Murut adalah istilah yang digunakan oleh beberapa penulis yang merujuk kepada mereka yang tinggal di tanah tinggi di utara Sarawak dan kawasan pedalaman Sabah. Murut merupakan kaum peribumi
kedua terbesar mendiami Sabah (Foong,200:47).
Beberapa kajian etimologi telah dijalankan untuk memahami asal „murut‟ berasal daripada perkataan „belud‟ ataupun bukit dalam bahasa Bajau (Rutter,1922:51; Langup,1987:30). Namun, secara logiknya perkataan „murut‟ dan „belud‟ tidak begitu
sinonim. Oleh hal yang demikian, St. John pada tahun 1856 telah membuat kesimpulan tentang perkara „Murut‟ adalah membawa makna bukit, iaitu merujuk kepada Gunung
Murud yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit. Umumnya, Langup (1987:31) merujuk kepada suku kaum yang tinggal di kawasan persekitaran gunung tersebut. Di Sabah kumpulan masyarakat Murut ini tidak seragam kerana mereka mengamalkan bahasa dan adat yang berbeza. Berdasarkan bahasa dan adat inilah yang mengklasifikasikan mengklasifika sikan mereka kepada kumpulan-kumpulan kumpulan-kump ulan kecil. Pertama dataran tanah rendah seperti Murut Nabai dan Murut Timogon yang mendiami kawasan tanah rata Keningau dan
Murut dataran tanah tinggi seperti Tahol, Paluan, Dalit, Dalit, Sapulut,
Sumambu, Alumbis, Kolor dan Salalir (Pretice, 1972; Appell, 1968 :10-12). Kajian ini berfokus kepada Murut Tahol. Istilah Tagal, Tagol dan Tagul adalah istilah yang digunakan oleh Murut Paluan dan Murut Timugon bagi membezakan identiti mereka yang berasal dari penempatan Sungai Tagul. Namun ada dalam kalangan Murut yang tidak berse tuju dengan istilah istilah “tagal‟ sebaliknya lebih selesa dengan istilah istilah “Tahol‟. Menurut penulisan awal yang dibuat oleh Harrisson,1967 Murut Tahol dikenali
sebagai golongan pemburu kepala dan hidup secara nomad serta berkelompok dan telah membuat penempatan di sekitar Lembah Padas. Murut Tahol kebanyakannya tinggal di kawasan barat daya Sabah hingga ke bahagian selatan Kalimantan, Inonesia, Tomani dan Sepitang. Menurut Harrisson (1967:111) , kawasan ini merupakan “Tahol Country”. Mereka Mereka tinggal di sekitar sungai Tagol, sungai Sebungali dan sungai saliu. Perkataan “Tahol” merujuk kepada nama sungai yang
diduduki iaitu sebagai Tagul. Selain itu, kumpulan ini lebih dikenali kerana kaya dengan pantang larang serta mengamalkan kehidupan secara tradisi sehingga campu tangan North Borneo Chartered Company (NBC). Kedatangan Syarikat (NBC) yang ditubuhkan
pada tahun 1881 telah mengakhiri cara hidup tradisi mereka. Campur tangan pihak British dalam urusan kehidupan mereka seperti pembahagian kawasan penempatan dianggap melanggar adat resam yang telah diamalkan sejak sekian lama sehinggakan telah membangkitkan penentangan terhadap British yang di ketuai olah Antanom bersama pahlawan lain seramai 1000 orang dengan bantuan orang Iban. Antara fokus kedua dalam kajian ini ialah jenis, motif dan corak pada pakaian Murut Tahol. Walau bagaimanapun pakaian kaum Murut Tahol tidak mempunyai beza dengan kumpulan Murut yang lain kerana hanya istilah yang digunakan yang dapat membezakan istilah-istilah tersebut. Sebelum dan pada peringkat kedatangan British, iaitu sekitar tahun 1900-an pakaian suku kaum Murut merupakan satu komposisi pakaian yang mudah. Golongan wanita hanya menutup bahagian badan dari aras pinggang ke bawah dan tidak mengenakan sebarang kain pada bahagian atas badan dari aras pinggang ke bawah dan tidak mengenakan sebarang bahagian dari bawah pusat hingga ke atas lutut. Kebanyakan mereka menghasilkan pakaian daripada kulit kayu. Catatan pengembaraan Whitehead pada tahun 1890-an merujuk kepada pakaian Murut di Tenom seperti yang berikut :
The object of my admiration was a tall handsome Murut, naked all but his lion-cloth lion-cloth or „cawat‟ his hair was long, hanging below the shoulder, his forehead looked higher from the fact that the hair had been shaved of about an inch … .The man
