertama yang dilakukan oleh Bank Pusat adalah dengan menaikkan kadar faedah dan menurunkan nilai mata wang dengan mendadak. Akibatnya, Institusi kewangan dan peminjam korporat terpaksa membayar dengan kadar faedah yang sepadan. Dalam konteks ini, telah difahami bahawa risiko kadar faedah adalah kawal setia yang utama dan fokus pengurusan di kebanyakkan Negara. Secara relatifnya, walaupun jelas dari institusi kewangan bahawa sejarah keingkaran (history default) menunjukkan risiko kredit merupakan kajian yang sangat penting seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Semasa penghujung perang dunia ke dua hingga pertengahan 1990-an, tiada bank di Jepun mengalami keingkaran membayar hutang. Pada awal 1990-an hingga sekarang, kadar faedah di Jepun berada dalam keadaan tren menurun yang agak stabil, persekitaran kadar faedah yang sangat baik untuk bank-bank. Walaubagaimanapun tiga daripada 20 bank-bank utama di Jepun dinasionalisasikan pada akhir tahun 1998: Hokkaido, Takushoku Bank, Long Term Credit Bank of Japan dan Nippon Credit Bank. Ini telah disahkan dalam satu kajian pada tahun 1995 oleh Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan, yang mana menggunakan kaedah statistik lanjutan untuk menghasilkan indek amaran awal daripada kegagalan Bank. Sistem Pemantauan Institusi Kewangan dibangunkan oleh badan Rizab Persekutuan untuk mendapatikan pembolehubah pembolehubah yang mempengaruhi risiko kredit. Oleh itu wajarlah risiko kredit perlu diberi perhatian, dikaji dan diuruskan dengan lebih cekap. Hal ini adalah kerana, risiko kredit adalah antara perkara yang perlu ditekankan dalam sistem
perbankan
dan
firma
secara
keseluruhannya
dan
mengkaji
hubungan
antara
pembolehubah yang menyebabkan peningkatan risiko kredit dengan menggunakan proksi yang sesuai seperti pinjaman tak berbayar (ptb).
Latar Belakang Kajian 1.1: Sejarah Penubuhan Perbankan Islam Di Malaysia Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam, secara tak langsung ia akan melibatkan prinsip transaksi yang berlandaskan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa transaksi Islam telah dipraktikkan di Tanah Melayu seawal abad ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas 1
dalam undang-undang Melaka. Apa yang jelasnya adalah, kebanyakkan negeri ketika zaman sebelum kemerdekaan turut dipengaruhi oleh undang-undang Melaka termasuklah yang 2
melibatkan aspek transaksi Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pelaksanaan 3
undang-undang Islam di negeri-negeri tersebut berterusan sehinggalah campur tangan Inggeris.
Walau bagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara yang berkaitan dengan muamalat. Ia hanya dinyatakan dalam beberapa fasal sahaja iaitu bermula dari fasal 29 4
hingga fasal 34.2. Namun apa yang menarik, ia ada memperuntukkan dalam satu fasal tentang larangan riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang menyentuh undangundang tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam urusniaga. Satu lagi bukti pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual janji (conditional sale). Salleh Buang menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai al5
bay’ al -waf a’
6
iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik. Masyarakat Melayu
terutamanya para petani di Kedah, Perlis, Utara Perak dan Kelantan sebelum zaman prapenjajah 7
lagi telah mengamalkannya. Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat
1
Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1997), Undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hal. 48 Antara undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Sembilan puluh Sembilan. Abu Hassan Mohd Adam (1973) dan Dewan Bahasa Pustaka, hal 149-150]. 3 Abu Bakar Abdullah (1986), Ke arah perlaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Lumpur: Pustaka Damai, hal. 58 4 Hamid Jusoh (1992), Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan Malysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, hlm. 52 5 Dari sudut bahasa al- bay’ ialah jual beli dan al -Wafa’ beerti pelunasan atau penunaian hutang. Ulama’ mentakrifkan ia sebagai jual beli yang dilakukan oleh dua pihak yang terdapat syarat bahawa barangan yang diakadkan itu boleh dibeli semula oleh penjual apabila tamat tempoh masa tertentu yang dipersetujui bersama. Dalam tempoh itu juga, pembeli boleh mengguna barang tersebut (misalnya tanah). Jika tempoh yang dijanjikan penjual gagal untuk membeli semula hartanya, ia akan berpindah milik kepada pembeli. [Joni Tamkin Borhan (2001), op. cit., hal. 138-139] 6 Salleh Buang (1989), The Law of Property in Malaysia : Prospect For Islamisation , International Islamic University Malaysia Journal, Vol. 1(1), hal. 98 2
7
Norhasyimah Mohd Yassin (1996), Islamisation / Malaynisation : A Study in the Roles of Islamic Law in the Economic Development of Malaysia 1963-1993, Kuala Lumpur : A.S Noordeen, hal. 264
dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti haram 8
pada waktu berkenaan.
