KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Kajian tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang di kalangan anggota kakitangan HPSF muar Johor
NAMA : SHAHRIZAL BIN YUSOFF NO K-P : 820123-02-5253 NO MATRIK : BPP-2004-4247
Untuk memenuhi sebahagian daripada kehendak Kursus Diploma Pembantu Perubatan
Penghargaan
Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada ilahi dengan berkat kebesaranNYA saya dapat menyiapkan Projek kajian kesihatan ( HSR ). Tajuk yang telah saya pilih adalah Kesedaran Tentang Makan Secara Sihat di Klinik Kesihatan Ampangan. Pertama kalinya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan pengetua Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Encik Yusoff bin Baba kerana memberi sokongan saya menjayakan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada Encik Richard Ho, sebagai pengelaras dan juga sebagai bapa angkat bagi kumpulan 65, iaitu kumpulan dimana saya bernaung sekarang. Saya dan beberapa orang lagi pelatih telah diletakkan di bawah pemantauan Encik Ila Murugan untuk projek kali ini. Sebagai mentor projek, saya mendapat didikan dan tunjuk ajar daripada beliau. Walaupun beliau sibuk dengan jadual kelas tetapi beliau masih sempat untuk memberikan sedikit sebanyak buah fikiran beliau dalam menjayakan projek saya ini. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf kesihatan di Klinik Kesihatan Ampangan. Mereka sedia menyediakan maklumat, data terkini dan juga kerjasama yang menyeluruh semasa saya di sana. Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang telah terlibat secara langsung atau tidak semasa saya menyiapakan Projek Penyelidikan Kesihatan ( HSR ) ini. Jasa yang tuan puan berikan tidak saya lupakan. 1
ABSTRAK
Tajuk kajian yang penyelidik telah pilih adalah Kesedaran Tentang Makan Secara Sihat di Ampangan, Negeri Sembilan. Secara amnya, amalan makan secara sihat adalah salah satu faktor yang penting kearah kesihatan keluarga dan amalan ini seharusnya dibentuk dan dipupuk sejak di rumah lagi. Makan secara sihat bukan sahaja merangkumi tentang zat-zat makanan yang perlu diambil ataupun yang perlu dielakkan, malah termasuk perancangan menu, pembelian, pemilihan dan penyediaaan
makanan sebagai aktiviti keluarga.
Penyelidik telah memilih Klinik Kesihatan Ampnagan, Negeri Sembilan sebagai kawasan kajian saya. Terletak lebih kurang 7 kilometer dari Bandar Seremban, dan mengambil masa 15 minit perjalanan, kawasan ini merupakan kawasan perumahan kos sederhana dan kos rendah. Pengumpulan maklumat dan datadata telah dilakukan di dalam bulan Ogos bermula pada 10 Ogos hingga 28 Ogos. Di dalam masa tersebut penyelidik sedang menjalani penempatan klinikal di Klinik Kesihatan Ampangan. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data adalah dengan menggunakan pendekatan Questionare. Sepanjang masa tersebut penyelidik telah memilih 30 orang responden. Diharapkan dengan melakukan kajian ini kita dapat mengetahui sejauh mana kesedaran orang-orang awam tentang makan secara sihat dan tindakan susulan dapat diambil untuk memperbaikinya. 2
Isi kandungan
Isi kandungan
muka surat
Tajuk Penghargaan Abstrak
Tahun 3 semester 1 Pengenalan
5
Kenyataan masalah
6
Tujuan kajian Objektif Objektif umum Objektif khusus Kajian semula Reka bentuk dan metodologi kajian Reka bentuk kajian Persampelan Metodologi kajian Kaedah penganalisaan uji kaji soalan
Tahun 3 semester 2 Penemuan perbincangan Cadangan Limitasi Rumusan Bibliografi
Bab1
Pengenalan
Pengenalan kepada topik
Amalan permakanan secara sihat amat penting untuk membina sesebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Amalan ini dapat membantu ahli keluarga memperolehi kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan dan mencegah kekurangan zat makanan. Selain itu, amalan makan secara sihat juga dapat melindungi keluarga daripada penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan beberapa jenis kanser. Amalan makan secara sihat merupakan asas bagi keluarga yang bahagia dan sihat
Untuk pengetahuan semua,rumahlah tempat yang paling baik untuk memupuk amalan makan secara sihat. Setiap ahli keluarga perlu saling bantu membantu dalam memberi kesedaran tentang kebaikan amalan secara sihat. Sikap ibu bapa terhadap pengambilan makanan adalah pengaruh yang penting dalam membentuk tabiat dan pilihan makanan anak-anak. 5
Cara yang terbaik untuk memastikan ahli keluarga mendapat kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan adalah dengan pengambilan pelbagai jenis makanan secara seimbang dan mengamalkan prinsip makan secara sihat. Dengan mengamalkan permakanan secara sihat ini, maka kesihatan diri dan keluarga akan terjamin serta seterusnya akan memacu negara kearah wawasan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin kita.
Kenyataan masalah
Kurangnya
pengetahuan
tentang
amalan
makan
secara
sihat
dan
pengabaiannya menyebabkan meningkatnya kes-kes penyakit yang berkaitan dengan permakanan seperti hipertensi, diabetis, masalah jantung dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga dapat memburukkan lagi masalah sosial dikalangan muda mudi. Untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat, penyelidikan ini dijalankan.
6
Objektif
Umum
Secara umumnya kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat.
Khusus
Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah salah satunya untuk mengenal pasti sejauh mana kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat. Dari pemantauan yang dilakukan di klinik kesihatan ampangan, setiap hari pasti ada sahaja yang datang untuk menerima rawatan untuk penyakit yang berkaitan dengan permakanan. Selain itu, kajian ini juga berobjektifkan untuk mengenal pasti alternative yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Antaranya yang relevan dan selalu dipraktikkan adalah dengan memberi ceramah serta menganjurkan bengkel-bengkel kesihatan.
7
Bab 2
Kajian semula
Apa itu makanan dan jenis-jenisnya
Menurut Suriah Abdul Rahman ( 2004 ) makanan adalah bahan pejal dan cecair yang dimasukkan ke trek pencernaan untuk menjaga dan membina tisu tubuh, mengatur proses tubuh dan membekalkan haba. Makanan selalunya akan dimakan berdasarkan nilai psikologi, sosial dan kepuasan. Kemungkinan besar nilai ini yang akan menentukan bila, berapa banyak dan jenis makanan yang akan diambil dan bukan daripada aspek pemakanan. Makanan jika dipilih dengan bijak akan membekalkan semua nutrien yang perlu untuk fungsi tubuh yang normal. Jika makanan tidak dipilih dengan betul, kekurangan dalam satu atau lebih nutrien perlu akan berlaku. Nutrien perlu didefinisikan sebagai nutrien yang mesti dibekalkan oleh makanan kerana tidak boleh disentisiskan dalam tubuh pada kadar yang cukup bagi mengatasi keperluannya. Nutrien ini boleh dibahagikan kepada enam kategori iaitu karbohidrat, lipid, protein, mineral, vitamin dan air. 8
Karbohidrat ialah satu daripada tiga sumber utama tenga dalam diet. Ia juga dikenali sebagai kanji atau gula. Sebahagian besar dari makanan harian kita adalah dalam bentuk karbohidrat.
