Keturunan Baba dan Nyonya di Melaka Kemunculan masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka adalah daripada keturunan pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang datang bersama armada Cheng Ho pada tahun 1459. Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dan Sultan Melaka telah memerintahkan agar didirikan sebuah istana khas bagi puteri ini di puncak Bukit Cina. Manakala pengikut puteri ini pula tinggal di petempatan yang dibina di kaki Bukit Cina dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, kesan tinggalan istana Puteri Hang Li Poh tidak dapat dijejaki hingga ke hari ini. Kesan petempatan pengikutnya pula dapat dilihat berdasarkan adanya perigi yang digunakan mereka yang dikenali sebagai `Perigi Raja' atau `Perigi Puteri Hang Li Poh' di kaki Bukit Cina tersebut. Keturunan pengikut Puteri Hang Li Poh inilah yang dikata membentuk masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka telah diasimilasikan ke dalam masyarakat dan budaya Melayu sehinggakan identiti budaya mereka banyak yang telah hilang dan digantikan dengan unsur-unsur budaya Melayu. Nama mereka dikenali dengan permulaan sebagai `Baba' bagi kaum lelaki (misalnya Baba Kim Teck), dan `Nyonya' bagi kaum wanita (misalnya Nyonya Che Pon). Mereka juga `amat fasih' bertutur dalam bahasa Melayu dialek Baba dan Nyonya sebagai bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang-orang Melayu. Contoh bahasa Melayu dialek Baba dan Nyonya dapat dilihat dalam pantun dondang sayang seperti berikut: Naday bugis tolak blayar, Jerok mari dalam kendi; Hutang budi balas di dunia, Hutang hati mengikat diri. Pisang mas bawak blayer, Tengah laot patah kemudi-nya; Hutang budi dapat di bayer, Hutang hati apa ganti-nya.
(Keturunan Baba dan Nyonya Berbaju Kebaya Melayu dan nyanyi Dondang Sayang)
(Baba dan Nyonya menarikan Tarian Melayu Tradisioanal) Mengikut sejarah, Baba dan Nyonya merupakan golongan keturunan Cina yang sangat unik kedudukannya yang terdapat di Negeri-Negeri Selat, Tanah Melayu, khususnya di negeri Melaka. Selain Melaka, kedudukan mereka kini berselerakan terutama sekali di Negeri-negeri Selat bekas Jajahan British di Pulau Pinang dan Singapura. Mereka juga dikenali sebagai Cina Peranakan atau "Straits Chinese". Kaum Baba dan Nyonya ini mengamalkan agama-agama tradisional Cina, dengan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, perayaan Pesta Tanglung, di samping mengamalkan adat resam Melayu dan penjajahan Barat. Bahasa mereka juga unik dengan mengamalkan Dialek Baba-Melayu: campuran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Hokkien. Begitu juga daripada aspek pemakanan,
mereka
mengamalkan
campuran
masakan
Cina
dan
Melayu
beridentitikan masakan Baba Nyonya yang pedas dan berempah. Mereka kaya kaya dengan kebudayaan, dan sangat unik dengan ciri-ciri campurannya. Sebab itulah dikatakan bahawa Warisan Baba Nyonya menjadi bahagian yang penting dalam khazanah seluruh bangsa Malaysia.
(Pakaian Tradisional Pengantin masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka) Pada hari ini, bilangan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin berkurangan, mungkin kurang daripada 100 ribu orang. Ini kerana ramai daripada mereka terutamanya keturunan muda yang telah berhijrah ke negeri-negeri lain ataupun berkahwin dengan orang-orang Melayu atau Cina dan memeluk agama Islam atau Buddha. Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri Melaka masih mengekalkan petempatan tradisional mereka sebagai warisan budaya yang tidak ternilai harganya. Petempatan tradisional mereka masih dipelihara oleh kerajaan dan dijadikan muzium ataupun pusat-pusat pelancongan di negeri Melaka. Pelancong berpeluang untuk menatap rumah-rumah tradisional Baba dan Nyonya yang masih
dikekalkan dalam bentuk asal dengan seni bina, rekaan dan hiasan dalamannya yang menarik serta begitu unik sekali. Petempatan tradisional mereka ini dipelihara utuh di sekitar Banda Hilir dan kawasan Tengkera. Bangunan lama berupa deretan rumah kedai tersebut sebagai khazanah silam yang menyimpan seribu satu kenangan menceritakan tentang kewujudan masyarakat ini serta keunikan budaya mereka yang telah mula ditelan zaman. Hanya warisan artifak untuk tatapan generasi hari ini yang mampu mengukir senyuman dan menceritakan segalanya kepada para pengunjung yang melawatnya. http://malay.cri.cn/781/2013/01/04/101s137238.htm http://www.slideshare.net/akusape87/baba-nyonya-13281161 http://www.slideshare.net/ZaraLumina/baba-nyonya
http://dondangsayangmelaka.blogspot.com/2011/07/keunikan-masyarakat-baba-dan-nyonyadi.html# (masakan)
Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera. Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri. Jumlah penduduk Melaka pada tahun 2001 ialah 648,000.