were dresses in
the chawat or lion cloth. The women, old and young, wore only one garment, a short petticoat, it is dyed blue and made of native cloth. This completes the costume of a Murut
Women, with the exception of curious red jacket that is worn on special
occasions only . (Whitehead,1893; 1991:68-69)
Perubahan kepada cara berbudaya adalah melalui beberapa tahap, apatah lagi mereka telah sebati dengan budaya peninggalan nenek moyang. Namun begitu, perubahan
pada tahun 1881 telah mengakhiri cara hidup tradisi mereka. Campur tangan pihak British dalam urusan kehidupan mereka seperti pembahagian kawasan penempatan dianggap melanggar adat resam yang telah diamalkan sejak sekian lama sehinggakan telah membangkitkan penentangan terhadap British yang di ketuai olah Antanom bersama pahlawan lain seramai 1000 orang dengan bantuan orang Iban. Antara fokus kedua dalam kajian ini ialah jenis, motif dan corak pada pakaian Murut Tahol. Walau bagaimanapun pakaian kaum Murut Tahol tidak mempunyai beza dengan kumpulan Murut yang lain kerana hanya istilah yang digunakan yang dapat membezakan istilah-istilah tersebut. Sebelum dan pada peringkat kedatangan British, iaitu sekitar tahun 1900-an pakaian suku kaum Murut merupakan satu komposisi pakaian yang mudah. Golongan wanita hanya menutup bahagian badan dari aras pinggang ke bawah dan tidak mengenakan sebarang kain pada bahagian atas badan dari aras pinggang ke bawah dan tidak mengenakan sebarang bahagian dari bawah pusat hingga ke atas lutut. Kebanyakan mereka menghasilkan pakaian daripada kulit kayu. Catatan pengembaraan Whitehead pada tahun 1890-an merujuk kepada pakaian Murut di Tenom seperti yang berikut :
The object of my admiration was a tall handsome Murut, naked all but his lion-cloth lion-cloth or „cawat‟ his hair was long, hanging below the shoulder, his forehead looked higher from the fact that the hair had been shaved of about an inch … .The man
were dresses in
the chawat or lion cloth. The women, old and young, wore only one garment, a short petticoat, it is dyed blue and made of native cloth. This completes the costume of a Murut
Women, with the exception of curious red jacket that is worn on special
occasions only . (Whitehead,1893; 1991:68-69)
Perubahan kepada cara berbudaya adalah melalui beberapa tahap, apatah lagi mereka telah sebati dengan budaya peninggalan nenek moyang. Namun begitu, perubahan
caran berpakaian mengalami proses yang lebih cepat apabila kawasan pedalaman dikunjungi oleh pendatang dan pedagang dari kawasan luar. Perasaan malu mula menular ke dalam diri, khususnya golongan wanita untuk tidak mendedahkan anggota badan mereka. Pengaruh daripada luar ini memberi satu input kepada perubahan cara berpakaian suku kaum ini. Pakaian tradisi merujuk kepada set pakaian yang dipakai dalam sesuatu upacara. Pakaian ini boleh merujuk kepada satu set uniform yang menampakkan keseragaman pada setiap orang ketika menghadirkan diri dalam sesuatu upacara atau aktiviti rasmi. Upacara dan aktiviti rasmi ini merujuk kepada upacara perkahwinan, kelahiran, kematian, pesta menuai dan aktiviti lain yang diperlukan oleh kelompok tersebut. Pakaian tradisi ini telah mengalami evolusi dari segi reka bentuk dan aksesori yang diperagakan sejak masyarakat ini mula mengenali erti pakaian rasmi. Seawal tahun 1900-an, segelintir masyarakat ini mula mengenakan pakaian tradisi dalam sesuatu upacara. Hal ini dipaparkan melalui koleksi foto yang diambil oleh penulis Barat seperti Woodley di kawasan Tenom. Pakaian tradisi yang digunakan oleh golongan lelaki dan wanita selepas pertapakan British menampilkan ciri-ciri yang mudah dari segi struktur reka bentuk dan corak. Mereka mula menggunakan kain kapas sepenuhnya, namun ciri-ciri pakaian asasnya, iaitu pemakaian cawat tetap ada, khususnya bagi kaum lelaki.
