MUKA SURAT
KANDUNGAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Notis Hak Kerajaan Kandungan Kata-Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) 1.0 Pengenalan Konsep Akhlak Dalam
i i ii iii v vi viii iv 1
Islam Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1.1 Definisi Konsep Akhlak
1 1 2 3
1.2 Akhlak dan Moral
5
1.3 Kesan Akhlak Terhadap Individu,Keluarga dan Masyarakat 1.4 Akhlak Mahmudah dan Akhlak
8 11
Mazmumah 1.5 Isu-isu Akhlak Dalam Masyarakat
21
2.0 Akhlak Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 2.1 Adab Dalam Kehidupan Seharian 2.2 Adab Dengan Ibu Bapa dan Keluarga 2.3 Adab Dalam Kehidupan Sosial 2.4 Adab Terhadap Al-Qur‟an 2.5 Adab Menuntut Ilmu 2.6 Kesan Akhlak
24
iv
24 24 24 25 26 28 34 38 45
3.0 Analisis dan Huraian Isi Kandungan Akhlak dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 3.1 Analisis dan Huraian Isi Kandungan Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul
v
47
47 47 47 48 50 51 52
Pengenalan Modul ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH…! Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3107 Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Ia ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri pelajar. Modul ini memberi tumpuan kepada penerangan konsep akhlak dalam Islam, menganalisis dan memperincikan kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Dalam modul ini anda akan mempelajari: Tajuk 1:
Pengenalan konsep akhlak dalam Islam 1.1 Definisi konsep akhlak 1.2 Akhlak dan moral
Tajuk 2:
Akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah 2.1 Konsep 2.2 Pelaksanaan 2.3 Kesan
Tajuk 3:
Analisis dan huraian isi kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah Tahun 1 hingga 6 3.1 Cerakin tajuk 3.2 Perincian isi kandungan
Di akhir setiap unit ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar terhadap isi modul. kepada soalan-soalan
Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan
tersebut yang mana akan dibincangkan bersama dengan
pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini, pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.
vi
AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)
Bil.
1
2
3
4
5
6
Interaksi Bersemuka (jam)
Tajuk/Topik
Pengenalan konsep akhlak dalam Islam. Definisi konsep akhlak Akhlak dan moral Akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Konsep Pelaksanaan Kesan Analisis dan huraian isi kandungan akhlak dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun 1 - 6. Cerakin tajuk Perincian isi kandungan Aplikasi Strategi pengajaran pembelajaran akhlak tahun 1-6 Penyediaan rancangan pengajaran akhlak tahun 1-6 Semester Mingguan Harian Amali pengajaran akhlak
5
Jum. Jam
5
5
5
5
5
10
dan 6
6
4
4
15
15
30
vii
Modul (jam)
15
45
TAJUK 1
PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM
SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai konsep akhlak dan
perbezaannya dengan moral, kesan akhlak terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Topik ini juga turut membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah di samping itu turut dibincangkan mengenai isu-isu akhlak dalam masyarakat. Melalui isi kandungan pelajaran ini pelajar akan dapat menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian mereka..
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini pelajar akan dapat 1. Menjelaskan konsep akhlak dalam Islam. 2. Membuat perbezaan di antara akhlak dan moral 3. Mengaplikasi
akhlak
mahmudah
mazmumah
KERANGKA KONSEP TAJUK PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM
DEFINISI KONSEP AKHLAK
AKHLAK DAN MORAL
KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH
ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT
viii
dan
meninggalkan
akhlak
Para pelajar sekalian ! Anda pernah mendengar perkataan akhlak Islamiah? Adakah anda dapat membezakan di antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak?
Tunggu dulu ! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik banding beza dan buat catatan isi di dalam borang tersebut.
ix
TAJUK 1.1
DEFINISI KONSEP AKHLAK
1.1.1 Definisi akhlak. Dari sudut bahasa, akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya ialah khuluk bermaksud perangai, atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi pekerti,kelakuan,tabiat. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat semulajadi, tabiat, maruah dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang.Menurut Yalchin, seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Mohd Salleh (1997), akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut; sifat semulajadi yang dimiliki individu. Sifat ini dimiliki menerusi latihan, ransangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat; dan akhlak meliputi dua dimensi iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan. Al-Ghazali juga mentakrifkan akhlak sebagai “satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah sebati, daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah dicerna tanpa memerlukan pengulangan” (Ghazali Darussalam, 1997). Sifat serta gambaran batin yang indah serta kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. Dalam Islam, sifat dan gambaran batin ini ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya,iaitu Allah SWT. Dari sudut istilah pula, akhlak membawa maksud segala tingkah laku atau perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua. Ia juga kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk.Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran. Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama.
1.1.2 Konsep akhlak. Menurut Mustafa Daud (1998), al-Maududi mengatakan bahawa : “ Nilai akhlak yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat, iaitu semua masyarakat x
di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik dan sama-sama mengkeji akhlak yang keji. Justeru itu al-Quran menggunakan istilah al-ma’ruf (sesuatu yang telah diketahui oleh manusia tentang baiknya sesuatu perbuatan) dan al-mungkar (sesuatu yang telah diketahui tentang keburukannya) untuk akhlak yang buruk”.
Dalam Islam, baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas, iaitu sebarang tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT dikatakan baik dan mulia, sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan kemurkaanNya dikatakan jahat dan keji.Ini kerana matlamat hidup manusia yang sebenarnya ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Individu perlu mempelajari dan mengenal pasti antara akhlak yang baik dengan yang buruk agar melakukan yang baik meninggalkan yang buruk. Segala suruhan Allah yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak.