Budaya akad jual janji telah mendapat perhatian dalam perundangan oleh hakim-hakim Inggeris dalam keputusan yang dibuat. Dalam kes Tengku Zaharah menentang Che Yusuf
9
, Hakim
Briggs memutuskan bahawa tujuan transaksi jual janji ialah untuk mendapatkan kemudahan kredit (hutang) dan memberikan kepada pemberi pinjaman (pemberi tanah) bayaran gantirugi yang sepadan tanpa terlibat dengan amalan bunga (usury) yang mana orang Islam dilarang 10
terlibat dengannya.
Dapat dirumuskan bahawa ketika zaman sebelum kedatangan penjajah sememangnya tidak wujud satu sistem perbankan Islam yang komprehensif. Malah sebuah institusi perbankan Islam yang khusus juga masih belum wujud. Masyarakat ketika itu hanyalah mempraktikkan transaksitransaksi ringkas dalam urusan harian mereka seperti jual beli, sistem tukar barang (barter ), jual janji dan lain-lain. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan penjajah Barat pada abad ke-19, barulah sistem perbankan mula diperkenalkan. Institusi perbankan pertama sekali di Malaysia ialah „The Chatered Merchant Bank Of India, London dan China‟ yang telah ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1859. Bank ini diwujudkan untuk membiayai aktiviti perlombongan dan perindustrian serta menawarkan beberapa kemudahan kewangan bagi perdagangan antarabangsa serta kemudahan lain pada masa 11
itu. Namun, ketika itu masih belum wujud satu institusi yang khusus mengaplikasikan konsep sistem perbankan Islam di Malaysia. Idea penubuhan perbankan Islam di Malaysia berlangsung secara beransur-ansur. Penubuhannya adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi kewangan Islam lain di 12
Malaysia. Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep transaksi Islam ialah Lembaga Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Wang Simpanan
8
Joni Tamkin Borhan (2005), Pelaksanaan Prinsip-Prinsip Syariah Dalam Amalan Perbankan Islam di Malaysia, dlm Abdullah Alwi Hj Hassan (Ed.), Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication, hal. 42 9 (1951) 1 MLJ 10 Norhasyimah Mohd Yasin, op. cit., hal. 265 11 Maysami, R.C & Valarie Low (1998), One Country Two System : Banking in Malaysia, Journal in Business Law, hal. 233 12 Zamri bin Hassan (2002), Islamic Banking : Its Legal Impediments and Reformation With Special reference to Malaysia, Law Majalla, Jil. 1, hal. 96
13
Bakal-Bakal Haji. Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orangorang Islam menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji dan melibatkan diri dalam bidang penanamann modal dalam lapangan perusahaan, 14
perdagangan, dan hartanah melalui cara yang halal di sisi Islam.