(Pakaian lelaki dan wanita Murut sekitar tahun 1915. Sumber : Koleksi Woolley ) (Pakaian rasmi Murut semasa menghadiri Tamu Besar Tenom 1965. Sumber : Muzium Murut Tenom )
Kulit kayu menjadi bahan utama suku kaum Murut untuk menghasilkan jaket. Jaket adalah salah satu komponen yang menjadi kepastian dalam pakaian tradisi Murut. Jaket kulit kayu juga dianggap sebagai perisai bagi melindungi badan semasa berlaku peperangan antara kelompok. Ketika upacara menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan, penghuni rumah panjang akan mengenakan pakaian serbah lengkap termasuklah jaket kulit kayu. Whitehead (1893:1991:69) menyatakan : In these house I noticed some of the women busy making back coats. The bark is peeled of a tree in broad strips and ia very united and flexible; it is then hammered all over with a heavy wooden instrument, which has a flat surface on one side cut in deep cross line like a file ;this breaks up the harder tissues of the bark and reduces it to a
very pliant though by no means united texture. The bark being full of rents and holes, this difficulty is overcome by transverse darning : one of these coats now before me has no fewer than 270 transverse strings on the back alone, each thread penetrating the outer surface only, and assist to work out a cross pattern for ornamentation .
Pakaian tradisi Murut kini telah mengalami banyak perubahan dan pengubahsuaian selaras dengan perkembangan zaman. Bermula
dengan pakaian yang diperbuat
sepenuhnya daripada sumber kulit kayu kini telah bertukar kepada pakaian yang diperbuat daripada kain dan baldu yang mudah didapati di pasaran. Namun demikian, pakaian tradisi moden ini masih menampakkan ciri-ciri pakaian asal masyarakat Murut. Pakaian sebegini tetap digunakan dalam sesuatu upacara adat tertentu sebagai pakaian rasmi. Pakaian wanita Murut mempunyai pelbagai hiasan dan kebanyakan kaum Murut menggunakan pakaian tradisi berwarna hitam. Keunggulan warna hitam mendasari pakaian serta dengan sulaman motif-motif flora yang berwarna-warni. Berbagai-bagaibagai ornamen yang diperbuat daripada bahan semula jadi dijadikan hiasan untuk menyerlahkan lagi komposisi pada pakaian tradisi wanita Murut. Namun , kini terdapat ornamen yang boleh didapati di pasaran. Pakaian wanita Murut disebut sebagai Pinongkoloh
merangkumi
(
Rajah
baju
1.1)
berlengan
yang pendek
dikenali sebagai sampayau dan sarung yang disebut sebagai tapi’ . Tapi tidak mempunyai
fesyen potongan khas. Ia
hanyalah
sekeping
kain
yang
dilubangkan di bahagian tengah untuk memasukkan kepala. Di bahagian kiri dan kanan rusuk disematkan simpulan supaya mudah dipakai atau dibuka. Pakaian tradisi ini hanya lengkap setelah dihiasi dengan beberapa aksesori dan hiasan manik.
Sapulu Sinikot
Pipirot
Rarangkol
Tinawak Lalaku
Sulou
Golong Kalayam
Rajah 1 : Aksesori yang digunakan ketika memakai baju p i n o n g k o l o (bahagian hadapan)
Sinikot surai
Sinikot taun
Rarangkol Sampayau Sulou
Pipirot Tiniwak
Tapi’
Rajah 1.1 : Aksesori yang digunakan ketika memakai baju p i n o n g k o l o (bahagian belakang)
Pakaian dan aksesori pada wanita Murut
NAMA Pinongkolo
PENERANGAN
Baju yang berlengan pendek dan dikenali sebagai sampayau. Baju ini di hiasi dengan manik-manik yang cantik dengan motif yang tersendiri. Baju ini dipasangkan dengan kain sarung yang dipanggil „tapi‟.