Kesimpulannya, akhlak memberi maksud keperibadian, sahsiah dan tingkah laku yang telah menjadi adat kebiasaan, yang tidak memerlukan manusia berfikir panjang. Akhlak lahir dari dalam jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia dengan Tuhannya, diri sendiri dan individu lain serta hubungannya dengan alam sekitar.Antara contoh akhlak yang bersifat baik (mahmudah) ialah amanah, jujur, sabar, menepati janji, murah hati, kasih sayang, pemaaf dan adil. Manakala akhlak yang tidak baik (mazmumah) termasuklah sifat seperti sombong, dengki, angkuh, mungkir janji, tidak amanah, mengumpat, menghina dan sebagainya.
o Anda telah mengetahui makna akhlak dalam Islam. Tahukah anda perbezaannya dengan moral?
xi
TAJUK 1.2
AKHLAK DAN MORAL
1.2.1 Akhlak Islam Akhlak dalam Islam bersumberkan al-Qur‟an dan as-Sunnah. Ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : ” sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” Saidatina Aisyah r.a. apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau menjawab dengan katanya : ” sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran.” Walaupun akhlak suatu sifat yang tetap dalam jiwa seseorang namun ianya boleh dibentuk bagi menjadikannya suatu sifat yang tetap. Akhlak boleh dibentuk secara umumnya dengan tiga cara iaitu pertama ; dengan mengawal suatu sifat ke tahap yang sederhana seperti sifat marah. Ianya perlu dikawal agar tidak menjadi sifat tercela seperti sifat ‟panas baran‟. Kedua; memandu sesuatu sifat ke jalan yang disuruh oleh Islam seperti berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Ketiga; mengubah dan menggantikan sifat tercela dan buruk dengan sifat yang terpuji seperti bercakap bohong digantikan dengan bercakap benar. Akhlak dapat mewarnai keseluruhan kehidupan setiap orang Islam apabila setiap pelakunya adalah berlandaskan akhlak yang lahir dari berpegang dengan ajaran Islam.
1.2.1 Definisi moral.
Moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk, keadilan, amanah dan sebagainya yang diyakini seseorang berbanding undang-undang atau standard-standard yang lain. Menurut Bahasa Latin moral ( moralis) berasal daripada perkataan mos, moris yang bererti kebiasaan, perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.
xii
Manakala Moraliti ialah satu set standarad peribadi atau masyarakat yang digunakan untuk mengukur perlakuan baik atau buruk atau untuk mengukur kualiti sesuatu yang betul, benar atau boleh diterima. 1.2.2 Konsep moral.
Moral mengandungi kepercayaan tentang hakikat manusia, kepercayaan atau pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai, peraturan mengenai sesuatu yang boleh dan tidak boleh dibuat dan yang seharusnya dibuat dan dorongan-dorongan yang membuat seseorang mengikut sesuatu arah yang betul atau salah. Moral berakal tunjang dalam ajaran agama kerana ia terhasil daripada kepercayaan atau agama.
Dua pandangan yang agak berbeza tentang moral terhasil daripada sikap terhadap matlamat ajaran moral. Golongan deontologist menganggap peraturanperaturan moral terdiri daripada nilai-nilai unggul (ideals) yang sememangnya baik dan perlu
dipatuhi oleh semua, tetapi golongan teologis berpendapat
sesuatu peraturan adalah baik jika kesannya bertujuan untuk mencapai kebaikan (iaitu kesihatan,kebahagiaan, ilmu, keindahan), dan mengelakkan perkaraperkara yang tidak diingini (iaitu penyakit,penderitaan,kejahilan,keburukan). Menurut pandangan ini kebaikan dan keburukan boleh dinilai daripada hasilnya samada sesuatu perbuatan mendorong kepada kebaikan atau sebaliknya. Dua pandangan ini juga boleh diakui untuk menilai sesuatu etika.
1.2.3 Perbezaan akhlak dan moral.
AKHLAK
MORAL
Merangkumi zahir, batin dan akal.
Merangkumi zahir dan akal sematamata.
Mementingkan
hubungan
dengan Hanya
Allah. Bersumberkan
mementingkan
hubungan
dengan manusia. al-Quran,
Hadith
& Berdasarkan budaya sesuatu bangsa.
contoh ulama salaf. Nilainya tetap/mutlak.
Nilainya sentiasa berubah.
xiii
Matlamatnya ialah keredhaan Allah Matlamatnya ialah keredhaan manusia. s.w.t
TAJUK
KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA
1.3
DAN MASYARAKAT
1.2 KEPENTINGAN AKHLAK
Akhlak sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan cara hidup manusia ke arah mewujudkan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup. Antara kepentingan akhlak dapat dilihat dari aspek-aspek berikut;
1.3.1 Individu
Seseorang yang berakhlak akan menikmati kebaikan samada dari segi fizikal, rohani, jasmani dan mental. Orang yang bersifat dengan akhlak Islam akan sentiasa menjaga tingkah lakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Mereka akan berada dalam keadaan sihat sejahtera kerana sentiasa menjaga kebersihan fizikal dan mental dengan sempurna. Begitu juga mereka akan dapat mengawal emosi yang membantu membina sahsiah diri dengan sifatsifat terpuji seperti sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa, rajin, sederhana, jujur, baik hati, bersyukur dan sebagainya. Dalam aspek mental , orang yang berakhlak tidak suka membazirkan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya membuat penilaian terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil. Mereka tidak merasa bimbang kerana berbuat baik kepada semua orang dan masyarakat akan mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Dengan itu jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan sahsiah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana akhlak telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.
xiv
1.3.2 Keluarga
Dalam sebuah keluarga yang mengamalkan akhlak mulia, setiap ahli akan bertanggungjawab dan dapat memainkan
peranan masing-masing serta saling
hormat menghormati antara satu sama lain. Ikatan yang erat dalam keluarga berjaya mewujudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga berasa selamat dan bahagia.
1.3.3 Masyarakat Dengan adanya individu, keluarga dan organisasi yang berakhlak mulia, masyarakat akan menjadi lebih bertanggungjawab, toleransi, serta peka terhadap isu-isu sosial yang berlaku . Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman, damai dan harmonis sepanjang masa.
Akhlak juga memberi kesan kepada organisasi, alam sekitar dan negara. i.
Organisasi
Bagi sesebuah organisasi, akhlak adalah penting kerana nilai-nilai ini dapat membendung masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual, pembaziran masa dan sebagainya. Apabila semua ahli saling hormat menghormati, tahu tanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan masing-masing, maka organisasi itu akan menjadi mantap serta lahirlah suatu budaya kerja positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi dan semua tingkahlaku yang baik dan terpuji yang membawa kepada peningkatan keuntungan organisasi. Seterusnya keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja.
ii.
Alam Sekitar
Masyarakat yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran dengan mengelakkan apa jua bentuk pencemaran.
xv
Mereka sentiasa peka terhadap isu alam sekitar.Hasilnya masyarakat dapat hidup dengan sihat manfaat dari alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar.
iii.
