1.0. PENGENALAN Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum, rakyat malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-masing yang tersendiri. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan merupakan cetusan peraturan dan panduan. panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama- kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, adat resam didefinisikan sebagai adat kebiasaan, aturan-aturan yang yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turuntemurun. Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi adat-adat kebiasaan yang yang lainnya. Adat-adat ini telah digunapakai digunapakai sejak daripada kelahiran kelahiran sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut kelahiran, adat selepas bersalin, berkhatan, bersanding dan sebagainya. Bagi pengertian budaya pula, pelbagai tafsiran dapat diberika. Ada yang mengatakan budaya sebagai tarian, tarian, muzik, dan seni lakonan. Sebenarnya Sebenarnya ia hanyalah hanyalah sebahagian kecil daripada unsur budaya. Budaya telah didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, system idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya (R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang mengatakan
budaya
merupakan
perkembangan
kata
majmuk
daripada
budi
(Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1).
1
Budaya terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya budaya komunikasi yang yang simbolik, bertatacara bertatacara dan beradab beradab yang cuma difahami oleh individu dalam sesebuah masyarakat. Masyarakatlah yang membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur yang kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Budaya adalah bersifat dinamis iaitu sentiasa berubah mengikut zaman dan perlakuan manusia. Oleh itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahan-lahan mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur dan mati. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran masyarakat. Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan positif terhadap masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk. Umpamanya budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Berdasarkan pernyataan diatas jelaslah bahawa adat resam dan budaya boleh dirujuk sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan diterima secara umum umum secara positif
dan termasuklah termasuklah fenomena manusia yang berlaku berlaku dalam
masyarakat yang sentiasa diguna pakai sejak dari zaman dahulu kala lagi. Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,perkahwinan kelahiran,perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat diMalaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
2
2.0 Asal-usul masyarakat Baba dan Nyonya Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu iaitu Malaysia, khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. (Lok Chai Yee, 2003)
Menurut Yeng Chun Man (2003), Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien.
Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. (Mohd Azhar, 2003). Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.
2.1 Makanan dan masakan masyarakat Baba dan Nyonya
Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. (Abdullah Ahmad, 2003). Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Makanan dan masakan tradisi masyarakat
3
Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan.
Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Jenis-jenis masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar nyonya dan nasi lemak. Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan nasi kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.
Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. (Lee, 2004). Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu.
2.3 Perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya
Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Menurut Azmi Salleh (2006), Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai.
Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka 4
juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.
Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”. Fahmi Zakaria (2006) pula menyatakan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya tidak menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.
Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya. (Yeon Keow, 2004). Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
5
3.0 Pengaruh dan kesan dalam kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dahulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya juga mempunyai pengaruh daripada cara berpakaian masyarakat Melayu. Kebanyakan generasi Nyonya iaitu kaum perempuan yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh kaum-kaum perempuan masyarakat Melayu. Pakaian kebaya dan sarong ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pakaian kebaya dan sarong ini telah di asimilasikan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu dengan cara berpakaian masyarakat Melayu dan diwarisi oleh generasi ke generasi sehingga sekarang. Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini adalah berasal daripada bahasa melayu. Namun begitu, bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Oleh sebab itu, ia merupaka bahasa yang berasingan dengan bahasa Melayu.Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina, umpamanya lai untuk „datang‟ dan banyak lagi kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat melayu. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak memahami perkataan dan dialek bahasa Melayu. Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh masyarakat Baba dan Nyonya adalah; ~ Saya = goa (bahasa Hokkien)~Anda = lu (bahasa Hokkien)~Dia = dia (bahasa Melayu)~ Kita = kita (bahasa Melayu).
6
Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian. Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Sebelum negara dan etnik-etnik istimewa ini kehilangan warisan yang dimiliki, usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang bersepadu hendaklah dilakukan dari peringkat asas lagi. Usaha-usaha ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah melalui penyertaan secara individu mahupun komuniti secara keseluruhannya. Berbanding nilai sosial kejiranan moden seperti yang banyak terdapat pada hari ini, masyarakat tinggal dengan rumpun yang berbeza dari segi ekonomi, sistem kepercayaan dan cara hidup antara satu sama lain. Hal ini sering terjadi di kawasan-kawasan bandar yang menerima proses migrasi dari kawasan luar bandar sehingga mengakibatkan pembawaan kepercayaan dan tradisi masing-masing semakin terhakis.
