JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
1.0
PENGENALAN
1.1
Syarikat Produk Pengguna – Syarikat Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Sejarah penubuhan syarikat Ajinomoto bermula daripada kajian yang dilakukan oleh Profesor Kikunea Ikeda dari Universiti Tokyo tentang ‘ isolated glutamate’ sejenis asid amino yang mempunyai rasa UMAMI (rasa sedap) yang dihasilkan dari rumpai laut. Pada tahun 1909, beliau telah memperkenalkan hasil kajian beliau di pasaran di bawah label l abel penambah perisa jenama Ajinomoto. Sejak diperkenalkan, syarikat beliau telah berja ya mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan makanan, amino asid, produk farmasi dan kesihatan juga produk berasaskan kesihatan (Ajinomoto (Malaysia) Berhad, n.d.). Malaysia merupakan antara 25 buah negara yang mempunyai jalinan rangkaian perniagaan dengan syarikat Ajinomoto di Jepun.
Syarikat ini merupakan salah sebuah
syarikat usaha sama dengan jepun yang terawal di Malaysia. Mula ditubuhkan pada 1961 dengan menggunakan nama Ajinomoto (Malaya) Co. Ltd. Tetapi kini, nama syarikat telah ditukar kepada Ajinomoto (M) Berhad. Pengerusi bagi syarikat ini adalah Janeral Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd. Beliau telah dilantik sebagai pengerusi Ajinomoto (M) Berhad pada 5 September 1995. Ajinomoto (M) Berhad mula berkembang maju menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik dan memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa Dekad. Antara produk yang dikeluarkan di bawah label syarikat Ajinomoto adalah Tumix, Seri Aji, Aji-Mix, Vono Instant Soup, Slim Up, Aji-Aroma dan beberapa be berapa produk lagi. Produk-produk Ajinomoto berada di pasaran seluruh negara dari kedai runcit hingga pasar raya besar di seluruh negara.
Contoh produk Syarikat Ajinomoto (M) Berhad 1
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
1.2
Syarikat Pembinaan- Gamuda Berhad
Gamuda mula ditubuhkan pada tahun 1976. Pada tahun10 Ogos 1992, syarikat ini telah disenaraikan di Bursa Saham. Syarikat ini dipengerusikan oleh Dato’ Mohammed Bin Haji Che Hussein Bermula dari saat itu, Gamuda Berhad telah menjadi syarikat yang bergerak maju dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, infrastruktur dan hartanah. Antara projek projek yang menjadi skop perniagaan Gamuda Berhad asalah pembinaan lebuh raya, landasan pengangkutan ringan, lapangan terbang, jambatan, dan beberapa projek lain. Antara projek-projek gergasi yang dilaksanakan Gamuda Berhad di Malaysia adalah pembinaan dan penyelenggaraan lebuhraya Shah Alam untuk 28 tahun 9 bulan, pembinaan Lingkaran Pengangkutan Kota Holdings Berhad (LITRAK) di lebuh raya Damansara Puchong, perjanjian konsesi untuk pembinaan MRT bernilai RM8.28 billion dan beberapa projek gergasi lain. Di peringkat antarabangsa pula, Gamuda Berhad telah menandatangani beberapa perjanjian projek-projek untuk membina lebuh raya di Barat Bengal, India (2001), pembinaan transit ringan di Taiwan (2003), pembinaan landasan kapal terbang di lapangan terbang antarabangsa Doha (2005) dan beberapa projek antarabangsa lain. Syarikat ini mempunyai visi yang jelas bagi merealisasikan matlamat mereka untuk menyediakan bertaraf dunia dan inovatif kepada semua pelanggan mereka.