Penduduk-penduduk negeri Melaka terdiri daripada :
Bangsa Melayu : 50% Bangsa Cina dan Peranakan (Baba dan Nyonya): 40%
Read more: http://gotomelaka.blogspot.com/2011/04/geografi.html#ixzz2IqfGcX84
Melaka Bandaraya Bersejarah- Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaires Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba.
Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.
Read more: http://gotomelaka.blogspot.com/search/label/MUZIUM%20MELAKA#ixzz2IqfR2yj8
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negerinegeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka,
yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasigenerasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba" http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185masyarakat-majmuk/3242-kaum-kaum-di-malaysia.html
Sejarah Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.
[2]
Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.
Budaya Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang
wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. [sunting]Pakaian Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dari Jepun. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit. Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya encim', serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina. [sunting]Agama Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.
[3]
[sunting]Masakan Fail:Buahkeluak.JPG Ayam buah keluak.
Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan rempah masakan Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kariayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng , kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di singapura.
[sunting]Perkahwinan Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.
[4]
Hasilnya, suku Baba dan Nyonya
memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi .
[5][6]
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri .
[7]
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.
Dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi "burung cenderawasih" gaya Peranakan.
[sunting]Muzium Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium Peranakan (Singapura). Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari muzium yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-kedai makan "Nyonya" di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker Street.
[sunting]Hubungan
politik
Pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih berada berbanding pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga membolehkan suku Peranakan membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat setia kepada kuasa British atau Belanda,
[8]
sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan Indonesia .
[9]
Menjelang pertengahan abad ke-20, kebanyakan suku Peranakan menerima pendidikan Inggeris atau Belanda, kesan penjajahan kepulauan Melayu oleh kuasa-kuasa Barat. Suku Peranakan sanggup memeluk kebudayaan dan pendidikan Inggeris sebagai cara memajukan diri mereka dari segi ekonomi. Oleh itu, jawatan-jawatan pentadbiran dan perkhidmatan awam selalu diisi oleh orang Cina Peranakan terkemuka. Ramai orang Baba dan Nyonya memeluk agama Kristian kerana menganggap agama itu lebih berprestij dan amat rapat dengan kebudayaan sekutu mereka yang berbangsa British dan Belanda.
[10]
Justeru, masyarakat Peranakan menjadi amat berpengaruh di
Melaka dan Singapura, sehingga diberi gelaran King's Chinese kerana kesetiaan mereka kepada pihak British. Hasil dari perhubungan mereka dengan pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakan orang Peranakan fasih berbahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Antara kerjaya-kerjaya yang banyak diceburi mereka termasuk saudagar, pedagang, dan orang tengah yang menguruskan perhubungan antara China, Tanah Melayu dan kuasa-kuasa Barat yang amat dihargai oleh British dan Belanda. Separuh awal abad ke-20 menyaksikan perubahan penting dalam sejarah yang mana sebilangan kaum Peranakan makin cenderung untuk menyokong kemerdekaan Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, tiga komuniti Cina bergabung dan bergiat dalam politik. Orang Cina Peranakan juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka menerbitkan impian politik mereka di samping sumbangan dari penulis tempatan yang lain dalam syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November 1928, akhbar mingguan berbahasa Cina iaitu Sin Po (新報) menjadi akhbar pertama yang menerbitkan lirik lagu kebangsaa nIndonesia Raya. Kadang-kala, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan sedemikian menghadapi ancaman dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa penjajah Belanda mengharamkan penerbitan dan kegiatan nasionalis. Kaum Cina di Indonesia berkobar-kobar memberikan sokongan kepada gerakan kemerdekaan ketika pendudukan Jepun pada awal 1940-an, apabila semua persatuan Cina diharamkan oleh pihak Jepun. Antara mereka yang terlibat termasuk Siauw Giok Tjhan dan Liem Koen Hian, dan Yap T jwan Bing, seorang ahli Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia, yang menjadi warga Amerika Syarikat pada 1960-an. [sunting]Tokoh-tokoh
Tan Cheng Lock
Tan Siew Sin
Baba
Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Antara perbezaan ini adalah:
Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina, umpamanya lai untuk 'datang', dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien, khususnya bagi idea-idea yang abstrak, yang tidak difahami oleh orang-orang Melayu.