Lipid ialah bahan kimia yang tidak larut dalam air tetapi larut dalam kebanyak pelarut lemak seperti alkohol, klorofom, benzina, asetondan eter dan boleh
dimetabolismekan
oleh
organisme
hidup.
Makanan
utama
yang
membekalkan lemak kepada diet ialah maljerin, mentega, minyak masak, kulit ayam, kacang dan daging. Salah satu kesan akibat terlebih lemak atau lipid dalam badan ialah penyakit koronari jantung. Ia ialah sejenis penyakit kardiovaskular kerana arteri koronari jantung tidak dapat membekalkan darah dengan cukup ke jantung.
Protein boleh didapti disetiap sel hidup.dua puluh peratus daripada jumlah berat badan seorang dewasa ialah protein. Ia boleh dibezakan kepada dua iaitu endogen dan eksogen. Endogen ialah protein yang dimetabolismekan dalam tubuh dan akan diperlihatkan dalam perkumuhan kreatinin iaitu yang mengandungi nitrogen. Sebaliknya metabolisme eksogen akan menyebabkan perkumuhan urea yang akan berubah-ubah dengan pengambilan diet yang berhubung dengan keperluan tubuh. Salah satu penyakit akibat kekurangan protein ialah kwasyiorkor yang lazimnya berlaku pada kanak-kanak berumur antara 2 hingga 5 tahun. 9
Vitamin merupakan satu kumpulan kompleks organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit daripada diet. Selalunya vitamin dikenal sebagai faktor makanan perlu kerana walaupun tidak menyumbangkan kalori ataupun jisim kepada tubuh tetapi ia amat penting. Vitamin boleh dibahagikan kepada dua iaitu vitamin yang larut lemak dan yang larut air. Akibat kekurangan vitaminvitamin yang larut lemak adalah seperti rabun malam, Riket dan pendarahan. Manakala kekurangan vitamin-vitamin larut air adalah seperti anemia dan keletihan.
Mineral dianggap perlu apabila mineral berkenaan mesti diberi dalam diet dan juga untuk menjalankan fungsi penting untuk kehidupan, pertumbuhan dan pembiakan. Apabila tiada, mineral tersebut akan menyebabkan kegagalan fungsi sel dan fisiologi dan biasanya penyakit dan kematian.
Air ialah utrien yang selalu diketepikan walaupun air merupakan satu komponen yang paling banyak di dalam tubuh kita iaitu 50% daripada berat badan orang dewasa. Pendehidratan akan lebih cepat menyebabkan kematian dan kelaparan. Dalam cuaca sederhana, orang dewasa dikatakan boleh hidup sehingga 10 hari tanpa air. sebaliknya, seseorang boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan.
10
Makanan yang digalakkan untuk kesihatan
Mengambil tulisan dari Norhazuren Halid ( 2005 ) yang telah dikeluarkan dalam majalah Nur, muka surat 58-60 telah menyebutkan terdapat 12 makanan yang digalakkan untuk pengantin dan hikmahnya dalam Islam. Kesedaran tentang pentingnya makanan-makanan ini akan seterusnya memupuk keluarga yang bahagia kelak. Terdapat 12 makanan yang digalakkan diambil oleh pengantin untuk memberikan keselesaan diri dan pasangan anatranya roti.
Roti yang bagus ialah yang diperbuat daripada gandum yang baik dan dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi S.A.W pernah bersabda “ jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan meotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu.
Selain itu, jintan manis dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
11
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. Manakala makanan yang keempat yang disebut digalakkan untuk bakal pengantin ialah pisang. Pisang boleh menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah. Seterusnya ialah barli. Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah S.A.W pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan selasih yang dicampurkan air. Mentega pula
berkhasiat
untuk
memanaskan
dan
melembapkan.
Baik
untuk
menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil. Lobak merah, keguanannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji hitam (habb al sauda), dilaporkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda, “ Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati. “ adalah dilaporkan juga bahawa Allah menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauba menghapuskan angina dalam usus dan demam. Baik untuk merawat leukoderma dan membuka saluran urat yang halus ,selain berguna untuk menghilangkan penyakit selsema.
12
Dan seterusnya ialah ayam, ayam dapat memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan serta mencantikkan rupa paras. Walaupunbagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkn penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Nabi S.A.W pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan.” Nabi S.A.W sendiri pernah menanam kurma
atau
tamar.
Kurma
hendaklah
dimakan
dengan
badam
untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini. Dan yang terakhir sekali ialah terung. Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan makan bersama daging.
Dari penulisan Yna Sidek ( 2005 ) telah menyarankan supaya utamakan makanan yang membekalkan vitamin, zat galian dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Penulisan beliau yang dikeluarkan dalam majalah Remaja bertarikh 1 Disember 2005, mukasurat 156-157, juga ada menyebut bahawa hidangan makanan yang sihat bermula dengan bahan-bahan yang dipilih. Sayuran misalnya mempunyai khasiat yang tinggi. Dikalangan masyarakat Asia khususnya, sayuran bukan sahaja dijadikan sebagai pelengkap kepada hidangan ruji tetapi juga menjadi komoditi didalam diet mereka untuk memberi kepelbagaian rasa, 13
tarikan estatik disamping merupakan fakor terpenting dalam mengimbangi diet menerusi zat-zat yang terkandung didalamnya.
Pengarang artikel juga ada menyebut bahawa antara diet yang tidak sihat mengandungi banyak lemak dan kolestrol, terlebih gula ,terlebih garam dan terlalu banyak serat.