Contoh projek yang dijalankan Syarikat Gamuda Berhad
2
infrastruktur
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
2.0
PENGIRAAN
DAN
TAFSIRAN
NISBAH
KECAIRAN
DAN
NISBAH
LEVERAJ
Angka – angka di dalam penyata kewangan tidak begitu bermakna jika kita tidak mengupasnya dengan teliti. Dalam analisis kewangan, semua maklumat dalam penyata kewangan ditunjukkan dalam bentuk nisbah. Nisbah kewangan merupakan angka yang menghurai nilai angkubah kewangan berbanding dengan angkubah yang lain (Samad, Ismail, & Zainir, 2003). Nisbah-nisbah dalam pengurusan kewangan ada lima. Namun begitu, dalam tugasan ini, hanya nisbah kecairan (mudah tunai) dan nisbah pengurusan hutang (Leveraj) sahaja yang akan dihuraikan.
2.1
Nisbah Kecairan (Mudah Tunai)
Nisbah mudah tunai atau nisbah kecairan menilai kemampuan firma membayar liabiliti jangka pendek dengan aset mudah tunai. Nisbah semasa dan nisbah segera merupakan dua nisbah yang kerap digunakan untuk mengukur kemampuan tersebut (Samad et al., 2003). Perbincangan mengenai nisbah kecairan akan dibincangkan mengikut syarikat yang dipilih.
2.1.1
Nisbah semasa
Nisbah semasa berdasarkan tafsiran Anuar, Yusof, Alfiah, & Ramakrishnan (2006) ialah aset syarikat yang mempunyai tempoh kegunaan yang kurang dari setahun. Aset semasa dianggap aset mudah tunai jika aset itu merupakan wang tunai atau mudah ditukarkan menjadi tunai. Liabiliti semasa ialah liabiliti yang harus dijelaskan dalam tempoh setahun. Formula yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
Aset Semasa Nisbah Semasa = Liabiliti Semasa
3
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 1: Nisbah semasa bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun
2009
2010
2011
Nisbah Semasa Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
RM 119,678,045 RM 23,623,487 RM 135,740,701 RM 25,235,878
= 5.38
RM 164,016,975 RM 40,175,870
2012
= 5.07
= 4.08
RM 164, 978, 783 RM 29,023,688
= 5.68
Jadual 1 menunjukkan nisbah semasa bagi syarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012. Pada tahun 2009, setiap liabiliti semasa syarikat dilindungi oleh RM5.07 aset semasa. Pada tahun 2010, berlaku peningkatan sedikit dalam nisbah semasa. Didapati setiap liabiliti semasa syarikat dilindungi oleh RM5.38 aset semasa iaitu peningkatan sebanyak 0.31 mata. Kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek syarikat menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan nisbah semasa pada tahun 2009. Pada tahun 2011, berlaku penurunan yang sangat besar. Didapati setiap liabiliti semasa syarikat hanya dilindungi oleh RM4.08 aset semasa. Pada tahun 2012, berlaku peningkatan semula dalam nisbah semasa bagi syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad. Nisbah semasa syarikat ini ialah 5.68 kali. Ini jelas menunjukkan syarikat mampu untuk membayar hutang jangka pendek jika dibandingkan dengan nisbah semas a pada tahun 2011.
4
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 2: Nisbah semasa bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun
2009
2010
2011
Nisbah Semasa Syarikat Gamuda Berhad
RM 3,279,213,000 RM 1,427,451,000 RM 4,203,173,000 RM 1,930,241,000
= 2.18
RM 4,545,632,000 RM 2,166,435,000
2012
= 2.3
= 2.1
RM 5,229,183,000 RM 3,106,509,000
= 1.68
Jadual 2 menunjukkan nisbah semasa bagi syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012. Pada tahun 2010, nisbah semasa bagi syarikat Gamuda Berhad adalah 2.3 kali. Ini bermakna bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM2.30 dalam bentuk aset semasa. Pada tahun 2010, berlaku penurunan sedikit dalam nisbah semasa bagi syarikat Gamuda Berhad. Nisbah semasa bagi syarikat ini ialah 2.18 kali. Pada tahun 2011, Nisbah semasa bagi syarikat ini ialah 2.1 kali. Pada tahun 2011 nisbah semasa bagi syarikat ini ialah 1.68 kali. Ini menunjukkan bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM1.68 dalam bentuk aset semasa. Keadaan ini membimbangkan kerana nisbah semasa ini sudah semakin menghampiri ke 1. Jika ianya berlanjutan, dikhuatiri aset semasa syarikat tidak mampu untuk memenuhi tanggungan hutang semasa syarikat.
