PUNCA-PUNCA DAN SEBAB-SEBAB TINGKAH LAKU
Terdapat beberapa jenis gangguan tingkahlaku iaitu : 1. Hipe Hipera rakt ktif if dima dimana na kead keadaa aan n sese seseor oran ang g indi indivi vidu du yang yang terl terlam ampa pau u akti aktiff jika jika dibandingkan dengan kedaan biasa. 2. Tingkah Tingkah laku laku meros merosakka akkan n (Destru (Destructi ctive) ve).. - Perm Permus usuha uhan n nyat nyataa dima dimana na terdap terdapat at tingk tingkah ah laku fizik fizikal al atau lisan lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai seseorang. a) Permus Permusuaha uahan n nyata nyata – suatu suatu trait trait Biol Biologi ogi Menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita.. Mengharapkan orang lain mengalami sesuatu yang malang. Merasa seronok apabila mengetahui berita malang tersebut. b) Permusuhan Permusuhan nyata – disebabk disebabkan an oleh oleh kekecewaa kekecewaan n Akibat kekecewaan kepada suatu bentuk permusuhan. c) Permus Permusuhan uhan nyata nyata – dipe dipelaj lajari ari i) dipe dipellajar ajarii dar dariipada pada indi indivi vidu du yang ang ber berha ham mpir piran ii) dipe dipellajar ajarii dari daripa pada da sika sikap p masy asyarak arakat at iii) dipe dipellajar ajarii dari daripa pada da tel televis evisye yen n 3. Kebimb Kebimbanga angan n iaitu iaitu perasa perasaan an kurang senang senang yang disebab disebabkan kan pra-alam pra-alamat at bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan. Perbezaan di antara kebimbangan dan ketakutan adalah kurang jelas. 4. Pengu Pengund ndur uran an diri diri iait iaitu u penar penarik ikan an dari dari suat suatu u situ situas asii yang yang kura kurang ng sela selama matt dan dan mengancam. Seca Secara ra umum umumny nyaa punca punca berl berlak akuny unyaa sala salah h laku laku adal adalah ah keran keranaa gangg ganggua uan n biol biolog ogii termasukla termasuklah h baka serta persekitaran persekitaran merangkumi merangkumi faktor keluarga, keluarga, faktor faktor budaya, budaya, faktor faktor sekolah sosio ekonomi dan faktor agama serta faktor fizikal juga boleh menyebabkan salah laku.
1.FAKTOR BIOLOGI
1.1.Baka
Ahli Ahli psikolo psikologi gi berset bersetuju uju bahawa bahawa salah salah laku laku dipeng dipengaru aruhi hi juga juga oleh oleh baka. baka. Contohny Contohnyaa perangai perangai sifat sifat introvert introvert atau ekstrovert ekstrovert dipengaruhi dipengaruhi oleh genetik. Begitu juga dengan pantulan dan ketakutan, cepat atau mudah marah, rasa tegang selalu dan bimbang. Baka juga juga merupa merupakan kan satu satu faktor faktor yang yang mempen mempengar garuhi uhi perkem perkemban bangan gan aspek aspek fizika fizikall seserorang. Sekiranya ibu bapanya berbadan gemuk kemungkinan anaknya akan gemuk. Oleh kerana kanak-kanak itu gemuk menyebabkan ia malu serta pendiam dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan, mungkin ia takut diejek dan sebagainya. Perkem Perkembang bangan an mental mental seseor seseorang ang itu itu adalah adalah banyak banyak dipenga dipengaruh ruhii oleh oleh faktor faktor baka. baka. Kecerda Kecerdasan san tinggi tinggi atau atau rendah rendah,, biasan biasanya ya telah telah ditent ditentukan ukan oleh oleh baka baka yang yang diwari diwarisi si daripa daripada da ibu bapany bapanya. a. Sekira Sekiranya nya ibu bapany bapanyaa mempun mempunyai yai kecerd kecerdasa asan n yang yang rendah rendah
mereka akan mempunyai anak-anak yang lemah kecerdasannya. Ini menyebabkan timbul rasa rendah diri, mengasingkan diri dan terbelakang dari rakan sebaya. Temperamen seseorang kanak-kanak juga mempengaruhi interaksinya dengan kanakkanak lain. Contohnya, seseorang kanak-kanak cepat marah, kurang sabar atau gemar mengkritik orang lain biasanya dijauhi oleh kanak-kanak lain. 1.2. Kekurangan Zat Makanan ,
Makanan seimbang yang disediakan adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Kekurangan satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan kanakkanak itu letih dan mudah terkena penyakit.