Pipirot
Pipirot merupakan rangkaian hiasan pada bahagian pinggang wanita yang diperbuat daripada duit perak yang mempunyai saiz yang sederhana besar dan dipanggil p i p i r o t l i n g g i t
Salupai
Salupai merupakan gelang yang berada di atas kepala. Salupai ini terdiri daripada gabungan manik yang disusun secara melintang dan akan menghasilkan corak pada salupai.
Sinikot
Sinikot merupakan hiasan kepala. Hiasan yang berjuntai di belakang tengah kepala dipanggil Sinikot. Tataun dan sanggul 2 yang berada di tepi kepala dipanggil sinikot surai.
Rarangkol
Rarangkol merupakan hiasan di bahagian leher iaitu sebagai rantai yang terdiri daripada bungkas, kotos, aki‟ pangungupu‟, bulul, dan
olod. Golong
Hiasan pada tangan ataupun di pergelangan kaki yang terdiri daripada kulit siput laut yang diselangi dengan manik yang disebut golong sulou,
Sulou
Sulou merupakan loket yang berada di belakang rarangkol iaitu di belakang leher dan sulou juga berada di hadapan Tinawak.
Tiniwak
Tiniwak adalah gabungan beberapa jenis sulaman manik untuk menghiasi bahagian pinggang wanita tersebut dan terdiri daripada kinapalur dan olod yang digabungkan untuk menjadi penghias pada pinggang.
Sinikot Surai
Hiasan yang berjuntai di kiri dan kanan yang terdiri daripada manik yang disulam menjadi panjang sehingga sampai di bahu wanita yang memakainya.
Gambar 1 : Pinongkolo
Bahagian belakang s a m p a y au p i n o n g k o l o
Bahagian hadapan s a m p a y au p i n o n g k o l o
Bahagian belakang tapi pinongkolo
Bahagian hadapan tapi pinongkolo
Pinongkolo merupakan pakaian wanita suku kaum Murut
(Gambar
1) yang
merangkumi baju yang hanya berlengan pendek dan dikenali sebagai „sampayau‟ yang
membawa maksud baju. ‘sampayau ni dipasangkan dengan kain sarung yang dipanggil tapi’. Tapi ’ tidak mempunyai fesyen potongan khas. Ia hanyalah sekeping kain yang berwarna hitam di bahagian kiri dan kanan rusuk disematkan simpulan supaya mudah dipakai dan dibuka. Sampayau dan tapi ’ ini harus dilengkapi dengan hiasan manik yang mempunyai pelbagai corak yang cantik. Antara aksesori yang digunakan apabila memakai sampayau pinongkolo ini seperti ‘pipirot’ atau lebih dikenali sebagai pipirot linggit. Menurut sumber kajian ini Puan
Kamisah Kumalu seorang wanita Murut tulen yang berasal daripada Nabawan pipirot merupakan digunakan oleh wanita murut sebagai tali pinggang kerana pipirot digunakan dibahagian pinggang bagi menahan t a p i ’ daripada longgar kepada wanita yang memakainya. Namun begitu, pipirot ini juga sebagai perhiasan yang semestinya ada apabila memakai sampayau pinongkolo ini walaupun tapi‟ yang dipakai tidak
longgar. Hal ini kerana pipirot dianggap sebagai perhiasan yang sangat penting kepada wanita yang memakainya.
Gambar 2 : Pipirot Linggit
Selain itu, aksesori lain seperti s a l u p a i juga digunakan oleh wanita suku kaum Murut. Salupai merupakan perhiasan yang diletakkan di atas kepala dan menutupi atas kepala
yang diperbuat daripada rangkaian manik kecil dan besar. Gabungan manik yang disusun secara melintang akan menghasilkan corak pada salupai tersebut. Salupai yang dihasilkan oleh suku kaum ini dalam pelbagai corak atas cita rasa yang disukai oleh wanita yang memakainya.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pelbagai corak
Salupai yang dapat dilihat sehingga sekarang. Contoh s a l u p a i seperti dalam gambar 3
Gambar 3 : Salupai
S i n i k o t turut digunakan oleh kaum wanita Murut iaitu sebagai hiasan
penutup kepala yang merujuk kepada objek yang berjurai yang disangkut pada salupai (Gambar 4). Hiasan ini mengandungi dua set, iaitu sinikot taun s i n i k o t s u r a i . Selain itu, hiasan ini biasanya diperbuat daripada sulaman manik. Bagi sinikot taun, hiasan ini terletak di bahagian belakang dan berjuntai hingga ke bahagian bahu, manakala juraian sebelah disebut sinikot surai. Gambar 4 : Sinikot
R a r a n g k o l juga merupakan hiasan pada bahagian leher. Hiasan ini merupakan
gabungan daripada manik bulat yang dikenali sebagai
rorongkol
p u m p u n g .
