1.0 Pengenalan Pertolongan Cemas Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pertolongan bermaksud perbuatan atau hal yang memberi bantuan kepada org lain. Manakala cemas pula bermaksud keadaan dimana setiap saat mereka berada dalam keadaan bahaya. Berdasarkan Wikipedia, pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Untuk pengetahuan semua, pertolongan cemas ini sangat penting bagi mengurangkan kesengsaraan mangsa selepas berlakunya kemalangan sementara menunggu pertolongan daripada pihak perubatan. Sebagai contoh, terdapat kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang remaja lelaki yang merempuh pokok menggunakan kereta. Kita sebagai masyarakat yang prihatin berserta dengan ilmu pertolongan cemas memberi pertolongan terhadap mangsa tersebut dengan teknik yang betul supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku seperti kematian. Dengan bantuan awal sebelum pihak perubatan datang, kita telahpun mengurangkan kesengsaraan mangsa dengan pertolongan cemas terbabit. Dengan ilmu pertolongan cemas yang kita ada, kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Pertolongan cemas bukannya mudah dan bukannya susah untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan pertolongan cemas ini, teknik dan kaedah melakukannya amat penting untuk diketahui. Teknik dan kaedah yang betul dapat mengurangkan risiko kegagalan rawatan awal untuk mangsa. Oleh itu, pertolongan cemas ini mestilah diketahui oleh masyarakat supaya dapat membantu dan menyelamatkan orang lain.
1
2.0 Asas Pertolongan Cemas 2.1 Prinsip dan Konsep Pertolongan Cemas
Prinsip dan konsep PC Langkah-langkah keselamatan kepada penyelamat dan mangsa
Prinsip pengurusan situasi kecemasan
Asas pertolongan cemas (PC)
Definisi dan konsep pencegahan keselamatan
Peraturan asas PC Peranan dan tanggungjawab ahli PC Rajah 2.1
Rajah 2.1 merupakan asas pertolongan cemas. Dengan ini, pertolongan cemas boleh diklasifikasikan sebagai bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna daripada pihak perubatan. Menurut Azizah (2012), pertolongan cemas dilakukan ke atas pesakit bertujuan untuk membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Contohnya, mangsa lemas dalam keadaaan yang tidak sedarkan diri ataupun mangsa yang mengalami pendarahan yang teruk. Hal tersebut mampu mengancam risiko kehilangan nyawa ke atas mangsa. Maka, ahli pertolongan cemas perlu menangani situasi yang mampu mengancam nyawa pesakit dengan memastikan pernafasan pesakit dalam keadaan tidak terganggu dan masih bernafas. Pendarahan yang berlaku seperti yang dinyatakan tadi yang berlaku ke atas pesakit juga perlu diberhentikan dengan segera. Seterusnya, bantu mula bertujuan untuk mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. Hal ini kerana sekiranya pertolongan cemas tidak dilakukan dengan segera ke atas mangsa yang mengalami kecederaan. Maka, dibimbangi akan mendatangkan kesan yang lebih buruk. Sebagai contoh, bahagian luka yang tidak dibalut dengan segera akan 2
mendatangkankan jangkitan kuman. Maka, pentingnya pengurusan kecederaan dengan kadar segera bagi mengelakkan kesan sampingan yang lebih teruk kepada mangsa mahupun penyelamat. Selain itu, terdapat beberapa prinsip am pertolongan cemas yang perlu dipatuhi oleh setiap orang yang hendak memberikan bantu mula ini. Yang terutama ialah menentukan tindakan yang perlu diambil sebelum memulakan bantuan. Oleh itu, perhatikan sekiranya terdapat punca bahaya ditempat kemalangan. Kedua, tentukan keselamatan diri sendiri sebelum memberi bantuan kepada pesakit. Hal ini yang demikian agar individu yang hendak memberi bantuan tidak menerima ancaman bahaya daripada persekitaran dan pesakit. Malahan, langkah tersebut juga dilakukan agar kualiti pertolongan cemas diberikan ke atas mangsa adalah baik dan sesuai mengikut situasi pesakit juga. Kemudian, beri bantuan kepada mangsa hanya kalau benar-benar tahu asas pertolongan cemas. Untuk seseorang individu yang tidak mengetahui berkenaan dengan asas bantu mula tidak digalakkan untuk membantu mangsa. Oleh sebab yang demikian, individu tersebut mestilah meminta pertolongan daripada orang yang mengetahui asas pertolongan cemas dan terus membuat panggilan kecemasan.
3
2.2 Prinsip Pengurusan Situasi Kecemasan. Menurut Mohdzir (2015), mengamalkan prinsip dalam pertolongan cemas membantu dalam mengelakkan situasi mangsa menjadi lebih serius dalam proses memberikan pertolongan cemas dan mengurangkan kesakitan mangsa. Berdasarkan prinsip pengurusan ini, bantuan awal untuk mangsa dapat diberikan dengan baik dan berkesan. Oleh itu, di sini menunjukkan bahawa betapa pentingnya prinsip pengurusan situasi kecemasan ini bagi memastikan mangsa dapat diberikan rawatan yang boleh mengurangkan kesengsaraan mansa dan mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku. Untuk melakukan pertolongan cemas, individu tersebut haruslah melaksanakan beberapa perkara seperti: 1. Bertenang Ketenangan amat penting sebelum menyelamatkan orang lain. Sekiranya individu tersebut tidak bertenang, proses bantu mula akan terjejas. Apabila berasa gementar, semestinya terdapat perkara yang lupa dilakukan oleh individu tersebut yang menjejaskan keselamatan mangsa atau diri sendiri. Mulakan usaha pertolongan cemas dengan memeriksa, memanggil dan menjaga. (3C= Check, Call, Care)
2. Minta bantuan daripada orang yang berhampiran Penyelamat perlu meminta bantuan daripada orang sekeliling untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba, ambulans atau polis dengan membuat panggilan atau mendapatkan bantuan luar yang dapat berbuat demikian. Jika boleh, dapatkan seorang penolong kerana dia dapat menjadi saksi dan membantu anda dalam keadaan yang sukar dikendalikan oleh anda seorang. Contohnya mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat.
3. Bertindak untuk menyelamat dengan pantas, cekap dan penuh keyakinan. Tindakan penyelamat yang pantas cekap dan penuh keyakinan akan melancarkan usaha dan proses menyelamatkan mangsa. Tindakan yang melulu dan gopoh akan membahayakan diri ahli dan mangsa.
4. Hindari daripada keadaan yang membahayakan Penyelamat perlu menjalankan tindakan pertolongan cemas kepada mangsa di tempat yang selamat setelah mengalihkan mangsa daripada tempat yang merbahaya.
4
5. Dianogsa atau pengenalan punca kesakitan. (diagnosis) Menilai dan mengenalpasti punca dan keadaan kesakitan mangsa. Melihat sama ada mangsa terdapat kecederaan yang terbuka atau pendarahan yang perlu dihentikan segera. Nilai tahap kecederaan mangsa dan tentukan tindakan seterusnya. Jangan sekali-kali beri air atau makanan kepada mangsa. Hanya basahkan bibir mulut jika perlu.
6. Hentikan pendarahan jika perlu. Sekiranya mendapati pendarahan, usaha perlu dilakukan untuk hentikan pendarahan terlebih dahulu. Hal ini kerana pendarahan yang berterusan pasti mengundang maut berbanding dengan kecederaan lain, kecuali pernafasan tersekat. Pastikan hanya lakukan sekadar yang diketahui, jangan sekali-kali mencuba kemahiran menyelamat tanpa pengetahuan yang tepat kepada mangsa.
7. Kurangkan kejutan dan menenangkan mangsa. Sekiranya mangsa sedar atau separuh ketika melakukan pertolongan cemas, penyelamat perlu menenangkan pesakit dengan kata-kata yang menggalakkan dan sentiasa memberitahu pesakit bahawa bantuan sedang diberikan dan ambulans akan sampai secepat mungkin agar kekalkan kewarasan mangsa.
8. Tidak menggerakkan pesakit kecuali perlu. Usaha ini dilakukan untuk mengelakkan kecederaan pada mangsa menjadi lebih serius akibat pergerakan yang tidak diperlukan. Pergerakan selepas kecederaan akan menggerakkan luka dan menyebabkan lebih pendarahan atau pergerakan tulang patah/bahan tertusuk pada kecederaan lebih jauh daripada kedudukan asal.
9. Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas. Usaha ini dilakukan agar memberi kelegaan kapada mangsa untuk bernafas dengan baik dan normal ketika mengalami kesakitan. Tetapi, tidak digalakkan untuk menanggalkan pakaian mangsa. Hal ini yang demikian bagi mengelakkan daripada timbulnya masalah lain yang mendatangkan keburukan ke atas mangsa.
10. Hantar pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan profesional dan rapi daripada pihak bertauliah. Usaha ini dilakukan agar mangsa mendapat rawatan yang sempurna dan dikendalikan oleh pihak perubatan dan jururawat dengan kepakaran dan ubat yang lebih berkesan serta menyembuhkan. 5
2.3 Peraturan Asas Pertolongan Cemas Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), peraturan didefinisikan sebagai segala yang telah ditentukan dan mesti dituruti. Seperti yang kita sedia maklum, segala prosedur mesti ada peranturannya. Peraturan pertolongan cemas amat penting bagi memastikan individu terbabit tidak melakukan kesilapan terhadap bantu mula yang dilakukan kepada mangsa. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh penyelamat ketika melaksanakan pertolongan cemas ke atas pesakit atau mangsa. Hal ini yang demikian, agar proses pertolongan cemas berjalan dengan lancar dan teratur. Antaranya ialah membuat penilaian keadaan. Penyelamat mestilah menilai keadaan mangsa dan persekitaran di mana tempat berlakunya kemalangan tersebut. Hal ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku terhadap diri sendiri serta mangsa. Mengutamakan keselamatan diri amat penting bagi mengelakkan situasi yang lebih serius. Seterusnya ialah membuat diagnosa ke atas mangsa. Sebelum melakukan proses bantu mula, penyelamat mestilah mengetahui keadaan mangsa serta situasi yang telah berlaku terhadap mangsa. Dengan tindakan yang sedemikian akan mempermudahkan penyelamat untuk mengenali punca dan mudah untuk melaporkan perkara yang berlaku tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab seperti pihak perubatan, pihak bomba dan sebagainya. Selain itu ialah memberi rawatan sementara dengan menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. Di sini bermulanya pertolongan cemas dilaksanakan. Seperti yang kita sedia maklmum, pertolongan cemas merupakan bantu mula yang dilakukan terhadap individu kepada mangsa bagi mengurangkan kesengsaraan mangsa sementara menunggu ketibaan pihak berkenaan datang. Bantu mula mestilah dilakukan oleh orang yang mempunyai ilmu pertolongan cemas. Yang terakhir ialah membuat laporan segera kepada pihak yang berkenaan seperti pihak perubatan dan polis. Laporan yang jelas dan mempunyai bukti yang kukuh mampu memudahkan rawatan susulan yang lebih berkesan dilakukan oleh doktor, malah tindakan tersebut juga akan memudahkan siasatan pihak polis sekiranya situasi yang berlaku ialah disebabkan oleh kemalangan atau sebagainya. Pendek kata, penyelamat perlu memberi kerjasama kepada pihak hospital dan polis agar proses rawatan dan kebajikan mangsa terjaga.
6
2.4 Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas. Ahli pertolongan cemas merupakan individu terlatih yang mahir menjalankan kaedah pertolongan cemas dengan sistematik dan beretika (Amzan, 2011). Ahli pertolongan cemas juga ialah individu yang berdaftar dalam suatu persatuan pertolongan cemas. Sebagai contoh, Persatuan Bulan Sabit Merah atau St. John Ambulance. Persatuan-persatuan ini sudah pasti mempunyai visi dan misi tersendiri untuk direalisasikan bagi mencapai hasrat dan objektif pada masing-masingnya. Oleh itu, setiap ahli yang terlibat secara langsung mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan apabila berhadapan dengan situasisituasi kecemasan. Walau bagaimanapun, menurut Rahman (2013), ahli pertolongan cemas bukanlah individu yang tergolong dalam kalangan profesional seperti doktor dan pakar perubatan melainkan mereka hanyalah kumpulan sukarelawan yang menjalankan tugas menyelamatkan nyawa, rawatan sementara mahupun kegiatan sosial yang lain. Antara tanggungjawab dan peranan ahli pertolongan cemas ialah sentiasa tenang berhadapan dengan situasi kecemasan. Ketenangan ahli tersebut berperanan untuk mengawal situasi persekitaran agar tidak mendatangkan tekanan dan gangguan kepada mangsa. Hal ini yang demikian kerana gangguan semasa proses pertolongan cemas dilakukan boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk ke atas mangsa. Selain itu, ahli pertolongan cemas perlu memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa. Dalam hal ini, ahli tersebut perlu mengenal pasti tanda dan gejala kecederaan pada mangsa. Bukan itu sahaja, tindakan segera untuk membuat panggilan ambulans atau menghantar mangsa kecederaan ke hospital merupakan tanggungjawab ahli pertolongan cemas (Malaysian Red Cresent, 2016). Hal ini yang demikian agar mangsa mendapat rawatan susulan yang lebih sempurna daripada pihak hospital. Seperti yang telah dinyatakan tadi, ahli pertolongan cemas bukanlah individu yang profesional dan pakar dalam bidang perubatan. Maka, peranan ahli pertolongan cemas ialah hanya perlu memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit berlandaskan prinsip am pertolongan cemas dan prinsip pengurusan situasi kecemasan.
7
2.5 Definisi dan Konsep Pencegahan Keselamatan. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keepat (2007), pencegahan kecederaan bermaksud mencegah atau mengelakkan daripada berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan sebarang aktiviti. Setiap aktiviti yang dilakukan mestilah mempunyai peraturanperaturan yang tersendiri bagi mencegah berlakunya kemalangan yang tidak diingini berlaku. Sebarang aktiviti dan kegiatan yang perlu dititik beratkan bagi aspek pencegahan kecederaan dan keselamatan ialah antaranya di air, di rumah, di jalan raya serta taman dan padang permainan. Oleh itu, ibu-bapa dan guru berperanan penting untuk memupuk nilai menjaga keselamatan dalam diri anak-anak mahupun murid-murid. Untuk keselamatan pula bermaksud sesuatu perkara atau langkah yang diambil bagi menjaga keselamatan atau keamanan diri, keluarga, masyarakat dan negara (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Untuk aktiviti lasak seperti aktiviti air, mendaki gunung, berbasikal dan sebagainya, faktor keselamatan amat penting bagi mencegah perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri. Sebagai contoh iaitu semasa melaksanakan aktiviti air. Menurut Charlotte (2012), potensi bahaya yang mungkin ada di kolam tersebut mampu mendatangkan kecelakaan dan kecederaan ke atas pengunjungnya. Antara potensi bahaya tersebut ialah, lantai licin dan seramik pecah yang mana boleh menyebabkan seseorang jatuh dan terluka. Malahan, kes lemas banyak berlaku di kolam renang juga. Maka, pencegahan terhadap situasi yang berbahaya ini perlu dilakukan seperti menilai terlebih dahulu keadaan persekitaran kawasan air tersebut. Bukan itu sahaja, kita perlu peka bahawa terdapat ahli yang bertugas memantau persekitaran kawasan air tesebut juga. Selain itu, aktiviti mendaki gunung merupakan salah satu aktiviti di mana aspek pencegahan keselamatan amat penting dilaksanakan. Aspek yang perlu diambil kira sebelum melakukan aktiviti mendaki ini ialah sentiasa dalam berkumpulan. Apabila berkumpulan, tidak ada seseorang pun yang terkecuali. Aktiviti mendaki ini mestilah diiringi oleh orang yang mahir berkenaan dengan hutan atau dikenali sebagai ranger. Setiap perjalanan mestilah mempunyai perhentian bagi memastikan tidak ada yang tertinggal dan cedera. Oleh itu, barang yang paling penting dibawa ketika aktiviti ini ialah barang perubatan iaitu first aid kit. Dengan ini, aktivti dapat berjalan dengan lancar.
8
2.6 Langkah-langkah Keselamatan kepada Penyelamat dan Mangsa. Pengurusan keselamatan yang berkesan dan cekap sudah pasti mempunyai langkahlangkah yang sistematik. Kepentingan langkah-langkah keselamatan dalam perbincangan pada kali ini ialah merujuk kepada skop pertolongan cemas bagi pihak penyelamat dan mangsa. Menurut Azizah (2012), ahli pertolongan cemas perlu mengamalkan tindakan memeriksa atau menilai, memanggil dan menjaga (3C = check, call, care) sebagai langkah keselamatan yang cekap. Hal ini yang demikian agar proses pertolongan cemas dapat berjalan dengan lebih teratur serta dapat menjamin keselematan terhadap kedua-dua pihak tersebut. Langkah pertama iaitu menilai, penyelamat perlu memeriksa dan menilai persekitaran sekeliling serta keadaan mangsa. Tindakan yang boleh dilaksanakan ketika membuat penilaian ialah dengan menggunakan pelan tindakan jika merbahaya dan mengancam nyawa (DRABC). Tindakan yang perlu dijalankan ialah mengikut turutan huruf ‘DRABC’ tersebut. Penyelamat perlu memastikan keadaan mangsa, persekitaran dan diri penyelamat adalah selamat pada langkah D (danger). Hal ini agar apa-apa perkara yang boleh mendatangkan bahaya tidak berlaku terhadap penyelamat dan mangsa. Kedua iaitu R (response), penyelamat perlu mendapatkan respon daripada mangsa sekiranya sedar. Tetapi, sekiranya mangsa tidak memberi respon ini bermaksud mangsa tersebut tidak sedarkan diri atau pengsan. Oleh itu, penyelamat perlu beralih ke langkah yang ke seterusnya iaitu langkah A (Airway). Penyelamat perlu memastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan. Kemudian langkah B (breathing), penyelamat perlu memeriksa sama ada mangsa bernafas ataupun tidak. Akhir sekali iaitu langkah C (circulation), penyelamat perlu membuat pemeriksaan terhadap pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher misalnya. Seterusnya, penyelamat perlu membuat panggilan kecemasan atau membuat panggilan terhadap mana-mana orang yang mudah membawa mangsa tersebut pergi ke hospital. Langkah ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera agar keadaan mangsa tersebut tidak bertambah buruk akibat disebabkan lambat mendapatkan rawatan yang sempurna. Contoh yang lainnya pula, penyelamat berhadapan dengan mangsa yang tidak bernafas, nadi tidak berdenyut dan tidak sedarkan diri. Maka, penyelamat perlu melakukan rawatan pemulihan kardiopulmonari iaitu CPR tanpa henti semasa menunggu ketibaan ambulans. Hal ini bertujuan untuk meransang pernafasan dan denyutan nadi mangsa kembali berfungsi. Selain itu, penjagaan ke atas mangsa perlu mengambil kira aspek keselamatan kendiri juga. Menurut Malaysian Red Cresent (2016), kelengkapan kit pertolongan cemas memberi kelebihan kepada ahli pertolongan cemas atau penyelamat untuk memudahkan rawatan dilakukan ke atas mangsa dan memastikan keselamatan diri terjaga juga. Contohnya, 9
penyelamat menggunakan Masker CPR iaitu alat bantu pernafasan buatan bagi melakukan hembusan nafas dari mulut penyelamat ke mulut mangsa. Alat tersebut berfungsi untuk menghindari sentuhan secara terus ke atas mangsa. Bukan itu sahaja, penyelamat perlu mengelakkan luka mangsa yang tercedera terkena pada mana-mana bahagian tubuh penyelamat. Oleh itu, penyelamat perlu mempunyai kelengkapan seperti sarung tangan bagi mengurus mangsa yang tercedera. Sebaik-baiknya penyelamat perlu menggunakan sarung tangan getah. Hal ini dapat mengelakkan mangsa dan penyelamat daripada terkena apa-apa jangkitan penyakit yang tidak diduga. Maka, penyelamat perlu bertindak dengan bijak dan berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan bagi menjaga keselamatan diri dan mangsa. Dengan tindakan yang telah dinyatakan, keadaan mangsa dapat dikenal pasti dan dapat mengelakkan situasi yang lebih buruk berlaku. Kecekapan penyelamat dalam melakukan langkah penilaian dengan sistematik mampu menjamin keselematan terhadap kedua-dua pihak tersebut.
10
3.0 Langkah-langkah dan Prosedur Rawatan Dalam Situasi Kecemasan.
Pada Oktober 2016, negara dikejutkan apabila seorang murid tahun 6, tertusuk gunting di bahagian kening semasa kelas pendidikan seni. Dalam kejadian itu, gunting yang dipegangnya terjatuh lalu tertusuk mata kanannya. Situasi cemas apabila berlaku pendarahan dan murid tersebut tidak sedarkan diri.
Kes ini telah berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah dan guru secara langsung terlibat dalam menangani masalah ini. Situasi ini juga secara langsung membuatkan murid-murid yang lain cemas dan sebagainya. Oleh itu, tindakan pertama yang guru perlu ambil ialah mengarahkan murid-murid lain keluar daripada bilik darjah dan memanggil guru lain yang berdekatan bagi menilai situasi yang telah berlaku. Selepas mengawal keadaan yang berlaku di dalam kelas, guru dengan segera mengurus murid yang tercedera tersebut serta mengarahkan seorang lagi guru untuk menyediakan kenderaan untuk membawa murid tersebut ke tempat perubatan yang berdekatan. Dalam situasi kecemasan ini, antara langkah pendekatan pertolongan cemas yang sesuai yang perlu dijalankan ialah DRABC, TOTAPS, dan melakukan kaedah pembebatan dan balutan terhadap pendarahan yang serius berlaku ke atas pelajar tersebut. DRABC D merujuk kepada Danger. Guru perlu memastikan keadaan persekitaran murid yang tercedera bebas daripada sebarang ancaman bahaya yang boleh memburukkan lagi keadaan yang sedang berlaku. Sekiranya, murid berada di tempat yang kurang selesa dan selamat. Maka, guru perlu mengalihkan murid tersebut ke tempat yang lebih selamat dan mudah bagi guru untuk melakukan rawatan sementara. R pula Response yang merujuk kepada tindak balas murid. Untuk mendapatkan respon daripada murid tersebut, guru mestilah bertanya. Sebagai contoh, “Awak okay?”. Tetapi dalam kes yang berlaku ini, murid tidak sedarkan diri. Maka, guru perlu membuat panggilan kecemasan seperti ambulans dengan secepat mungkin bagi mendapatkan pertolongan rawatan yang lebih sempurna daripada pakar perubatan ataupun doktor. Langkah yang seterusnya ialah A iaitu bermaksud Airways. Langkah ini bertujuan bagi memastikan pernafasan mangsa tidak mengalami sebarang gangguan dan halangan yang boleh menjejaskan keluar atau masuk udara ke dalam paru-paru. Guru perlu memastikan 11
saluran hidung dan mulut mangsa tidak mempunyai apa-apa halangan. Setelah itu, guru perlu melonggarkan pakaian mangsa terutamanya pada bahagian leher mangsa seperti, tali leher dan membuka butang baju mangsa. Hal ini agar dapat memberi keselesaan kepada murid dan memudahkan guru untuk memberi rawatan yang selanjutnya. Kemudian, langkah B iaitu Breathing. Langkah ini bertujuan bagi melakukan pemeriksaan terhadap pernafasan mangsa sama ada bernafas ataupun tidak. Guru perlu melakukan pemeriksaan tersebut dengan menggunakan kaedah 3M iaitu melihat, merasa dan mendengar. Selepas itu, langkah terakhir bagi menilai keadaan mangsa ialah langkah C iaitu Circulation. Langkah ini dilakukan bertujuan untuk memeriksa keadaan denyutan nadi mangsa sama ada berdenyut ataupun sebaliknya. Guru perlu memeriksa nadi murid yang tidak sedar tersebut pada bahagian karotid. Setelah guru melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan tadi. Guru perlu membuat keputusan mengenai kaedah rawatan yang bersesuaian dengan gejala dan tanda kecederaan murid tersebut. Sekiranya guru mendapati murid yang tidak sedarkan diri tersebut tidak bernafas dan mempunyai denyutan nadi. Maka, guru perlu menjalankan Pemulihan Kaedah Hembusan (EAR) iaitu salah satu kaedah pemulihan kardiopulmonari. Sebaliknya, sekiranya guru mendapati murid bernafas dan tidak mempunyai denyutan nadi. Maka, guru perlu menjalankan Pemulihan Kaedah Tekanan Jantung (ECC). Tetapi, sekiranya guru mendapati kes yang berlaku ke atas mangsa menyebabkan mangsa mengalami masalah kedua-duanya sekali, iaitu tidak bernafas dan nadi tidak berdenyut. Maka, kaedah Pemulihan Sistem Jantung dan Paru-paru (CPR) perlu dilaksanakan ke atas murid tersebut. Pendek kata, guru perlu mengetahui ketiga-tiga kaedah pemulihan kardiopulmonari tersebut bagi menyelamatkan nyawa murid yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Menilai Tahap Kecederaan (TOTAPS) Kes yang berlaku sebagaimana yang diketahui ialah melibatkan pendarahan pada bahagian kening murid tersebut. Menurut Zainudin (2011), prosedur pengurusan kecederaan menggunakan kaedah TOTAPS iaitu penilaian tahap kecederaan merupakan pendekatan rawatan pertolongan cemas yang teratur dan berkesan. Oleh itu, pendekatan TOTAPS perlu dilakukan oleh guru ke atas murid tersebut setelah selesai memberi rawatan DRABC. T = Bercakap (Talk)
S = Kemahiran (Skill)
O = Memerhati (Observe)
P = Pasif (Passive)
T = Sentuhan (Touch)
A = Aktif (Active)
12
Bagi kaedah T (bercakap), guru hendaklah bercakap dan bertanya kepada murid mengenai keadaan murid. Contoh soalan, “Bagaimana kamu boleh tercedera?”. Teknik pertanyaan tersebut secara langsung dapat memudahkan guru untuk memahami kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan murid tersebut tercedera. Melaluinya juga, guru dapat mengetahui lebih lanjut punca kecederaan bagi mengukuhkan lagi kenyataan guru bagi melaporkannya mengenai isu yang berlaku kepada pihak yang berkewajipan seperti pihak hal ehwal murid dan pihak hospital. Tetapi sebagaimana yang diketahui bahawa murid tersebut tidak sedarkan diri. Maka, guru perlu beralih kepada langkah O iaitu memerhati. Bagi kaedah O (memerhati), guru hendaklah memerhati keadaan pendarahan murid sam ada serius ataupun sebaliknya. Malahan, pemerhatian yang dibuat oleh guru perlulah menyeluruh ke semua anggota tubuh badan murid serta tingkah laku murid, dan hendaklah mematuhi peraturan dan berpandukan prinsip pengurusan situasi kecemasan. Hal ini yang demikian kerana dibimbangi terdapat kesan kecederaan yang lain ataupun isu terlepas pandang ke atas mangsa. Maka, guru perlu sangat teliti ketika membuat pemerhatian ke atas murid tersebut. T yang seterusnya ialah menyentuh. Langkah ini bertujuan bagi mendapatkan respon daripada mangsa sama ada sakit ataupun tidak terhadap kesan kecederaan yang dialaminya. Tetapi, dalam kes yang berlaku ke atas murid yang tidak sedarkan diri. Maka, guru perlu merawat kecederaan tersebut tanpa banyak karenah seperti membalut luka pendarahan pada kening murid tersebut. Hal ini bagi mengelakkan masalah pendarahan yang lebih serius. Langkah yang seterusnya ialah A iaitu aktif. Langkah ini dibuat bagi mengesan tahap kecederaan mangsa dengan menggerakkan bahagian tubuh badan yang mengalami kecederaan. Namun, tindakan tersebut hanya boleh dilakukan oleh mangsa yang sedarkan diri. Untuk kes ini, sudah pasti bahagian tubuh tidak berlakunya apa-apa kecederaan dalam kata lain murid tersebut berda dalam keadaaan pasif. Disebabkan keadaan murid itu serius, guru perlu memastikan murid tersebut dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang lebih sempurna daripada pihak profesional seperti doktor. Pembebatan dan Balutan. Bagi mengelakkan keadaan murid tersebut bertambah serius, pembebatan dan balutan penting bagi mengelakkan masalah pendarahan. pembebatan adalah proses menutup luka bagi menghindarkan kotoran dan jangkitan kuman. Hal ini kerana luka-luka tidak wajar didedahkan disebabkan ia mudah dijangkiti kuman atau dicemari oleh kekotoran yang boleh membiak dan menjalar ke tisu-tisu yang akhirnya menyebabkan luka bernanah, menjadi teruk (Mohdzir, 2015).
13
Untuk kes murid ini, kening murid tersebut tercucuk gunting. Perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah menyediakan kain pembebat berbentuk cincin/donut. Pembebat cincin ini boleh dihasilkan melalui mana-mana kain asalkan dalam keadaan yang bersih. Sebelum membebatkan luka murid tersebut, basuh luka itu terlebih dahulu. Selepas itu barulah tebat menggunakan kain pembebat berbentuk cincin ini. Selepas itu berdasarkan Malaysian Red Cresent (2016), pembalutan haruslah dilakukan selepas melakukan pembebatan bagi mengekalkan pembebat tersebut di bahagian terbabit sebagai contoh di kening murid tadi. Selain itu, balutan ini juga dilakukan untuk memberi tekanan di kawasan yang tercedera. Contoh kain pembebat berbentuk cincin/donut seperti rajah 3.0.
Rajah 3.0 Akhir sekali, Guru perlu mengambil kira aspek kedudukan tubuh badan mangsa bagi meminimumkan lagi pendarahan. Langkah yang boleh dibuat iaitu dengan memastikan kedudukan kepala mangsa berada pada bahagian yang lebih tinggi berbanding aras jantung dalam keadaan mangsa sedang terbaring. Guru perlu meletakkan sesuatu yang boleh menyokong kepala murid tersebut seperti bantal ataupun meletakkan kepala murid tersebut pada bahagian peha guru. Maka, tindakan tersebut akan menyebabkan pengaliran darah melalui bahagian kepala mangsa adalah bertekanan rendah. Pendek kata, tekanan aliran darah yang rendah pada bahagian kepala mangsa mampu mengurangkan kesan pendarahan.
14
4.0 Kepentingan Pendekatan Rawatan yang Sistematik dalam Situasi Kecemasan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), sistematik membawa maksud perkara yang bersistem dan berorganisasi. Menurut Zulkifli (2014) pula, perkataan sistematik membawa maksud sistem, berstruktur, berorganisasi dan berstandard. Maka, pendekatan rawatan yang sistematik yang digunakan dalam situasi kecemasan merupakan suatu pendekatan yang mempunyai prosedur-prosedur yang tetap dan ianya perlu dipatuhi. Terdapat beberapa kepentingan pendekatan rawatan yang sistematik diaplikasikan dalam situasi kecemasan. Antara kepentingannya ialah dapat menilai keadaan situasi kecemasan yang melibatkan diri, mangsa dan persekitaran. Sebagai contoh, penyelamat perlu memastikan situasi diri, mangsa dan persekitaran dalam keadaan yang selamat. Hal ini bagi mengalakkan halangan yang berlaku ketika melakukan pertolongan cemas ini. Di samping keselamatan mangsa, keselamatan diri mesti diambil kira terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi yang lebih buruk. Seterusnya ialah menjamin aspek keselamatan penyelamat dan juga mangsa. Sebagai contoh apabila berlakunya kes yang melibatkan CPR dilakukan. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti Aids dan sebagainya, semasa melakukan nafas mulut ke mulut terdapat peralatan yang digunakan seperti Masker CPR iaitu alat bantu pernafasan. Sekiranya tidak ada peralatan tersebut, kaedah lain boleh digunakan seperti botol. Oleh itu, keselamatan penyelamat dan mangsa dari segi kesihatan dapat terjamin. Bukan itu sahaja, pendekatan rawatan sistematik sangat penting untuk mengelakkan kecederaan bertambah parah dan tempat kecederaan dijangkiti kuman atau mangsa kecemasan menjadi lumpuh. Hal ini juga telah dijelaskan dalam kaedah pembebatan dan pembalutan ke atas mangsa yang tercedera. Maka, teknik dan cara pembebatan dan balutan yang betul dan teratur dapat meminimunkan tahap kecederaan mangsa. Oleh itu, pendekatan rawatan sistematik sangat penting untuk memastikan keberkesanan teknik dan cara pertolongan cemas tercapai. Hal ini yang demikian tujuan pertolongan cemas dilakukan ialah untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Malahan, kelebihan pendekatan ini juga dapat memberikan memudahkan kerja-kerja pihak profesional seperti pihak hospital dan pihak polis. Sebagai contohnya, polis dapat melakukan siasatan terhadap punca dan gejala yang menyebabkan masalah berlaku ke atas mangsa. Oleh itu, setiap situasi kecemasan yang menyebabkan kecederaan atau apa-apa keadaan kecemasan yang berpotensi untuk mengancam nyawa seseorang perlu berpandukan pendekatan rawatan sistematik sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
15
5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, pengetahuan pertolongan cemas ini amat penting bagi menangani pelbagai situasi kecemasan. Individu yang mempunyai pengetahuan ini mungkin akan menyelamatkan nyawa seseorang yang memerlukan pada suatu hari nanti. Bagi kekeluargaan, paling tidak terdapat salah seorang yang mempunyai pengetahuan pertolongan cemas ini. Kecemasan boleh berlaku dimana-mana sahaja tidak kira tempat. Rawatan awal mengikut prosedur yang ditetapkan akan melancarkan proses pertolongan cemas. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru mestilah mengetahui asas pertolongan cemas ini kerana sikap murid tidak dapat dijangka. Oleh itu, bak kata pepatah “ Sediakan Payung Sebelum Hujan”.
16
Rujukan
Azizah. (2012). Pertolongan cemas dan rawatan kecemasan. Petaling Jaya: Golden Books Centre. Charlotte. (2012). Berenang Siri Sukan dan Tubuh Kita. Kuala Lumpur: ITBM.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia
Mohdzir. (2015). Buku teks untuk ahli belia PBSM: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Cerdik Publications Sdn Bhd: Shah Alam.
Malaysian Red Cresent. (2016, Mac 15). Traning and Development. Dimuat turun pada 7 Ogos 2017 daripada Malaysia | International Committee of the Red Cross: http://www.redcrescent.org.my/
St. John Ambulance. (2013, Februari 23). Helping the Nation Save Lives Since 1877 - St John Ambulance. Dimuat turun pada 5 Ogos 2017 daripada St John Ambulance - the nation's leading first aid charity: https://www.sja.org.uk/sja/default.aspx
Zulkifli. (2014). Analisa terhadap perlaksanaan pendekatan latihan secara sistematik di dalam pengurusan Latihan. Kuala Lumpur: Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.
17