Memetik dari penulisan Puan Siti Mariam Ali ( 2007 ) dalam majalah Wanita keluaran 9-15 Februari 2007 mukasurat 46, telah menyebut bahawa garam atau natrium memainkan peranan penting untuk badan berfungsi dengan sempurna. Namun ia hanya diperlukan sedikit sahaja. Pengambilan natrium yang berlebihan biasanya dikaitkan dengan kejadian tekanan darah tinggi atau hipertensi. Penulis juga ada menyebut bahawa natrium terdapat secara asli didalam kebanyakkan makanan. Ia juga boleh ditambah dalam makanan sebagai garam halus atau monosodium glutamate. Kecenderungan makan di restoran makanan segera atau mengambil makanan yang diproses dan ditinkan menyebabkan rakyat Malaysia memakan lebih banyak natrium daripada yang sepatutnya diperlukan. Sodium atau natrium dalam badan memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan air, menghantar impuls saraf, mengatur fungsi membrane sel dan aktiviti otot, juga komponen peluh dan air mata . 14
Suriah Abdul Rahman,Tengku Aizan Hamid ( 2003 ) menyebutkan bahawa diet yang lengkap
untuk warga tua bukan hanya merupakan
perancangan menu sahaja. Makanan perlu dibeli, disediakan dan seterusnya disajikan dengan bentuk yang paling menarik dan keadaan sekeliling yang selesa, sekiranya warga tua dikehendaki makan dan menikmatinya. Bagi mereka yang bernasib baik dan berpendapatan lumayan, mempunyai tempat tinggal yang selesa, kesihatan baik dan hidup berteman, status permakanan yang baik merupakan suatu yang senang dicapai. Mereka hanya perlu membuat pengubah suaian yang minimum daripada pola diet yang terdahulu. Walaubagaimanpun, bagi sebilangan warga tua, terdapat satu atau lebih faktor menghalang usaha mereka untuk makan dengan sempurna. Belanjawan yang begitu terhad salah satunya memerlukan kebijaksanaan yang lebih dalam membeli barang berbanding dengan pengalaman yang lepas apabila wang yang ada memenuhi keperluan asas.
Memetik satu sedutan dari majalah Saji keluaran Mac 1996 dari mukasurat 56-59 ada menerangkan tentang amalan permakanan dalam gaya hidup yang sihat. Penulisan tersebut telah dibuat oleh Dr Fatimah Arsad (1996). Antaranya menyebut tabiat makan seseorang itu terbentuk sejak kecil lagi. Walaupun demikian, ia boleh ditukar secara perlahan kepada tabiat makan yang sihat. Dalam tabiat makan yang sihat,pengambilan lemak dikurangkan. 15
Untuk mereka yang tidak mempunyai masalah berat badan, penambahan pengambilan nasi, roti penuh bijirin, ubi keladi, keledek dan buah-buahan berbanding menambahkan lemak, minyak dan makanan manis. Beliau juga mencadangkan tabiat makan yang baik seperti jadual di sebelah;
16
sarapan
Bijirin yang tinggi serat contohnya empingan jagung,empingan beras,roti penuh bijirin, maljerin lembut, susu
Makanan ringan
skim, teh + susu skim Buah-buahan seperti oren,epal,jambu
Makan tengah hari
batu,kopi, susu skim Sandwich, roti penuh bijirin, marjerin lembut, ikan baker, sayuran buah atau
Minum petang
perahan buah, air kosong Popia basah, putu beras,buah-
Makan malam
buahan,the,susu skim. Nasi / roti penuh bijirin, gado-gado atau rojak
tauhu,pucuk,
sayuran
hijau
dan
jenis
kekacang,
merah,
buah-
buahan, dadih susu skim,susu tanpa lemak. Sebelum tidur
Roti kering penuh bijirin, susu skim + horlicks
17
Akibat permakanan yang kurang sihat
Sam Rachman ( 2001 ) menyatakan bahawa Darah tinggi atau hipertensi dikenali sebagai pembunuh dalam senyap. Tekanan darah yang normal puratanya ialah 120/80mmHg. Menurut persatuan jantung Amerika, tekanan darah melebihi 140/90mmHg adalah tidak normal dan tekanan yang melebihi 160/95mmHg memerlukan pengubatan. Penyakit ini sangat berkait rapat dengan faktor keturunan. Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab penyakit ini ialah pengambilan
garam
yang
berlebihan, alkohol, pil
perancang
keluarga,
kegemukan, umur dan kurang bersenam. Hipertensi tidak oleh diubati tetapi boleh dirawat dan dikawal.
Kencing manis atau diabertis pula adalah yang disebabkan kehadiran glukosa yang tinggi dalam darah. Hal ini terjadi kerana glukosa yang tedapat dalam darah tidak dapat digunakan atau disimpan oleh sel badan. Dalam keadaan normal ,hormon insulin dirembeskan kelenjar pankreas untuk menukarkan gula kepada bentuk yang boleh digunakan badan. Diabertis dikategorikan kepada 2 jenis. Diabertis jenis 1 atau Insulin Dependant ( IDDM ), terjadi kerana sel islet di kelenjar pankreas tidak dapat menghasilkan insulin. Lazimnya ia terjadi pada kanak-kanak tetapi kadang-kadang terjadi juga pada orang dewasa. 18 Diabertis jenis 2 atau Non Insulin Dependant ( NIDDM ), terjadi kerana disebabkan 2 punca utama. Pertamanya adalah kerana sel beta kelenjar pankreas sempurna tetapi menghasilkan insulin dalam jumlah yang tidak
mencukupi. Dan punca yang kedua adalah kerana insulin yang dihasilkan tidak berfungsi dengan cekap disebabkan terlalu banyak lemak dalam badan walaupun kelenjar pankreasnya dapat menghasilkan insulin yang mencukupi.
Penyakit jantung merupakan antara penyebab utama kematian di Malaysia, 29% daripada jumlah kematian yang dianggarkan oleh hospital adalah disebabkan oleh penyakit jantung. Kekuatan dan kadar denyutan jantung bergantung kepada permintaan oksigen dalam tubuh. Jantung akan berdenyut lebih cepat jika tubuh memerlukan lebih oksigen misalnya ketika sedang bekerja dan olahraga. Jantung akan berdenyut dengan normal semula setelah aktiviti tersebut selesai. Terdapat berbagai penyakit yang berkaitan jantung seperti Myocardium Infark, Angina Petoris, penyakit jantung koronari dan Aritma Cardiak. Kebanyakan penyakit-penyakit jantung ini disebabkan makanan yang berlemak.
19
Menurut Mohd Hanim Rajikin, Baharudin Omar,Suhaina Sulaiman ( 2003 ) di Malaysia, kegemukan atau obesiti sering dikaitkan sebagai penyakit
‘orang kaya’. Jumlah mereka yang gemuk semakin meningkat dari hari ke hari di negara kita dan tidak hairanlah pada tahun 2020 kelak,Malaysia dijangka mempunyai sekitar 10% atau lebih, penduduk yang gemuk. Kajian tersebut dibuat berdasarkan jumlah purata penduduk di Eropah dan Amerika Utara yang tergolong kepda mereka yang gemuk pada masa kini.