7
Sungguhpun begitu, terdapat juga perumahan tradisional yang wujud di tengahtengah kawasan bandar yang sedang pesat membangun. Hal ini boleh terjadi disebabkan perubahan status kawasan asal yang dahulunya perkampungan tetapi kini dibangunkan menjadi bandar. Antaranya adalah Kampung Baru di Kuala Lumpur, Kampung Morten dan Perkampungan Portugis di Bandar Melaka. Perkampungan-perkampungan ini terkenal kerana masih utuh mengekalkan tradisi dan identiti masing-masing sehingga menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mendekati budaya unik mereka secara nyata. Prihatin atas masalah-masalah yang kian berleluasa ini, terdapat beberapa usaha yang telah dilakukan untuk membantu memulihkan komuniti ini dengan budaya unik mereka. Antaranya merangkumi pembabitan di dalam aktiviti sosial persatuan, pembinaan muzium Baba Nyonya, persembahan tradisional dan tarian pop Cina secara mingguan dan pengiktirafan kebaya Nyonya di persada dunia melalui Kementerian Malaysia. Usaha-usaha ini dilakukan atas kesedaran yang tinggi untuk memupuk interaksi yang lebih hebat di kalangan genarasi muda dan tua Baba Nyonya supaya rasa kecintaan terhadap adat dan budaya sendiri dapat disemai dalam diri setiap ahli komuniti ini. Kurang kefahaman tentang budaya sendiri sejak dari usia remaja merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kurang kesedaran di kalangan golongan Baba Nyonya, terutama golongan muda untuk mempraktikkan cara hidup tradisional dalam kehidupan mereka. Mereka menanam persepsi di dalam fikiran bahawa segala urusan berkaitan warisan dan tradisi adalah kepunyaan nenek moyang dan orang tua serta tidak sesuai untuk dipraktikkan oleh golongan muda di zaman moden ini. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada isu terbesar dalam usaha pengekalan warisan ini iaitu masalah penghakisan identiti di kalangan ahli masyarakat etnik tersebut. Remaja begitu mudah terpengaruh dengan paparan cara hidup Barat di arus media perdana yang digambarkan sebagai lebih bebas dan mudah, dan ini menjadi faktor penyebab yang memangkinkan kepada isu ini. Teknik pendidikan secara tidak formal boleh dijadikan asas dalam mendekati golongan muda ini seterusnya mendidik mereka untuk mengenali budaya sendiri. Seperti mana mereka mendapatkan pengaruh luar melalui sumber hiburan yang bersifat santai dan menghargai kehidupan sosial yang lebih mudah serta tidak membebankan, maka kaedah yang sama juga boleh digunakan dari aspek senibina. Perancangan perumahan adalah salah satu kaedah merekabentuk ruang hidupan yang mengandungi antaranya komponen kekeluargaan dalam kehidupan seharian.
8
Komponen keluarga biasanya terdiri daripada ayah, ibu serta adik beradik lainnya. Setiap elemen ini akan saling memerlukan antara satu sama lain dan interaksi akan berlaku sama ada dalam ruang lingkup rumah sahaja atau juga di luar rumah seperti kawasankawasan awam yang menyediakan tempat berekreasi yang menyeronokkan. Perancangan perumahan yang baik akan menitikberatkan keperluan penduduk secara menyeluruh, bermula dari sekecil satu unit perumahan sebagai tempat berteduh sehinggalah ruang-ruang interaktif yang disediakan untuk kegunaan seluruh penduduk perumahan tersebut. Dalam projek ini, pembangunan skim perumahan yang bakal dilakukan akan bersifat menyeluruh seperti yang dibincangkan di atas. Untuk menarik minat golongan muda, susun atur pelannya (masterplan) akan direka secara interaktif dan dalam masa yang sama, akan disertakan dengan program-program yang mampu menarik minat remaja. Kesemua elemen ini akan dikawal dengan sentuhan identiti serta karekter unik Baba Nyonya dalam senibina bangunannya selain nilai-nilai sosial yang lain. Melaluinya, diharapkan golongan remaja dan sesiapa sahaja yang melawati perumahan ini akan berasa „hidup‟ ber sama komuniti asli Baba Nyonya di samping dapat belajar, memahami, mengenali, menyentuh dan melihat sendiri pengabdian budaya mereka.
