4.0 Keruntuhan akhlak 4.1 Definisi keruntuhan akhlak
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), keruntuhan membawa maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus Za'ba (2000) menyatakan keruntuhan sebagai kerosakan dan kejatuhan.Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan di atas. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998),akhlak memberi maksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat.Menurut Kamus Za'ba (2000), akhlak memberikan dua pengertian iaitu pengertian yang pertama bermaksud watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada daripada pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis dan ahli sufi. Rahman Md. Aroff (1996) menyatakan bahawa akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan,sikap, tabiat dan tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam ayatayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran" . Akhlak Nabi Muhammad
s.a.w.
yang
dimaksudkan
dalam
kata-kata
di
atas
ialah
kepercayaan,keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad s.a.w. yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran. Akhlak menurut menurut istilah Islam Islam ialah sikap sikap keperibadian keperibadian yang melahirkan melahirkan perbuatan perbuatan dan tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan hadis.Mohd. Sesungguhnya, pengertian keruntuhan dan akhlak yang dimaksudkan di atas ialah keruntuhan akhlak individu khususnya golongan remaja pada masa kini mahupun orang yang dewasa.Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya akhlak
seseorang
itu
apabila
mereka
melakukan
perbuatan-perbuatan
yang
menyimpang daripada ajaran agama dan budaya masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks bebas, berkhalwat, bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram, rasuah dan penglibatan dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh. 4.2 Isu-isu keruntuhan akhlak 4.2.1 Isu rogol
Salah satu kes keruntuhan akhlak yang sering kali terjadi ialah rogol.Pada 17 Jun di Sugai Siput, terdapat satu kes rogol dimana melibatkan dua orang remaja lelaki yang berumur 19 tahun telah merogol gadis bawah umur iaitu dalam lingkungan 15 tahun. Kes ini diketahui apabila mendapat laporan bahawa mangsa didapati hilang. Walaupun kes ini berpunca daripada mangsa tersebut yang sukarela melakukan hubungan seks, tetapi kedua-dua suspek tersebut tetap didapati kesalahan kerana merogol gadis bawah umur. Kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen Kanun Keseksaan kerana merogol dan dipenjara maksimun 20 tahun serta sebatan jika disabit kesalahan.(Sumber internet, 2011) 4.2.2 Isu penyalahgunaan dadah
Dalam utusan online pada 16 Disember,terdapat satu kes dadah yang dibicarakan oleh Dr. Tam Cai Lian Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan Sains Semulajadi,Kolej Universiti Sunway,Bandar Sunway, Petaling Jaya dimana beliau mengatakan bahawa pemasaran dadah “designer drugs” semakin laris di pasaran. Dadah yang dimaksudkan itu ialah ekstasi. Salah satu kisah benar yang dikaitkan dengan dadah ini iaitu seorang pemuda yang bernama Long Seng.Long Seng mengambil dadah tersebut kerana ingin melarikan diri daripada memikirkan masalah keluarganya yang miskin,memenuhi perasaan ingin tahu tentang apa itu dadah sebenarnya mengambil dadah bersamasama dengan kawan dan meyakinkan mereka bahawa dia adalah ahli kumpulan (geng) mereka. Dan mengalami perasaan memberontak dan ingin menentang nilai norma masyarakat. Long Seng telah ditangkap oleh polis dan terus dihantar ke pusat pemulihan.
Dr Tam Cai Lian turut membicarakan bahawa secara amnya, terdapat beberapa faktor risiko yang berhubung kait dengan penyalahgunaan dadah termasuk perubahan genetik dan biokimia, persekitaran dan tekanan psiko-sosial, faktor sosial dan budaya, kecelaruan emosi dan ciri-ciri perwatakan individu. Beliau turut mencadangkan cara mengatasi masalah tersebut seperti kesedaran diri dan juga Ibu bapa dan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja. (Sumber internet, 2007) 4.2.3 Isu rasuah
Satu kes yang turut melibatkan keruntuhan akhlak dimana di Johor Bahru,4 penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah kerana atas tuduhan meminta rasuah bayaran bulanan daripada seorang pengusaha gas. Empat yang tertuduh iaitu P. Ramesh, 44, Sberi Mohd Zain, 34, Nik Sarulazizie Nik Mohamed, 36 dan Mohd Armey Zahari, 32 dengan niat bersama meminta rasuah bayaran bulanan daripada Heng Kok Liang, 38, sebagai dorongan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Heng, melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram. Keempat-empat mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Singgah Selalu,L2, plaza Kotaraya pada pukul 4 petang 2 Ogos tahun lalu.mereka didakwa mengikut Seksyen 24 Akta yang sama ada dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atan mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. (Sumber internet)
4.3 Faktor-faktor keruntuhan akhlak
Institusi kekeluargaan
Kurang akidah atau bimbingan agama
Pengaruh media masa
Kehendak diri Faktorfaktor
Pengaruh rakan sebaya
Faktor utama yang menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak adalah kepincangan institusi kekeluargaan. Sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan individu tersebut membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Selain itu, tekanan hidup seperti hidup dalam kemiskinan dan masalah penceraian ibu bapa juga boleh menyebabkan individu tersebut terlibat dalam gejala sosial. Mereka merasakan hidup mereka tidak bermakna dan mencari kehidupan yang lebih senang dan memuaskan hati. Di samping itu, faktor kedua ialah kehendak diri sendiri untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah tersebut. Adalah menjadi perkara biasa seseorang itu mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru. Perasaan sebegitu sebenarnya adalah baik jika mengikut syariat, namun yang menjadi masalah apabila
mereka tiada panduan daripada orang-orang yang sepatutnya seperti ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan mereka. Jadi perasaan ini akan membuatkan mereka akan lakukan apa sahaja yang diinginkan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor atau punca keruntuhan akhlak ini boleh berlaku. Sesungguhnya, kawan yang baik boleh membimbing individu kepada kebaikan, namun jika tersalah memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang negatif. Selain itu, sikap golongan remaja turut menyumbang kepada gejala sosial ini, di mana mereka ini kadangkala terlalu mudah mempercayai orang lain. Contohnya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Tiada didikan dan kurang akidah dalam agama juga boleh menyebabkan keruntuhan akhlak ini boleh berlaku. Kelonggaran akidah contohnya akidah Islamiah ini berpunca daripada ketidakfahaman individu terhadap hakikat akidah Islamiah atau tidak mempunyai kesedaran akan tuntutan akidah Islamiah dan keimanan yang tidak cukup kuat untuk menggerakkan mereka melakukan amal ma’ruf nahi mungkar.
Tambahan pula, pengaruh persekitaran juga mempengaruhi runtuhnya akhlak seseorang individu tersebut. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui media masa contohnya pengaruh filem, internet seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh tersebut. (Sumber internet,TT)
4.4 Langkah-langkah mengatasi keruntuhan akhlak
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak adalah berkisar isu pelajar, remaja mahupun yang dewasa. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan untuk individu yang melibatkan diri dalam gejala tersebut. Bagi langkah mengatasi gejala rogol dan penyalahgunaan dadah, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anakanak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa
hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.( Sumber internet, 2009) Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa perlu dipraktikkan untuk mengelakkan berlakunya gejala yang tidak baik seperti kes rogol, penyalahgunaan dadah mahupun rasuah. Bagi kes rogol atau jenayah dadah, pihak berkuasa seperti polis seharusnya bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mendisiplinkan pelajar dengan mengadakan siasatan bagi menangani kes tersebut. Pihak polis perlu mendapatkan laporan yang lanjut mengenai kejadian kes tersebut dan menanganinya dengan penuh tanggungjawab. Bagi kes rasuah pula, pihak berkuasa contohnya badan pencegah rasuah (SPRM) perlu melakukan kewajipan mereka untuk mengawasi gerak kerja atau tingkah laku pekerja untuk mengelakkan mereka
melibatkan diri dalam jenayah rasuah. Penguatkuasa undang-undang juga boleh dilaksanakan dengan memperketatkan dan menambahkan hukuman atau denda yang setimpal bagi sesiapa yang melakukan jenayah rasuah tersebut. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting dalam menangani kes rogol ataupun penyalahgunaan dadah. Sebagai guru yang bertanggungjawab, guru hendaklah mengawasi tingkah laku pelajar dan sentiasa mengetahui permasalahan pelajar untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini ini berlaku. Sesungguhnya, pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ialah kesedaran diri sendiri dalam mengawal diri untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala yang tidak baik ini. Individu hendaklah mendekatkan diri kepada Tuhan,sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir supaya dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri. Individu juga perlu sentiasa meminta dorongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling dan tidak malu untuk berkongsi masalah agar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam masalah yang tidak bermoral tersebut.