20
Bab 3
Rekabentuk dan metodologi kajian
Rekabentuk
Secara dasarnya tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesedaran
penduduk dikawasan Ampangan tentang amalan makan secara
sihat. Penyelidkan Kesihatan ( HSR ) ini telah dilakukan di Klinik Kesihatan Ampangan dan mendapat kebenaran pengurusan di klinik berkenaan. Seramai 30 orang awam ( respondent ) yang datang ke klinik kesihatan ampangan telah dipilih secara rawak untuk menjawab borang kaji selidik ( questionnaire ) yang diberikan. Respondent yang dipilih tidak mengira umur, bangsa, pekerjaan, ataupaun jantina. Penyelidiakn kesihatan ( HSR ) ini menggunakan pendekatan deskriptif iaitu melibatkan pengumpulan data-data yang sistematik serta gambaran yang terpeinci. Kajian ini telah menggunakan borang kaji selidik ( questionnaire ) untuk pengumpulan maklumat. Ia diedarkan kepada respondent dimana borang tersebut mempunyai 2 bahagian iaitu A dan B. Bahagian A adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan peribadi respondent dan bahagian B pula berkaitan dengan kajian yang dijalankan. 21 Persampelan
Penyelidikan kesihatan
( HSR ) ini memilih tajuk Kesedaran Penduduk Di
Ampangan Tentang Makan Secara Sihat. Respondent yang dipilih tidak mengira umur,jantina, bangsa, gama atau pekerjaan. Seramai 30 orang awam yang datang ke klinik kesihatan ampangan dipilih secara rawak diantara pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.
Metodologi dan instrument kajian
Metodologi kajian adalah dengan pengedaran borang kajian ( questionnaire ) kepada orang awam yang datang ke Klinik Kesihatan Ampangan. Borang tersebut mempunyai soalan-soalan mengenai peribadi pesakit dan soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian yang sedang dijalankan.
Instrument yang digunakan didalam kajian ini ialah borang kaji selidik ataupun questionnaire yang telah direka serta disesuaikan agar mudah difahami dan dibaca responden. Borang tersebut diedarkan semasa responden sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Soalan-soalan yang diajukan merangkumi data peribadi ( bahagian A ) dan soalan-soalan berkaitan dengan kajian ( bahagian B ) . Untuk tidak menakutkan dan menyebabkan responden
22 yang dipilih beranggapan negatif, pengkaji telah menyediakan surat akuan agar mereka lebih yakin dengan tujuan kajian ini dijalankan.
Kaedah pengumpulan data
Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada respondent. Respondent seramai 30 orang dipilih secara rawak di Klinik Kesihatan Ampangan. Mereka diberikan borang kajji selidik yang telah disediakan penyelidik dan diterangkan cara mengisinya. Kemudian mereka ditingalkan dan diberikan masa secukupnya untuk menjawab semua soalan. Selepas responden selesai mengisinya, ia dipulangkan semula kepada penyelidik untuk dinilai dan direkodkan.
Kaedah penganalisaan data
Kajian telah dimulakan pada 10 ogos 2006 hingga 28 ogos 2006 dan berlokasi di Klinik Kesihatan Ampangan. Semua data-data dan maklumat-maklumat yang diperolehi dinilai dan diteliti semula sebelum ia dipersembahkan dalam bentuk jadual menggunakan perisian Microsoft Excel.
23
Bab 4
Penemuan data
Bagi mendapatkan data yang tepat dan jitu dari responden,borang kaji selidik ataupun questionaire telah diberikan kepada responden dengan masa yang mencukupi untuk mengisinya. Dan hasilnya semua maklumat telah direkodkan dalam bentuk graf yang lebih lengkap. Berikut adalah jadual dan graf yang dibuat berdasarkan input yang diterima daripada pengisian borang kaji selidik.
24
Perbezaan Bangsa dan Kaum LAIN-LAIN 3 ORANG 10%
MELAYU 9 ORANG 30%
MELAYU 9 ORANG
INDIA 12 ORANG 40%
CINA 6 ORANG CINA 6 INDIA 12 ORANG
ORANG 20%
LAIN-LAIN 3 ORANG Jadual dan carta 1 : Perbezaan Bangsa dan Kaum
BANGSA DAN KAUM MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN
JUMLAH 9 ORANG 6 ORANG 12 ORANG 3 ORANG
PERATUS 30 % 20 % 40 % 10 %
Graf diatas mewakili perbezaan bangsa dan kaum berdasarkan kajian yang telah dibuat. Maklumat yang diperolehi jelas menunjukkan kaum India mendahului senarai sebanyak 12 orang iaitu 40 % dari keseluruhan 30 orang responden. Kemudian ia diikuti dengan kaum Melayu sebanyak 30 % atau 9 orang dari 25
keseluruhan responden. Bangsa Cina pula di tempat ke-3 iaitu sebanyak 6 orang membawa peratus sebanyak 20 % dari semua responden. Manakala 3 orang responden mewakili lain-lain bangsa sebanyak 10 %. Disebabkan taraf pendidikan dan ekonomi yang sederhana, kebannyakkan responden dari kaum India kurang menitikberatkan tentang corak permakanan dan nutrisi yang patut diambil oleh mereka. Justeru itu, tidak hairanlah kaum india mendahului jadual dengan 40 % dari 30 responden yang mengalami masalah kesihatan berkaitan permakanan yang tidak seimbang dan pengambilan nutrisi yang tidak teratur.
26
Jadual dan carta 2 : Perbezaan Agama di antara Responden AGAMA ISLAM BUDDHA HINDU KRISTIAN LAIN-LAIN
JUMLAH 9 ORANG 3 ORANG 12 ORANG 3 ORANG 3 ORANG
PERATUS 30 % 10 % 40 % 10 % 10%
PERBEZAAN AGAMA ANTARA RESPONDEN LAIN-LAIN LAIN-LAIN 10% KRISTIAN 10% HINDU 40% BUDDHA 10% ISLAM 30%
AGAMA
KRISTIAN HINDU BUDDHA
East
ISLAM 0
2
4
6
BILANGAN
27
8
10
12
Jadual dan carta diatas menunjukkan perbezaan agama keseluruhan responden. Secara
keseluruhannya,
responden
yang
beragama
hindu
merupakan
responden yang terbanyak iaitu mewakili 40 % daripada 30 orang responden. Kemudian diikuti dengan agama islam yang menyumbang sebanyak 30 % atau 9 orang daripada jumlah kesemua responden. Seterusnya diikuti dengan buddha, kristian dan lain-lain agama yang masig-masing menyumbang sebanyak 10 % atau 3 orang dari jumlah keseluruhan responden. Penganut agama hindu mendahului peratusan teratas kerana kehidupan mereka yang dipengaruhi kuat oleh budaya dan cara hidup yang diamalkan turun temurun oleh nenek moyang mereka.