Seterusnya, ekoran kejayaan penubuhan bank-bank Islam di beberapa buah Negara seperti di Qatar, Mesir, Pakistan dan Iran maka, umat Islam di Malaysia juga telah menyuarakan hasrat 15
supaya bank Islam ditubuhkan di Negara ini. Malah penulis berpandangan perkembangan perbankan Islam pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah kesan dari proses 16
Islamisasi yang berlaku hasil daripada tokoh-tokoh reformis Islam ketika itu yang memberi impak pada masyarakat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam 17
kehidupan mereka meliputi soal politik, sosial dan ekonomi. Maka kerana itulah juga wujud gelombang pembaharuan dalam kalangan umat Islam untuk menubuhkan satu sistem perbankan Islam. Oleh itu di Malaysia, beberapa pihak telah menyeru kerajaan supaya menubuhkan sebuah bank Islam dan meminta kerajaan mengambil tindakan segera bagi menggubal undang-undang bagi membolehkan 18
Islam.
penubuhan bank dan institusi kewangan yang beroperasi berlandas prinsip
Maka pada 30 Julai 1981, kerajaan telah melantik Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan
Bank Islam ( National Steering Committee) yang dipengerusikan oleh YM Raja Tan Sri Mohar 19
bin Raja Badiozaman dan Lembaga Tabung Haji (LTH) dilantik sebagai urusetia.
Pada bulan Julai 1982, jawatankuasa tersebut telah menyerahkan laporan mereka pada kerajaan. Di samping, mencadangkan satu kerangka asas untuk sistem perbankan Islam di Malaysia, ia 13
Ia merupakan usaha kerajaan yang menerima kertas kerja yang bertajuk ‘Rancangan membaiki ekonomi bakal -bakal haji’ oleh Prof. Diraja Ungku Aziz. Ia mengandungi cadangan supaya menubuhkan institusi kewangan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi bakal haji dan operasinya berdasarkan kepada konsep pelaburan dan keuntungan berlandaskan Islam. [Mohd Lokman Abdul Mutalip (2006), Islamic Banking : Growth and Institutional Framework, dlm M. Fazilah Abdul Samad (Ed.), The Malaysian Financial System An Overview, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, hal. 6] 14 Joni Tamkin Borhan (2005), op. cit., hal. 44 15 Ibid. 16 Antara tokoh reformis yang mengislamisasikan dunia ialah seperti Hamaluddin al-Afghani (1839-1897), Muhammad Abduh (1849-1905), Rashid Rida (1865-1935), Muhamad Iqbal (1875-1938), Hassan al-Banna (1906-1949), Sayid Qutb (1906- 1966) dan Abu A’la al-Maududi (19031979) 17 Mohd Lokman Abdul Mutalip, op. cit. 18
Seruan tersebut hasil daripada resolusi yang diluluskan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1980 dan satu seminar bertajuk ‘Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam’ yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Mac 1981 [Joni Tamkin Borhan (2001), op. cit., hal. 141; BIMB, op. cit., hal. 3 ; Sudin Haron, op. cit., hal. 20] 19 BIMB, op. cit., hal. 4
juga membuat beberapa cadangan untuk perlesenan dan penyeliaan serta pengawasan sebuah 20
bank Islam. Akhirnya bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan telah meluluskan Akta Bank Islam 1983 (ABI)
21
22
dan mula berkuatkuasa pada 7 April 1983.
Dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983, maka Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Malysia dan diperbadankan di bawah 23
Akta Syarikat 1965.
Objektif utama penubuhannya ialah untuk berusaha menjalankan operasi
sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum syarak dan menyediakan kemudahan kepada 24
semua rakyat Negara ini. Seperti bank-bank lain, Bank Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa di bawah Akta Bank Islam untuk mengawal selia bank Islam. Sejajar dengan prinsip dan matlamat BNM untuk merealisasikan sistem perbankan Islam di seluruh Malaysia, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) telah diperkenalkan pada Mac 1993. Melalui skim ini, institusi perbankan konvensional dibenarkan menawar produk dan prasarana 25
yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan. Untuk permulaan, skim ini dianggap satu 26
printis yang melibatkan tiga buah bank.
