Pengenalan
Tema ini mengisahkan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Kesultanan Melayu Melaka telah membina satu politik, tradisi budaya, dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga masa kini pada zaman kegemilangannya . Sebelum kedatangan Parameswara, Melaka merupakan sebuah penempatan kecil yang didiami oleh para nelayan yang turut dikenali sebagai ‘orang laut’. Melaka laut’. Melaka telah dimajukan sebagai sebuah pusat perdagangan di Nusantara selepas kerajaan Melaka ditubuhkan oleh Parameswara. Baginda merupakan pengasas Melaka yang banyak meletakan asas yang tegap sehingga menyebabkan Melaka dikenali di seluruh rantau pada era tersebut. Selain itu, Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil pada zaman kesultanan Melayu. Apabila Melaka terbentuk, maka keagungan empayar Melaka mulai tersebar dan dikenali di seluruh negara. Sejarah pembinaan negara Melayu berdaulat sememangnya telah bermula pada abad ke-15 di mana pada masa tersebut zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman z aman keagungan Melayu. Kegemilangan dan kemakmuran Melaka telah menarik Portugis untuk datang dan seterusnya menguasai Melaka. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511memaksa waris Kesultanan Melaka berpindah ke Johor dan bermula dari situlah mereka meneruskan perjuangan hendak menegakkan semula kedaulatan Melaka. Sebagai latar belakang kepada Kesultanan Melayu Melaka, kami akan cuba menyentuh beberapa perkara berkaitan kegemilangan Negeri Melaka antaranya :
1. Pengasasan Melaka Pada tahun 1400 hingga tahun 1403,Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang . Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam pada awalnya. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Sultan Muzaffar Syah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugispimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Atas sebab ini, sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Shah. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.( Prof. Emeritus Dato’ Dr.Mohd Yusoff Hashim. 2005. Parameswara pengasas Empayar Melaka . Melaka. Institusi Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) )
Kesultanan Melaka
Tahun
Perkara
Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan olehMajapahit telah
1400 menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan
1403 menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada
1409 serangan pihak Siam.
Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di
1409 Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540
1411 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar keChina. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan
1414 memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar
1424 namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
1444
Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458)
1445
1446 menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah
1447
1456 berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng
1458 Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki
1477 takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-
1488 1511).
Tun Perak meninggal dunia.
Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara ber gelar
1498
1500 Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara.
Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di
1509 Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab persel isihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana
1510 beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.Selain itu, beliau telah di fitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan.Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah membunuh Tun Muthahir dam keluarganya.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya . Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.
2. Kedatangan Parameswara ( latar belakang parameswara )
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama pada tahun 1324. Pada tahun 1366, baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China. Baginda digelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana dengan rasmi, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401) ialah keturunan baginda yang memerintah Singapura. Pada 1401, kerajaan Majapahit dan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa menyerang Singapura. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru. Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Raja Jawa, Batara Tamavill telah menyerang Parameswara, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Oleh itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Pada tahun 1565, menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang , Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Selepas itu, Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya setelah berada di sana dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Pada masa itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja. Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching telah tiba d i Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada Maharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Raja Iskandar Syah telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia pada tahun 1409. Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo pada tahun 1411. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.
3.Asal usul nama Melaka
3.1Sejarah Melayu -Pokok Melaka Ketika berburu Parameswara melihat seekor pelanduk yang kecil menendang anjing perburuan semasa beliau sedang berehat di bawah sepohon pokok. Oleh kerana keberanian pelanduk yang kecil tersebut menjadi ilham kepada beliau lalu menamankan tempat ters ebut Melaka dan berpendapat tempat tersebut sesuai untuk dijadikan negeri. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mungkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri oran g melayu" dalam bahasa sankrit.( Muhammad Yusof Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.3Mitos Hindu Karya Skanda Purana -(Bahagian berjudul Vaishnara Khanda) Pokok Amalaka Nama ini diambil daripada sepohon pokok iaitu pokok Amalaka yang pertama tumbuh di alam semesta. Pokok ini dianggap mempunyai kuasa ajaib yang berkaitan dengan kekayaan, kesihatan kekuatan. Menurut mitos Hindu dalam karya Skanda Purana, kediaman agama Hinduu telah berkaitan dengan pokok ini iaiatu Brahma Vishu. Buahnya juga dianggap buah ajaib.Oleh sebab pelabuhan Melaka berkembang pesat, pedagang-pedagang Hindu mengaitkan Melaka dengan pokok tersebut.