28
Jadual dan carta 3 : Perbandingan umur antara responden UMUR 12-17 TAHUN 18-30 TAHUN 31-50 TAHUN 51-80 TAHUN LEBIH 81 TAHUN
JUMLAH 6 ORANG 3 ORANG 6 ORANG 12 ORANG 3 ORANG
PERATUS 20 % 10 % 20 % 40 % 10 %
Per ba n d i n g a n u mu r a n t a r a r espo n d en
LEBIH 81 TAHUN 10% 31-50 TAHUN 20% 12-17 TAHUN 20%
18-30 TAHUN 10% 31-50 TAHUN 20%
2928
51-80
18-30 TAHUN 10%
TAHUN 40%
51-80 TAHUN 40% 12-17 TAHUN 20% LEBIH 81 TAHUN 10%
Dari jadual dan graf yang dinyatakan, peringkat umur yang tertinggi mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berkaitan dengan permakanan adalah dari peringkat umur 51-80 tahun. Kemudian ia diikuti dengan peringkat umur 12-17 tahun dan peringkat umur 31-50 tahun yang masing-masing mewakili 20 % dari jumlah keseluruhan responden. Dan akhir sekali responden yang berumur 18-30 tahun dan 81 tahun keatas mewakili 10 % dari jumlah responden. Adalah didapati, golongan yang berumur diantara 51 tahun hingga 80 tahun adalah golongan yang mengidapi penyakit-penyakit yang berkaitan permakanan seperti diabertis, hipertensi, gaout dan lain-lain lagi. Ini adalah akibat dari kurangnya penjagan permakanan dan faktor umur yang semakin meningkat.
30
Jadual dan carta 4 : Perbandingan Pekerjaan Responden PEKERJAAN SEKTOR KERAJAAN SEKTOR SWASTA BEKERJA SENDIRI TIDAK BEKERJA
JUMLAH
PERATUS 9 12 3 6
TIDAK BEKERJA 6 ORANG 20%
30% 40% 10% 20%
SEKTOR KERAJAAN 9 ORANG 30%
BEKERJA SENDIRI 3 ORANG 10%
SEKTOR SWASTA 12 ORANG 40%
SEKTOR KERAJAAN 9 ORANG SEKTOR SWASTA 12 ORANG BEKERJA SENDIRI 3 ORANG TIDAK BEKERJA 6 ORANG
31
Jadual dan graf 4 diatas menjelaskan tentang perbezaan bagi pekerjaan penduduk di kawasan kajian iaitu dikawasan Ampangan. Berdasarkan maklumat yang dinyatakan diatas, kebanyakkan penduduk penduduk dikawasan tersebut bekerja disektor swasta termasuklah bekerja kilang, pasaraya dan lain-lain lagi. Manakala responden yang bekerja di sektor kerajaaan mewakili 30 % daripada kesemua responden iaitu sebanyak 9 orang. Ini termasuklah yang bekerja di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Seterusnya jumlah responden yang tidak bekerja iailah 6 orang yang mewakili 20 % jumlah responden. Dan yang terakhir ialah jumlah responden yang bekerja sendiri Jjumlah mereka adalah seramai 3 orang. Mereka ini ada yang berniaga sendiri, menorah getah dan lain-lain lagi. Dari kajian yang telah dijalankan, kebanyakan responden bekerja disektor swata kerana faktor tempat kerja yang berdekatan dengan tempat tinggal dan taraf pendidikan yang responden.
32
Jadual dan carta 5 : Bilangan yang berpenyakit berkaitan permakanan PENYAKIT HIPERTENSI DIABETIS JANTUNG OBESITI TIADA YANG BERKAITAN
JUMLAH ( ORANG ) 9 6 2 10 3
PERATUSAN % 30 20 7 33 10
BILANGAN YANG BERPENYAKIT BERKAITAN PERMAKANAN
3 10%
hipertensi 9 30%
diabetis jantung
10 33%
obesiti 2 7%
6 20%
33
tiada yang berkenaan
Jadual dan carta 5 diatas menunjukkan jenis-jenis penyakit yang ditanggung responden akibat daripada amalan permakanan yang tidak baik. Jelas menunjukkan bilangan responden yang mempunyai masalah obesiti adalah melebihi responden yang mempunyai masalah kesihatan yang lain iaitu dengan merangkumi 33%. Penyakit lain yang menjadi masalah kepada responden penkaji adalah penyakit darah tinggi atau hipertensi. Jumlah responden yang menghidapi penyakit ini dalah seramai 9 orang dari keseluruhan 30 orang responden. Manakala penyakit diabetis pula merangkumi 20% daripada keseluruhan responden. Dan akhir sekali adalah mereka yang mempunyai penyakit jantung dan yang tidak mempunyai penyakit berkaitan permakanan. Keputusan ini diperolehi kesan daripada jumlah penduduk yang tinggal Ampangan adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai
umur yang
berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit diatas. Selain itu kesibukan mencari rezeki juga menjadi antara faktor keputusan carta ini diperolehi
34
Jadual dan carta 6 : Makanan kegemaran responden
Jenis makanan Masak lemak cili padi Makan segera seperti
Jumlah ( orang ) 7 11
Peratusan % 23 37
9 3
30 10
KFC,Mc Donald dan Pizza Kuih muih yang manis Masakan rendang
JENIS MAKANAN
MAKANAN KEGEMARAN
masakan rendang
3
kuih muih yang manis
9
makanan segera seperti KFC,Mc Donald dan Pizza
11
masak lemak cili padi
7 0
2
4
6
8
10
JUMLAH
35 Jadual dan carta 6 di atas menunjukan makanan yang menjadi kegemaran responden. Makanan yang menjadi kegemran utama responden adalah jenis makanan segera seperti KFC, Mc Donald dan Pizza. Manakala kuih muih yang
12
manis menjadi makanan kegemaran yang kedua bagi responden iaitu mewakili sebanyak 30%. Masakan tradisi Negeri Sembilan, rendang dan masak lemak cili padi menjadi pilihan masing-masing 3 dan 7 orang responden.
37
Bab 5
Perbincangan
Mengamalkan cara hidup yang sihat dan permakanan yang seimbang adalah salah satu faktor yang sangat penting ke arah kesihatan diri serta keluarga. Pemakanan yang tidak lengkap akan menyebabkan pelbagai masalah timbul semasa tumbesaran badan terutama sekali adalah kanak-kanak yang sedang membesar yang memerlukan zat protein serta tenaga yang mencukupi. Malah golongan dewasa juga memerlukan diet yang seimbang dan tabiat makan yang betul untuk kesihatan yang baik. Untuk mengetahui sejauh mana kesedaran tentang makan secara sihat di kawasan Ampangan, Negeri Sembilan, kajian ini pun di lakukan.