Negara
Rakyat yang berakhlak ialah rakyat yang hormat dan setia kepada pemimpin, ta‟at kepada Raja dan Negara, patuh kepada peraturan dan undang-undang serta cinta kepada negara. Keamanan dan keharmonian negara akan terhasil dengan memiliki rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara. Negara akan aman, damai, maju, disegani dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa atau dunia. Demikianlah hebatnya peranan akhlak dalam kehidupan manusia. Kepentingankepentingan ini secara umumnya dapat disenaraikan seperti di bawah; 1. Membentuk tingkah laku 2. Membentuk keluarga harmonis 3. Membentuk masyarakat bermoral 4. Menangani gejala-gejala sosial 5. Memantapkan dasar-dasar negara 6. Mewujudkan kestabilan negara 7. Menjamin keamanan sejagat
xvi
TAJUK 1.4
AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH
1.4.1 AKHLAK MAHMUDAH
Akhlak mahmudah ialah akhlak terpuji seperti berkasih sayang sesama manusia, berani, ikhlas, sabar, amanah, pemaaf
dan lain-lain sifat terpuji yang perlu
dijadikan amalan dalam kehidupan seseorang. Berikut adalah antara sifat-sifat mahmudah yang perlu dihayati oleh setiap individu muslim :
1. Berkasih sayang Sifat kasih sayang perlu ada kepada setiap makhluk terutama sesama manusia dan juga haiwan. Sifat ini sangat dituntut dalam Islam. Firman Allah SWT :
“Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang”. (Surah al-Balad : ayat 17 ) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “sesiapa yang tidak berkasih sayang kepada makhluk di bumi. Dia tidak akan dikasihi oleh makhluk dilangit” ( Riwayat at-Tabrani ) 2. Ikhlas
Sifat ini amat penting dihayati oleh umat Islam untuk kesempurnaan iman. Sifat ini perlu dalam semua ibadah yang kita lakukan iaitu diikhlaskan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah SWT :
xvii
“Dan
mereka
tidak
disuruh
kecuali
menyembah
Allah
dengan
mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.” ( Surah al-Bayyinnah : ayat 5 ) Sifat ikhlas yang diamalkan dalam kehidupan seharian akan meninggalkan kesan positif kepada setiap individu. Orang yang ikhlas menjalankan tugas tidak mudah kecewa apabila gagal dalam sesuatu usaha sebaliknya mereka akan terus berusaha sehingga berjaya.
3. Bijaksana ( Al-Hikmah)
Bermaksud tindakan yang berasaskan kepada kebijaksaan akal dan fikiran yang waras.
Rasulullah
SAW
menggunakan
Al-Hikmah
semasa
menjalankan
dakwahnya.
Firman Allah SWT :
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang
baik
dan
berdialoglah
dengan
mereka
dengan
cara
terbaik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah an-Nahl : ayat ) xviii
25
Orang yang berhikmah akan mengamalkan sifat lemah lembut, menahan marah, mengawal perasaan, memberi kemaafan dan bersedia meminta fikiran dari orang lain.
4. Redha
Redha bermaksud bersedia dengan ikhlas hati untuk melakukan
sesuatu.
Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa redha menghadapi ujian Allah SWT samada secara langsung atau tidak. Orang yang memiliki sifat redha akan menerima segala musibah dengan jiwa yang tenang. Redha juga bermaksud perasaan tenang terhadap segala yang berlaku yang ditentukan oleh Allah SWT. di dunia dan di akhirat. Para sahabat Rasulullah SAW memiliki sifat redha yang tinggi sehingga
Allah SWT mengaku meredhai mereka sepertimana
dalam
firmannya :
“Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya, yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.” (Surah Al-Bayyinnah : ayat 8)
5. Ketepatan Masa Merupakan sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap manusia. Untuk mendapatkan sifat ini setiap individu perlu melatih diri supaya patuh kepada masa yang telah ditetapkan. Seseorang yang menepati masa akan berjaya dalam kehidupannya. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menepati masa melalui ibadah solat. Firman Allah SWT :
xix
“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” ( Surah Al-Asr : ayat 1-3) 1.4.2 AKHLAK MAZMUMAH Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang
tidak baik, keji dan
tercela,Sifat
mazmumah patut dijauhi dan dihindari oleh semua umat Islam supaya mereka tidak rugi dunia dan akhirat.. Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat Mazmumah ialah seperti berikut: 1. Marah Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang marah selalunya didorong oleh pengaruh bisikan syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api”
2. Hasad dengki dan iri hati Sifat hasad dengki dan iri hati lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan daripadanya. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: xx
nikmat
itu terhapus
”Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.” 3. Takabur Sifat takabur bermaksud bongkak dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain. Banyak perkara
yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau
sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.Sifat sedemikian amat besar dosanya dan menyebabkan orang yang memilikinya akan menjadi orang yang celaka dan sengsara di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT:
“Dan
Tuhanmu
berfirman:
"Berdoalah
kepada-Ku,
niscaya
akan
Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (Surah al-Mu‟min : ayat 60)
4. Riya’ Riya‟ pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan atau menunjuk-nunjukkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan. Hukum riya‟ adalah haram dan amat dibenci oleh Allah Taala sebab amalan yang sepatutnya dikerjakan untuk mendapat keredhaan Allah, tiba-tiba bertukar dan berubah niat semata-mata untuk dilihat oleh manusia dan mengharapkan keredhaan manusia.
xxi
Firman Allah S.W.T :
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya” (Surah al-Ma‟un : ayat 4-6) Sifat riya‟ amat merbahaya kerana ia boleh menjebakkan diri seseorang ke dalam kumpulan orang yang syirik kepada Allah.
5. Ujub Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub bererti bangga diri dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Ujub boleh menyebabkan tersesat dari jalan yang benar dan memasuki jalan yang salah dan tidak diredhai oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :
“Maka
janganlah kamu mengatakan dirimu suci…” (Surah an-Najm : ayat 32)
Tugasan Refleksi •
Apakah akan terjadi kepada Negara Malaysia jika warganya ketandusan akhlak mahmudah?
xxii
1.4.3 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK Pembentukan akhlak seseorang menurut pandangan Islam dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah : 1. Faktor Wirathah (keturunan) Iaitu suatu sifat warisan dalam keturunan seseorang. Sifat ini berpindah dari satu generasi kepada generasi dan mempengaruhi dalam pembentukan akhlak. Oleh sebab itu Islam menganjurkan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin memilih pasangan hidup yang mempunyai akhlak yang mulia, memilih pasangan yang soleh dan solehah dan menjaga kehormatan diri.
2. Faktor Alam Sekitar Iaitu kesemua benda yang berada di sekeliling seseorang termasuklah rumahtangga, masyarakat, tempat tinggal, keadaan geografi dan lain-lain lagi dapat mempengaruhi akhlak seseorang samada secara langsung atau tidak. Contoh, seperti ibu yang mengandung mempengaruhi keadaan anak dalam kandungan. Oleh sebab itu Islam membentuk peraturan dalam hubungan seks bertujuan membentuk akhlak anak yang akan dikandung dan dilahirkan. Di samping itu sentiasa mendoakan anak dalam kandungan. Begitu juga apabila anak dilahirkan, Islam menggariskan panduan untuk mendidik anak agar anakanak ini akan membentuk institusi keluarga yang berbudi pekerti mulia dan di redhai Allah.