B) Zaman Kegemilangan Melaka
Menerusi tajuk ini, kami menyediakan beberapa info berkaitan dengan: 1)Pentadbiran Melaka ( sistem pembesar empat lipatan ) Pentadbiran yang sistematik
2) Peranan pembesar ( Raja dan Orang Besar Empat ) &Susun lapis masyarakat
3) Bahasa Melayu sabagai bahasa perantaraan
Penduduk Bandar pelabuhan Melaka bertambah dengan pesatnya sejak dari dibuka Kehadiran penduduk pedagang dan orang-orang yang menetap di Melaka menyebabkan hubungan sosial yang tidak dapat dielakkan. Statistik di bawah menunjukkan keramaian penduduk Melaka.ialah 190 000 orang . Terdapat 59 puak dan suku kaum orang asing di negeri Melaka dan mereka ini bertutur 84 bahasa yang berlainan. Berkat kepimpinan sultan dan pembesar-pembesarnya mereka ini tinggal dan berinteraksi satu sama lain dengan
penuh harmoni dan kemesraan. Elemen Bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa perantaraan, sistem politik yang stabil dan sifat toleransi semua pihak menubuhkan kemesraan, perpaduan dan kerharmonian rakyat berbilang kaum, keturunan, puak dan suku ini. Bahasa Melayu merupakan Lingua Franca yang membolehkan integrasi sosial wujud dengan bagitu kukuh. Setiap pedagang yang datang ke Melaka boleh berdagang dengan bebas dan mendapat keuntungan yang banyak kerana mereka boleh bertutur bahasa Melayu. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Di seluruh dunia mempunyai lebih 300 juta orang boleh bertutur dalam bahasa Melayu pada masa itu. 4)Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam. Baginda merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) ,Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat faktorfaktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Faktor pertama adalah per anan pedagang dari Sumatera . Pada abad ke-13, Pulau Sumatera sudah menerima Islam . Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam. Pedagang dari Arab dan India turut menyebarkan agama Islam semasa berdagang di Melaka. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka menyebarkan Islam di Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka. Selain itu, sultan pun memainkan peranan yang penting kerana baginda memeluk agama Islam, rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam. Bukan itu sahaja, pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama tersebut telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan adalah faktor yang paling penting kerana telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam. 5)Tokoh – tokoh Melaka
Tempoh
Sultan
1400 – 1414
Parameswara
1414 – 1424
Sultan Iskandar Shah
1424 – 1444
Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445
Sultan Abu Syahid
1445 – 1459
Sultan Muzaffar Shah
1459 – 1477
Sultan Mansor Shah
1477 – 1488
Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 – 1511
Sultan Mahmud Shah
6)Melaka sebagai pusat perdagangan
Selat Melaka merupakan saluran penting yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, mempunyai lokasi geografi yang sangat penting. Melaka adalah bandar tertua di Malaysia tepat t erletak di tengah Selat Melaka dan melindungi saluran penting. Inilah sebabnya banyak negara mahu penjajahan Melaka. Pada masa itu raja adalah Parameswara, dengan mata yang tajam dan minda pintar cari kelebihan Selat Melaka dalam penghantaran Timur-barat dan perdagangan. Bermula dari Selat Melaka, ke timur boleh dicapai China yang kaya sutera, teh dan seramik. Ke barat boleh lurus India, Semenanjung Arab dan Eropah yang kaya sumber. Selain itu, Melaka mempunyai pelabuhan semula jadi yang boleh berlabuh kapal besar. Oleh itu, banyak saudagar perdagangan dari Timur-barat sarat dengan komoditi pukal ke Melaka setiap tahun untuk penyimpanan barangan dan perdagangan. Raja Parameswara merebut peluang ini dan mengerakkan tentera untuk memaksa kabul yang melalui Melaka berlabuh. Baginda menerima wang daripada perniaga sebagai
pertukaran pas Selat Melaka. Sebaliknya, raja Parameswara membina banyak gudang dan pasaran perdagangan kepada perniaga asing untuk menyimpan barangan dan perdagangan. Raja Parameswara baransur-ansur mengawal entrepot dan pengangkutan maritim Selat Melaka. Ini menggalakkan perdagangan dalam 300 batu mesti berlaku di Melaka. Melaka menjadi perdagangan yang paling makmur di semenanjung pusat pengedaran. Zaman kegemilangannya, seramai 4000 perniaga asing di bandar Melaka dan mempunyai segala-gala perdagangan komoditi seperti sutera, teh dari China, lada dari Sumatera dan lain-lain. Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengahtengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Isla m melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 talah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Moluncas, emas dan lada hitam dari Sumatera s erta timah dari Tanah Melayu.