EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN1
PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Tugasan Seni Dalam Pendidikan ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang yang telah dianugerahkan dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya. Sein Seinfi fini niti ti peng pengha harg rgaa aan n dan dan ucap ucapan an teri terima ma kasi kasih h yang yang tida tidak k terh terhin ingg gga a kepa kepada da En.Ha En.Hamd mdan an bin Mahfo Mahfoh h selak selaku u pensy pensyara arah h kursu kursus s ini ini yang yang terla terlalu lu bany banyak ak memba membant ntu, u, membimbing membimbing dan juga sebagai pemudahcara pemudahcara sepanjang sepanjang proses saya menyiapkan tugasan tugasan ini. Tanpa tunjuk tunjuk ajar yang yang begitu jitu dan dan padu daripada daripada beliau, beliau,
tidak mungkin mungkin saya akan akan dapat
menyiapkan tugasan ini dengan baik. Tidak lupa juga saya saya merakamkan ucapan terima terima kasih kepada rakan-rakan rakan-rakan dan ahli ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping menyumbangkan idea-idea yang bernas . Terima kasih sekalung budi.
Dewa sakti melayang ke Daik Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang yang baik Sampai ke mati orang tak lupa
1|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN2
ISI KANDUNGAN
Muka surat
1.0
Pengenalan
3-4
2.0 2.0
Aspe Aspek k kep kepel elba baga gaia ian n sos sosio io buda budaya ya etni etnik k Baj Bajau au
3.0 3.0
4.0 4.0
2.1
Asal usul etnik Bajau
4-6
2.2
Nilai dan Kepercayaan
7-8
2.3
Kematian
9 – 10
2.4
Perkahwinan
10 – 11
2.5
Kebudayaan dan Kesenian
12
Impl Implik ikas asii kepe kepelb lbag agai aian an buday udaya a 3.1
Implikasi terhadap sekolah
14 – 15
3.2
Implikasi terhadap guru
15 – 18
3.3
Implikasi terhadap murid
18 – 20
Cada Cadang ngan an kae kaeda dah h peng pengaj ajar aran an dan dan pem pembe bela laja jara ran n untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
20 – 23
5.0
Kesimpulan
23
6.0
Refleksi
23 – 24
7.0
Ru R ujukan
24 - 25
2|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN3
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya.Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,banci penduduk di Malaysia sehingga 2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.Warganegara Malaysia terdiri darpada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%),Cina (24.6%),India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).Dalam kalangan warganegara Malaysia,Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus.Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak,manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah.Dari segi agama,Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus dengan diikuti dengan agama Buddha (19.8%),Kristian (9,2%) dan Hindu (6.3%).Justeru itu,kita patut bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kamus Dewan (2007),mendefinasikan budaya sebagai kemajuan fikiran,akal budi atau cara berfikir,berkelakuan dan sebagainya.Tegasnya,budaya boleh didefinasikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,susunan organisasi ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat resam,sikap dan nilai. Selain itu.budaya menggambarkan cara hidup,nilai.kepercayaan dan sikap (Yahya,Aziah dan Yaakob,2007).Sagor et al,(1994) dalam Yahya (2007),menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasikan oleh nilai-nilai,kepercayaan, dan peraturan tingkah laku.Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut masyarakat,kumpulan etnik,suku dan sub budaya yang lain. Untuk tujuan kerja kursus ini,saya telah memilih etnik yang terdapat di Sabah iaitu etnik Bajau .
3|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN4
MASYARAKAT BAJAU
Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. ASAL USUL ETNIK BAJAU
Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.
Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Oleh sebab bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.
Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat dalam kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh sebab kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.
4|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN5
Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurangkurangnya 26 subdialek bahasa Bajau. Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah. Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir iaitu kegiatan utamanya ialah pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran "Koboi Timur" atau "Koboi Sabah". Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti penunggang juga
Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah , mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut. Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini kebanyakkannya 5|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN6
telah menetap di darat atau di perkampungan tepian pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita Bajau juga terkenal dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.