3. Faktor Teman dan Sahabat Peranan teman dan sahabat memberi kesan kepada seseorang terutama pada zaman remajanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “perbandingan seseorang yang bersahabat dengan orang yang baik sepertimana seorang yang bersahabat dengan penjual minyak wangi, dia akan turut mendapat haruman pada pakaiannya atau akan dihadiahkan minyak wangi kepadanya. Manakala perumpamaan seorang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat
xxiii
sepertimana seorang yang bersahabat dengan tukang besi, bajunya akan terkoyak atau mendapat baungan yang tengit”
4. Faktor Ilmu Iaitu ilmu tentang akhlak samada akhlak baik atau akhlak buruk dan mengikuti setiap ilmu dengan amalan perbuatan atau menjauhinya. Ilmu merupakan pemandu kepada amalan perbuatan samada di luar atau di dalam (hati) dan amalan yang tidak berpandukan ilmu tidak diterima oleh Islam. Seseorang perlu menyedari akan hubungan akhlak
dengan keimanan dan ketaqwaan supaya
mereka tidak melakukan amalan yang bertentangan dengan apa yang dizahirkan dengan apa yang berada dalam hati mereka.
5. Faktor Kebudayaan Setiap garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam merupakan asas kepada budaya Islam dan akhirnya memberi kesan kepada keseluruhan anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.
Sifat mazmumah
Sifat mahmudah
Guru perlu gambar di atas, dapatkan maklumat yang boleh menyokong Berdasarkan Mengamalkan setiap tindakan yang menjurus kepada pelakuan seseorang. kebersihan setiap masa xxivGuru perlu Mengamalkan kebersihan
TAJUK
ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT
1.5
Fikirkan sebentar! Apakah isu-isu akhlak yang sering berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia terutama umat Islam?
Isu akhlak ialah perkara atau perilaku yang bertentangan dengan agama yang menjadi penghalang kepada kemajuan hidup seseorang. Amalan-amalan yang tidak sihat ini perlulah dihindari oleh seluruh manusia. Sebenarnya isu yang dimaksudkan itu termasuklah vandalism. homoseks, penderaan, seks bebas, pembuangan bayi dan pengabaian warga tua serta jenayah seks.
1. JENAYAH SEKS
Perlakuan mencabul maruah seseorang terutamanya ke atas kaum wanita. Kes pencabulan ini semakin berleluasa. Ia berlaku di mana-mana sahaja seperti
di
rumah, di tempat kerja dan di tempat keramaian. Orang yang melakukan jenayah ini terdiri dari orang yang tidak dikenali dan terdapat juga orang yang dikenali. Lazimnya jenayah ini berlaku secara paksa namun begitu sudah terdapat kes-kes di mana perlakunya secara sukarela sanggup menggadaikan maruahnya.
Antara faktor yang menyumbang kepada jenayah seks ialah pengaruh media massa yang menayangkan filem lucah, pergaulan bebas dan eksploitasi wanita dalam pengiklanan dan pakaian yang tidak menutup aurat. Tempat-tempat hiburan yang terdapat secara berleluasa turut menyumbang perlakuan jenayah seks di kalangan remaja. Perlakuan ini adalah salah dari segi agama, undang-undang dan norma masyarakat. Jenayah ini perlu dibendung supaya masyarakat tidak rosak dan institusi keluarga tidak tercemar.
xxv
2. PENGABAIAN WARGA TUA
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes yang melibatkan pengabaian warga tua. Di antara sebab pengabaian ini ialah kerana terdapat anak-anak yang merasa suatu beban apabila ibu bapa yang telah tua berada bersama mereka. Akibatnya mereka menghantar kedua ibu bapa ke rumah orang-orang tua yang disediakan oleh pihak kerajaan atau NGO.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ibubapa adalah insan yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih saying sehingga anak-anak Berjaya dalam kehidupan mereka. Anak-anak perlu ingat dan insaf bahawa syurga mereka letaknya dibawah tapak kaki ibu.
3. PENDERAAN ANAK
Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan tidak berakhlak. Penderaan terhadap mereka bermaksud tidak dijaga dengan baik, tidak diberikan keperluan mereka, dipukul atau didera emosi mereka. Konsep penderaan juga termasuk mencederakan, memperkosa dan dipaksa bekerja seperti mengemis.
Terdapat pelbagai jenis penderaan yang melibatkan kecederaan, perubahan fizikal, kecacatan, kesakitan dan lain-lain lagi terhadap kanak-kanak. Umumnya penderaan kanak-kanak dapat diklasifikasikan kepada empat jenis, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan penderaan pengabaian.
Faktor-faktor yang menyebabkan penderaan ialah keganasan ibubapa dan faktor persekitaran. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa tidak akan berterusan.
4. PENGGUGURAN
Pengguguran bererti menamatkan proses kehamilan dengan memaksa janin dalam kandungan keluar sebelum cukup tempoh masanya. Perbuatan ini samalah seperti xxvi
membunuh janin tersebut. Perlakuan ini haram disisi agama Islam dan salah dari segi undang-undang Negara dan nilia-nilai kemanusiaan.
Kes-kes pengguguran biasanya berlaku kerana si ibu takut menanggung malu kerana anak yang dikandung adalah anak luar nikah atau mereka belum lagi bersedia untuk memelihara anak.
Masalah pengguguran perlulah dibenteras kerana anak adalah anugerah Allah yang di amanahkan kepada ibubapa untuk dipelihara sebaik mungkin. Mereka merupakan perhiasan hidup bagi setiap keluarga. Tanpa anak-anak kehidupan berkeluarga akan menjadi suram dan tidak ceria.
Tugasan Pembelajaran (2 jam)
Isu-isu akhlak yang berlaku dalam masyarakat Malaysia masa kini (( menunjukkan bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat semakin tenat. Sebagai pendidik, anda diminta untuk menghuraikan cara untuk menangani isu akhlak tersebut secara berkesan.
xxvii
Tajuk 2
AKHLAK DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Sinopsis
Pendidikan adab di dalam Islam bertujuan melengkapkan individu dengan ilmu dan amalan yang perlu dihayati dalam kehidupan seharian. Penghayatan adab dan akhlak Islamiah mampu melahirkan muslim dan mukmin yang bertaqwa yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia dalam kehidupan. Adab dan akhlak juga akan mengawal diri individu dari segala gejala negatif.