2. FAKTOR KELUARGA
2.1.Hubungan keluarga dan anak.
Suasana rumah yang mesra dan harmonis adalah menggalakkan ketenteraman tingkah laku terkawal. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk kestabilan emosi. Kasih sayang, layanan, asuhan dan perhatian yang diberi oleh ibu bapa akan secara langsung membantu perkembangan emosi.Sebaliknya, ibu bapa yang tidak pengasih boleh menyebabkan salah laku, anaknya melawan, kurang bercakap dan berasa iri hati.Misalnya ibu bapa yang mewujudkan perasaan tegang dalam keluarga menyebabkan anak-anak tidak diterima, rasa tersingkir dan kurang selesa. 2.2. Pengaruh ibu bapa.
Ibu bapa akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak, segala perlakuan atau geraklaku ibu bapa sama ada yang positif atau negatif akan menjadi ikutan. 2.3. Sikap keluarga tentang disiplin.
Peraturan-peraturan hendaklah sederhana atau pun mengikut keperluan semasa. Ibu bapa janganlah mengenakan tindakan disiplin terlalu ketat atau sebaliknya terlalu longgar. Kajian Kes 1, Jammy, anak kedua dalam keluarga. Kesemua pakaian yang dipakai Jammy adalah kepunyaan abangnya. Abangnya seorang murid yang cerdik manakala Jammy seorang murid yang tidak pandai. Ibu bapa Jammy selalu memuji abangnya sebaliknya Jammy selalu dimarahi dan dipukul. Ibu bapa seringkali memaksa Jammy belajar, ini mengakibatkan Jammy bersikap negative terhadap pelajaran.
Kajian Kes II, Rosli adalah anak tunggal dalam keluarga yang berada. Rosli terlalu dimanjakan, segala kemahuan dituruti. Hasil daripada asuhan ibu bapanya menyebabkan Rosli menjadi murid yang sombong dan suka bergaduh. 2.6 Keadaan Emosi dan Moral dalam Keluarga Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat pelajar itu tinggal juga mempunyai pengaruh penting kepada salah laku kanak-kanak. Jika kehidupan harian di rumah dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang terlalu kasar, garang dan dominan ataupun terlalu mengongkong dan memanjakan, atau gangguan neurotik, mereka akan membesar dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahan. Kanak-kanak terlalu dimanjakan dari masa dia lahir sehingga dia tidak pernah berpeluang untuk berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan tidak mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Mereka telah dikenakan disiplin yang terlalu ketat dan menjalani kehidupan dengan mengikut arahan mungkin arahan mungkin hilang keinginan untuk berusaha sendiri. Akibatnya, kanakkanak dari keluarga seperti itu mempunyai perkembangan ego yang lemah, mereka tidak mempunyai motif yang lebih tinggi untuk bekerja keras, mereka segera berubah menjadi malas dan lembap. Ini dimudahkan lagi jika suasana biasa dalam keluarga dirosakkan oleh sikap ibu bapa yang sambil lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan mengelakkan tanggungjawab. Sikap seperti itu akan menggalakkan kanak-kanak menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah, sehingga mengibatkan kemunduran akademik.