Rarangkol yang menghiasi leher mengandungi beberapa rangkai dan loketnya (sulou) diletakkan pada bahagian belakang badan. Sulou yang biasa digunakan ialah yang diperbuat daripada kimo, iaitu sejenis cengkerang laut atau pasis yang diperbuat daripada tulang babi.
Gambar 5 :Hiasan yang menghiasi leher disebut ra rangkol. Loketnya diperbuat daripada cangkerang laut yang disebut kimo.
T i n i w a k di antara hiasan yang digunakan semasa memakai pinongkolo.
Tiniwak
adalah gabungan beberapa jenis sulaman manik untuk menghiasi bahagian pinggang seperti k i n a p a l u r d a n o l o d yang digabungkan untuk menjadi penghias pada bahagian pinggang. Tinawak juga disebut sebagai B u n g k a s yang diperbuat daripada gabungan sejenis manik kecil berwarna putih.
Gambar 6 :Penghias pinggang disebut tinawak atau bungkas
Selain itu, hiasan pada pergelangan kaki dan pergelangan tangan dinamakan G o l o n g ( holong ). Di samping itu, selempang yang diperbuat daripada kulit siput laut yang
diselangi dengan manik disebut h o l o n g s u l o u . Kadangkala, pembuatan selempang ini menggunakan p i p i r o t r i n g g i t . Hiasan yang terakhir dinamakan sebagai s u l a m p o i (tidak terdapat pada rajah 1 dan
1.1
)
iaitu
selendang
yang
diperbuat
daripada manik pelbagai warna, disulam dan disangkutkan memakainya.
pada
bahu
wanita
yang
Motif dan konsep pembentukan corak permukaan s a m p a y a u wanita Murut ialah pakaian yang diperagakan oleh golongan
wanita Murut adalah baju yang ditenun
daripada kapas berwarna hitam dan dihiasi dengan sulaman benang yang beraneka warna. Pakaian wanita juga dihiasi dengan s u l i m p u k , iaitu manik-manik yang beraneka warna. Motif –motif yang diperagakan adalah motif –motif yang diilhamkan daripada elemen flora, fauna dan geometri. Pakaian dibentuk daripada gabungan bahagian-bahagian kecil yang terdiri daripada beberapa satah bahagian yang merangkumi bahagian lengan, kaki, bahagian depan, bahagian leher, bahagian pinggang dan bahagian belakang. Gabungan beberapa satah ini menghasilkan bentuk atau fesyen sesebuah pakaian. Baju wanita Murut menampilkan susunan motif dan corak yang menimbulkan kesan garis berstruktur pada permukaan baju. Keseluruhan corak yang terbentuk pada permukaan baju ini dihasilkan melalui teknik sulaman. Struktur reka bentuk baju Murut agak mudah kerana bentuknya hanya berteraskan bentuk segi empat dan bulat. Struktur reka bentuk baju terbahagi kepada dua atau tiga satah; biasanya bahagian depan terdapat satu atau dua satah ( Rajah 1.1 ) Rajah 1.1 Struktur sampayau
Bahagian satah depan dan belakang baju dihiasi dengan corak. Corak sempadan, iaitu zigzag dan potongan wajik boleh dilihat pada keseluruhan baju secara berurutan membentuk satu pusingan. Selain itu, motif zigzag dan potong wajik diletakkan di bahagian tengah baju secara memanjang (Rajah 1.2) , Manakala motif-motif disusun secara imbangan simetri antara kiri dan kanan bahagian depan baju.