Hasil Pembelajaran
Di akhir topik ini pelajar akan dapat 1. Menyenaraikan keistimewaan akhlak Islam 2. Membezakan tingkahlaku beradab dengan tingkahlaku tidak bersopan 3. Menghias diri dengan akhlak Islamiah.
Kerangka Konsep Tajuk
AKHLAK DALAM SUKATAN PELAJARAN
ADAB DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
ADAB DENGAN IBU BAPA DAN KELUARGA
ADAB DALAM KEHIDUPAN SOSIAL
ADAB TERHADAP ALQUR‟AN
ADAB MENUNTUT ILMU
KESAN AKHLAK
xxviii
2.1 ADAB DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa berakhlak dengan akhlak mahmudah. Adab yang berteraskan akhlak Islamiah meliputi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia seperti hubungan sesama murid terhadap guru, ibu bapa, alam sekitar dan negara. Adab ini juga meliputi aktiviti individu, hubungannya dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Pelajar yang beradab boleh bertindak dalam segala keadaan dengan berkesan sehingga menjadikan individu tersebut berpekerti mulia dan dihormati oleh orang lain. Kumpulan akhlak dan adab Islamiah adalah seperti berikut :
Hubungan diri dengan Allah
Hubungan dengan diri sendiri
Hubungan diri dengan individu lain
Hubungan diri dengan alam sekitar dan negara
Komponan adab dan akhlak Islamiah menyediakan panduan amalan yang perlu dilakukan atau yang perlu dihindarkan. Berdasarkan ajaran dan adab Islam, peringkat akhlak yang pertama ialah hubungan manusia dengan penciptaNya iaitu Allah. Berakhlak dengan Allah menuntut kita supaya beriman denganNya iaitu dengan mengakui Rububiyyah dan UluhiyyahNya. Kita juga tidak boleh mempertuhankan sesuatu selain dari Allah. Sebaliknya seseorang itu mesti mengabdikan diri kepada Allah dan meninggalkan segala perkara yang dilarang.
Bagi
menunjukkan
kepentingan
adab,
contohnya
seorang
yang
tidak
menghormati diri sendiri tidak akan dapat mengembangkan potensi dirinya secara fitrah. Seseorang yang menebang pokok secara sewenang-wenangnya dianggap tidak berakhlak kepada alam. Orang yang kurang sopan tidak akan berupaya mewujudkan hubungan yang harmoni di antara dirinya dengan manusia lain.
Sebagai pendidik, guru perlu memastikan pelajar-pelajar mereka mengamalkan akhlak dan adab Islamiah. Contohnya adab di dalam kelas, adab bertutur dengan sopan sesama rakan dan guru, mengambil sesuatu dengan tangan kanan dan xxix
mengucapkan terima kasih. Kecemerlangan guru dalam pendidikan akhlak mereka bergantung kepada keupayaan mereka mempamerkan diri mereka dengan akhlak Islamiah pada setiap ketika.
2.2 ADAB DENGAN IBU BAPA DAN KELUARGA
Islam telah meletakkan martabat ibu bapa pada tempat yang tinggi. Akhlak dengan ibu bapa bermaksud setiap anak wajib mentaati segala perintah mereka selagi perintah itu tidak melanggari perintah Allah. Setiap anak wajib berbakti kepada kedua ibu bapa mereka supaya anak-anak ini mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan mereka. Kebajikan kepada kedua ibu bapa perlu diberikan keutamaan berbanding kewajipan yang lain. Rasulullah SAW pernah tidak mengizinkan seorang pemuda berperang kerana tidak ada orang yang menjaga ibunya.
Islam menetapkan beberapa peraturan dan adab yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:
1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Firman Allah SWT :
... “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa...” (Surah an-Nisaa, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.
xxx
2. Menghargai dan menghormati mereka
Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Firman Allah SWT :
“...Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil”. (Surah al-Isra, ayat 24).
3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah SWT :
.... ... “…Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya...” (Surah al-Israa‟, ayat 23).
4.
Berdoa
untuk
kebahagiaan
ibu
bapa
Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
xxxi
Firman Allah SWT :
... “... Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24).
5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa.
Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Keredhaan Allah bergantung dari keredhaan kedua ibubapa, Kemurkaan Allah bergantung
kepada
kemurkaan
kedua
ibubapa”
Anak yang soleh akan sentiasa melakukan kebajikan kepada kedua ibu bapa mereka. Mereka akan sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesejahteraan kepada kedua-duanya. Jika kedua ibu bapa telah meninggal dunia mereka akan mendoakan kedua-duanya sebagai tanda kasih dan sayang kepada mereka.
2.3 ADAB DALAM KEHIDUPAN BERSOSIAL
Manusia adalah makhluk sosial, dimana manusia tidak boleh hidup seorang diri, atau mengasingkan diri dari kehidupan bermasyarakat. Dengan dasar penciptaan manusia yang memikul amanah berat sebagai khalifah di bumi ini, maka Islam memerintahkan umat manusia untuk saling tolong-menolong dan bantu membantu untuk tersebarnya nilai rahmatan lil alamin ajaran Islam. Maka Islam menganjurkan umatnya untuk saling bantu membantu dalam kebaikan saja dan tidak dibenarkan menolong dalam kejahatan.