2.1.2
Nisbah segera
Nisbah ini digunakan untuk mengukur keupayaan aset cair syarikat dalam memenuhi tuntutan jangka pendek tanpa perlu bergantung kepada penjualan inventori. Ini kerana inventori adalah aset semasa yang paling tidak cair. Semakin rendah inventori, semakin rendah tahap kecairan syarikat (Anuar et al., 2006). Untuk mendapatkan nisbah segera, kita boleh menggunakan formula berikut:
5
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
Aset Semasa - Inventori Nisbah Se era = Liabiliti Semasa
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 3: Nisbah segera bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun
2009
Nisbah Segera Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
RM 119,678,045 – RM46,356,553 RM 23,623,487
= 4.87
RM 135,740,701 – RM 52,255,273 2010
2011
RM 25,235,878 RM 164,016,975 – RM 62,802,628 RM 40,175,870
2012
= 3.31
= 2.52
RM 164, 978, 783 – RM 63,212,136 RM 29,023,688
= 3.51
Nisbah segera syarikat Ajinomoto pada tahun 2009 adalah 4.87 kali. Ini bermakna bahawa bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM4.87 dalam bentuk aset semasa tanpa bergantung kepada inventori. Pada tahun 2010, nisbah segera bagi syarikat Ajinamoto adalah 3.31 kali. Ini menunjukkan keupayaan syarikat untuk membayar liabiliti segera tanpa bergantung pada inventori pada tahun 2010 telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 2009 (4.87 kali). Nisbah segera syarikat Ajinomoto pada tahun 2011 adalah 2.52 kali. Ini bermakna bahawa bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM2.52 dalam bentuk aset semasa tanpa bergantung kepada inventori. Nisbah segera syarikat Ajinomoto pada tahun 2012 adalah 3.51 kali. Ini bermakna bahawa bagi setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM3.51 dalam bentuk aset semasa tanpa bergantung kepada inventori. Ini menunjukkan keupayaan syarikat untuk membayar liabiliti semasa tanpa bergantung pada inventori telah meningkat kembali jika dibandingkan dengan tahun 2011.
6
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 4: Nisbah segera bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun
2009
2010
2011
Nisbah Segera Syarikat Gamuda Berhad
RM 3,279,213,000 – RM 101,082,000 RM 1,427,451,000 RM 4,203,173,000 – RM 79,738,000 RM 1,930,241,000
= 2.14
RM 4,545,632,000 – RM 34,105,000 RM 2,166,435,000
2012
= 2.23
= 2.09
RM 5,229,183,000 – RM 66,481,000 RM 3,106,509,000
= 1.66
Jadual 4 menunjukkan nisbah semasa bagi s yarikat Gamuda Berhad. Pada tahun 2009, nisbah semasa syarikat adalah 2.23 kali. Ini bermakna setiap RM1 hutang, syarikat dapat menanggung sebanyak RM2.23 dalam bentuk aset semasa tanpa bergantung kepada inventori. Pada tahun 2010, ianya menunjukkan penurunan kepada RM1=RM 2.14. Sekali lagi keupayaan syarikat memenuhi tuntutan jangka pendek menurun kepada RM2.09 pada tahun 2011. Pada tahun 2012 pula, syarikat hanya mampu memenuhi tuntutan nisbah segera syarikat sebanyak RM1=RM 1.66. Penurunan ini boleh menjejaskan keupayaan syarikat untuk menyelesaikan hutang tanpa penjualan inventori.
