Konsep daulat dan derhaka sepanjang Era Kesultanan Melayu Melaka
Deskripsi lengkap
gumuk pasirFull description
Full description
baba
sejarah 4
Full description
dasarFull description
Sejarah Tanah MelayuFull description
- Penjajahan Belanda Di Tanah Melayu - http://drsir.blogspot.com/2012/07/mpw-1133- zaman-penjajahan-belanda.htmlFull description
Pembentukan Pembentukan Empayar Melayu di Melaka & faktor kegemilangannya
Hasil refleksi dari tugasan yang diberikan, pelbagai maklumat serta info telah saya perolehi berkaitan topik ketamadunan melayu. Kesemua tamadun di dunia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Tamadun Melayu Melaka yang telah lama menapak di Nusantara ini sejak tahun 1459 hingga 1477. Tamadun Melayu pada awal kemunculannya merupakan tamadun yang unggul dan setiap undang-undang yang dibuat sentiasa dipatuhi oleh para pedagang serta masyarakatnya. Tamadun Melayu juga telah lama mempunyai sistem pemerintahannya yang tersendiri iaitu sistem Kesultanan. Bukti kegemilangan Tamadun Melayu dan bangsa Melayu telah lama tercatat pada lembaranlembaran silam dari segi material, intelektual, spiritual, artifak dan seni bina masyarakat Melayu. Terdapat tiga faktor utama yang membawa kepada kegemilangannya iaitu faktor politik, faktor ekonomi dan faktor sosial. Faktor politik dapat dilihat dari segi kebijaksanaan pemerintah dalam membentuk sistem pemerintahan yang teratur dengan adanya peraturan dan undang-undang, menjalinkan hubungan diplomatik dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan luar dimana ia terjalin dalam urusan perdangan. Faktor kedua pula adalah faktor ekonomi yang mana dapat dilihat melalui kedudukan Melaka yang strategik dan terlindung daripada angin monsun barat daya dan timur laut menjadikan Melaka sebagai tempat pelabuhan entrepot dan perdagangan. Bagi sudut faktor sosial pula ialah penyebaran agama Islam melalui pedagang Arab yang berdagang di Melaka dan seterusnya menjadikan Melaka sebagai pusat kegiatan ilmu.
Keistimewaan seni bina Istana Kesultanan Melaka.
Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan tinggalan sejarah. Sepe rti yang kita sedia maklum, Melaka dahulunya merupakan sebuah kerajaan yang menjalankan aktiviti perdangan dimana ramai pedagang daripada pelbagai pelosok dunia dan emapayar besar dari kerajaan luar terutamanya daripada China, India dan Arab. Oleh itu, seni bina Istana di Melaka mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana reka bentuknya mempunyai ciri-ciri daripada minang, China dan India. Selain itu, Jika dapat dilihat Istana Melaka mempunyai seni ukiran yang halus dan cantik. Antara seni ukiran yang dapat dilihat melambangkan corak bunga-bungaan dan tumbuhan tempatan. Selain itu, ciri-ciri Istana Melaka adalah ianya mempunyai bumbung yang bertingkat dan panjang.