NISBAH PENGURUSAN ASET
Daripada
Roslan Abd Jelani dan Azman Azman Shamsuddin ( 1995 ), dalam buku µAsas
Pengurusan Perniagaan Kecil¶ mengatakan sukatan yang berkaitan dengan kecairan perniagaan adalah nisbah pusing ganti modal kerja atau nisbah pengur usan usan aset. Modal kerja adalah lebihan aset semasa daripada liabiliti semasa. Modal kerja yang membolehkan pemilik perniagaan menyesuaikan dengan senarai gaji mingguan, membayar bil utiliti bulanan, dan membuat bayaran biasa kepada invois pembekal. Sebagaimana yang telah kita perhatikan, biasanya aset semasa tidak boleh kurang daripada dua kali ganda amaun liabiliti semasa, ini samalah dengan menyatakan bahawa modal kerja mestilah sama dengan liabiliti semasa. Oleh itu pusing ganti modal kerja, yang disukat dengan membahagikan modal kerja pada penghujung tempoh perakaunan ke dalam jualan bersih dalam tempoh itu mempunyai kait rapat dengan nisbah semasa. Pemilik perniagaan kecil perlu mengukur pusing ganti modal pelabur an an dan juga modal kerja. Angka ini diperoleh dengan membahagikan aset tetap (seperti tanah dan bangunan, perabot dan perkakasan, serta mesin dan peralatan lain) dengan nilai bersih ketara. Untuk mengawal daripada membeli terlalu banyak aset tetap, pemilik perniagaan kecil mestilah berusaha untuk mengekalkan nisbah ini tidak melebihi 1 kepada 1. Dalam erti kata lain, pemilik mestilah mempunyai cukup modal untuk dilaburkan dalam perniagaan untuk menampung walaupun tidak semua pembayaran kebanyakan, aset tetap. Jika aset tetap adalah tinggi berbanding dengan nilai bersih, perolehan tidak mencukupi bags menjelaskan ansuran yang matang pads hutang jangka panjang, dan seterusnya pemilik perniagaan kecil terpaksa mencari modal yang baru. Kos tetap yang berlebihan (overhed) adalah sebab utama berlakunya kebanyakan kegagalan dalam perniagaan kecil. Ukuran lain yang penting untuk bakal pembeli bagi perniagaan yang hendak dibuka adalah Pusing Ganti lnventor i. i. Sukatan ini diperoleh dengan membahagikan pur ata ata inventor i (separuh daripada jumlah inventor i awal dan inventor i akhir)de ngan kos
barangan yang dijual dalam tempoh tertentu.
Lazimnya, pemilik perniagaan mestilah berusaha untuk mendapatkan pusing ganti inventori setinggi yang mungkin tanpa stok yang berlebihan. Dengan pusing ganti yang cepat, paras inventori menjadi lebih rendah. Inventors yang berlebihan juga menyebabkan banyak kegagalan perniagaan kecil. Nisbah jualan-bersih-belum terima
juga boleh digunakan sebagai ukuran dalam pengurusan perniagaan kecil. Apabila urusan firma banyak members kredit. nisbah ini digunakan untuk menganggar pur ata tempoh kutipan. Analisis ini akan mendedahkan beberapa aliran penting dan tanda-
tanda bahaya. Peningkatan nisbah menandakan potensi kekurangan modal kerja; jika perniagaan ingin sentiasa membayar bil-bilnya sendiri dan memperoleh untung, is sebaliknya mestilah menerima bayaran dengan cepat bagi barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan. Secara amnya, purata tempoh kutipan tidak melebihi kematangan bersih yang ditunjukkan oleh syarat-syarat penjualan iaitu 10 hingga 15 hari.
Daripada Oswald D. Bowlin, John D, Martin dan David F. Scott ( 1995 ), dalam buku µPanduan Analisis Kewangan¶ mengukur
keberkesanan
,
Nisbah Kecekapan atau nisbah
sesebuah
firma
itu
menggunakan
pengurusan aset asetnya
untuk
menjanakan jualan. Maknanya, firma yang amat cekap ialah firma yang menggunakan pelaburannya dalam aset untuk menjanakan aras hasil jualan yang setinggi mungkin. Kita akan membincangkan empat ukuran kecekapan penggunaan aset, khususnya, nisbah pusing ganti belum terima, nisbah pusing ganti inventori, nisbah pusing ganti aset tetap, dan nisbah pusing ganti jumlah aset. Nisbah pusing ganti belum ter ima mencerminkan bilangan kali firma mengutip, akaun belum terimanya dalam setahun dan dihitung seperti yang contoh berikut: Nisbah pusing ganti belum terima
= Jualan kredit tahunan / Akaun belum terima = RM 22 703 229 / RM1 438 929 = 15.8 kali
Justeru itu, PBC memusing ganti akaun belum terimanya lebih kurang 16 kali setahun atau lebih kurang setiap 23 hari (365 / 15.8). Angka 23 hari itu disebut sebagai tempoh kutipan purata dan digunakan jugs sebagai ukuran keberkesanan sesebuah firma menggunakan pelaburan dalam akaun belum terimanya untuk menjanakan jualan. Kecekapan firma mengurus inventorinya ditunjukkan oleh inventori firma itu, yang dihitung seperti yang berikut:
nisbah pusing ganti
Pusing ganti inventors
= Kos barang dijual / Inventors = RM15 208 914 / RM1 397 248 = 10.9 kali
Justeru itu, PBC memusing ganti inventorinya 10.9 kah setahun, atau lebih kurang 34 hari. Dua nisbah kecekapan terakhir yang akan kita takrifkan adalah berkenaan dengan agregatan aset. Yang pertama ialah nisbah pusing ganti aset tetap dan yang kedua ialah nisbah pusing ganti jumlah aset. Nisbah pusing ganti aset tetap PBC dihitung seperti yang berikut: Pusing ganti aset tetap = Jualan / Jumlah aset = RM 22 703 229 / RM7 147 910 = 3.18 kali
Nisbah pusing ganti jumlah aset dihitung dengan cara yang serupa, seperti berikut:
Pusing ganti jumlah aset = Jualan -- Jumlah asset = RM 22 703 229 / RM 11 681 738 = 1.943 kali
Justeru itu, PBC mempunyai jumlah jualan yang agak besar berbanding dengan jumlah pelaburannya dalam aset (malah lebih kurang dua kali).
NISBAH LAVERAJ
Daripada
Roslan Abd Jelani dan Azman Shamsuddin ( 1995 ), dalam buku µAsas
Pengurusan Perniagaan Kecil¶ mengatakan nisbah laveraj juga disebut sebagai nisbah keumpilan.
Dalam
perniagaan
meminjam
wang
untuk
menghasilkan
wang
sememangnya perlu. Oleh sebab modal ekuiti tidak perlu dibayar balik, jadi adalah lebih selamat digunakan modal ini daripada modal hutang. Apabila hubungan pembahagian hasil tambah liabiliti semasa dan liabiliti tetap firma ini melampaui 100 peratus, ekuiti pemiutang dalam aset perniagaan melebih ekuiti pemilik. Bank perdagangan, Pentadbiran Perniagaan Kecil, dan autoriti lain merasakan nisbah ini tidak boleh melebihi 75 peratus daripada ekuiti pemilik, malahan dalam sesetengah perniagaan peratus ini adalah lebih kecil lagi. http://www.scribd.com/doc/4424102/Analisis-Kewangan