2.2
Nisbah Pengurusan Hutang (Nisbah Leveraj)
Kumpulan nisbah ini cuba mengukur sejauh mana firma menggunakan hutang dalam pembiayaan syarikat. Ini melibatkan konsep keumpilan kewangan. Keumpilan kewangan wujud apabila syarikat menggunakan hutang sebagai salah satu daripada sumber pembiayaan syarikat. Nisbah-nisbah dalam kumpulan ini juga cuba membayangkan kemampuan syarikat menanggung perbelanjaan tetap yang bersabit dengan penggunaan hutang. Secara ringkas, nisbah pengurusan hutang mencerminkan kemampuan syarikat membayar kesemua hutangnya, iaitu hutang jangka panjang campur hutang jangka pendek (Samad et al., 2003).
7
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
Terdapat tiga nisbah pengurusan hutang yang boleh digunakan untuk tujuan analisis keumpilan iaitu:
(i)
Nisbah Hutang
(ii)
Nisbah hutang: Ekuiti
(iii)
Nisbah Liputan Perbelanjaan Faedah
2.2.1
Nisbah Hutang
Nisbah hutang mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang. Komponen hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang. Formula untuk mendapatkan nisbah hutang adalah:
Jumlah Hutang / liabiliti Nisbah hutang =
X 100 Jumlah Aset
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 5: Nisbah hutang bagi S yarikat Ajinomoto (M) Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun
2009
2010
2011
Nisbah hutang Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
RM 33,163,063 RM 222,460,060
= 14.9 %
X 100
= 14.8 %
X 100
= 18.5 %
X 100
= 14.1 %
RM 35,469,939 RM 239,586,247 RM 49,983,540 RM 270,172,280
2012
X 100
RM 38,528,820 RM 273,851,710
8
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
Jadual 5 menunjukkan nisbah hutang bagi syarikat Ajinamoto (M) Berhad bagi tahun 2009 hingga tahun 2012. Pada tahun 2009, didapati 14.9 peratus daripada aset yang dimiliki syarikat Ajinamoto (M) Berhad dibiayai oleh hutang. Pada tahun 2010 pula, nisbah hutangnya telah menurun sebanyak 0.01 peratus. Walaupun jumlah liabiliti syarikat pada tahun ini, peningkatan aset syarikat telah menyebabkan nisbah hutang syarikat menurun walaupun sedikit. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011didapati nisbah hutang syarikat telah meningkat kepada 18.5 peratus. Tetapi pada tahun 2012, ianya menurun semula kepada 14.1% kerana syarikat telah mengurangkan liabiliti jangka panjang dan dalam masa yang sama meningkatkan aset syarikat.
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 6: Nisbah hutang bagi S yarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun
Nisbah hutang Syarikat Gamuda Berhad
RM 2,670,685,000 2009
2010
2011
RM 5,878,459,000
= 45.4 %
X 100
= 49.5 %
X 100
= 48.5 %
X 100
= 49.8 %
RM 3,243,187,000 RM 6,550,910,000 RM 3,664,392,000 RM 7,551,298,000
2012
X 100
RM 4,230,057,000 RM 8,498,928,000
Jadual 6 menunjukkan nisbah hutang bagi syarikat Gamuda Berhad bagi tahun 2009 hingga 2012. Nisbah hutang bagi syarikat Gamuda Berhad agak tinggi dan hampir menjejak 50 peratus aset syarikat dibiayai oleh hutang. Pada tahun 2009, nisbah hutang syarikat adalah sebanyak 45.4 peratus. Pada tahun 2011 pula, ianya meningkat kepada 49.5 peratus. Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, nisbah hutang menurun sedikit sebanyak 1 peratus sahaja. Pada tahun 2012, nisbah hutang syarikat meningkat kembali kepada 49.8 peratus. Keadaan nisbah hutang syarikat ini agak membimbangkan kerana nisbah hutang yang terlalu tinggi mendedahkan firma kepada risiko kebankrapan (Samad et al., 2003).