Pada tahun 1998, BNM telah menjalankan satu kajian semula terhadap perbankan Islam dan mendapati penggunaan istilah “SPTF” dengan “Skim Perbankan Islam (SPI)” berkuatkuasa 1 27
Disember 1998. Perkembangan Sistem Perbankan Islam semakin berkembang apabila pada 1 28
Oktober 1999, sebuah lagi Bank Islam bernama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)
ditubuhkan. Bank ini dianggap sebagai bank Islam kedua di Malaysia yang muncul bagi
20
Zamri bin Hassan, op. cit., hal. 97 Akta 276 [Dalam bahasa Inggeris disebut Islamic Banking Act 1983 (IBA) ] 22 Sudin Haron, op. cit., hal. 21 23 Ibid. ; Hussin Salamon (2004), The Islamic Banking System in Malaysia : Concept, Operation, Challenges and Prospects , dlm Bala Shanmugam & Vignesen Perumal & Alfieya Hanuum Ridzwa, Islamic Banking : An Internatinal Perspective, Selangor : Universiti Putra Malaysia Press, hal. 76 ; al-Omar, Fuad & Mohamed Abdel Haq, op. cit., hal. 85 ; BNM (1984), Money and Banking in Malaysia, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, hal. 191 ; Zainal Amin Ayub, Mohammad Azam Hussain, Nurretina Ahmad Shariff & Hassan Ali, op. cit., hal. x 24 BNB (1999), Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan di Malaysia Perubahan Sedekad 1989-1999, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, , hal. 5 ; Sudin Haron, op. cit., hal. 22 25 BNM (1999), op. cit., hal. 275 ; al-Omar, Fuad & Mohamed Abdel Haq, op. cit., hal. 86 ; Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., hal. 335-340 26 Bank tersebut ialah Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malayan Banking (Maybank). Bagi menyertai skim ini, bank tersebut perlu mematuhi keperluan skim ini seperti menubuhkan Unit Perbankan Islam yang diketuai seorang pegawai kanan bank beragama Islam, mewujudkan Dana Perbankan Islam, membuka akaun semasa atau penyelesaian yang berasingan bagi operasi perbankan Islam di BNM, mendaftar sebagai ahli tidak langsung di dalam sistem pembayaran SPEEDS (RENTAS) dan mematuhi sistem penjelasan cek yang berasingan bagi perbankan Islam. Bank juga perlu menyediakan lejar am yang berasingan bagi perbankan Islam. 27 BNM, op. cit., hal. 276 21
28
Bank ini ditubuhkan hasil penggabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) dan Bank of Commerce Malaysia Berhad yang akhirnya melahirkan Bumiputera-Commerce Bank Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad
memperkukuhkan sektor perbankan Islam untuk memenuhi pertambahan permintaan masyarakat 29
terhadap perkhidmatan perbankan Islam.
Dapat dirumuskan di sini bahawa perkembangan sistem Perbankan Islam di Malaysia adalah berdasarkan dua bentuk utama iaitu institusi Perbankan Islam secara menyeluruh seperti BIMB dan BMMB. Seterusnya, wujudnya institusi Perbankan Konvensional yang menyertai SPI yang 30
diperkenalkan kerajaan. Oleh itu, sistem Perbankan Islam di Malaysia semakin berkembang dari masa ke semasa. Ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai hub Perbankan dan Kewangan Islam yang terulung di dunia.