Daripada kajian telah dijalankan di Ampangan, Negeri Sembilan, kaum India mendahului kaum-kaum yang lain yang menpunyai penyakit akibat tabiat pemakanan yang tidak baik. Mereka mewakili sebanyak 40% daripada keseluruhan responden. Manakala kaum Melayu merekodkan sebanyak 30% iaitu seramai
9 orang. Kemudian diikuti dengan kaum Cina iaitu seramai 6
orang. Hasil kajian juga menunjukan lain-lain bangsa mencatatkan sebanyak 10% atau 3 orang dari jumlah kesemua 30 orang responden. Hasil kajian ini diperolehi kerana kebanyakan kaum india dikawasan Ampangan mempunyai 38 taraf hidup yang agak rendah. Ada antara mereka yang bekerja sendiri dan menoreh getah. Menurut Suriah Abdul Rahman, Tengku Aizan ( 2003 ) bagi sebilangan warga tua, terdapat satu atau lebih faktor menghalang usaha mereka
untuk makan dengan sempurna. Belanjawan yang begitu terhad salah satunya memerlukan kebijaksanaan yang lebih dalam membeli barang berbanding dengan pengalaman yang lepas apabila wang yang ada memenuhi keperluan asas. Walupun begitu, ada juga antara kaum India ini yang mempunyai taraf hidup yang agak stabil dan dalam golongan yang berharta. Tabiat permakanan dan cara hidup yang tidak sihat menyebabkan mereka ini mendapat penyakit seperti diabetis, hipertensi, obesiti dan kegagalan jantung. Ini disokong oleh Mohd Hanim Rajikin, Baharudin Omar, Suhaina Sulaiman (2003), di Malaysia, kegemukan atau obesiti sering dikaitkan sebagai penyakit ‘orang kaya’.
Agama juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan diet dan pengamalan permakanan sihat. Ada agama yang telah menetapkan garis panduan tentang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian yang telah dilakukan ini. Jelas sekali, kaum India yang hampir kesemuanya beragama Hindu telah mencatatkan jumlah tertinggi antara agama lain. Mereka menyumbang sebanyak 40% daripada kesemua responden. Diikuti dengan agama Islam iaitu sebanyak 30% daripada kesemua 30 orang responden. 39 Agama Budha, Kristian dan lain-lain agama mencatatkan masing-masing 10%. Bagi agama Islam, penganut-penganutnya telah diberikan garis panduan yang cukup terpeinci dalam pemilihan makan yang baik untuk kesihatan. Antaranya,
mengambil penulisan Norhazuren Halid ( 2005 ) yang telah dikeluarkan dalam majalah Nur keluaran Disember 2005, telah menyebutkan terdapat 12 makanan yang digalakan untuk pengantin dan hikmahnya dalam Islam. Kesedaran tentang pentingnya makanan-makanan ini seterusnya memupuk keluraga yang bahagia kelak. Makanan-makanan tersebut adalah roti, jintan manis, asparagus, pisang, barli, mentega, biji hitam, ayam, tamar dan terung.
Sam Rachman ( 2001 ) menyatakan bahawa Darah tinggi atau hipertensi dikenali sebagai pembunuh dalam senyap. Tekanan darah yang normal puratanya ialah 120/80mmHg. Menurut persatuan jantung Amerika, tekanan darah melebihi 140/90mmHg adalah tidak normal dan tekanan yang melebihi 160/95mmHg memerlukan pengubatan. Penyakit ini sangat berkait rapat dengan faktor keturunan. Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab penyakit ini ialah pengambilan
garam
yang
berlebihan, alkohol, pil
perancang
keluarga,
kegemukan, umur dan kurang bersenam. Hipertensi tidak oleh diubati tetapi boleh dirawat dan dikawal. Ternyata faktor umur juga memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang jika pengambilan dietnya tidak dikawal dengan betul. Dari kajian yang telah dilakukan, julat umur diantara 51-80 tahun merupakan golongan yang paling ramai mengidapi penyakit yang berkaitan permakanan iaitu 40 sebanyak 12 orang daripada keseluruhan 30 orang responden. Kemudian diikuti dengan julat umur 12-17 tahun dan julat umur 31-50 tahun yang masing-masing menpunyai peratus sebanyak 20%. Ternyata golongan kanak-kanak juga tidak
terlepas dari mendapat penyakit yang berkaitan permakanan. Ini dibuktikan dengan petikan dari Dr Fatimah Arsad ( 1996 ), antaranya menyebut tabiat makan seseorang itu terbentuk sejak kecil lagi. Walaupun demikian, ia boleh ditukar secara perlahan kepada tabiat makan yang sihat. Dan yang terakhir sekali adalah julat umur antara 18-30 tahun dan julat umur 81 tahun keatas mewakili sebanyak 10% atau 3 orang dari jumlah 30 orang responden.
Kajian yang telah dilakukan penyelidik menunjukan hampir separuh dari jumlah responden bekerja disektor swasta. Kesibukan bekerja tidak mengira masa demi mencari rezeki telah membuatkan mereka ini tidak sempat untuk mengambil diet yang sesuai untuk tubuh badan. Dari pemerhatian yang dibuat pengkaji,pekerja disektor swasta banyak mengambil diet mereka diluar dan bukan memasak dirumah. Menurut Puan Siti Mariam Ali ( 2007 ) ada menyebut bahawa natrium terdapat secara asli didalam kebanyakkan makanan. Ia juga boleh ditambah dalam makanan sebagai garam halus atau monosodium glutamate. Kecenderungan makan di restoran makanan segera atau mengambil makanan yang diproses dan ditinkan menyebabakan rakyat Malaysia memakan lebih banyak natrium daripada yang sepatutnya diperlukan. Responden yang
41 bekerja di sektor kerajaan pula merekodkan sebanyak 9 orang iaitu 30% dari keseluruhan responden. Responden yang bekerja sendiri dan tidak bekerja hanya masing-masing mewakili 10% dan 20% sahaja.
Kurangnya kesedaran tentang makan secara sihat akan menyebabkan berbagai masalah terutamanya masalah yang berkaitan kesihatan. Darah Tinggi, Diabetis, masalah jantung dan Obesiti merupakan penyakit yang biasa terjadi kepada mereka yang mengamalkan tabiat permakanan yang kurang baik. Dari kajian yang telah dibuat, didapati obesiti adalah penyakit utama yang menjadi masalah kepada penduduk di Ampangan. Jumlah responden mengalami keobesan adalah seramai 10 orang ataupun 33% daripada keseluruhan responden.
Menurut Mohd Hanim Rajikin, Baharudin Omar, Suhaina Sulaiman (2003) di Malaysia, kegemukan atau obesiti sering dikaitkan sebagai penyakit ‘orang kaya’. Jumlah mereka yang gemuk semkin meningkat dari hari ke hari di negara kita dan tidak hairanlah pada tahun 2020 kelak, Malaysia dijangka mempunyai sekitar 10% atau lebih, penduduk yang gemuk. Manakala satu lagi penyakit yang menjadi masalah kepada penduduk di Ampangan adalah darah tinggi ataupun Hipertensi. Ia mewakili sebanyak 30% atau 9 orang responden. Tidak ketinggalan penyakit yang merekodkan sebanyak 20% ataupun seramai 6 orang daripada jumlah responden, iaitu penyakit kencing manis atau Diabertis. Ia 42 diterangkan oleh Sam Rachman ( 2001 ) iaitu kencing manis atau diabetis adalah yang disebabkan kehadiran glukosa yang tinggi dalam darah. Hal ini terjadi kerana glukosa yang tedapat dalam darah tidak dapat digunakan atau
disimpan oleh sel badan. Dalam keadaan normal, hormon insulin dirembeskan kelenjar pankreas untuk menukarkan gula kepada bentuk yang boleh digunakan badan. Diabertis dikategorikan kepada 2.