9
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
2.2.2
Nisbah Hutang: Ekuiti
Nisbah ini menggambarkan perlindungan yang diberi kepada pemiutang jangka panjang dengan adanya pelaburan pemegang saham. Formula yang digunakan untuk mencari nisbah ini adalah:
Jumlah Hutang jangka panjang Nisbah hutang: Ekuiti =
X 100 Jumlah Ekuiti Biasa
SYARIKAT AJINAMOTO (MALAYSIA) BERHAD
Jadual 7: Nisbah hutang: Ekuiti bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad tahun 2009 - 2012
Tahun
2009
2010
2011
Nisbah hutang:Ekuiti Syarikat Ajinomoto (M) Berhad
RM 33,163,063 RM 222,460,060
= 14.9 %
X 100
= 14.8 %
X 100
= 18.5 %
X 100
= 14.1 %
RM 35,469,939 RM 239,586,247 RM 49,983,540 RM 270,172,280
2012
X 100
RM 38,528,820 RM 273,851,710
Berdasarkan jadual 7, pada tahun 2009 Syarikat Ajinamoto hutang jangka panjang menyumbang sebanyak 14.9 peratus terhadap pembiayaan syarikat berbanding dengan pembiayaan melalui ekuiti. Pada tahun 2010 pula, hanya berlaku penurunan sebanyak 0.01 peratus hutang jangka panjang yang dibuat oleh syarikat. Peningkatan yang sangat besar iaitu 3.7 peratus berlaku pada tahun 2011 apabila sebanyak 18.5 peratus hutang jangka panjang digunakan untuk pembiayaan syarikat. Namun begitu, pada tahun 2012, ianya menurun kembali kepada 14.1 peratus sahaja hutang jangka panjang digunakan untuk membiayai syarikat. 10
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 7: Nisbah hutang: Ekuiti bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 - 2012
Tahun
2009
2010
2011
Nisbah hutang:Ekuiti Syarikat Gamuda Berhad
RM 1,243,234,000 RM 3.207,774,000
= 38.8 %
X 100
= 39.7 %
X 100
= 38.5 %
X 100
= 26.3 %
RM 1,312,946,000 RM 3,307,723,000 RM 1,497,957,000 RM 3,886,906,000
2012
X 100
RM 1,123,548,000 RM 4,268,871,000
Pada tahun 2009, syarikat Gamuda Berhad telah membiayai syarikat dengan menggunakan 38.8 peratus hutang jangka panjang. Jumlah ini meningkat sedikit pada tahun 2010 iaitu 39.7 peratus. Peningkatan ini menunjukkan syarikat semakin banyak berhutang untuk membiayai perjalanan syarikat. Pada tahun 2011, syarikat hanya dibiayai sebanyak 38.5 peratus sahaja hutang jangka panjang dan nilainya menurun kepada 26.3 peratus sahaja pada tahun 2012.
2.2.3
Nisbah Liputan Faedah
Nisbah ini menunjukkan kemampuan firma membayar perbelanjaan faedah daripada pendapatan operasi tahunan. Nisbah yang tinggi menandakan bahawa firma mampu membayar perbelanjaan faedah pada masa depan. Nisbah yang rendah akan membahayakan kedudukan kewangan firma kerana kegagalan membayar faedah boleh dijadikan alasan untuk membubarkan syarikat (Samad et al., 2003). Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan nisbah ini. Untuk tugasan ini, formula yang digunakan untuk mendapatkan nisbah liputan faedah adalah:
11
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
Nisbah Liputan Faedah =
Keuntungan Bersih + Perbelanjaan Cukai + Perbelanjaan Faedah Perbelanjaan Faedah
SYARIKAT AJINAMOTO (M) BERHAD
Syarikat Ajinamoto (M) Berhad telah mengisytiharkan mereka bebas daripada hutang. Dalam setiap laporan tahunan syarikat dari tahun 2009 hingga 2012, tiada bayaran faedah dibuat. Hanya bayaran cukai sahaja dilakukan oleh syarikat. Keadaan ini membolehkan pendapatan semasa syarikat dikembalikan semula ke dalam syarikat untuk dijadikan modal. Situasi ini akan membantu syarikat lebih maju pada masa depan. Ianya juga memberi keuntungan besar kepada pemegang saham untuk jangka masa panjang.