1.2: Perkembangan Perbankan Islam Di Malaysia Sistem Muamalah Islam pada hakikatnya telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. Namun model perbankan yang kita fahami hari ini merupakan perkara yang asing jika dibandingkan dengan urus niaga tradisional Muamalah Islam. Apabila dibandingkan dengan perbankan yang
29
Joni Tamkin Borhan (2005), op. cit., hal. 50 Terdapat juga beberapa penulis meletakkan bentuk yang ketiga diamalkan oleh institusi perbankan Islam di Malaysia iaitu pasaran wang
30
antara bank Islam. [Awang Adek Husin (2000), Islamic Financial Lanscape in Malaysia, Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Ekonomi Islam di Abbad ke-21, Kuala Lumpur, 9-12 Ogos 2000, hal. 1 ; Sudin Haron, op. cit., hal. 22]
lain, bank merupakan suatu institusi perantara (financial intermediary) yang mengumpulkan dana-dana orang awam atau dikenali sebagai deposit untuk disalurkan pada pelanggan-pelanggan yang memerlukan pembiayaan sama ada untuk kegunaan syarikat atau kegunaan peribadi. Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah menunjukkan perkembangan dan peningkatan yang agal memberangsangkan. Sebelum tahun 1993, Malaysia mempeunyai sebuah bank Islam diikuti 36 cawangan yang terhad. Namun, setelah kerajaan memperkenalkan dan menyokong Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF) yang di mana menyebabkan perbankan Islam memperoleh hampir 2,500 cawangan bank Islam, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan. Industri kewangan Islam kini diperkukuhkan lagi apabila institusi perbankan konvensional yang menawarkan SPI diberi pilihan untuk mengubah operasi SPI mereka pada sebuah bank Islam sepenuhnya. Pada tahun 2008, pendapatan yang dijana oleh industri perbankan Islam mencatat pencapaian yang sangat memberangsangkan. Perbankan Islam (PI) memperoleh pendapatan kasar mlebihi RM9 billion dan kini aset PI telah menghampiri RM300 billion. Bagi menjamin pematuhan Syariah, semua bank Islam perlu menubuhkan Jawatankuasa Syariah bagi membimbing hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain itu, majlis penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di BNM diwujudkan 31
bagi memastikan keseragaman pendapat dan amalan.
Justeru, kajian ini disediakan untuk menganalisis faktor-faktor yang menentukan risiko kredit dalam Perbankan Islam. Bersandarkan objektif di atas, kajian memulakan perbincangan dengan menelusuri sejarah perkembangan Sistem Perbankan Islam masa kini, krisis ekonomi dunia, aset dan liability Perbankan Islam sebelum berfokus pada salah satu risiko terbesar yang dihadapi oleh kebanyakkan perbankan termasuklah perbankan Islam iaitu “risiko kredit” yang juga dikenali sebagai risiko pinjaman. Krisis Ekonomi dan Kesan terhadap Perbankan Islam
Krisis kewangan yang bermula seawal pertengahan tahun 2007 yang melibatkan gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Barat di Eropah
31
http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/gui/pdf/perbankan_islam_dan_prestasinya_kini.pdf
sebenarnya masih memberi kesan sehingga hari ini. Krisis yang dianggap oleh para sarjana ekonomi dunia sebagai krisis terburuk selepas “The Great Depression” pada tahun 1930an itu bukan sahaja meruntuhkan banyak institusi perbankan berkapasiti mega seperti Nothern Rock, Bear Stearns, IndyMac Bank dan Washington Mutual bahkan memberi kesan kepada jutaan penduduk Amerika dan Eropah. Krisis ini merebak ke Eropah hingga akhirnya bertukar menjadi suatu malapetaka ekonomi terburuk yang turut memberi impak yang serius terhadap kestabilan ekonomi global. Negara-negara yang membangun juga menerima tempiasnya kerana kebergantungan pada pelaburan langsung asing, urus niaga kredit dan perdagangan antarabangsa dengan Negara-negara yang dilanda krisis kewangan ini. Krisis kewangan global ini telah memberikan impak besar terhadap Walaupun institusi perbankan Islam telah bermula seawal 1970an lagi, hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja masyarakat dunia mulai memberi perhatian serius terhadap sistem berasaskan Syariah yang bebas daripada riba dan unsur-unsur penyelewengan lantaran kemelut dan krisis yang melanda sistem kewangan konvensional ketika ini. Pelbagai persoalan mulai bermain dan melingkari benak pemikiran masyarakat kewangan dan ekonomi antarabangsa tentang apakah keistimewaan dan kekuatan sistem perbankan Islam yang menjadikan mereka seolah-olah begitu teguh apabila berhadapan dengan krisis kewangan yang terburuk pernah dialami oleh negaranegara maju di dunia pada abad ini. Krisis kewangan global yang