Di Sabah, 6 bahasa Bajau digunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazan dusun dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material, muzik dan juga rekabentuk bangunan.
6|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN7
NILAI DAN KEPERCAYAAN
1 Kelahiran Sewaktu mengandung Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.
Berpantang
Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah iaitu wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus.
Menempah bidan
Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut dan mulai hari itu hingga hari ke-44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut.
Tanda Kelahiran
Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan.
Melenggang perut
Selain daripada pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang dalam kalangan 7|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN8
masyarakat Bajau. Upacara ini diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Semasa Bersalin
Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu, terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.
Menanam Tembuni
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya
Berpantang
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan.
Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam kalangan masyarakat Bajau.Bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali.
8|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN9
Berkhatan
Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun.
KEMATIAN
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan.. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat. •
Selepas Kematian
Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan. •
Adat mengawal kubur
Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam budaya masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam tempoh tersebut.Masyarakat Bajau percaya “Balan-balan” merupakan sejenis lembaga yang berasal daripada manusia.
9|Page
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN10
PERKAHWINAN
Adatnya
Merisik tidak banyak
bezanya
daripada
adat masyarakat Melayu. Sebelum
perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon
Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan.. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa
10 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN11
MAJLIS PERKAHWINAN
Pengantin Bajau
Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin.. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai limbai.
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN a.TARIAN
Tahukah anda, tarian Limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai digerakkan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik saja rombongan pengantin sampai,
11 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN12
perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di depan pengantin. Ia adalah upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab kabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari melambaikan selendang mereka sebagai simbol mengundang dan mengucapkan selamat datang. Limbai ialah tarian suku kaum Bajau yang menetap di daerah Kota Belud di bahagian pantai Barat Sabah.
Ia juga sering dipersembahkan pada majlis
keramaian tertentu dalam masyarakat berkenaan. Tarian ini dipersembahkan tiga hingga empat pasangan penari dan bercirikan gerakan lenggokan tangan penari yang lemah-lembut.
MAKANAN TRADISI
Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan tradisional,tarian
dan
sebagainya.Dari
segi
makanan,terdapat
pelbagai
jenis
makanan.Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur 12 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN13
dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh dimakan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga ialah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Pati ubi itu kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali,sehingga warna kekuning-kuningan. PAKAIAN TRADISIONAL
Bagi pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala,Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
13 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN14
IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH
Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman murid pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Menurut Najeemah (2006), sekolah perlu perihatin dengan keperluan masyarakat pelbagai budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu, pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikan dan sebahagian daripada falsafah pendidikan, meliputi daya usaha pendidikan.
Menurut Abdullah (2005), pihak sekolah perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan murid daripada pelbagai kaum bagi member peluang kepada mereka untuk mengenali dan memahami budaya antara satu sama lain. Beliau menambah, melalui pemahaman tentang budaya etnik lain adalah diharapkan satu situasi asimilasi dan toleransi boleh diwujudkan supaya ruang untuk perpaduan lebih terbuka luas.
Antara program yang boleh dijalankan ialah acara mengibarkan Jalur Gemilang, mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempattempat bersejarah Negara.
Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kelab Rukun Negara perlu ditubuh dan diaktifkan bagi mengendalikan pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti Bulan Kemerdekaan. 14 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN15
Selain itu, sekolah
perlu menganjurkan pertandingan reka cipta
yang
berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum.
IMPLIKASI TERHADAP GURU
Pertama, guru perlulah memberi layanan yang sama rata kepada semua murid. Seperti yang kita sedia maklum, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006), perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Menurut Mahani (2006), dalam konteks Negara Malaysia, perbezaan individu memang menjadi suatu perkara yang jelas. Rakyat Malaysia terdiri daripada beberapa kaum yang utama seperti Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain seperti Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik yang tersendiri. Perkembangan ini menunjukkan guru-guru perlu memahami perbezaan individu dalam pendidikan. Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2007), guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Guru perlu memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid, kemudian baru guru dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan
15 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN16
individu murid, guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada pelajaran dan rasa selamat di sekolah. Bagi memastikan layanan yang diberikan adalah adil, guru juga perlu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada murid supaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja.