Rajah 1.2 Komposisi motif
Baju wanita Murut tidak memperagakan corak yang jelas, hanya motif dominan
diletakkan dan disusun dalam tiga keadaan, iaitu imbangan simetri, simetri lepas dan motif dominan (Rajah 1.3).
Imbangan simetri
Rajah 1.3 Simetri
Simetri lepas
Motif dominan
Pengkategorian motif dominan pada s e m p a y a u pada keseluruhannya, motif flora mengungguli hiasan pada permukaan sampayau. Motif seperti b u s a k (bunga), tataun (pokok renek), raun (daun), talantar (tunas) adalah motif-motif yang diambil secara rawak daripada persekitaran, dihasilkan tanpa skema khusus. Pemerhatian pada permukaan baju mendapati motif-motif lebih bersifat singular (tersendiri dan tidak bergantung pada motif lain) disusun secara bebas tetapi masih memikirkan komposisi imbangan simetri antara kiri dan kanan bahagian baju.
Rajah 1.4 Motif dominan yang bertemakan flora
Rajah 1.5 Motif dominan yang bertemakan objek
Rajah 1.6 menunjukkan motif – motif
seperti butitin (bintang), orou (matahari), dan
pinansit (cangkuk) kelihatan berselang-seli dengan motif flora yang lain . selain itu, motif-motif ini disusun secara semetri lepas pada permukaan baju. Rajah 1.6 pula menunjukkan terdapatnya motif berunsur fauna seperti b u l u t u o u (burung merak ), ayat-ayat (kupu-kupu), a n g g a g a i t (kala jangking), l i p o s (lipas), b a t o l (ulat bulu), lawa
(labah-labah) dan kalam (tikus).
Rajah 1.6 Motif dominan yang bertemakan zoomorph
Rajah 1.7 Motif sempadan
Motif sempadan juga digunakan sebagai motif dominan dalam menghasilkan corak pada sampayau. Rajah 1.7 (i) merupakan garisan bengkang-bengkok Rajah 1.7 (ii) yang dibentuk secara pantulan dan seterusnya
menghasilkan garis potong wajik.
Rajah 1.7 (vii) pula adalah garis separuh bulat yang disusun secara translasi imej, iaitu
secara positif dan negatif di atas garisan mendatar. Tambah lagi, susunan positif dan negatif dapat menyerlahkan motif bulan sabit baru terbit. Sementara itu, Rajah 1.7 (iii) merupakan garis chevron yang dibentuk secara pantulan imej dan disusun secara memanjang mengikut garisan. Rajah 1.7 (iv dan vi) pula merupakan garis potong wajik dan Rajah 1.7 (v) ialah garisan bengkang-bengkok.
Corak dan motif pada tapi‟ pula ialah tapi‟ merupakan kain sarung wanita yang
diperbuat daripada tenunan benang kapas. Ia disulam daripada benang dan manik untuk menghasilkan motif bunga- bungaan. Kepanjangan tapi‟ adalah dari aras pinggang hingga ke bawah lutut. Ia dihiasi dengan motif seperti i y u p - i y u p , sulimpok , s i n u s u atau p i n a p a n . Kesemua corak yang digunakan diperbuat daripada manik-
manik. Selain itu, tapi‟ juga dihias dengan beberapa biji kinalingan , iaitu butang-
butang betawi yang diperbuat daripada tembaga. Kinalingan akan mengeluarkan bunyi apabila pemakainya bergerak. Gred dan struktur pada tapi‟ wanita Murut mempunyai struktur yang berbentuk garis
lintang dan garis tegak. Garisan tegak dan lintang dibentuk daripada sulaman benang yang bercirikan motif tulang ikan dan potong wajik ( Rajah 1.8 ). Terdapat tiga jenis struktur pada kain, iaitu struktur empat garis, dua garis, dan struktur tiga garis. Hiasan motif –motif hiasan ini disusun dalam kedudukan simetri lepas.