2.4. Penceraian atau perpisahan.
Banyak kajian menunjukkan bahawa masalah salah laku sering dialami oleh kanak-kanak apabila berlaku penceraian dikalangan ibu bapa mereka. Corak tingkah laku berbeza di antara kanak-kanak dan ia berhubungkait dengan perkara-perkara seperti jantina dan usia. Kanak-kanak yang terganggu emosinya lebih sering mengeluh sakit seperti demam, sakit tekak, sakit perut dan sebagainya. Seseorang akan merasa marah terhadap ibu bapanya kerana bercerai dan dia melepaskan perasaan marahnya itu melalui perubahan sikap mendadak. Dia menjadi degil, bersikap panas baran, bertumbuk dengan budak-budak lain, mencuri, ponteng sekolah, bercampur dengan kumpulan budak-budak nakal dan menghisap rokok. Dia menjadi penyedih dan tidak suka bergaul, asyik menyendiri, menangis seorang diri, tidak tidur lena malam dan kelihatan malas.
Kajian Kes, Ahmad seseorang kank-kanak melayu berusia empat tahun yang memang cerdik. Dia sering menangis terutamanya pada waktu malam. Ibu bapanya telah bercerai sebulan yang lalu dan pada setiap hari minggu ayahnya akan dating mengunjungi dan membawa keluar bersiar-siar. Ahmad memang mesra dan rapat dengan ayahnya sejak
kecil lagi. Dia sering bertanya ibunya mengapa ayahnya tidak lagi balik ke rumah seperti dahulu. Ibunya pula berasa marah terhadap ayah Ahmad kerana setiap kali dihantar pulang, ahmad akan menangis teresak-esak sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak bersetuju bekas suaminya membawa Ahmad keluar. Di tadika pula, ahmad yang biasanya mudah mesra bergaul, asyik menyendiri sahaja. Dia tidak berselera makan dan badannya jelas kelihatan susut. Dia juga mudah panas hati jika kehendaknya tidak dituruti. Ibu Ahmad menyatakan bahawa tingkahlaku anaknya banyak berubah selepas dia bercerai dengan suaminya. 2.5 Bilangan ahli dalam keluarga Faktor ini tidak kurang penglibatannya dalam konteks menjejaskan tingkah laku. Kanakkanak perlukan hidup bebas yang terkawal, mereka perlukan tempat khas. Jika keadaan rumah mereka menjadi sesak dengan bilangan ahli keluarga yang ramai sudah tentu ianya akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak itu. Suasana sudah menjadi tidak tenteram, berebut-rebut tempat dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu ketenteraman kanak-kanak itu.
3. FAKTOR BUDAYA
Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yang bebeza. Penekanan terhadap sesuatu nilai dalam satu-satu kebudayaan tentu akan mempengaruhi pembentukan tingkah laku. Contohnya, kalau ibu bapa memberi penekanan kepada unsur agama maka kanak-kanak yang dibesarkan dengan kebudayaan ini akan mempunyai tingkah laku yang stabil. Persekitaran akan mempeengaruhi sikap ibu bapa dan juga kank-kanak. Nilai dan taraf tingkah laku masyarakat mempengaruhi kanak-kanak melalui contoh, kanak-kanak mudah dan cepat tepengaruh dengan perkara-perkara negatif. Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan pergaduhan, kezaliman dan keganasan, mereka akan cenderung untuk memperolehi tingksh laku yang agresif. 4. FAKTOR SEKOLAH
Murid-murid menghabiskan hampir separuh masa di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding dengan pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Contohnya, pengetua yang tegas melaksanakan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan satu-satu tugas. Sekiranya sebaliknya, menyebabkan kanak-kanak pasif, menarik diri, takut mengambil bahagian dan lain-lain lagi. Tindakan pihak sekolah memberi perhatian hanya kepada murid-murid yang bersalah sahaja, manakala murid-murid yang tidak menjadi masalah tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan murid tidak bermasalah akan menunjukkan tingkah laku yang menjadi perhatian pihak sekolah. Peranan guru juga amat penting. Sikap guru yang tidak menyenangkan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak itu. Banyak perkara yang guru itu lakukan tanpa disedari boleh