9
4.0 JURNAL AKADEMIK : "Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia".
4.1 Latar Belakang.
Jurnal yang saya jadikan pilihan sebagai bahan kerja kusus saya adalah jurnal yang bertajukkan "Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia". Kajian jurnal ini telah dilakukan oleh dua orang penulis iaitu Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna RuzannaWan Mohammad daripada Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Putra Malaysia. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur
Universiti pegangan
amalan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Tumpuan diberikan kepada aspek kepercayaan, pantang larang, peralatan rumah, perkakasan memasak, dan muzik.
4.2 Ciri-Ciri.
Dalam penghasilan jurnal ini, pengkaji telah menggunakan dua alat kajian yang sangat boleh dipercayai iaitu dengan menggunakan borang soal selidik dan pita rakaman. Borang telah diedar kepada responden untuk menjawab persoalan -persoalan yang berkaitan dengan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Hasil keputusan yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS dan pengiraan dibuat dari segi kekerapan, min, dan sisihan piawai dan dihuraikan dari sudut rasional. Pita rakaman pula digunakan untuk merakam percakapan dan corak
kehidupan
seharian
masyarakat
Baba
dan
Nyonya.
Penyelidikan
ini
juga
menggunakan kaedah perpustakaan, tinjauan, pemerhatian dan wawancara.
4.3 Kandungan .
Jurnal ini menyatakan bahawa sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat melayu dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat melayu telah diasimiliasikan oleh mereka. Sebagai misalannya ialah mereka masih lagi percaya kepada bomoh dan pawang. Mereka percaya apabila bayi mereka kerap menangis, maka mereka beranggapan bahawa anak mereka telah disampuk jin ataupun hantu dan memerlukan khidmat daripada bomoh atau pawang bagi menghalau jin tersebut.
10
Demikan juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya bahawa ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja kerana darahnya disukai oleh pontianak dan langsuir. Bagi penyakit "Chicken Pox"pula, mereka percaya bahawa perlu untuk berjumpa bomoh bagi mendapatkan air untuk diminum dan mandi.
Masyarakat Baba dan Nyonya turut percaya kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat melayu apabila hendak masuk ke dalam hutan. Ucapan meminta izin perlu dilakukan sebelum hendak masuk ke dalam hutan bagi mengelakkan daripada gangguan mahluk halus. Kebiasaan pantang larang yang diamalkan lagi ialah bapa kepada bayi dalam kandungan tidak boleh mengamalkan pekerjaan yang keras seperti menyembelih ayam dan membunuh binatang terutamanya ular kerana dipercayai badi binatang tersebut akan terkena kepada anaknya.
Dari segi peralatan dapur pula, masyarakat Baba dan Nyonya turut menggunakan dapur arang yang digunakan oleh masyarakat melayu seketika dahulu untuk memanggang ikan dan menyalai makanan-makanan lain. Begitu juga dari segi muzik, kebanyakannya mereka menggunakan muzik dan lagu melayu seperti lagu Dondang Sayang. Pengaruh puisi tradisional seperti pantun juga begitu popular dalam kalangan mereka. Dari segi masakan pula, mereka gemar masakan seperti rendang, lemak cili api, masak lemak, tumis dan sambal. Penggunaan serai, daun pandan dan santan kelapa kerap dijadikan sajian seharian mereka seperti masyarakat melayu. Penggunaan lesung batu juga tetap digunakan oleh mereka.
Terdapat juga masyarakat Baba dan Nyonya yang menggemari kuih -kuih tradisional melayu seperti dodol, bahulu dan cendol.
Dari segi permainan pula, kanak -kanak
masyarakat Baba dan Nyonya biasa bermain permainan -permainan orang melayu seperti layang-layang, batu seremban, tintin, permainan getah dan congkak. Berpandukan kajian tersebut, didapati bahawa percampuran budaya dan adat masyarakat Cina dan masyarakat melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut. Jika tiada perpaduan dalam kalangan masyarakat masyarakat tersebut, maka sudah pasti percampuran dan percantuman budaya tidak akan berlaku.