Dari kajian yang dijalankan juga menunjukkan jumlah yang mendapat penyakit jantung adalah seramai 2 orang dan mewakili peratusan 7%. Dan yang yang terakhir sekali adalah mereka yang tidak mempunyai penyakit. Peratusan yang agak kecil ini agak membimbangkan. Ini kerana, ahap kesedaran tentang makan secara sihat yang masih diperingkat yang lemah.
Di Negeri Sembilan, terdapat berbagai makanan yang sedap dan menyelerakan. Masakan-masakan ini diwarisi dari turun temurun dari genersi ke generasi. Sayangnya, masakan-masakan ini jika diambil dengan berlebihan akan mendatangkan masalah kepada kesihatan. Didalam borang kaji selidik yang telah diedarkan tersebut, telah diselitkan soalan mengenai makanan kegemaran responden dan disenaraikan makanan-makanan tradisi Negeri Sembilan serta makanan segera masa kini. Seramai 11 orang responden telah memilih makanan segera. Manakala responden yang memilih kuih muih yang manis adalah seramai 9 orang ataupun sebanyak 30%. Yang memilih masak lemak cili 43 padi adalah seramai 7 orang dan yang memilih masakan rendang adalah seramai 3 orang ataupun 10% daripada jumlah keseluruhan responden. Keduadua masakan ini mengandungi lemak dan minyak yang banyak. Jika diambil
berlebihan akan mendatangkan masalah kepada kesihatan tubuh badan. Menurut Suriah Abdul Rahman ( 2004 ) salah satu kesan akibat terlebih lemak atau lipid dalam badan ialah penyakit koronari jantung. Ia ialah sejenis penyakit kardiovaskular kerana arteri koronari jantung tidak dapat membekalkan darah dengan cukup ke jantung.
44
Bab 6
Cadangan
Seharusnya kita tidak boleh memandang mudah perkara ini. Keberkesanan cadangan yang baik haruslah ditonjolkan untuk hasil yang positif. Beberapa panduan telah digariskan penyelidik kepada pihak-pihak yang terlibat dan diharapkan cadangan-cadangan ini sedikit sebanyak dapat memberi impak yang berkesan dalam menyedarkan orang ramai khususnya penduduk di Ampangan.
Cadangan kepada anggota kesihatan
Anggota-anggota kesihatan digalakkan untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang permakanan. Dengan pembangunan teknologi yang semakin pesat meningkat, tidak hairanlah pesakit dan orang-orang awam mudah mendapatkan sesuatu informasi dari internet serta media massa. Seharusnya anggota kesihatan, tidak ketinggalan. Selain itu, dari masa kesemasa pelbagai penyakit yang berkaitan permakanan telah wujud sekarang. Dengan itu adalah baik
anggota
kesihatan
bersedia
dengan
ilmu
pengetahuan
untuk
menanganinya. Dalam pada itu, kempen-kempen mengenai kesedaran tentang 45 makan secara sihat haruslah diteruskan dari masa ke semsa, agar kempen tersebut menemui objektifnya. Bukan sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Dan pada pendapat penyelidik, adalah baik jika kempen-kempen di media massa,
sekolah-sekolah, tempat-tempat kediaman dan tempat-tempat yang difikirkan relevan ditambah lagi agar ia lebih menyeluruh. Walaupun kesedaran tentang makan secara sihat ini masih ditahap yang sederhana, tetapi pihak-pihak kesihatan tidak sepatutnya memandang remeh perkara ini.
Mengadakan seminar dan bengkel kesihatan kepada penduduk-penduduk di Ampangan adalah salah satu langkah yang baik untuk menyedarkan mereka tentang amalan permakanan yang sihat. Untuk respon yang lebih baik dari mereka, bengkel-bengkel dan seminar ini patut diadakan pada hari minggu. Kempen-kempen yang diadakan bukan setakat diperingkat tempat tersebut sahaja, malah boleh diperluaskan dengan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk menyeluruhkannya melalui media cetak dan elektronik.
Cadangan kepada pihak Badan Bukan Kerajaan ( NGO )
Sememangnya kita sedia maklum bahawa pihak kementrian kesihatan dipertanggungjawabkan untuk perlaksanaan program-program yang berkaitan dengan kesihatan. Tetapi tidak semestinya mereka sahaja yang menanggung beban ini. Pihak-pihak badan bukan kerajaan ( NGO ) sepatutnya memainkan 46 peranan dalam menyedarkan orang ramai tentang makan secara sihat. Penganjuran kempen-kempen, ceramah, dan pelbagai lagi cara, secara tidak langsung dapat meringankan beban kementrian kesihatan. Ataupun dengan
pemberian tajaan-tajaan dalam membantu program yang dianjurkan kementrian kesihatan,
Cadangan kepada orang awam
Orang awam itu sendiri sepatutnya mempunyai kesedaran tentang makan secara sihat. Kempen-kempen dan program-program telah banyak dianjurkan oleh pihak yang berwajib, seharusnya mereka telah mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang permakanan yang sihat. Sikap segelintir orang awam yang bersikap acuh tak acuh akan memberi impak yang kurang baik kepada usaha yang dijalankan. Langkah pertama bermula dirumah. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak mereka untuk menjaga amalan permakanan mereka. Selain itu penyediaan makanan yang seimbang dirumah dapat mempengaruhi isi rumah untuk makan secara sihat. Dalam pada itu, amalan makan bersama dirumah juga secara tidak langsung dapat memupuk sikap untuk makan secara sihat dikalangan ahli keluarga.
47
Bab 7 Limitasi
Bagi menyiapkan tugasan ini pelbagai halangan dan masalah yang dihadapi penyelidik. Tanpa usaha dan semangat yang kuat, tidak mungkin ia dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Selain itu pertolongan dari rakanrakan seperjuangan dan usaha yang tidak putus-putus dari tenaga pengajar dan kakitangan Klinik Kesihatan Ampangan telah memberikan penyelidik semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Pelbagai masalah telah dihadapi penyelidik semasa untuk menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah terdapat segelintir orang awam dan responden yang tidak memberikan kerjasama yang baik semasa sesi temubual dijalankan. Ada juga responden yang kurang memberikan komen yang relevan semasa mengisi borang kaji selidik.
Selain itu, kesibukan masa latihan amali semasa menjalankan penyelidikan dan kawasan kajian adalah jauh dari kawasan penempatan klinikal juga menjadi salah satu limitasi dalam menjalankan kajian yang diberikan ini. Penyelidik hanya dapat mendapatkan maklumat pada masa-masa yang tertentu sahaja. 48 Dalam pada itu, masalah juga timbu bila tidak semua maklumat yang dikehendaki boleh diperolehi dari pusat sumber atau internet di kolej. Jadi penyelidik terpaksa mencari rujukan alternatif yang lain, antaranya mendapatkan
bantuan kakitangan Klinik Kesihatan Ampangan, risalah-risalah dan surat khabar. Kekurangan penyelidikan yang sama oleh penyelidik-penyelidik lain menyebabkan penyelidik terpaksa bertungkus lumus mencari maklumat.