Sebagai contoh,
guru boleh menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noriati, Boon Pong Ying, Sharifah dan Zuraidah (2011), melalui kaedah pembelajaran koperatif, murid dibahagikan kepada kumpulan yang daripada pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian. Jadi, mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung serta dapat mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk. Selain itu, guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, dan pekerjaan. Menurut Noriati (2011), kelas sosial wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Jadi, murid perlu dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan
guru mengendalikan
perbezaan
kelas
sosial murid
akan
mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Seterusnya, guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai.Dalam membentuk nilai murid, guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran yang diajar. Inilah yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’. Pada tahun 2005, Kementerian 16 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN17
Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR dan KBSM bagi membantu guru-guru melaksanakan penerapan nlai murni dalam pengajaran dengan lebih efektif (Mohd Najib, 2007). Hal ini menunjukkan betapa Kementerian Pelajaran begitu serius membantu guru untuk menerapkan nilai merentas kurikulum dalam pengajaran. Penerapan nilai ini juga sangat penting bagi seseorang guru bagi merialisasikan hasrat
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai
seorang guru, kita perlulah memahami dan menghayati FPK sedalam - dalamnya kerana FPK merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan di Malaysia. Daripada FPK tersebut, jelaslah bahawa tugas guru bukan sahaja memberi input semata - mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sekiranya nilai - nilai telah tertanam dalam kalangan murid, maka gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. Selain itu, dengan penerapan nilai ini, budaya hormat-menghormati, sayang - menyayangi, bertolak ansur dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan. Di samping itu, guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai dapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Menurut Noriati (2011), guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur - unsur negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Jadi, guru perlu sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Sebagai contoh, guru perlulah menghormati adat resam dan kepercayaan murid-murid. Jadi, guru tidak boleh menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Seterusnya, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsur sensitif dari aspek gender, etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawa kepada salah faham antara guru dan murid. (Noriati, 2011). Selain itu, guru perlu sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada murid supaya sentiasa menggunakan bahasa yang standard iaitu bahasa Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata 17 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN18
kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, interaksi antara murid pelbagai kaum akan terbuka luas dan secara tidak langsung dapat memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid.
IMPLIKASI TERHADAP MURID
Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap rakan bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-murid semasa berada di sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, dan murid harus sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Laras bahasa yang tepat akan membantu murid berkomunikasi dengan lancar. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina mengikut batas-batas yang sepatutnya. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan saling menghormati antara satu sama lain.
18 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN19
Kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka kea rah pembentukan modal insane yang berkualiti. Tindakan murid
boleh
dibuat jangkaan
oleh
guru.
Guru boleh
dapat
mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan ditransformasikan
sebuah bilik
darjah
yang
dapat
menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku,
rumahku’. Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal di dalam setiap kelas, namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi punca permasalahan. Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba 19 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN20
membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru. Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama. Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.
CADANGAN KE ARAH MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA
1. Menyusun kumpulan murid- murid yang berbilang kaum. Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum.. Dengan mencampuradukkan murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu. Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun murid- murid ini berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan menghormati budaya rakan- rakan lain. 20 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN21
2.
Mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi
keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid. Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan- ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Selain itu, guru juga boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Peralatan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Contohnya, dengan menggunakan diorama semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains, murid akan lebih tertarik dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan. Daya tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang. Oleh yang demikian, murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik. 3.
Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya. Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan
yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia 21 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN22
kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi.
4.
Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya. Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku
di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. 5.
Menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah
rendah. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya. Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada muridmuridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( 22 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN23
melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.
KESIMPULAN
Sebenarnya kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia merupakan suatu rahmat kepada negara ini.Kepelbagaian ini mewujudkan Malaysia yang unik pada mata dunia dan menguji kepintaran para pemimpin negara untuk memupuk kepelbagaian itu menjadi suatu ikon yang berharga di negara ini.Marilah kita sama-sama membajai kepelbagaian ini dengan kuntum-kuntum perpaduan agar negara kita akan terus maju dan mencapai matlamat negara.
23 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN24
REFLEKSI
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Penerangan yang diberikan semasa interaksi pertama agak jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Saya sangat keliru dengan kehendak tugasan pada waktu itu.Hal ini disebabkan subjek ini merupakan subjek baru dan saya belum mengetahui tentang skop pembelajaran subjek ini.Selepas pensyarah subjek ini menerangkan secara ringkas kehendak soalan tugasan tersebut barulah saya memahami tugasan tersebut serba sedikit.Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan kawan-kawan sekuliah dan masing-masing memberikan input yang menjurus kepada melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang barulah segala kekeliruan dapat saya atasi. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya.Saya cuba memahami kepelbagai budaya yang terdapat di dalam negara kita dan implikasinya kepada proses pendidikan di Malaysia.Sesungguhnya kepelbagaian budaya memberikan impak yang besar dan sistem pendidikan negara. Proses mengumpul maklumat ini berlaku sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama.Di samping itu,saya juga menghubungi rakan-rakan sekuliah untuk mendapatkan input tambahan dan saya juga menyertai forum di facebook yang membincang topik ini.Aktiviti ini telah memudahkan saya menyiapakan tugasan ini dengan jayanya..
24 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN25
Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada masa yang sama.Sebagai seorang guru yang mempunyai tanggungjawab yang bukan kepalang penting di sekolah iaitu guru Bahasa Melayu Tahun 6,saya memang berasakan seolah-olah saya tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.Hal ini demikian kerana saya terlibat dengan kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain.Namun,masalah itu telah berjaya diatasi kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk menulis esei ini. Melalui penulisan esei ini, banyak input baru yang telah saya peroleh. Antaranya ialah tentang etnik-etnik yang terdapat di Malaysia.Mengikut Wikipedia,di Malaysia terdapat 64 etnik .Satu jumlah yang sangat besar.Namun secara umumnya,kita boleh bahagikan etnik kepada 3 etnik yang besar iaitu Melayu,Cina dan India.Pelbagai etnik pasti menuntut keprihatinan yang bukan sedikit untuk menyediakan pendidikan yang sama rata dan adil kepada semua etnik. Di samping itu, saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik demografi penduduk di Malaysia. Melalui dapatan ini, saya dapat mengetahui secara terperinci bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum, agama dan sebagainya. Etnik Melayu merangkumi 55 peratus penduduk di Malaysia,Cina pula mewakili 25 peratus dan India pula 7 peratus dan yang selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi
kecil
seperti
Dayak,Bidayuh,Melanau
dan
Orang
Ulu
di
Sarawak.Kadazandusun, Murut, Bajau, Melayu Brunei di Sabah Melalui tugasan ini,saya telah mendapat pelbagai faedah terutamanya mengenai peranan guru dalam menangani kepelbagaian budaya yang terdapat di dalam kelasnya.Guru sebagai insan yang telah diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi masyarakat madani berhadapan dengan cabaran yang besar dalam usaha menangani kepelbagaian budaya ini.Jika seseorang guru gagal untuk menangani cabaran ini maka pasti hasrat kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum daripada akar umbi akan menemui kegagalan.