Firman Allah SWT :
xxxii
“… dan tolong menolonglah kamu dalam urusan taqwa, dan janganlah kamu menolong dalam perkara-perkara dosa dan permusuhan,….” ( Surah Al Maaidah: ayat 2) Oleh
karena
itu
manusia
selalu
memerlukan
orang
lain
untuk
terus
mengingatkannya, agar tak tersesat dari jalan Islam. Maka hendaknya umat Islam mengerahkan segala daya dan upayanya untuk sentiasa mengadakan peringatan ke arah kebaikan pada masyarakat dengan memanfaatkan peluang yang ada. Jika kita berada di bulan Ramadhan contohnya, kita perlu mengingatkan pentingnya memanfaatkan waktu semasa menjalankan puasa. Janganlah kita mensia-siakan puasa dengan amalan yang dilarang syari‟at dan perkara-perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Di bulan Syawal, kita perlu tingkatkan lagi hubungan sosial dengan saling ziarah menziarahi sesama manusia. Bulan Zulhijjah juga amat penting untuk mengeratkan lagi ukhuwah Islamiah. Tentu saja hari-hari selain itu perlu kita tegakkan aktiviti-aktiviti sosial yang memang merupakan seruan Islam. Antara adab yang dituntut Islam dalam mengukuhkan hubungan sosial, ialah : 1. Silaturrahim Islam menganjurkan silaturrahim antara anggota keluarga baik yang dekat mahupun yang jauh, sama ada mahram ataupun bukan. Apalagi terhadap kedua orang tua. Islam mengkategorikan tindakan terhadap “pemutusan hubungan silaturahim” adalah dalam dosa-dosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidak masuk surga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim” (Riwayat Bukhari, Muslim) 2. Memuliakan tetamu xxxiii
Tetamu dalam Islam mempunyai kedudukan yang amat terhormat. Orang yang menghormati tetamu termasuk dalam golongan orang beriman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “…barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia memuliakan tetamunya” (Riwayat Bukhari, Muslim)
3. Menghormati tetangga Hal ini juga merupakan adab untuk penilaian apakah seseorang itu beriman atau belum. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “…Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetangganya” (Riwayat Bukhari, Muslim) Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memuliakan tetangga, di antaranya: - Menjaga hak-hak tetangga - Tidak mengganggu tetangga - Berbuat baik dan menghormatinya - Mendo‟akannya, dan sebagainya.
xxxiv
4. Saling menziarahi. Rasulullah SAW, sering menziarahi para sahabatnya. Beliau pernah menziarahi Qais bin Saad bin Ubaidah di rumahnya dan mendoakan: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu buat keluarga Saad bin Ubadah”. Beliau juga menziarahi Abdullah bin Zaid bin Asim, Jabir bin Abdullah juga sahabat-sahabat lainnya. Ini menunjukkan betapa ziarah memiliki nilai positif dalam mengharmoniskan hidup bermasyarakat. Abu Hurairah RA. Berkata: Bersabda Nabi SAW yang bermaksud : “Ada seorang menziarahi
temannya di suatu dusun, maka Allah menyuruh
seorang malaikat (dengan rupa manusia) menghadangnya di tengah jalan, dan ketika bertemu, Malaikat bertanya; engkau hendak kemana? Jawabnya; Saya hendak menziarahi
seorang teman di dusun itu kerana Allah. Maka ditanya;
Apakah kau merasa terhutang budi padanya atau membalas budi kebaikannya? Jawabnya; Tidak, hanya semata-mata kasih sayang kepadanya kerana Allah. Berkata Malaikat; Saya utusan Allah kepadamu, bahwa Allah kasih kepadamu sebagaimana kau kasih kepada kawanmu itu kerana Allah” (Riwayat Muslim)
5. Memberi ucapan selamat.
Islam amat menganjurkan amalan memberi ucapan selamat. Ucapan ini selalunya dilakukan di majlis pernikahan, kelahiran anak baru, menyambut bulan puasa dan sebagainya dengan menggunakan kaedah yang disesuaikan dengan zamannya. Pada masa sekarang masyarakat biasanya menggunakan kad ucapan selamat, mengirim surat, talipon, internet, SMS dan sebagainya. Sesungguhnya ucapan selamat terhadap suatu kebaikan itu merupakan hal yang dilakukan Allah SWT terhadap para Nabinya dan kepada hamba-hamba-Nya yang melakukan amalan surga.
xxxv
Firman Allah SWT :
“Yang
mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya.
mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” (Surah Az Zumar: ayat 18) Rasulullah SAW juga memberikan khabar gembira yakni syurga kepada para sahabatnya seperti Abu Bakar RA, Umar bin Khatthab RA, Utsman RA, Ali RA, dsb.
6. Mengambil sikap peduli dengan aktiviti sosial.
Orang yang peduli dengan aktiviti sosial di sekitarnya, serta sabar menghadapi risiko yang mungkin akan dihadapinya, seperti cemuhan, cercaan, serta sikap prejudis masyarakat adalah lebih baik daripada orang yang pada asalnya sudah tidak mahu untuk berhadapan dengan risiko yang mungkin menghalangnya sehingga ia memilih untuk mengasingkan diri dan tidak menampakkan wajahnya di khalayak masyarakat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
xxxvi
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang lain dan sabar dengan gangguan mereka lebih baik dari mukmin yang tidak mau bergaul serta tidak sabar dengan gangguan mereka” (Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi, dan Ahmad)
7. Memberi bantuan sosial.
Orang-orang lemah mendapat perhatian yang cukup tinggi dalam ajaran Islam. Kita diperintahkan untuk membantunya. Bahkan orang yang tidak terdetik hatinya untuk menolong golongan lemah atau mendorong orang lain untuk melakukan amal yang mulia ini dikatakan sebagai orang yang mendustakan agama. Firman Allah SWT :
“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin” (Surah Al Maa‟un: ayat 1-3)
Islam sangat menitikberatkan konsep persaudaraan yang dikenali sebagai “ukhuwwah”. Sebagai saudara kita perlu membantu saudara kita, memaafkan kesalahan mereka, tidak menghebohkan rahsia mereka dan sentiasa menjalinkan hubungan yang harmoni sesama mereka.
xxxvii
2.4 ADAB TERHADAP AL-QUR‟AN Al-Qur‟an merupakan wahyu Ilahi yang mempunyai adab-adab tersendiri yang sudah diatur dengan tersusun bagi orang yang membacanya. Setiap orang mesti berpedoman kepada al-Qur‟an dan mengerjakannya sebagai penghormatan di atas keagungannya.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah menggariskan dengan terperinci tentang adab-adab terhadap al-Qur‟an secara zahir dan batin. Adab secara batin ini diperincikan dengan arti memahami asal kalimat, cara hati membesarkan kalimat Allah, menghadirkan hati ketika membaca sampai ke tingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa. Dengan demikian, kandungan Al Qur‟an yang dibaca dengan perantaraan lidah, dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam hati sanubari.
Kesemuanya ini adalah adab yang berhubungan dengan batin, iaitu dengan hati dan jiwa. Sebagai contoh, Imam Al Gazhali menjelaskan, bagaimana cara hati membesarkan
kalimat
Allah,
iaitu
bagi
pembaca
Al-Qur‟an
ketika
ia
memulainya, maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya, betapa kebesaran Allah yang mempunyai kalimat-kalimat itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahwa yang dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tetapi adalah kalam Allah Azza wa Jalla. Membesarkan kalam Allah itu, bukan saja dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga tulisan-tulisan Al Qur‟an itu sendiri. Sebagaimana yang diriwayatkan, „Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al Qur‟an berserak-serak seolah-olah tersia-sia, lalu ia memungutnya selembar demi selembar, sambil berkata:”Ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan kalam Allah bererti membesarkan Allah.”