bermula dengan krisis hutang sub-prima di Amerika Syarikat yang diburukkan lagi dengan pelbagai inovasi instrumen-instrumen kewangan berasaskan terbitan seperti Collateralised Mortgage Obligations (CMO), Collateralised Debt Obligations (CDO) dan Credit Default Swap (CDS) telah mendedahkan kepincangan dan kelemahan struktur kewangan antarabangsa. Setelah apa yang berlaku, ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan antarabangsa mulai sangsi terhadap struktur kewangan dunia yang berteraskan riba ini. Pada masa yang sama mereka mulai mengkaji bagaimanakah untuk membangunkan sistem alternatif yang lebih ampuh dan stabil. Yang jelas, sistem kewangan yang dipandu oleh Syariah lebih diberkati Allah. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh tiga badan antarabangsa iaitu Islamic Financial Services Board (IFSB), Islamic Research and Training Institute (IRTI) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) pada April 2010, sektor kewangan Islam secara umumnya dilihat lebih stabil dan kental menghadapi krisis
kewangan global. Bukan itu sahaja, perbandingan yang dijalankan di antara 10 buah bank Islam terbesar dengan 10 buah bank konvensional terbesar, didapati bahawa peningkatan dari segi aset, ekuiti dan keuntungan bersih jelas menyebelahi institusi perbankan Islam. Malah modal pasaran secara gabungan antara 10 bank terbesar (combined market capitalisation) konvensional merosot teruk sehingga 42.8% berbanding bank-bank Islam yang hanya mengalami kejatuhan sebanyak 8.5%. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa prinsip Islam yang diamalkan dalam Perbankan Islam seperti pengurusan yang beretika dan larangan menjual aset yang bukan dimiliki telah menyelamatkan Perbankan Islam dari krisis ekonomi (Maher dan Jemma Dridi, 2010). Dakwaan ini juga disokong oleh ramai pengkaji yang membuat kajian dengan cara membandingkan antara prestasi dan keuntungan Perbankan Islam berbanding Bank Konvensional. Seterusnya, kajian yang dibuat oleh Aniss Boumediene dan Jerome Caby (2009) yang tertumpu pada aspek keuntungan dan pulangan. Mereka mendapati bahawa, pulangan Bank Konvensional adalah tidak menentu berbanding Perbankan Islam. Ini kerana, konsep yang digunakan Perbankan Islam lebih bersifat harmoni dan juga konsep perkongsian untung rugi yang digunakan. Oleh itu, wajarlah pengurusan aset dan liability sangat penting dalam Perbankan Islam untuk menghadapi cabaran dunia perbankan yang sudah sekian lama dipelopori oleh sistem berasaskan riba.
Aset dan liabiliti
Pengurusan aset-liabiliti dalam sesebuah bank adalah amat signifikan, yang akan menentukan survival masa hadapannya. Terutamanya, apabila berdepan dengan sebarang keadaan luar jangka secara tiba-tiba. Asasnya, melibatkan dua komponen utama iaitu penjanaan dan penggunaan dana. Secara lebih khusus lagi, melibatkan perancangan strategik, pelaksanaannya, dan proses mengawal yang mempengaruhi jumlah, tempoh kematangan, kadar sensitiviti, keuntungan, kualiti, dan kecairan aset dan liabiliti bank. Matlamat utama pengurusan aset-liabiliti adalah untuk menghasilkan kualiti dan aliran stabil dana serta peningkatan pendapatan faedah bersih. Ianya dapat dicapai melalui kombinasi aset, liabiliti, dan risiko kewangan pada tahap yang optimum. Timbulnya risiko dalam aset-liabiliti adalah disebabkan wujudnya perbezaan dari segi kematangan dan syarat portfolio pihak bank yang melibatkan aset dan liabilitinya. Secara teorinya, bank-bank Islam harus terdedah secara minima kepada ketidakpadanan aset-liabiliti. Oleh itu, risikonya lebih kepada tempoh pegangan ekuiti, berbanding perbankan konvesional. Sebenarnya, ianya satu kelebihan perbandingan (comparative advantage) yang berakar umbi pada struktur „pass-through‟ yang dimiliki oleh bank Islam, yang bertindak sebagai agen bagi pihak pelabur-pendeposit dan menyerahkan semua keuntungan dan kerugian yang diperolehi kepada mereka. Di samping itu, ciri-ciri perkongsian risiko, di mana bank mengambil bahagian dalam risiko perniagaan perbankan, memainkan peranan yang penting. Disiplin pasaran langsung, salah satu daripada tiga tunggak utama baru- baru ini ditekankan oleh “Basel Committee on Banking Supervision” dalam meningkatkan kestabilan pasaran kewangan antarabangsa. Pada teorinya, dalam keadaan sebarang kejutan negatif (negative shock) kepada pulangan aset Bank Islam, ianya akan diserap oleh kedua-dua pemegang saham dan pelabur-pendeposit. Sementara itu, pendeposit dalam sistem konvensional mempunyai satu tuntutan tetap (fixed claim) terhadap pulangannya kepada aset.
