Refleksi Pengajaran Makro RBT 3106 Kursus RBT 3106 merupakan kursus yang memerlukan para guru pelatih untuk menyediakan satu rancangan pengajaran harian dan mengajar berdasarkannya di khalayak para guru pelatih yang lain. Tugasan ini memberi pendedahan kepada para guru pelatih terhadap cara menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian yang baik, penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti dan juga dari segi kawalan murid serta masa. Mula-mula apabila saya mendapat kertas soalan, saya terus mencari maklumat tentang bagaimana untuk menyediakan satu Rencangan Pengajaran Harian yang menarik. Saya mencari contoh RPH dalam modul pengajaran RBT tahun 4. Saya mendapat pelbagai idea yang menarik dalam modul itu. Saya memilih standard kandungan menjahit artikel jahitan. Standard kandungan ini agak menarik kepada para murid, hal ini sedemikian kerana ia mengajar para murid untuk menjahit. Saya telah pun menyiapkan RPH ini sebelum beberapa minggu saya telah dapat kertas soalan tugasan. Saya berjumpa dengan Pn.Radziah bt Muhammad bagi bertanya tentang RPH saya. Beliau melihat RPH tersebut dan membetulkan beberapa kesalahan yang telah pun saya melakukan dalam RPH itu. Beliau juga memberi beberapa idea dan saya telah pun memurnikan RPH itu. Seterusnya tibanya waktu untuk mengajar di dalam kelas berpandukan RPH itu. Dengan bantuan daripada rakan-rakan yang menjadi murid saya telah melaksanakan proses pengarajan dan pembelajaran. Saya menggunakan bahan-bahan bantu mengajar seperti video, puzzle dan alatan jahitan. Sebagai set induksi saya telah memberi satu puzzle yang akan menghasilkan tulisan ‘JAHITAN’ apabila di cantumkan. Saya dapat lihat murid-murid rajin dan tertarik untuk menyiapkan puzzle itu.
Saya mendapat lihat beberapa kelemahan dalam penggunaan puzzle tersebut. Kepingan puzzle itu di potong sangat rumit. Murid-murid di mengambil masa yang lebih untuk menyiapkan puzzle di situ. Ada juga murid yang tidak dapat lihat hasilnya bagaimana. Maka saya telah memikirkan cara untuk mengatasi masalah itu. Kepingan puzzle itu perlulah dipotong tidak sangat rumit. Kecerdasan para murid bukanlah semuanya sama. Seterusnya, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar multimedia iaitu video. Saya menggunakan kamera video dan merakam video saya sendiri mengajar untuk menjahit kusyen comel. Penggunaan video dapat menarik perhatian para murid. Tetapi di sebabkan ia digunakan untuk subjek jahitan saya dapat lihat para murid sudah berasa bosan. Mungkin boleh digunakan cara yang lebih berkesan seperti demonstrasi. Apabila video itu ditayangkan murid-murid terbatas daripada bertanya soalan. Jika guru membuat demontrasi boleh mereka berhenti guru mengajar dan bertanya. Selain itu, saya menggunakan alatan jahitan yang sebenar. Penggunaan bahan maujud dapat memberi pendedahan terhadap alatan-alatan yang digunakan untuk menjahit fabrik. Murid dapat memegang dan merasakan alatan tersebut dengan ini secara automatik mereka akan ingat nama alatan dan cara menggunakanya secara ‘hands-on’. Di sini guru boleh menjimatkan masa untuk memperkenalkan alatan-alatan yang digunakan itu. Semasa menggunakannya guru mampu menceritakan tentang alatan itu. Saya merasakan bahawa penggunaan alatan itu merupakan satu kekuatan bagi pengajaran makro ini. Konklusinya, tugasan seperti ini mengajar para guru pelatih untuk menyediakan satu RPH yang baik dan mengajar para murid dengan baik. Subjek ini juga dapat memberi pendedahan awal terhadap masalah-masalah yang mampu dihadapi di sekolah pada masa akan datang nanti. Pengajaran makro ini juga memberi saya pengalaman untuk mengajar dan mengawal murid-murid di dalam kelas. Saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada Pn. Radziah Bt Muhammad selaku pensyarah RBT 3106 yang banyak membantu menerusi proses menyiapkan RPH dan mengajar pengajaran makro tersebut.