SYARIKAT GAMUDA BERHAD
Jadual 2: Nisbah liputan faedah bagi Syarikat Gamuda Berhad untuk tahun 2009 hingga 2012
Tahun
2009
2010
2011
Nisbah Liputan Faedah Syarikat Gamuda Berhad
RM 326,991,000 RM 44,834,000 RM 160,092,000 RM 39,354,000
= 4.07
RM 603,303,000 RM 58,779,000
2012
= 7.29
= 10.26
RM 432,965,000 RM 52,020,000
= 8.32
Pada tahun 2009, kemampuan syarikat Gamuda Berhad untuk menanggung faedah adalah sebanyak 7.29 kali. Pada tahun 2010 pula, kemampuan syarikat telah merosot sebanyak 3.22 menjadi hanya 4.07 kali sahaja. Walau bagaimanapun, ianya telah semula meningkat pada tahun 2011 menjadi 10.26 kali. Kemerosotan berlaku semula pada tahun 2012 menjadi 8.32 kali. Keadaan ini akan membimbangkan para pemiutang kerana jika 12
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
kemerosotan terus berlaku, ia akan membahayakan mereka sebagai pembekal kredit kepada syarikat Gamuda Berhad.
3.0
PERBANDINGAN NISBAH KECAIRAN DAN NISBAH LEVERAJ
Daripada analisis nisbah kecairan bagi Syarikat Ajinomoto (M) Berhad dan Syarikat Gamuda Berhad dari tahun 2009 hingga 2012, beberapa persamaan dan perbezaan telah dapat dikenal pasti. Persamaan pertama dilihat dari segi aset semasa yang dimiliki oleh syarikat. Dari aspek nisbah kecairan syarikat, dari tahun 2009 hingga 2012, aset semasa syarikat dilihat semakin bertambah. Peningkatan aset semasa sebenarnya menggambarkan syarikat cuba untuk menghasilkan faedah jangka pendek. Jumlah aset semasa yang tinggi menjamin perolehan kecairan sekiranya syarikat memerlukan kewangan dalam waktu yang cepat. Selain itu, kedua-dua syarikat juga berada pada tahap nisbah segera yang baik. Nisbah segera yang memuaskan ialah 1:1 iaitu bagi setiap ringgit hutang jangka pendek, seringgit aset segera akan melindunginya. Berdasarkan analisis aset segera bagi kedua-dua syarikat, syarikat masih mampu memastikan prestasi kewangan syarikat stabil untuk kegunaan akan datang. Perbezaan yang didapati bagi kedua-dua syarikat adalah pola nisbah semasa dan nisbah segera. Didapati, nisbah semasa dan segera bagi syarikat Ajinomoto menaik-menurun dan menaik semula. Berbanding syarikat Gamuda Berhad, nisbah semasa dan segera syarikat menurun sejak tahun 2009 hingga 2012. Perbezaan ini berlaku kerana bidang perniagaan kedua-dua syarikat tidak sama. Ajinamoto merupakan syarikat bekalan produk makanan yang sentiasa berada di pasaran dan aliran kecairan kewangan juga sentiasa berlaku. Modal pusing bagi syarikat juga berbeza. Jika dibandingkan dengan syarikat Gamuda, mereka memerlukan pusingan kewangan yang besar kerana projek yang dijalankan mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan dalam masa yang sama pulangan modal yang dikeluarkan juga mengambil masa yang lama untuk diterima. Walau bagaimanapun, prestasi kewangan syarikat masih baik kerana faktor aset jangka panjang yang dimiliki syarikat adalah banyak berbanding aset semasa Nisbah pengurusan hutang bagi kedua-dua syarikat menunjukkan syarikat berada pada tahap pengurusan yang baik. Liabiliti syarikat masih berada pada tahap yang rendah berbanding jumlah aset bagi kedua-dua syarikat. Jumlah liabiliti yang rendah membolehkan syarikat mendapat pusingan modal yang mencukupi. Adalah penting untuk memastikan modal kerja bersih syarikat cukup untuk menjelaskan liabiliti jika dituntut oleh pemiutang pada masa akan datang. 13