mengubah tingkah laku yang tidak menyenangkan. Mereka akan mula bosan, malas dan nakal apabila berhadapan dengan kegagalan. Masalah pengamatan juga melibatkan perubahan tingkah laku. Kanak-kanak ini akan merasa gelisah berada di bilik darjah dan selalu melakukan kesilapan dan kesalahan dalam pelajarannya. Guru kurang memberi perhatian dan sering sibuk dengan tugasan akan menyebabkan murid merasa diri mereka tidak dihiraukan dan menyebabkan mereka bertindak mengikut kehendak mereka. 5. FAKTOR EKONOMI
Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku kanakkanak. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai, ekonomi adalah perkara utama yang perlu difikirkan. Rendahnya taraf ekonomi kepada keluarga yang besar, ini akan menimbulkan ketegangan. Dalam keadaan begini anaklah yang menjadi mangsa. Anakanak dalam keluarga ini akan menempuh satu suasana yang tidak stabil, serba kekurangan dan dengan sendiri menimbulkan masalah tingkah laku mereka. Golongan yang rendah seringkali dikaitkan dengan kemiskinan. Golongan yang tinggal di kawasan setinggan umpamanya mempunyai masalah kewangan. Apabila mereka berdepan dengan masalah ini, mereka mempunyai masalah untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak kepada pendidikan. Kanak-kanak yang terdiri daripada golongan ini mempunyai masalah untuk mempelajari sesuatu kerana mereka tidak diberikan pendedahan awal. 6. FAKTOR FIZIKAL
Kanak-kanak yang kurang bertenaga disebabkan penyakit akan berasa malu, bersifat pendiam, mudah marah dan menarik diri. Akibatnya kanak-kanak berkenaan tidak dapat membina hubungan yang baik dengan kanak-kanak lain. Dengan itu dia akan berasa sedih dan mengalami kesunyian. Anak-anak mempunyai cacat anggota seperti tempang, sumbing, kudung kaki, tangan dan lain-lain kecacatan akan menunjukkan tingkah laku yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Kesimpulannya, mengikut Balson (1993), setiap individu secara semula jadi mahukan dirinya diperlukan dan dimiliki. Keadaan ini dapat dirasai sekiranya mereka mendapat tempat dalam keluarga dan sekolah melalui kerjasama, penglibatan, sumbangan dan rasa dihargai. Sekiranya mereka tidak dapat merasakan keadaan ini mereka akan berusaha seberapa daya untuk prestige, kedudukan istimewa dan lebih tinggi untuk mengatasi rasa kekurangan dan rendah diri yang ada padanya. Mengikut Dreikurs (1968), murid-murid yang melakukan salah laku mempunyai matlamat yang tertentu iaitu menarik perhatian, menunjuk kuasa dan membalas dendam. Kanak-kanak akan berkelakuan menunjuk-nunjuk, mengganggu dan menjerit untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa, guru atau sesiapa sahaja.
KESAN TINGKAH LAKU MURID TERHADAP PEMBELAJARAN 1. PENCAPAIAN AKADEMIK MEROSOT
Ukuran rendah dan tingginya pencapaian akademik seseorang kanak-kanak dalam sesuatu pelajaran adalah berdasarkan tahap pencapaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan melalui sistem penilaian yang diadakan. Ibu bapa dan guru akan berasa kecewa ataupun tidak puas hati sekiranya kanak-kanak tidak dapat menunjukkan prestasi pencapaian akademik yang dikehendaki. Sesetengah kanak-kanak menunjukkan kemajuan pelajaran yang baik pada masa berada dalam tahun Satu atau Dua tetapi merosot apabila meningkat ke tahun yang lebih tinggi. Lazimnya, kanak-kanak yang lemah dan merosot dalam pelajaran disebabkan oleh pelajaran bertambah banyak dan semakin susah, mereka akan merasa bosan dan tidak dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Kanak-kanak tidak berminat dalam pelajaran tertentu seperti Matematik, mereka tidak faham apa yang diajar menyebabkan mereka bosan dan mengganggu rakan-rakan mereka di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Suasana di rumah juga tidak menjadi pendorong murid untuk belajar, mereka lebih leka bermain kerana kadangkala terdapat