11
4.4 Kekuatan
Penulisan jurnal ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis berpegang kepada fakta dan hujah daripada sumber -sumber yang boleh dipercayai kesahihannya. Penulis menunjukkan sumber rujukan yang bernas kepada para pembaca melalui rujukan daripada ahli-ahli akademik di barat dan juga di Malaysia sendiri. Melalui rujukan tersebut, secara tidak langsung para pembaca akan semakin yakin terhadap fakta -fakta yang dikemukakan oleh penulis dan dapaat mengelakkan daripada timbulnya perasaan syak dan ragu-ragu terhadap hujah yang disampaikan.
Di samping itu, jurnal ini juga turut mamaparkan data berkenaan dengan asimilasi dalam kepercayaan dan pantang larang masyarakat Baba dan Nyonya melalui graf bar. Secara tidak langsung, dengan adanya lampiran graf tersebut, maka dapatlah memudahkan para pembaca untuk membuat rumusan keseluruhan berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Dalam hal yang demikian, penulis telah mempermudahkan pemahaman para pembaca berkenaan dengan dapatan kajiannya berpandukan persembahan graf tersebut.
Penulis ini juga telah berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca tentang peri pentingnya budaya masyarakat melayu dalam kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya. Melalui kajian yang dilakukan, para pembaca akan semakin merasakan bahawa budaya melayu mempunyai banyak keistimewaan yang unik sehingga mampu dijadikan ikutan kepada masyarakat yang lain. Terdapat juga budaya -budaya yang telah sekian lama dilupakan oleh masyarakat melayu diselitkan dalam penulisan jurnal ini. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa penulis atau pengkaji mahu mengingatkan para pembaca kembali akan budaya-budaya yang semakin hilang ditelan arus pemodenan pada masa kini.
Dalam pada itu, apa yang ditekankan dalam penulisan jurnal ini ialah budaya yang diamalkan oleh masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Melalui penulisan ini, secara tidak langsung, masyarakat Malaysia akan semakin mengenali budaya warisan masyarakat ini yang pada hari ini kian dipinggirkan. Justeru, penulis akhirnya mampu mewujudkan kembali perasaan kasih, cinta dan menghargai sesuatu khazanah di negara Malaysia.
Lantaran
itu,
sikap
minat
ingin
tahu
terhadap
perkembangan
sosiobudaya
masyarakat Baba dan Nyonya dapat dipupuk oleh penulis kerana masih terlalu banyak aspek-aspek budaya kaum ini yang tidak dipaparkan. Oleh itu, para pembaca pasti akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi mendalami budaya Baba 12
dan nyonya ini. Hal ini mampu mendorong mereka untuk melakukan lebih banyak kajian, tinjauan, tindakan dan perhatian yang rapi terhadap kaum ini.
Dalam hal yang demikian, masyarakat Baba dan Nyonya akan merasakan dihargai oleh masyarakat setempat dan mampu mengeratkan lagi perpaduan sedia ada di negara Malaysia. Melalui penulisan jurnal ini, maka perasaan hasad dengki atau prasangka negatif terhadap sesama masyarakat dapat dibendung dan akhirnya dibasmi kerana nilai persaudaraan telah berjaya dipupuk dengan kadar yang amat tinggi. Dengan hal yang demikian, isu perkauman atau sosiobudaya dapat dikurangkan dengan memastikan keberkesanan penulisan jurnal ini kepada masyarakat setempat.
13
4.5 Kelemahan
Tidak dapat dinafikan bahawa penulisan yang dilakukan oleh Vijayaletchumi dan Wan Muna Ruzanna dalam jurnalnya ini mempunyai banyak kekuatan, namun setelah diteliti dan dianalisis dengan sebegitu rapi maka terdapat juga banyak kelemahan -kelemahan yang mampu diatasi oleh mereka. Antaranya ialah penulisan mereka kurang memberi penekanan terhadap kaum cina. Hal ini kerana kaum cina merupakan nadi penting terbentuknya masyarakat Baba dan Nyonya di negara Malaysia ini. Dalam penulisan mereka, terlalu jarang memperkatakan mengenai kaum cina. Berpandukan pada tajuk jurnal tersebut iaitu “Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan di Malaysia”, maka tidak seharusnya hanya melibatkan masyarakat melayu dan masyarakat Baba dan Nyonya sahaja dijadikan kumpulan sasaran. Sebaliknya masyarakat cina juga perlu dijadikan bahan sasaran kajian ini bagi menjadikan maklumat yang diperoleh relevan dengan tajuk kajian yang dijalankan.
