www.teknoders.net Tarafından upload edilmiştir videolarımızı izlemek için tıklayınız
Manual de programación de microcontroladores de la familia PIC en el lenguaje de programación Basic
jyhuhDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
Full description
kasusFull description
Deskripsi lengkap
Full description
kemahiran asas kaunselingFull description
Full description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG
REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO : ACARA LARI BERGANTI-GANTI
WAJ 3112: OLAHRAGA
NAMA PELAJAR
: NURUL AFIFAH BT HJ ZAINAL ABIDIN
NO. K/P
: 910903 - 06 - 5124
KUMP.AKADEMIK
: PISMP S5 T3 PENGAJIAN MELAYU
NAMA PENSYARAH
: EN ABDUL JALEEL BIN ABDUL HAKEEM
TUTOR PERIBADI
: PN ARBAKYAH BT HASSAN
Apabila mendapat tahu bahawa saya perlu melaksanakan pengajaran mikro berkenaan olahraga,saya menjadi sedikit takut kerana menyedari diri yang kurang berkebolehan dalam bidang sukan.Tambah pula,masa persediaan untuk melaksanakan pengajaran ini amatlah singkat kerana saya dan rakan masing-masing banyak terikat dengan tugas-tugas pengurusan seperti menganjur kejohanan,pertandingan,seminar dan
lawatan
selain
tugasan
kerja
kursus
berasaskan
ilmu
(KKBI)
berjalan
serentak.Mujur kami sudah berpengalaman banyak melaksanakan aktiviti pengajaran mikro,maka penulisan RPH menjadi lebih mudah dan lancar.
Hasil undian,saya dan tiga orang rakan saya mendapat tajuk acara lari bergantiganti.Satu
sesi
pengajaran
yang
menarik
adalah
rantaian
aktiviti
yang
berkaitan,misalnya jika mengajarkan lompat jauh,daripada sesi pemanasan badan hinggalah penutup sepatutnya mempunyai pertalian dengan kemahiran yang ingin diajarkan (dalam konteks lompat jauh,aktiviti melompat).Apabila mendapat tajuk berkenaan larian dan penghantaran-penerimaan baton,saya memikirkan satu aktiviti memanaskan badan tentang bagaimana murid-murid boleh mengaplikasikan teknik hantar-terima ini tanpa mengetahui mereka akan belajar berkenaan lari berganti-ganti.
Kata kunci yang berlegar-legar di kepala saya ialah
‘tagging’ dan saya
teringatkan adegan filem lucu hasil adaptasi novel bergambar ‘Diary of Wimpy Kid’
yakni dalam satu babak,pelakon utamanya Greg menyentuh keju berkulat yang disumpah membawa malang kepada sesiapa yang menyentuhnya juga sesiapa yang disentuh orang pertama menyentuh keju tersebut.Semasa zaman kanak-kanak dahulu permainan ini dipanggil ‘sep -sep’.Maka terciptalah permainan kecil Sentuhan Beracun
dengan menggunakan ABM Tangan Beracun.Hal ini saya kira adalah kekuatan pengajaran kumpulan kami kerana menggunakan ABM dan berkaitan dengan teknik hantar-terima namun dalam bentuk permainan kecil yang menyeronokkkan.
Dalam tugasan pengajaran mikro ini, saya mengambil bahagian untuk sesi demonstrasi.
Seperti
pengajaran
mikro
sebelumnya,
selepas
sahaja
habis
pengajaran,saya pasti mengimbas dan mendapati saya tertinggal beberapa bahagian dalam penerangan. Setakat ini saya masih gagal untuk mengucapkan semua yang saya rancang dengan tenang. Mungkin kerana mengajar ini belum menjadi kebiasaan bagi saya tambah pula saya bukannya seorang atlet yang berkemahiran dalam teknik lari berganti-ganti ini.
Saya amat cemburu dengan rakan yang boleh memberikan penerangan yang ringkas,padat dan mudah difahami semua orang.Untuk mengatasi keadaan ini mungkin saya boleh bertanyakan mereka apakah rahsia memberikan tunjuk cara atau demonstrasi yang berkesan.Setakat ini teknik yang saya cuba adalah mengingat kata kunci dan jangan baca arahan yang panjang lebar dan rumit selain gunakan murid untuk tujuan demonstrasi.Kelemahan saya juga yang kurang bersedia dan tidak sempat mengingat kata kunci penerangan tersebut dan hanya sempat membaca prosedur penerangan itu awal pagi sebelum pengajaran.Dalam pada itu juga,saya agak mengejar masa sehingga tertinggal beberapa perkara penting misalnya membuat perkaitan demonstrasi dengan suasana sebenar acara lari berganti-ganti.Saya juga tidak menggunakan
pengalaman
menceritakan
sedia
pengalaman
ada
murid,misalnya
mereka
menyertai
meminta
murid
untuk
acara
ini.
Maka
kesimpulannya,persediaan yang mantap adalah sangat diperlukan.
Selain itu kerana mengingatkan dunia sukan bukan kepakaran saya,berlaku kesilapan dalam mengajarkan cara menghantar baton hanya kerana saya mengikut kata rakan saya yang menjadi murid ketika itu. Padahal apa yang saya baca sudah pun bertepatan
dan
penerangan
saya
betul
cuma
saya
kurang
yakin.Secara
keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan kumpulan saya.Komen pensyarah juga agak memberangsangkan cuma saya merasakan masih banyak kelemahan diri perlu diperbaiki tambah-tambah lagi untuk persediaan praktikum.Sekian.