Bagi pemegang akaun pelaburan yang berasaskan perkongsian keuntungan, pemegang sahamnya akan terdedah kepada risiko kehilangan semua atau sebahagian daripda pelaburan awal mereka. Dengan itu, aset dan liabiliti dapat dipadankan kesan daripada struktur 'pass-through' tersebut. Dalam amalan, bagaimanapun, perkongsian risiko dan "pass-through" ciri-ciri yang tidak sepenuhnya diikuti. Sebagai contoh, bukannya tegas berkongsi keuntungan dan kerugian dengan pendeposit, bank mengagihkan keuntungan, walaupun terdapat tiada atau rendah keuntungan, yang mewujudkan herotan dan meletakkan tekanan ke atas ekuiti pemegang saham (penyedia modal). Ketidakpadanan selanjutnya timbul daripada pergantungan berat ke atas pembiayaan perdagangan jangka pendek dan penggunaan terhad perjanjian berasaskan perkongsian. Hasilnya adalah dominasi keuntungan jangka pendek yang rendah dan aset pendapatan tetap, iaitu, “mark up trade financing”. Dengan ini menghadkan jumlah dana yang boleh dilaburkan dalam jangka masa panjang yang lebih menguntungkan dan lebih berisiko. Pendek kata, walaupun secara teorinya tidak harus ada ketidakpadanan antara aset dan liabiliti dalam bank Islam. Namun, atas desakan komersial, ia seolah-olah telah „menganggu flow‟ yang ideal yang sepatutnya, yang seterusnya mendedahkan bank kepada risiko ketakpadanan asetliabiliti, terutama apabila mereka tidak mempunyai instrumen kecairan aset untuk melindung nilai risiko sedemikian seperti instrumen derivatif yang dipraktikkan oleh bank-bank konvensional.
Risiko Kredit Risiko kredit adalah risiko kerugian yang terjadi akibat daripada kegagalan membayar kembali kredit/pinjaman yang diberikan oleh pihak bank kepada penghutang atau pihak ketiga lain apabila tibanya saat tempoh matang. Dengan kata lain, risiko kredit adalah risiko kerana peminjam tidak membayar hutangnya.