Dari segi sumber rujukan yang digunakan pula, mereka kurang melakukan perkaitan antara sesuatu fakta dengan tokoh-tokoh ilmuan atau ahli akademik. Tidak dinafikan bahawa kajian mereka merujuk kepada buku-buku ilmiah yang dipercayai namun, perincian terhadap sesuatu fakta atau hujah tidak diambil peduli oleh mereka. Penulis kurang menggunakan kata-kata dari seseorang ahli akademik
dalam penulisan jurnalnya. Hal ini boleh
menyebabkan golongan yang berpendidikan tinggi merasakan bahawa jurnal ini kurang bermutu kerana tiada peneguhan fakta yang diutarakan oleh penulis.
Di samping itu, dari segi metodologi kajian ini pula berlaku beberapa kepincangan yang mampu dikesan oleh para pembaca. Antaranya ialah kajian ini hanya melibatkan seramai 65 orang responden masyarakat Baba dan Nyonya sahaja. Hal ini sangat -sangat menunjukkan kelemahan dari sudut hasil kajian jurnal ini. Tidak seharusnya hanya masyarakat Baba dan Nyonya sahaja dijadikan responden bagi kajian ini sedangkan masyarakat sekitarnya juga perlu dilibatkan sama kerana merekalah yang mampu dijadikan bahan bukti terhadap hasil kajian jurnal ini.
Penyelidikan ini juga terbatas pada dua buah tempat sahaja iaitu di perkampungan Umbai dan Bukit Katil, Melaka. Perkara ini sangat -sangat tidak relevan dengan hasil tajuk kajian jurnal yang menyatakan bahawa Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Tidak seharusnya hanya dengan mengkaji di satu buah negeri sahaja, maka penulis boleh membuat kesimpulan terhadap masyarakat keseluruhan di Malaysia. Hal ini menunjukkan kelemahan yang nyata dalam penulisan jurnal mereka. 14
Dari segi alat kajian pula, penulis kurang menggunakan alat kajian yang bersumberkan daripada ahli-ahli sejarawan. Seharusnya, penulis perlu merujuk kepada keratan akhbar -akhbar atau penulisan tokoh-tokoh sejarawan yang terdahulu dalam membahaskan berkaitan dengan masyarakat Baba dan Nyonya. Pita rakaman juga kurang berkesan sebenarnya dalam memastikan kebenaran hasil kajian. Sebaliknya penulis perlu merekodkan temu-bual terhadap responden dengan menggunakan video yang sebenarnya. Hal ini penting bagi mengelakkan daripadanya berlakunya pemalsuan maklumat yang diberukan oleh pihak responden.
15
4.6 Cadangan Penambahbaikan
Antara
cadangan
bagi
menambahbaik
penulisan
jurnal
ini
ialah
dengan
menggunakan sampel yang tidak terlalu ramai dan hanya menggunakan responden yang diyakini kesahihannya. Hal ini akan membuatkan data yang diperoleh lebih sahih dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Pengumpulan data dan pengolahan data perlulah dibuat secara kuantitatif dan kualitatif agar olahan data lebih mudah difahami oleh pembaca. Olahan data perlulah disertakan dengan ulasan yang menyeluruh dan menggunakan ayat yang mudah difahami. Olahan yang baik akan membuatkan pembaca yakin dengan apa yang dinyatakan oleh penulis. Untuk menghasilkan sebuah jurnal yang berkualiti, rujukan yang dibuat perlulah daripada sumber yang boleh dipercayai dan mempunyai tahap kesahihan yang tinggi. Penggunaan buku sebagai bahan rujukan perlulah mengambil kira tahun terbitan buku tersebut dan siapakah penulis buku terbabit. Buku tersebut perlulah daripada terbitan yang terkini dan ditulis oleh penulis yang diiktiraf dan berkelayakan. Penggunaan instrumen yang pelbagai juga perlu dilakukan dan tidak hanya bergantung kepada satu instrumen sahaja. Dengan menggunakan instrumen yang pelbagai, data yang diperoleh lebih berkualiti dan mempunyai tahap kesahihan yang tinggi dan pembaca juga akan lebih yakin dengan data yang disediakan.