Adapun mengenai adab dalam membaca Al Qur‟an, selain didapati di dalam kitab Ihya Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lain.
xxxviii
Di antara adab-adab membaca Al Qur‟an, yang terpenting ialah:
1. Disunatkan membaca Al Qur‟an sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah. 2. Mengambil Al Qur‟an hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan. 3. Disunatkan membaca Al Qur‟an di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di mesjid. 4. Disunatkan membaca Al Qur‟an menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu‟ dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas. 5. Ketika membaca Al Qur‟an, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Qur‟an mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu. 6. Sebelum membaca Al Qur‟an disunatkan membaca ta‟awwudz, yang berbunyi: a‟udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang di waktu membaca Al Qur‟an, dijauhi dari gangguan. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta‟awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Allah supaya hatinya
menjadi
terang.
Doa
itu
berbunyi
sebagai
berikut.
“Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” 7. Disunatkan membaca Al Qur‟an dengan tartil, iaitu dengan bacaan yang perlahan-perlahan dan tenang, sesuai dengan Firman Allah SWT :
“… Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil”. (Surah Al Muzammil : ayat 4)
Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa, serta serta lebih mendatangkan ketenangan batin xxxix
dan rasa hormat kepada Al Quran.
Ibnu Abbas r. a. telah berkata:” Aku lebih suka membaca surat Al Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan cepat-cepat.”
8. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Qur‟an, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan erti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah SWT :
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya”. (Surah an-Nisa‟: ayat 82 ) 9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan erti dan maksudnya, lebih-lebih apabila sampai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di kala
membaca
dan
mendengar
ayat-ayat
suci
Al
Qur‟an
yang
menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh orang-orang yang berdosa.
xl
10. Disunatkan membaca Al Qur‟an dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan uslubnya Al Quran.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Kamu hiasilah Al-Qur’an itu dengan suaramu yang merdu”
Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah SAW menunggununggu isterinya, Siti „Aisyah RA yang kebetulan agak terlambat datangnya.
Setelah
ia
datang,
Rasulullah
bertanya
kepadanya:”
Bagaimanakah keadaanmu?” Aisyah menjawab :”Aku terlambat datang, karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagi merdu suaranya. Belum pernah aku mendengarkan suara sebagus itu.” Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. Rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:” Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai umatku”
Oleh sebab itu, melagukan Al Qur‟an dengan suara yang bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah, diterangkan bahwa melagukan Al Qur‟an dengan cara bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang
yang
membacanya
dianggap
fasiq,
juga
orang
yang
mendengarkannya turut berdosa.
11. Sedapat-dapatnya membaca Al Qur‟an janganlah diputuskan hanya kerana hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang ketawa, bermain-main dan lain-lain yang seumpama itu,
xli
ketika sedang membaca Al Qur‟an. Sebab pekerjaan yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca Kitab Suci dan bererti tidak menghormati kesuciannya.
Demikianlah di antara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga dan diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Qur‟an dapat terpelihara menurut erti yang sebenarnya
2.4 ADAB DALAM MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap manusia kerana ilmu merupakan satu pengetahuan, kebolehan atau pengalaman yang diberi Allah SWT setelah melalui beberapa proses seperti pembelajaran, pengalaman, latihan, perjalanan dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”
Oleh yang demikian, setiap muslim yang menuntut ilmu perlu mempunyai adab ketika menuntut agar ilmu yang dipelajari diberkati dan dirahmati Allah SWT dan ilmu yang disampaikan mendapat rahmat masyarakat setempat. Antara adab menuntut ilmu, seperti berikut :
1. IKHLAS NIAT
Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah SAW pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti
terus
berusaha
ke
arahnya.Ilmu
yang
dipelajari
bukan
untuk
mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk
xlii
menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keIslaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri.
Firman Allah SWT :
“...Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah : ayat 235)
Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya.
xliii
Firman Allah SWT :
“Dan
(Ingatlah) ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku,
Mengapa
kamu
menyakitiku,
sedangkan
kamu
mengetahui
bahwa
Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu?" Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” (Surah as-Shaff : ayat 5 ) Berusaha mewujudkan suasana persekitaran sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Contohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Di samping itu bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan dapat dimiliki.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
xliv
3. MENJAUHI MAKSIAT Budaya amar ma‟ruf dan nahi munkar hendaklah disemai dan dipupuk dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang suci yang mana ia tidak dapat diperolehi jika diri sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya upaya yang mungkin untuk menghindari kehendak nafsu dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan diri kepada maksiat yang lebih besar lagi.
Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan (internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH
Teman yang dipilih adalah mereka yang mampu membawa ke arah kebaikan dan sentiasa menghidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan dan orang lain yang turut sama memperolehinya.
Apabila sentiasa bersama orang soleh mereka ini akan sentiasa menasihati ke arah kebaikan serta menegur apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri di samping menambahkan lagi semangat dalam belajar. Keadaan ini bukan bermakna orang yang tidak soleh perlu xlv
dijauhi sebaliknya diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula terpengaruh dengan cara hidup mereka. Firman Allah SWT :
“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”.
(Surah Al-Zukhruf : ayat 67)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman”. (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
5. MEMPERBANYAKKAN ZIKRULLAH
Memastikan sentiasa mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama‟ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati
yang
mati
dan
ia
juga
boleh
mendatangkan
perasaan
ingin
memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma‟thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul „Izzati. Jangan mengajar diri melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan
sentiasa
diberkati
dan
diredhai
6. MENJAGA KEHORMATAN
xlvi
oleh
Allah
dan
makhluk-Nya.
Menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain adalah menjadi kewajipan setiap muslim. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri. Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.
Firman Allah SWT :
“Hai
orang-orang
yang
beriman,
jauhilah
kebanyakan
purba-sangka
(kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat : ayat 12 )
xlvii
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA
Sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa.
8. MENGHORMATI GURU
Menghormati guru dan mematuhi segala arahannya adalah wajib selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam
walaupun fikrah atau pendapat berbeza.
Sebagai contoh, Imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh adalah sunat ab'adh ( sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya.
Sesungguhnya ulama' silam begitu menitikberatkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan hari ini pelajar tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Janganlah menganggap guru hanya guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada
Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak
memungkinkan
berlakunya
ketenteraman
dalam
kehidupan
seharian.Binalah kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
xlviii
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI
Amalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu. Ulama' silam sentiasa mengingatkan bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Ilmu yang dipelajari hendaklah dijadikan sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.