32
Jika penghutang gagal untuk memenuhi kewajipannya
maka pemiutang akan mengalami kerugian dan memberi risiko pada bank. Misalnya, bank mengalami kerugian akibat adanya pinjaman yang sudah lama dan masih belum langsai. Bagi kebanyakan bank, risiko kredit merupakan risiko terbesar berbanding yang lain. Risiko kredit merupakan unsur yang mempunyai potensi paling cepat dalam melemahkan modal bank. Kajian mendapati bahawa kegagalan untuk menguruskan risiko kredit dengan berkesan 33
menyumbang kepada tahap yang lebih besar kepada krisis perbankan. Sebagai contoh, pada tahun 2003 hingga 2004 menyaksikan beberapa bank yang terpaksa ditutup ketika berlakunya Krisis Perbankan Zimbabwe dan punca utama ialah pengurusan risiko kredit yang lemah. Di Zimbabwe bilangan institusi kewangan menurun daripada empat puluh (40) pada 31 Disember 2003 kepada dua puluh sembilan (29) pada 31 Disember 2004 dan kesan daripada keberkesanan pengurusan risiko kredit ke atas kelangsungan bank tidak boleh ditekankan secara berlebihan. Beberapa institusi kewangan telah terpaksa ditutup. Punca utama krisis perbankan adalah amalan pengurusan risiko kredit yang lemah disebabkan oleh tahap pinjaman yang tinggi oleh pihak dalaman, pinjaman spekulatif, dan lain-lain. Kegagalan untuk menguruskan risiko kredit dengan berkesan akan mewujudkan masalah yang sama di dalam negara seperti negara Mexico dan Venezuela. Perubahan yang pesat dan dinamik dalam landskap kewangan global menimbulkan pelbagai risiko kepada institusi perbankan. Walaupun operasi dilakukan bersama dengan bank bank konvensional , namun perbankan Islam tidak terkecuali daripada terdedah dengan sebarang risiko. Pengecualian adalah bahawa sifat risiko yang dihadapi oleh perbankan Islam adalah unik.
32
Rujuk Islamic Economic Studies Vol. 10, No. 2, March 2003 Rujuk Annals of the University of Petroşani, Economics, 9(2), 2009, 173 -184
33
34
Risiko yang dihadapi oleh bank dalam operasinya terdiri daripada pelbagai jenis antaranya
ialah risiko faedah, risiko kadar pertukaran, risiko perdagangan (atau risiko pasaran), risiko politik, dan risiko yang mewakili perubahan dalam nilai aset dan barangan, dan lain-lain. Sebagai contoh, risiko politik adalah risiko di mana pulangan pelaburan itu boleh terjejas akibat daripada perubahan politik atau ketidakstabilan di sesebuah negara manakala risiko kadar faedah bermaksud kebarangkalian bahawa kadar faedah pasaran akan meningkat dengan lebih tinggi daripada kadar faedah yang diperolehi atas pelaburan seperti bon. Risiko kredit merupakan salah satu risiko yang menjejaskan daya maju bank seperti yang terbukti ketika krisis kewangan 1997. Setakat ini, Sarker (1999) mendapati bahawa jumlah hutang lapuk dalam perbankan Islam semakin bertambah. Selanjutnya, Khan dan Ahmed ( 2001) mendapati pihak bank berpendapat bahawa terdapat kekurangan pemahaman risiko yang terlibat dalam perbankan Islam. Kekurangan ini dapat diatasi dengan mengenalpasti usaha-usaha baru untuk mengkaji sebab mengapa perbankan islam mengalami kenaikan dalam pinjaman yang tidak baik dan juga risiko kredit yang tinggi. Ini memerlukan suatu kajian ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi risiko kredit perbankan Islam.
34
Rujuk Islamic Economic Studies Vol. 10, No. 2, March 2003
1.3: Penyataan Masalah Apabila merujuk pelbagai jurnal yang berkaitan Risiko kredit di samping, merasai impak krisis ekonomi yang melanda dunia terdapat beberapa permasalahan Risiko yang sangat perlu dikaji. Permasalahan ini timbul kerana peratusan Risiko Kredit sangat tinggi berbanding risiko lain. Risiko menjadi sebahagian dari kehidupan manusia. Menurut Kountur, (2004) risiko adalah berkaitan dengan ketidakpastian yang dihadapi oleh syarikat yang boleh memberi kerugian dan keuntungan pada mana-mana pihak yang terlibat. Oleh hal yang demikian, permasalahan yang dihadapi ialah bagaimana risiko kredit dapat mempengaruhi operasi perbankan. Seterusnya, apakah yang mempengaruhi risiko kredit dalam perbankan Islam. Akhir sekali, apakah implikasi pada pemegang saham.