16
5.0. RUMUSAN Sesebuah jurnal yang baik biasanya terdiri daripada tajuk, abstrak, pendahuluan, metodologi, dapatan kajian, perbincangan, rumusan dan cadangan, penutup dan senarai rujukan. Bagi menghasilkan sebuah jurnal yang berkualiti, seseorang itu perlulah membuat perancangan awal yang terperinci dan menyeluruh agar kajian yang dibuat lebih sistematik dan memperoleh hasil yang terbaik. Penulisan formal dan ilmiah dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak. Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai
untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah
penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan. Penggunaan laras bahasa yang baik memudahkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Kesimpulannya, hasil jurnal yang baik akan memberi kesan yang baik bukan sahaja kepada penulis bahkan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Oleh itu penghasilan jurnal perlulah dibuat dengan sebaik mungkin agar ia dapat memberi manfaat kepada ramai pihak.
17
Refleksi Oleh : Muhd Hafiz Fadly Bin Mat Kamar
Alhamdulillah setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan Inayahnya maka dapatlah saya berkesempatan menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek EDU 3106 iaitu subjek Budaya dan Pembelajaran yang telah diajar oleh Dr Mohd Sidek Bin Said dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Tugasan kerja kursus ini adalah tugasan secara individu dan setiap pelajar perlu menepati segala arahan yang diberikan berdasarkan kertas soalan yang telah diberikan.
Dalam tugasan kali ini, penekanan aspek yang berkait rapat dengan budaya sangat sangat diberi perhatian yang sewajarnya. Tugasan ini memerlukan setiap individu mengkaji dan membuat analisis yang sangat teliti berkenaan dengan sesuatu budaya yang dikaji. Justeru itu, saya telah memilih budaya masyarakat Baba dan Nyonya sebagai instrumen kajian saya pada tugasan kali ini.
Sebelum Tugasan
Sebelum memulakan tugasan kerja kursus ini, saya telah mendengarkan satu taklimat ringkas berkenaan dengan soalan tugasan yang telah disampaikan oleh Dr Ahamad Bin Rahim daripada Jabatan Ilmu Pendidikan di dewan bendahara IPG Kampus Sultan Mizan. Justeru itu, saya beserta dengan rakan-rakan yang lain telah menggunakan ruang masa tersebut untuk memahami sedalam-dalamnya berkenaan dengan kehendak soalan tugasan.
Sebarang kemusykilan dan permasalahan yang berkait -rapat dengan tugasan pada ketika itu dapat saya selesaikan dengan berkolaborasi bersama dengan rakan -rakan yang lain. Pada ketika itu jugalah kesempatan untuk bertanyakan kepada pihak pensyarah telah saya manfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Saya berasa sangat bertuah kerana berpeluang mendapat kesempatan untuk berbincang bersama-sama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kerja kursus itu.
Melalui perbincangan dan kolaborasi itu jugalah saya dapat merasakan percambahan idea idea baru yang bernas berkenaan dengan aspek budaya dan pembelajaran. Banyak idea idea baru yang dapat saya peroleh pada waktu itu lantaran daripada saya dan rakan -rakan lain yang saling berkongsi pandangan serta ilmu -ilmu yang ada pada kesempatan berada pada taklimat kerja kursus di dewan bendahara itu.
18
Semasa Tugasan
Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini, saya telah berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan kesulitan yang perlu saya tempuhi dengan penuh sabar. Antaranya ialah saya sukar mendapatkan bahan-bahan rujukan di perpustakaan IPG berkenaan dengan budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Saya merasakan kekurangan sumber buku rujukan yang berkait-rapat dengan budaya tersebut di perpustakaan.
Justeru itu, saya telah mengambil jalan pintas dengan hanya mencari maklumat maklumat yang berkait-rapat dengannya di internet. Banyak blog-blog yang menceritakan perihal Baba dan Nyonya yang telah saya ketemu sewaktu melayari internet. Justeru itu, saya perlu melakukan analisis yang sangat teliti bagi mengelakkan berlakunya kesalahan fakta atau hujah yang diutarakan oleh penulis. Banyak perbandingan yang saya lakukan daripada sumber -sumber yang saya yakin bagi memastikan fakta yang saya peroleh bertepatan dengan apa yang saya kehendaki.
