PROTAP PEMBERIAN MgSO4 PADA EKLAMPSIA DAN PRE EKLAMPSIA BERATFull description
PROTAP PEMBERIAN MgSO4 PADA EKLAMPSIA DAN PRE EKLAMPSIA BERATFull description
Eklampsia
Full description
PROTAP PEMBERIAN MgSO4 PADA EKLAMPSIA DAN PRE EKLAMPSIA BERATDeskripsi lengkap
Full description
Deskripsi lengkap
aaaaaaaa
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA, 31250 TANJONG RAMBUTAN R AMBUTAN,, PERAK DARUL RIDZUAN,
TAHUN 2 SEMESTER 2,
CASE STUDY ( PENGKAJIAN KES ) (KLINIK KESIHATAN GUNUNG SEMANGGOL) KESIHATAN IBU DAN ANAK ( UNIT KOMUNITI )
TAJUK : HIPERTENSI SEMASA HAMIL (PRE-EKLAMPSIA)
NAMA
:
MUHAMAD HARMAIN BIN AHMAD FUAT
NO MATRIKS
:
BPP 2009 – 7853
NO KAD PENGENALAN
:
900612-14-6283 900612-14-628 3
Bilangan Patah Perkataan
: 1,093 patah perkataan
Pengesahan Penerimaan
:
Nama Pengajar Tarikh
: ………………...
: ………………...
Maklumat Pesakit Nama pesakit : Zarina binti Abdul Aziz No I.C : 750323- 08-5508 Umur : 35 tahun Pekerjaan : Suri rumah Bangsa : Melayu Agama : Islam Nama suami : Abdul Halim bin Mansor No I.C suami : 640501-08-5993 Pekerjaan suami : Operator Pengeluaran Maklumat Kesihatan Pesakit : LMP (Last Menstrual Period) : 20/01/10 EDD (Expected Delivery Date) : 27/10/10 Gr : 04
P : 02
+ 01
Sejarah Penyakit Masa Kini : PIH and GDM on Insulin 2004 & 2005 B/Pressure – 160/110 mmHg Hb – 8.7
Sejarah Kandungan Lalu : Bilangan
Anak 1
Anak 2
Tahun
2001
2005
H/kandungan
Term
Term
J/kandungan
EM LSCS
EM LSCS + lol
Tempat kelahiran
Hosp.Taiping (Doktor)
Hosp.Taiping (Doktor)
Jantina
Lelaki
Perempuan
Berat
3.5
4.5
Komplikasi – Ibu :
PIH & DM on Insulin
PIH & DM on Insulin
Anak :
NNJ
Poor Progress NNJ
Penyusuan Susu Ibu
6/12
3 Tahun
Keadaan Anak Sekarang
Hidup sihat
Hidup sihat
Tarikh Perkahwinan : 27 /10 / 95 Tinggi Ibu : 154.1 cm Haid : 7-8 hari
Pusingan : Regular
Kumpulan Darah : O
Rh : + positif
Perancang Keluarga : Tidak
Pendahuluan Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan. Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eklapmsia yang boleh menjurus kepada eklampsia, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eklampsia dan ecklampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5 10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eklampsia. Jenis-jenis 1. Penyakit darah tinggi kronik Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi. Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil. 2. Tekanan darah tinggi disebabkan kehamilan (PIH-Pregnancy Induced Hypertension) Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami ek lampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir
mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia. 3. Pre – Eklampsia (PE) Pre-Eklampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan. Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut. Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal di dalam rahim. Terdapat juga risiko strok terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal. Etiologi PE Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri t idak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya. Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari
biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah. Faktor-faktor Penggalak PE Keadaan berikut boleh menjadikan ianya lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja :
Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
Migrane
Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
Mempunyai hypertension kronik
Terlalu kurus
Terlalu rendah
Kandungan kembar
SLE
Kandungan molar
Manifestasi Klinikal PE
DBP 90-110 mmHg
Proteinuria 2+/3+
Peningkatan berat badan dengan cepat
Gangguan penglihatan
Sakit kepala / mirip dengan migraine
Sakit pada epigastrik –hati bengkak dan inflamasi
Edema pada kaki, meningkat dengan cepat
Retinal edema
Sawan (tanda bagi preeklampsia yang teruk – eklampsia)
Interpretasi Penyiasatan PE 1. FBC – platelet count < 100,000 / µL menunjukkan pre eklampsia 2. Urinalisis untuk proteinuria – >2+ abnormal, perlu lakukan 24-hour urine collection untuk nisbah protein : kreatinin 3. Serum uric acid level > 5 mg/dl – abnormal dan merupakan perkaitan kegagalan tubul dalam preeklampsia. 4. Prothrombin time (PT) dan/atau international normalized ratio (INR) dan/atau activated partial prothrombin time (aPTT) – keputusan abnormal disebabkan koagulopati. 5. Lactate dehydrogenase (LDH), bilirubin dan D-dimers – abnormal menunjukkan berlaku hemolysis dan DIVC. Pengurusan Bagi Pre Eklampsia (mild) :
Masukkan pesakit ke wad
Pemerhatian B/P dan albuminuria
Mula Labetolol 100mg bd/tds atau Methyldopa 250mg tds jika B/P > 140/90 mmHG – dos ubat dinaikkan setiap 48 jam jika perlu untuk mengawal BP dan memastikan DBP antara 90-95 mmHg Kelahiran anak pada minggu ke 38 – Induction (vaginal delivery) atau LSCS
jika ada tanda fetus bermasalah. Bagi Severe Pre Eklampsia / Eklampsia :
Memastikan salur pernafasan terbuka dan pesakit boleh bernafas.
Mengawal sawan (Magnesium Sulphate 20% 4g IV selama 5 minit).
Mengawal tekanan darah (Ubat Antihipertensif).
Pengurusan keseluruhan, pemantauan dan mengawal i mbangan cecair badan.
Melahirkan anak.
Pemantauan untuk mencegah sawan dan mengenalpasti komplikasi.
Komplikasi PE
Melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan
Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
Anak mati dalam perut
Anak susah bernafas semasa lahir
Ibu tumpah darah semasa mengandung
Ibu boleh mendapat sawan
Ibu mudah mengidap penyakit lemah jantung
Ibu mudah mengidap penyakit buah pinggang
Pendidikan Kesihatan
Ibu mengandung perlu datang pemeriksaan antenatal lebih awal untuk pemantauan tekanan darah.
Pemeriksaan antenatal lebih kerap jika ada tekanan darah tinggi (2 m inggu sekali) – pemeriksaan BP dan urin protein.
Kenalpasti tanda bahaya pre eklampsia teruk seperti sakit kepala yang kuat, masalah penglihatan, saki abdomen (epigastrik), datang ke hospital segera jika ada simptom tersebut.