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
Perbezaan yang ketara dalam pengurusan hutang syarikat adalah Syarikat Ajinamoto tidak pernah membayar apa-apa faedah dalam penyata kewangan mereka. Berbanding syarikat Gamuda, ada faedah yang dibayar untuk liabiliti jangka panjang yang dimiliki syarikat. Kelebihan kepada syarikat Ajinomoto adalah mereka dapat menggunakan wang yang ada untuk kegunaan perniagaan semasa. Kelebihan ini akan boleh mengoptimumkan keuntungan jangka panjang syarikat dan pemegang saham.
4.0
RINGKASAN
Secara ringkas, dua buah syarikat yang berada di Bursa Malaysia telah dikaji. Sebuah syarikat adalah syarikat yang menghasilkan produk pengguna iaitu Ajinomoto (M) Berhad manakala sebuah lagi syarikat adalah syarikat pembinaan iaitu Gamuda Berhad. Kedua-dua syarikat mempunyai nisbah kecairan dan pengurusan hutang yang baik. Ini bermakna, syarikat mampu menyelesaikan hutang jangka pendek dengan menggunakan aset yang dimiliki oleh syarikat. Pendapatan dan saiz kedua-dua buah syarikat adalah berbeza disebabkan faktor nilai pelaburan dan jenis perniagaan yang dilakukan. Semua analisis yang dilakukan berpandukan penyata kewangan yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat setiap tahun.
(2927 Patah perkataan)
14
JUST FOR EDUCATION...IKIN@UTM
Rujukan
Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (n.d.). ajinomoto Corporate Brochure. Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2009). Ajinomoto Annual Report 2009 (pp. 35 – 36). Malaysia. Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2010). Ajinomoto Annual Report 2010 (pp. 34 – 35). Malaysia. Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2011). Ajinomoto Annual Report 2011 (pp. 35 – 36). Malaysia. Ajinomoto (Malaysia) Berhad. (2012). Ajinomoto Annual Report 2012 (pp. 36 – 37). Malaysia. Anuar, M. A., Yusof, M. E., Alfiah, M. N., & Ramakrishnan, S. (2006). Asas Pengurusan Kewangan. Malaysia: Pearson Prentice Hill. Gamuda Berhad. (2009). Gamuda Annual Report 2009 (pp. 87 – 94). Malaysia. Gamuda Berhad. (2010). Gamuda Annual Report 2010 (pp. 89 – 100). Malaysia. Gamuda Berhad. (2011). Gamuda Annual Report 2011 (pp. 91 – 100). Malaysia. Gamuda Berhad. (2012). Gamuda Annual Report 2012 (pp. 115 – 120). Malaysia. Samad, M. F. A., Ismail, S., & Zainir, F. (2003). Pengurusan Kewangan. Malaysia: Thomson Learning Asia. (Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2009) (Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2010) (Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2011)(Ajinomoto (Malaysia) Berhad, 2012)(Gamuda Berhad, 2009)(Gamuda Berhad, 2010)(Gamuda Berhad, 2011)(Gamuda Berhad, 2012)
15