Orang-orang Baba tidak tahu akan kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu.
Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa Hokkien.
Orang-orang Baba menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.
Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu.
Orang-orang Baba tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Baba
Perbendaharaan kata [sunting]Kata
ganti nama
saya = goa (我 góa)
anda = lu (汝)
dia = i (伊 i )
kita = wa lang (我人 góa lâng )
[sunting]Perkataan
berkaitan dengan hubungan sanak saudara
Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara semuanya adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak , adik , dan abang :
ayah = 'ntia (爹 tia)
datuk = 'ngkong (公 kong )
kakak = tachi (大姊 tōa-chí )
bapa saudara = impek (伯 peh)
adik bapa = nchek (叔 chek )
suami kakak = chau (姐夫 chiá-hu)
[sunting]Perkataan n
berkaitan dengan rumah n
ibu rumah = tia (廳 thia )
kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chi )
tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng )
serambi dalam = pangkeng ( pang-keng )
serambi luar tanpa bumbung = la-pe (lau-pi )
lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong )
meja = toh (桌 toh)
n
n
n
permaidani = tanak (毯仔 thán-á)
cat = chat (漆 chhat )
Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:
teko = tekuan (茶壺 tê-kòan)
sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî )
cerek = teko (茶壺 t-)
Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm (燖). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai , dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina. [sunting]Perkataan
berkaitan dengan agama
Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba:
tokong = bio (廟 biō)
tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong (大伯 公 Tōa-Peh Kong )) n
membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiu )
melutut = kui (跪 ūi )
(Pantun Baba) Naday bugis tolak blayar , Tengah laot patah kemudi-nya; Hutang budi dapat di bayer, Hutang hati apa ganti-nya.
Tengah laot patah kemudi , Layar koyak di pukol angin; Hutang hati membawak mati, Sebagi bola di pukol angin.
Pisang mas bawak blayer , Jerok mari dalam kendi ; Hutang budi balas di dunia, Hutang hati mengikat diri.
Pisang mas bawak blayer , Masak sa-bijik di-atas peti ; Hutang mas boleh di bayer, Hutang budi menanggong hati.
Pantun Baba, Dondang Sayang 1931 di petik daripada akhbar The Malay Limited, Johor Bahru,Johor keluaran tahun 1959.
Asal Usul Peranakan Cina Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.
Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya. Bahasa
yang
digunakan
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Kesimpulan
Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat
tersebut,
malah
masih
mengamalkan
budaya
Melayu
dalam
kehidupan
bermasyarakat. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395artikel/8718-keunikan-masyarakat-baba-dan-nyonya.html
http://www.scribd.com/doc/50841133/BAHASA-BABA-DAN-NYONYA
Kaum peranakan Baba dan Nyonya sudah wujud di negera ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak. Kumpulan kaum minoriti ini menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan nyonya atau peranakan kerana mereka memiliki dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina pada masa yang sama mengamalkan ciri-ciri budaya masyarakat Melayu. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan orang Melayu. http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/baba-dan-nyonya.html http://makan2babanyonya.blogspot.com/p/pengenalan.html http://www.jmm.gov.my/ms/warisan-baba-dan-nyonya-di-muzium-negara Warisan Baba dan Nyonya di Muzium Negara Muzium mini Katong Antique House yang merupakan rumah kedai dua tingkat menjadi saksi kepada kesungguhannya menyimpan khazanah budaya Baba dan Nyonya. Di segenap ceruk termasuk anak-anak tangga sekalipun, terdapat barangan Baba dan Nyonya yang melatari pandangan sehingga kaki perlu berhati-hati semasa memijak anak tangga.
Tingkat bawah rumah dipenuhi dengan pelbagai barangan seperti tembikar, bingkai gambar lama, kebaya Nyonya dan perabot antik. Sementara tingkat dua pula terdapat koleksi kain batik, kasut sulaman manik dan mangkuk tingkat variasi rupa. Minat Wee untuk mengumpul barangan antik Baba dan Nyonya terbit sebelum memiliki Katong Antique House pada tahun 1979 lagi. Wee berkata, menyimpan warisan budaya ini ialah minat dan keghairahannya. Beliau sendiri mengakui tidak pernah menghitung berapa banyak koleksi yang dimilikinya. Kini, setelah usianya melewati enam dekad, gelora kasihnya masih tertumpah pada warisan budaya asal-usulnya itu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1223&pub=Kosmo&s ec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2IqoaK6ZA Hakcipta terpelihara http://pelbagairujukan.blogspot.com/2008/03/keunikan-budaya-baba-dan-nyonya.html