ibu bapa yang tidak memberi perhatian kepada mereka. Galakan dan dorongan daripada ibu bapa dan guru juga penting, murid ini memerlukan galakan dan dorongan untuk meningkatkan usaha mereka. Murid ini merasakan diri mereka tidak disayangi akan menyebabkan mereka memberontak dan seterusnya langsung tidak mempedulikan pelajaran. Kanak-kanak ini juga mempunyai daya kecerdasan yang rendah, mereka kurang berfikir untuk membuat latihan dan lebih suka dengan permainan. Penguasaan bahasa yang terhad juga menyebabkan berlakunya salah laku murid, murid menunjukkan kegelisahan semasa guru menerangkan sesuatu, mereka tidak memberikan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Kanak-kanak ini juga kadangkala diletakkan dalam kumpulan kanak-kanak yang cerdik. Apabila mereka diletakkan dalam kumpulan kanak-kanak yang cerdik, mereka tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan tahap murid-murid tersebut. Mereka lebih suka bermain dari memberikan tumpuan dan membuat kerja yang diberikan oleh guru. 2. TIDAK BERMINAT DALAM PELAJARAN
Tidak berminat dalam pelajaran dapat dikaitkan dengan tidak memahami pelajaran yang diajar. Oleh itu kanak-kanak atau murid-murid yang berkenaan biasanya bersikap negatif terhadap guru seperti tidak suka menerima nasihat daripada guru, nakal dan pencapaian akademik mereka rendah daripada kawan-kawan lain. Kanak-kanak yang tidak suka belajar ini disebabkan oleh faktor biologi, iaitu merangkumi faktor baka dan penyakit-penyakit yang menjejaskan fungi otak dan urat saraf, mereka lemah dan tidak dapat memahami dan mengikuti setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan kanak-kanak ini tidak memberikan perhatian pada setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Minat belajar murid ini juga kurang akibat ibu bapa tidak memotivasikan anak-anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh. Murid sebegini juga seringkali cepat bosan dengan teknik penyampaian pelajaran oleh guru-guru yang tidak membangkitkan minat murid untuk
belajar. Kanak-kanak ini juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan persekitaran yang tidak sihat ditambah pula dengan sikap sambil lewa mereka dalam pelajaran. Murid juga menjadi tidak berminat untuk belajar apabila peraturan dan disiplin sekolah yang ketat dan berbeza dengan kawalan di rumah. Jika di rumah mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa disiplin yang ketat. Mereka akan memberontak dan tidak mahu dan tidak berminat untuk belajar. Mereka juga tidak boleh membaca dengan betul dan mengalami kekekokan semasa menulis pada peringkat sekolah rendah. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan murid ini tidak berminat belajar dan ketinggalan dalam pelajaran. Mereka lebih suka membuat bising di dalam kelas untuk mendapatkan perhatian daripada guru dan tidak mahu membuat kerja yang diberikan oleh guru kerana tidak faham. Murid sebegini juga kurang keyakinan diri. Mereka akan cuba menolak diri daripada melakukan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini berlak kerana mereka merasa diri mereka sangat lemah dan tidak mampu untuk melakukan setiap aktiviti yang dibuat di dalam kelas. Mereka lebih suka bermain dan mengganggu rakan di dalam kelas. 3. TAKUT DENGAN PEPERIKSAAN
Semasa kanak-kanak berada diperingkat sekolah rendah, mereka biasanya takut menghadapi peperiksaan. Apabila mereka meningkat ke sekolah menengah, perasaan tersebut makin berkurangan oleh sebab mereka sudah biasa dengan peperiksaan. Ketakutan ini timbul disebabkan kanak-kanak tidak berasa yakin kepada diri sendiri. Oleh itu, mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan dengan baik. Ketakutan ini akan bertambah lagi sekiranya guru memberi markah yang rendah setiap kali ujian diadakan dan mereka akan berasa malu dengan keupayaan yang ditunjukkan itu. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan membina sikap negatif terhadap sesuatu ujian dan peperiksaan. Mereka menganggap peperiksaan bukannya membantu mereka dalam pelajaran sebaliknya menjejaskan kemajuan mereka. Kanak-kanak yang takut menghadapi peperiksaan biasanya disebabkan olen tidak tahu apa yang hendak diulangkaji, ini kerana tahap mereka begitu lemah dan tidak memahami pelajaran. Mereka juga lemah dalam kebanyakan pelajaran kerana seringkali tidak memberikan perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. 4. PENYESUAIAN DIRI SEWAKTU DI DALAM KELAS