25 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN26
Saya juga menyedari bahawa pihak kerajaan juga memainkan peranan yang besar dalam usaha memupuk perpaduan pada peringkat sekolah.Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran
telah melaksanakan banyak program untuk memupuk
perpaduan ini antaranya program RIMUP,kegiatan kokurikulum dan melalui kurikulum yang dilaksana di sekolah.Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjuta-juta ringgit dalam memastikan segala program untuk perpaduan berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif pelaksanaannya.Saya juga menyedari usaha murni pihak kerajaan dalam pemupukan perpaduan ini adakalanya tidak mendapat sambutan yang baik daripada khalayak.Hal ini mungkin disebabkan oleh pemahaman yang cetek tentang rasional projek tersebut dilaksanakan ataupun oleh sebab politik demi kepentingan segelintir masyarakat yang tidak ingin melihat perpaduan terus utuh di Malaysia.Antara contoh kegagalan program kerajaan ialah Sekolah Wawasan. Selain itu, saya juga sedar betapa pentingnya peranan guru dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini melalui penerapan nilai-nilai murni, menjadi contoh teladan dan sebagainya.Guru sebagai orang yang paling dekat dengan murid selain ibu bapa mereka mesti sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam amalan sehariannya agar dapat menjadi cerminan kepada nilai murni kepada murid-murid.Murid akan sentiasa melihat kepada guru mereka dalam mengamalkan sesuatu nilai murni.Namun usaha daripada pihak guru sahaja tidak memadai andai ibu bapa dan masyarakat tidak memberikan kerjasama dalam merealisasikan aspirasi negara. Saya berpendapat,sebenarnya pihak yang paling penting dalam melakukan perubahan ini ialah ibu bapa mereka.Ibu bapa merupakan orang yang paling bertanggngjawab
dalam
melakukan
perubahan
kerana
merekalah
yang
bertanggngjawab mencorakkan anak-anak mereka.Jika semua ibu bapa bertekad untuk menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kepda pembinaan negara Malaysia yang aman maka mereka mesti mengubah corak pemikiran mereka agar tidak menjurus kepada survival etniknya sahaja.Mereka mesti melihat perpaduan ini dalam konteks yang lebih luas yang melibatkan pembinaan negara bangsa yang dikagumi pada mata dunia.
26 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN27
Saya amat berharap saya dan rakan-rakan guru yang lain akan dapat menjadi seorang guru yang mampu mendokong aspirasi negara ini untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.Saya sedar,tanggungjawab kami bukan alang-alang besarnya.Tanpa komitmen yang tinggi tidak mungkin saya akan dapat melahirkan murid-murid yang mencintai negaranya lebih daripada mencintai etniknya sahaja.Saya juga berharap agar segala usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan akan membuahkan hasil yang diharapkan.Saya juga berharap agar masyarakat Malaysia akan memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada pihak kerajaan dalam usaha menjadikan perpaduan sebagai asas kemajuan negara.Tiada kemajuan bakal dicapai jika perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rapuh.Kerapuhan perpaduan menjurus kepada kehancuran negara. Akhirnya,semoga impian kita untuk melihat rakyat Malaysia bernaung di bawah payung 1 Malaysia yang aman,maju dan progresif akan menjadi kenyataan.
27 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN28
RUJUKAN
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) (t.t). Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia : Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada 15 Mac 2012 daripada http://www.statistics.gov.my Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9 – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Putrajaya Mohd Najib A. Ghafar & Ali Harun (2007). Perbezaan antara Pengetahuan dan Amalan Konsep KBSM di Kalangan Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12 : 99-118 Mohd Shafie bin Haji Apdal (2008). Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudyaan, Kesenian dan Warisan. Najeemah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid, (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
28 | P a g e
EDU 3106:BUDAYA DAN PEMBELAJARAN29
Perspektif Wawasan 2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada http://pmr.penerangan.gov.my Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. Selangor : PTS Professional Muhyiddin Yassin (16 Mei 2011). Teks Ucapan Penuh Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru. Mstar Online. Dicapai pada 16 Mac 2012 daripada ://www.mstar.com.my/
29 | P a g e