Ilmu yang dijadikan sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara atau untuk mengaut kemewahan dunia merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Ramai yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari. Memberi nasihat dan tazkirah
begitu
merealisasikannya
mudah dalam
tetapi
begitu
kehidupan.
sukar
Tanpa
untuk
usaha
mengota
yang
dan
bersungguh-
sungguh, sukar untuk melaksanakannya. Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (Surah as-Shaaf : ayat 2-3 )
xlix
Cuba fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru .
2.5 KESAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Akhlak dan pembinaan sahsiah merupakan unsur penting dalam menjamin kehidupan yang sempurna bagi seseorang muslim. Proses pembentukan akhlak dan pembinaan sahsiah memerlukan masa yang lama untuk direalisasikan. Sebagai contoh, orang yang berakhlak dengan Allah akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya sehingga sentiasa merasa takut untuk melakukan apa jua kejahatan. Kesan berakhlak dengan guru menjadikan seseorang pelajar itu sentiasa memuliakan gurunya, menghormatinya dan sentiasa mengenang jasa guru.
Antara lain kesan akhlak dalam kehidupan muslim, iaitu :
1.Mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. 2. Dapat menjalinkan hubungan ukhuwwah Islamiah secara harmoni. 3. Membentuk generasi rabbani 4. Membina sifat positif dalam hidup. 5. Pelengkap kehidupan muslim. 6. Kembali kepada fitrah kejadian manusia.
l
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk ini dengan jayanya! .
TUGASAN
1. Jelaskan kepentingan sifat amanah dalam kehidupan masyarakat dan bernegara?
2. Sifat-sifat mahmudah di kalangan umat Islam semakin terhakis dewasa ini.Bincangkan.
li
TAJUK 3 ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN AKHLAK DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH SINOPSIS Dalam tajuk tiga anda akan diperkenalkan pelajaran adab dan akhlak Islamiah. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan beberapa adab. Bagi pelajar Tahun 1hingga Tahun 6, mereka akan mempelajari pelbagai jenis adab antaranya makan dan minum, adab qada‟ hajat, adab tidur dan bangun tidur, adab mandi dan bersugi, adab berwuduk, adab berpakaian, adab berkenderaan, adab menghidang makanan dan minuman, adab melayan tetamu, adab menziarahi orang sakit, adab berjalan, adab menziarahi jenazah, adab rehlah dan adab menjaga harta benda sekolah.
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir tajuk ini pelajar akan dapat 1. Menerangkan adab-adab dalam kehidupan seharian 2. Mengamalkan adab Islam dalam situasi tertentu 3. Membuat cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adab dan akhlak Islamiah
KERANGKA TAJUK-TAJUK ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN AKHLAK DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
ANALISIS ISI KANDUNGAN
HURAIAN ISI KANDUNGAN
lii
3.1 ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN TAHUN 1
TAJUK 1. Adab makan dan minum 2. Adab qada‟ hajat 3. Adab tidur dan bangun tidur 4. Adab mandi dan bersugi 5. Adab berwuduk
CADANGAN AKTIVITI 1. Aktiviti Kumpulan 2. Sumbangsaran 3. Tunjuk cara 4. Lakonan. 5. Simulasi
2
1. Adab berpakaian 2. Adab berkenderaan 3. Adab masuk dan masjid
1. Tunjuk cara menggunakan bahan maujud 2. Lawatan 3. Hafazan
keluar
3
1. Adab menghidang makanan 2. Adab melayan tetamu 3. Adab menziarahi orang sakit
1. 2. 3. 4.
Tunjuk cara Aktiviti kumpulan Lakonan Lawatan
4
1. Adab berjalan 2. Adab makan di majlis keramaian 3. Adab dengan orang tua 4. Adab semasa di sekolah
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Lakonan Simulasi Tunjuk cara Lawatan Aktiviti kumpulan Tayangan video
5
1. Adab mengurus diri 2. Adab menolong ibu bapa 3. Adab dengan pemimpin
1. 2. 3. 4. 5.
Lakonan Simulasi Tunjuk cara Lawatan Tayangan video
6
1. Adab menjaga harta benda sekolah 2. Adab menjaga kebersihan sekolah 3. Adab menjaga kebersihan alam sekitar 4. Adab rehlah 5. Adab terhadap tempat awam 6. Adab terhadap manusia dan makhluk lain
1. 2. 3. 4. 5.
Gotong royong Lawatan Tunjuk cara Aktiviti kumpulan Tayangan video
liii
TUGASAN
3. Pilih 2 tajuk dari adab dan akhlak Islamiah dan cadangkan aktiviti yang bersesuaian menggunakan carta grafik serta sediakan bahan bantu mengajar yang berkesan untuk tajuk tersebut.
liv
BIBLIOGRAFI Al-Quran Abdullah
Basmih, 1985. Tafsir Pimpinan Ar Rahman Kepada Pengertian Al-
Qur’an. Kuala Lumpur: Jabatan Agama Jabatan Perdana Menteri. Abdul Halim El-Muhammadi. 1992. Ibadah dan Peranannya Dalam Pembentukan Peribadi dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Disiplin dan Peranan Pendidik. Kuala Lumpur: ABIM & Budaya Ilmu. Abdullah Nasih „Ulwan.1988. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam Jld 1.Singapura: Pustaka Nasional Ahmad
Mohd
Salleh.1997.Pendidikan
Islam:Falsafah,
Pedagogi
dan
Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Ahmad
Redzuwan
Mohd
Yunus.2003.Gejala
Sosial
dalam
Masyarakat
Islam,Punca dan Penyelesaian.Kuala Lumpur:Utusan Publication. Al-Ghazali.1992.Akhlak Seorang Muslim.Kuala Lumpur:Victoria Agencie Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.2002. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.Kuala Lumpur:JAPIM Ghazali Darusalam.1997.Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.Kuala Lumpur:Utusan Publications Distributors Sdn Bhd. Imam
Ghazali.1988.
Ihya’ Ulumuddin.
(Terj.
Tk
H
Ismail
Yakub
MA-
SH).Singapura:Pustaka Nasional. Kamus Dewan.1997.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. M.Abdai Rothomy.1986.Sendi Agama.Singapura:Pustaka Nasional. Sulaiman Noordin.2000. Islam Al-Qur’an Dan Ideologi Masa Kini : Prinsip Akhlak Islam (Ahmad Rafizi Salleh). Pusat Pengajian Umum,UKM. Sulaiman Yasin.1992.Akhlak dan Tasauf.Kuala Lumpur: Mas‟adah (M) Sdn Bhd.
lv