Murid-murid ini selalunya tidak dapat menyesuaikan diri di dalam kelas. Mereka tidak yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Mereka lambat untuk memahami setiap arahan yang diberikan oleh guru. Definisi penyesuaian oleh Mustafa Haji Musa dan rakan-rakan (1991,hal.53) ialah bermaksud melawan atau menentang sesuatu keadaan. Sekiranya seseorang telah dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan, ini bermakna mereka telah dapat menentang keadaan tersebut dengan jayanya. Murid-murid sebegini selalunya menunjukkan sifatsifat runsing seperti termenung, menangis, sedih dan tidak aktif. Mereka tidak dapat memberikan respon yang baik pada setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka sering takut apabila mengahadapi rakan sebaya dan guru-guru kerana tidak yakin dengan diri sendiri kerana menganggap bahawa setiap apa yang mereka lakukan adalah
salah. Mereka juga selalu melakukan perbuatan salah dengan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah kerana mereka tidaka faham dengan arahan-arahan yang diberikan. Sewaktu di dalam kelas pula, mereka tidak dapat membuat latihan dengan baik seperti yang diberikan oleh guru-guru. Mereka tidak dapat memahami apa yamg perlu mereka lakukan dan tidak faham arahan yang diberikan oleh guru. Muridmurid ini juga mudah menarik diri daripada interaksi sosial. Mereka tidak banyak bergaul dengan rakan-rakan dan guru, mereka tidak dapat menyesuaikan diri mereka apabila mereka berada di kalangan rakan-rakan dan guru-guru. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mendapat banyak pendedahan dan pengalaman. Mereka lebih suka ponteng sekolah daripada mengahdiri sekolah kerana tidak dapat menyesuaikan diri di dalam kelas. 5. SUSAH MENGINGAT PELAJARAN YANG LEPAS
Kanak-kanak yang susah mengingati pelajaran yang telah diajar oleh guru biasanya dikaitkan dengan lupa dan tidak faham apa yang telah diterima. Boleh dikatakan semua manusia tidak kira cerdik atau lemah mengalami gangguan ingatan atau lupa kepada apa yang sudah diterima atau diingat sebelum itu. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini selalunya disebabkan oleh perkara yang dipelajari terlampau lama menjadikan kanak-kanak ini bosan dan tidak mahu mendengar pengajaran guru. Terdapat juga murid yang mempunyai perasaan takut atau menghadapi kecemasan. Terdapat juga penindihan ke atas penyimpana di mana murid terpaksa mengingat banyak perkara sehingga mereka tidak mahu mengingat apa-apa lagi. Mereka juga lemah kemahiran mengdengar, mereka tidak apat menyimpan apa yang telah mereka pelajari dan menyebabkan mereka menganggap sia-sia sahaja mendengar pengajaran oleh guru dan lebih berminat melakukan perkara-perkara lain seperti bermain dan mengusik rakan-rakan. Kanak-kanak ini juga tidak faham tentang apa yang dipelajari, maka pelajaran yang telah dipelajari tidak dapat disimpan dalam kotak fikiran mereka. Mereka seringkali diselubungi oleh perasaan negatif. Mereka sentiasa memikirkan bahawa apa yang mereka pelajari amat sukar sehingga tidak mahu mengingat semua pengajaran. Mereka lebih suka bermain di dalam kelas, mengganggu rakan, bising di dalam kelas, tidak memberikan perhatian yang menjadi penyebab utama mereka sukar mengingat pelajaran yang lepas.
DISEDIAKAN OLEH : SITI ZAWIYAH BT. ISMAIL KSPK PEMULIHAN KHAS 2007