Walaubagaimanapun, saya juga tetap menggunakan buku -buku rujukan ilmiah untuk dijadikan sandaran hujah atau fakta yang saya utarakan dalam penghasilan kerja kursus saya ini. Buku-buku tersebut tetap memberikan bantuan kepada saya untuk meyakinkan bahawa fakta yang saya berikan adalah fakta yang benar dan bukan hanya sekadar rekaan sahaja. Dalam pada itu, saya turut mencari rujukan melalui surat khabar yang ada menceritakan perihal Baba dan Nyonya di malaysia.
Saya juga berhadapan dengan kesulitan dalam pembahagian masa kerana saya dibebani dengan kerja kursus yang lain. Justeru itu, saya sukar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Walaubagaimanapun, saya berpeluang menyiapkan tugasan ini melalui masa-masa lapang yang ada serta bantuan daripada pihak rakan-rakan serta ibu bapa. Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sentiasa prihatin terhadap diri saya. Mereka sentiasa memberikan dorongan dan nasihat yang membina kepada diri saya.
Dengan nasihat yang diberikan, saya berjaya membangkitkan semangat sedia ada untuk menyiapkan kerja kursus dalam kadar yang ditetapkan. Dalam pada itu, rakan -rakan sekelas saya turut memberikan bantuan dan pertolongan yang sewajarnya ketika saya sangat-sangat memerlukannya. Mereka sangat-sangat membantu dalam memberikan bantuan buah fikiran serta ilmu-ilmu baru yang sangat berguna dalam memastikan kerja kursus ini disiapkan dengan jayanya. 19
Selepas Tugasan
Tugasan kali ini banyak memberi ilmu-ilmu baru yang berguna dan bermanfaat kepada saya. Antaranya ialah saya dapat mengetahui selok -belok mengenai budaya Baba dan Nyonya yang ada di negara Malaysia melalui kajian yang saya lakukan secara terperinci. Saya juga berkesempatan untuk menganalisis data berkenaan dengan budaya melalui penulisan jurnal yang dibuat oleh Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad yang bertajukkan "Cara Hidup Kemelayuan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia".
Antara ilmu baru yang saya peroleh adalah saya dapat menganalisis penulisan jurnal yang telah dibuat oleh mereka serta mencari sudut kekuatan dan kelemahan jurnal berkenaan serta cadangan penambahbaikan. Banyak aspek -aspek budaya terhadap masyarakat Baba dan Nyonya yang telah saya fahami menerusi kajian kerja kursus ini. Antaranya ialah banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat melayu telah diasimiliasikan oleh mereka. Sebagai misalannya ialah mereka masih lagi percaya kepada bomoh dan pawang.
Mereka percaya apabila bayi mereka kerap menangis, maka mereka beranggapan bahawa anak mereka telah disampuk jin ataupun hantu dan memerlukan khidmat daripada bomoh atau pawang bagi menghalau jin tersebut. Demikan juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya bahawa ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja kerana darahnya disukai oleh pontianak dan langsuir. Bagi penyakit "Chicken Pox"pula, mereka percaya bahawa perlu untuk berjumpa bomoh bagi mendapatkan air untuk diminum dan mandi.
Masyarakat Baba dan Nyonya turut percaya kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat melayu apabila hendak masuk ke dalam hutan. Ucapan meminta izin perlu dilakukan sebelum hendak masuk ke dalam hutan bagi mengelakkan daripada gangguan mahluk halus. Kebiasaan pantang larang yang diamalkan lagi ialah bapa kepada bayi dalam kandungan tidak boleh mengamalkan pekerjaan yang keras seperti menyembelih ayam dan membunuh binatang terutamanya ular kerana dipercayai badi binatang tersebut akan terkena kepada anaknya.Dalam penulisan jurnal ini tumpuan diberikan kepada aspek kepercayaan, pantang larang, peralatan rumah, perkakasan memasak dan muzik.
20
Kesimpulannya, masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh hal yang demikian, tidak dinafikan bahawa sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan pegangan masyarakat melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat melayu.
21