49 Bab 8 Rumusan
Sepanjang kajian dijalankan, kerjasama yang diberikan oleh semua responden adalah sangat baik. Oleh itu apa yang diharapkan dari kajian ini dapat diperolehi. Berdasarkan dari kajian yang telah dijalankan, dapatlah dirumuskan bahawa kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat adalah ditahap yang sederhana. Ini adalah kerana, daripada borang kaji selidik yang telah diisi dan dilengkapkan responden, tidak menunjukan pengetahuan yang terlalu cetek tentang masalah ini. Bilangan yang masih mengamalkan permakanan yang sihat dan terhindar dari penyakit yang berkaitan permakanan, masih kecil bilangannya. Bilangan penduduk yang berpendidikan tinggi dan pengetahuan dari programprogram yang dilakukan pihak kesihatan sedikit sebanyak memberi kesan yang baik kepada kajian yang dijalankan ini. Manakala taraf pendidikan yang rendah, keluarga yang besar, kesibukan kerja menjadi punca mengapa masih ada responden yang masih mengamalkan permakanan yang tidak sihat. Oleh itu seharusnya masalah kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat ini digembeling oleh semua pihak,tidak hanya dibebani pada bahu Kementrian
Kesihatan
sahaja.
Pihak-pihak
bukan
kerajaan
dan
orang
perseorangan sebaiknya memainkan peranan yang lebih jitu dalam memberi kesedaran
tentang
makan
secara
sihat
dikalangan
Ampangan.Selebihnya terpulanglah kepada individu tersebut. 50
Lampiran
penduduk
di
Borang kaji selidik
Bahagian A
Tarikh lahir
: ……………………………………………
Umur
: ………………………………
Alamat
:
……………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………
Jantina : lelaki
( )
perempuan
( )
Bangsa : Melayu
( )
Cina
( )
India
( )
Lain-lain
( )
Agama : Islam
( )
Buddha
( )
Hindu
( )
Lain-lain
( )
Status : bujang
( )
berkahwin
( )
Pekerjaan : Sektor kerajaan
( )
Sektor swasta
( )
Bekerja sendiri
( )
Tidak bekerja
( )
Bahagian B
1) Apakah makanan kegemaran anda? ( ) masak lemak cili padi ( ) makanan segera seperti KFC,McDonald dan Pizza ( ) kuih muih yang manis ( ) masakan rendang
2) Pernahkah anda mendapatkan rawatan di pusat perubatan kerana mengalami masalah kesihatan? ( ) pernah ( ) tidak pernah
3) Adakah anda mempunyai masalah kesihatan berikut ( ) tekanan darah tinggi
( ) kencing manis ( ) masalah jantung ( ) masalah berat badan ( ) tiada yang berkenaan
Berapa kali anda mengambil makanan dalam sehari ? ( ) sekali ( ) 2 kali
( ) 3 kali
( ) lebih dari 3 kali
Adakah anda lebih gemar untuk makan diluar atau dirumah ? ( ) makan di luar ( ) makan di rumah
Berapa kerap keluarga anda makan bersama ? ( ) jarang ( ) kerap
Bibliografi
Fatimah Arshad ( 1996 ), Gaya HIidup Sihat. Saji Mac 1996
Siti Mariam Ali ( 2007 ), Diet Tinngi Garam, Hipertensi dan Pengurusan Diet. Mingguan Wanita 9-15 Februari 2007
Yna sidek ( 2005 ) Makanan Berkhasiat. Remaja 1 Disember 2005.
Norhazura Halid ( 2005 ) 12 Makanan Yang Digalakan untuk Pengantin Dan Hikmahnya Dalam Islam. Nur Disember 2005
Kumpulan Kerja Kebangsaan Kempen Cara Hidup Sihat 2001 Kementrian Kesihatan Malaysia ( 2001 ), Kempen Cara Hidup Sihat 2001.
Julie Roshana Akma bt Shafee ( 2007 ), Halia Rempah Ratus Yang Mampu Dijadikan Ubat. Mingguan Wanita 29 Disember 2006- 4 Januari 2007
Norhasliza Mohd Shafi ( 2007 ), Nikmati Burger Secara Bijak. Mingguan Wanita 26 Disember 2006- 4 Januari 2007.
Sam Rachmat ( 2001 ), Amalan Hidup Sihat.Dewan Bahasa dan Pustaka
Suriah Abdul Rahman ( 2004 ), Memahami Permakanan. Dewan Bahasa dan Pustaka
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN, TINGKAT 18, BANGUNAN PERKIM, JALAN IPOH,50590 KUALA LUMPUR.
LAMPIRAN B
BORANG CADANGAN ‘HEALTH SYSTEM RESEARCH’ Nama Pelatih : SHAHRIZAL YUSOFF No. Kad Pengenalan Baru : 820123-02-5253 Tajuk Penyelidikan: Kajian Mengenai Kesedaran Tentang Makan Dengan Sihat di Ampangan, Negeri Sembilan. Huraian ringkas : Kenyataan masalah dan tujuan kajian.
Kurangnya pengetahuan tentang amalan makan secara sihat dan pengabaiannya menyebabkan meningkatnya kes-kes penyakit yang berkaitan dengan permakanan seperti hipertensi, diabetis, masalah jantung dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga dapat memburukkan lagi masalah sosial dikalangan muda mudi. Untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat, penyelidikan ini dijalankan. Skop kajian: pesakit-pesakit yang datang ke Klinik Kesihatan Ampangan untuk mendapatkan rawatan bagi berbagai penyakit. Objektif kajian : Umum : mengetahui tentang kesedaran makan secara sihat olh penduduk di Ampangan. Khusus : mengetahui tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat dan alternatif yang perlu di ambil untuk menyelesaikannya. Huraian ringkas: ‘Design, dan metodologi kajian yang akan digunakan a) ‘Design’ adalah berbentuk tinjauan iaitu “Descriptive Study” b) Metodologi kajian adalah dengan mengedarkan Borang Kaji Selidik untuk mengetahui tahap kesedaran penduduk di Ampangan tentang makan secara sihat.
Jadual perlaksanaan : Sila lampirkan jadual perlaksanaan Disokong Oleh Pengajar Yang Menyelia : Tarikh Penerimaan : EN. MURDIN @ NORDIN B. AMIT Kelulusan Pengajar Kanan Hal Ehwal Pelatih/Pengetua : EN. YUSOFF BABA Tandatangan penyelia:
Ulasan : Lulus / Tidak Diluluskan
Tandatangan pelatih: