PERPPADUAN MELALUI PERKAHWINAN CAMPUR
Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dalam Wawasan 2020). Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969). Hubungan etnik berkait berkait rapat dengan seluruh struktur sosial sosial masyarakat masyarakat dan memberi memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik etnik mencerminkan mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah
negara
serta gambaran peranan faktor personaliti personaliti
dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Menurut Kamus
Dewan
,
perpaduan berasal daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud
bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan.
Perpaduan ialah satu proses yang menyatu padukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini termasuklah membenarkan perkahwinan campur dilakukan di dalam Malaysia selagi tidak melanggar rukun negara. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
Terma perkahwinan campur telah diperkenalkan oleh pihak Gereja Katholik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Tapi kini terma perkahwinan campur juga membawa maksud perkahwinan antara dua pihak yang berlainan
agama, bangsa dan warganegara. Perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada berlainan agama atau bangsa juga dipanggil eksogami. Dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur dalam Islam pula adalah perkahwinan di antara dua pihak yang berlainan latar belakang bangsa,agama atau kewarganegeraan. Perkahwinan campur di Malaysia juga telah dipraktikkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Penghijrahan kaum India dalam jumlah yang besar ke Tanah Melayu adalah pada akhir kurun-19 semasa Tanah Melayu dijajahi oleh orang Portugal dan Belanda. Menurut Datuk Haji Omar Hashim, pengerusi Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dalam temu ramahnya yang bertajuk Rentetan Sejarah Kedatangan Kaum India, kaum India datang secara sukarela kerana India ketika itu menghadapi masalah kemiskinan, oleh itu mereka datang sebagai buruh dan telah melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan dan perdagangan. Kahwin campur antara kaum India dan kaum Cina juga amat dikenali dalam Malaysia, malah generasi yang dari keluarga kahwin campur ini dikenali sebagai Chindian. Sejak tahun 1882, orang Sikh telah menjejakkan kaki ke Sabah apabila pasukan polis ditubuhkan ketika Kompeni Borneo Utara menubuhkan Constabulari Bersenjata Borneo Utara. Oleh sebab kaum Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka pihak yang ingin berkahwin dengan kaum Sikh mestilah memahami serta memeluk agamanya. Perkahwinan campur antara orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai komuniti peranakan Punjabi. Selain daripada yang atas, di Malaysia juga terdapat komuniti India muslim di Pulau Pinang yang membentuk Jawi Peranakan hasil daripada perkahwinan antara lelaki India Muslim dari Selatan India dan perempuan Melayu di Pulau Pinang. Seterusnya komuniti Ceti yang menganut agama Hindu di Melaka hasil daripada perkahwinan pedagang India Selatan dengan wanita pribumi.
Sebagai contoh, sekiranya seorang muslim melayu berkahwin dengan seseorang yang berbangsa Inggeris yang pada asalnya merupakan penganut agama lain, perkahwinan itu bolehlah dikira sebagai perkahwinan campur. Oleh itu, kahwin campur boleh dikelaskan kepada 3 kategori iaitu, kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama.
Sebagai contoh, perkahwinan µAntara kaum¶ adalah seperti perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslim berbangsa Cina. Ia juga terjadi µAntara negara¶ iaitu perkahwinan antara seorang muslim berbangsa melayu dengan seorang muslim berbangsa Arab yang berasal dari Dubai. Manakala yang terakhir adalah perkahwinan µAntara agama¶ seperti perkahwinan antara seorang muslim dengan seseorang yang beragama Kristian.
Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum, sebagai contoh seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina. Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari dalam kalangan masyarakat. Malaysia sendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini sama ada antara Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain termasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Dari segi bahasa, kedua-dua jenis bahasa diamalkan dalam keluarga mereka. Anak-anak pula lebih bersikap berfikiran terbuka dan dilihat memperolehi gen-gen yang baik daripada ibu bapa mereka. Yang menariknya, dilihat pengambilan kedua-dua budaya turut diamalkan kedua-dua pihak pasangan dan anaknya. Hal ini dapat dilihat melalui sambutan perayaan yang disambut oleh kedua-dua pasangan yang berlainan bangsa/kaum. Ini membuktikan indentiti atau jati diri sebuah bangsa atau kaum tidak terhapus walaupun telah berkahwin campur. Secara tidak langsung, fenomena ini dapat mewujudkan perpaduan dalam pertembungan dua kaum berbeza yang disatukan melalui perkahwinan campur melalui penerimaan unsur budaya serta tahap sosial yang berbeza. Dua kaum ini dapat mempelajari unsur-unsur tolak ansur sesama mereka demi memberikan kebaikan serta bagi memelihara kesejahteraan kedua belah pihak.
Selain itu, kahwin campur antara negara yang melibatkan kewarganegaraan juga dilihat sebagai satu medium penting bagi melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, seorang muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang muslim yang berbangsa Arab. Ini dapat mewujudkan penyatuan antara dua buah negara yang berbeza dari segi budaya, kepercayaan at aupun rutin harian masing-masing.
Di dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka sendiri,
bagi mengeratkan hubungan
diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu amnya (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermustautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Selain itu, anak hasil kahwin campur akan mendapat kebaikan daripada pendedahan terhadap budaya ini dan mereka boleh mahir dalam sekurang-
kurangnya tiga atau empat bahasa termasuk bahasa ibunda ibu bapa serta juga bahasa Inggeris
selain
boleh
menikmati
pelbagai
masakan
kaum
masing-masing.
Ini
telah
memperlihatkan bahawa betapa besarnya pengaruh perkahwinan campur dalam meresapkan nilai-nilai perpaduan di dalam jiwa individu at au masyarakat amnya. Perkahwinan campur yang ketiga adalah melibatkan kahwin campur antara agama yang melibatkan dua idividu yang menganut agama berbeza, sebagai contoh, seorang seorang Hindu berkahwin dengan seorang Buddha. Bukan itu sahaja, dalam Islam sendiri ada mendalilkan bahawa, "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteriisteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa¶ - Ayat 3 ) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". (Riwayat Muslim)´.
Menerusi dalil- dalil tersebut dapat kita rumuskan bahawa Allah SWT telah mengsyariatkan ibadat perkahwinan atau munakahat kepada umat Islam. Terdapat juga fenomena istimewa di Malaysia yang melibatkan seorang warganegara yang beragama selain Islam yang telah pun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islam walaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinan campur yang terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah Tinggi dalam ucap tamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Ini menunjukkan bahawa perkahwinan campur antara agama tetap wujud seterusnya mewujudkan nilai-nilai perpaduan sesama masyarakat. Walaupun wujud beberapa halangan serta tentangan terhadap kahwin campur melalui agama, tetap terselit
keistimewaan bagi situasi itu. Pendedahan terhadap budaya dan amalan kaum lain akan membuatkan individu terbabit memahami dengan lebih baik kebudayaan dan tradisi orang lain. Perkahwinan campur di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia khususnya meninggalkan impak bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat sekililing dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat dari dua sudut, iaitu sudut positif dan sudut negatif.
Melihat kepada sudut positifnya, secara individu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat dapat mengetahui dan mempelajari bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat seperti bersekedudukan juga dapat dikurangkan. Dari aspek masyarakat pula, kahwin campur dapat menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Ini kerana, apabila seseorang yang bukan Muslim ingin berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam. Dengan itu, dapatlah ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada bukan Muslim tersebut dengan harapan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah.
Secara tidak langsung, anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi, generasi yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya lain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih berkualiti dari segi fizikal dan mental. Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Di samping itu, ekonomi juga dapat dijana melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan.
Secara idealnya, perkahwinan campur dapat memupuk persefahaman antara pelbagai kaum namun realitinya konflik kadang-kadang terjadi sekiranya pasangan tidak dapat mengadaptasi perbezaan budaya, ditambah pula dengan tiadanya tolak ansur di antara kedua-dua belah pihak. Pegangan agama juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing yang lebih terbuka. Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan dan ahli keluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah, khususnya bagi kita umat Islam. Jika pasangan tersebut bukan Muslim tentulah sukar bagi kita untuk menerima sesetengah adat
serta amalan yang mereka lakukan. Misalnya, meminum arak, pergaulan bebas, berzina, berjudi adalah di antara amalan biasa dalam era globalisasi ini.
Dari aspek masyarakat, akan wujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain. Tambahan lagi, jika terdapat halangan keluarga, di mana keluarga pasangan tidak mahu pasangan bertukar agama. Contohnya, hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam masyarakat Melayu justeru, mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam kelompok mereka sendiri.
Masyarakat Melayu tidak menggalakkan anak mereka mengahwini orang luar seperti bangsa India atau Serani kerana dikhuatiri akan kehilangan anak serta sering dipukul atau didera. Mereka juga khuatir jika anak-anak mahu berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Mereka tidak mahu anak-anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain dan yang paling membimbangkan mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut agama lain. Antara risiko yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan kadar penceraian dan masalah sosial, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian ilmiah
yang
dilakukan
oleh
beberapa
ahli
sosiologi
di
negara
ini
antara
1995
hingga1998 mendapati dalam setiap sepuluh perkahwinan campur, hanya tiga berjaya.
Ringkasnya, bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain, warna kulit tidak lagi dilihat sebagai adanya perbezaan.Perkahwinan antara bangsa berlainan adat, budaya dan agama ini semakin diterima rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang sebangsa atau pun tidak, masalah biasa alam perkahwinan tetap timbul.Setiap individu perlu bersikap rasional dalam menangani masalah tersebut serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Jika kita lihat senario hari ini, perkahwinan campur adalah satu tekanan besar terhadap pasangan serta keluarga masing-masing dan memerlukan sikap toleransi semua pihak yang terbabit, bukan hanya suami dan isteri berkenaan saja. Oleh itu, kahwin campur mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Aspek agama misalnya mestilah mengatasi segala perkara. Bagi budaya, ia satu elemen yang mewarnai kehidupan pasangan kahwin campur.
Perbezaan dari segi budaya, tradisi dan amalan keluarga pihak suami serta isteri sebenarnya akan menceriakan kehidupan, mengeratkan ikatan hubungan pasangan berkenaan dan anakanakmereka seterusnya mewujudkan perpaduan antara satu individu dengan individu lain yang akhirnya menular kepada masyarakat di sekeliling mereka. Dari segi saintifik dikatakan bahawa perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi yang lebih genius. Kahwin campur sebenarnya memberi satu sinar dan keceriaan bagi mereka yang bijak mengadaptasi kelebihan ini dalam rumah tangga dengan sentiasa cuba mempelajari dan mengenali amalan, budaya serta tabiat keluarga pasangan masing-masing. Pemikiran akan lebih terbuka dan positif selain dapat menerima dan memahami adat resam masing-masing. Namun, apa yang paling penting dan menjadi keutamaan adalah asas agama kerana ia adalah tiang seri kepada kerukunan sebuah rumah tangga. Jurang perbezaan yang begitu ketara terutama adat dan budaya menjadikan mereka tewas dalam melayari perkahwinan yang bahagia. Perkahwinan campur telah menjadi trend yang meningkat pada masa kini. Jika dahulu, perkahwinan campur jarang kita dengar ataupun sering mendapat tentangan keras keluarga serta masyarakat umum. Namun sekarang, perkahwinan campur bagaikan perkara yang lumrah. Masyarakat dalam bangsa apa sekalipun dapat menerima trend perkahwinan campur kerana anjakan paradigma pemikiran masyarakat yang lebih terbuka. Mengikut perangkaan, trend perkahwinan campur semakin meningkat. Pergaulan di antara perempuan dan lelaki, dari latar belakang yang berbeza banyak menyumbang kepada trend ini. Bangsa, agama dan darjat bukanlah sesuatu yang menjadi kayu ukuran dalam mencari pasangan pada masa kini di kalangan pasangan-pasangan muda. Ini dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur di Singapura atau Malaysia merupakan sesuatu yang dapat terima umum sesuai dengan usaha pemerintah dalam menggalakkan keharmonian kaum. Perkahwinan merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan etnik dan dalam konteks 1Malaysia, ia adalah langkah positif kerana perangkaan perkahwinan campur (inter-etnik) semakin meningkat dari tahun ke tahun.Melalui maklum balas yang diterima, ramai yang tidak menganggap kahwin campur sebagai satu masalah malah menggalakkannya kerana boleh memperkayakan masyarakat dan mengeratkan perhubungan serta perpaduan kaum, agama
ataupun negara. Bahkan, ramai yang menganggap anak-anak hasil dari kahwin campur lebih unik, cantik dan mendapat gen positif ibu dan bapanya, menjadikannya lebih pintar dan bijak. Kesimpulannya, bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain dan berkembang pesatnya budaya metropolitan di Singapura dan Malaysia, warna kulit tidak lagi dilihat sebagai adanya perbezaan. Perkahwinan antara bangsa berlainan adat, budaya dan agama ini semakin diterima rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang sebangsa atau pun tidak, masalah biasa alam perkahwinan tetap timbul. Setiap individu perlu bersikap rasional dalam menangani masalah tersebut serta mencari jalan pen yelesaian yang terbaik.
R ujukan
y
Shamsul Amri Baharuddin, (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
y
Zainal
Kling (ed) (1977). Masyarakat Melayu: Antara Tradisi dan Perubahan, Kuala
Lumpur: UP&D. y
S. Husin Ali (ed.)(1984). Kaum, kelas dan Pembangunan, Kuala Lumpur: Institut Sains Sosial Malaysia.
y
Tan Chee Beng. 1988. The Baba of Melaka: culture and identity of a Chinese peranakan community in Malaysia. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
y
Jaswant Kaur. 1987. Sikap komuniti Sikh terhadap perkahwinan campur: satu kajian kes di Ipoh, Perak. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
y
Yap Eng Moi. 1989. Komuniti Ceti Melaka: satu pengenalan. Jurnal Antropologi dan Sosiologi 17: 55-72
y
Daljeet Kaur. 1986. Ritus perpeloncoan dalam komuniti Sikh: satu kajian etnografi. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.