Rajah 1.8 Struktur tapi’
Pengkategorian motif dominan pada tapi’ pula merupakan bersumberkan flora, fauna dan objek menjadi hiasan pada permukaan baju dan sarung wanita Murut. Motif flora (Rajah 1.9 ) diperagakan secara dominan pada permukaan kain menggunakan teknik sulaman dan tampalan. Motif ini tidak berpaksikan kepada ketepatan geometri sebaiknya dihasilkan
secara simetri lepas di atas permukaan. Penggunaan warna-
warna seperti kuning, biru, merah dan hijau dapat menimbulkan kesan kontra pada permukaan warna
hitam. Garisan yang
terbentuk
sulaman merupakan asas kepada pembentukan motif ini.
daripada teknik jahitan dan
Rajah 1.9 Motif dominan yang bermotifkan flora
Rajah 1.10 Motif dominan yang bermotifkan objek
Rajah 1.11 Motif dominan yang bermotifkan zoomorph Motif cangkuk atau p i n a n s i t begitu dominan dan sering menghiasi permukaan kain.
Tambahan pula, bentuk-bentuk potongan wajik dan zigzag seolah-olah menjadi pengiring motif pinansit. Rajah 1.10
menunjukkan pinansit yang dihasilkan dalam
beberapa bentuk. Rajah 1.11 pula menunjukkan motif-motif yang berunsurkan alam fauna yang
digunakan sebagai corak pada kain. Motif-motif ini diambil daripada ikon bulu merak (tuou), kupu-kupu (ayat-ayat), labah-labah (lawa), anggip (binatang yang mempunyai
sepit), sinaraman (daun pokok saraman ), kepala naga yang terkenal di Sarawak yang dipanggil sebagai binatol iaitu sejenis ulat besar dan monyet (kala atau basuk).
Pakaian tradisi lelaki Murut
Pakaian tradisi lelaki Murut pula terdiri daripada sut kulit kayu pakaian tradisi lelaki
Murut yang dipakai oleh seorang pahlawan. Pakaian ini juga digunakan semasa sesuatu upacara adat dijalankan. Pakaian tradisi moden menggunakan kain kapas sepenuhnya. Sut ini disebut batik l u m a y a u (Gambar 1). Pakaian tradisi lelaki Murut terdiri daripada 2 jenis iaitu pertama baju lalandau dan kedua baju batik lumayou.
Gambar 1 : Baju Lalandau
Gambar 2 : Batik lumayou
B a j u L a l an d a u ( Gambar 1) adalah lalandau yang diperbuat daripada kulit kayu dan
dihiasi dengan taring babi hutan.
Pembuatan
lalandau tidak terhad kepada
penggunaan bahan kulit kayu sahaja, namun bahan lain juga digunakan seperti anyaman mengkuang dan kain. Hiasan yang digunakan untuk lalandau ialah bulu burung merak ( tuon) aksesori pada bahagian leher adalah s i s i k o t yang diperbuat daripada rangkaian kulit siput dan tulang. Selain itu, aksesori lain seperti t i m o h , iaitu sejenis gelang yang diperbuat daripada akar kayu diletakkan di lokasi bahagian atas lengan. Timoh dipercayai mampu memberikan kekebalan kepada pemakainya. Pada lokasi bahagian
atas siku, satu lagi gelang
disebut t i n u r i s a k , dan gelang tangan yang disebut lalaku, sand aki atau cawat yang pada asalnya menggunakan kulit kayu dan p a p a k o l yang merupakan gelang untuk hiasan kaki diperbuat daripada urat rotan p o l o r . Cara untuk menghasilkan papakol adalah dengan memintal halus dan menghimpunkan urat rotan polor agar menjadi serangkai gelang. Bahagian yang agak penting dan banyak diberikan perhatian adalah bahagian puputul (jaket). Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai fesyen jaket yang dihiasi dengan motif yang dilukis untuk ditampal menggunakan objek seperti kulit siput, manik dan lainlain. Gambar 3 :
Timoh
Tinurisak
Papakol
Bulu Tuou Lalandau
Sisihot Paputul Tinurisak Timoh
lalaku
Sandaki Papakol
Gambar 3 : Pakaian tradisi lelaki Murut.
K a y u P u p u n t u l merupakan sumber utama dalam menghasilkan jaket. Bahagian dalam
kulit pokok, iaitu bahagian kulit halus diambil, manakala bahagian luarnya yang agak kasar dibuang. Dalam pembuatan jaket, ukuran saiz kulit mentah yang diperlukan adalah kira-kira dua jengkel, iaitu kaki setengah manakala panjangnya mengikut saiz yang diperlukan. Kulit kayu kemudiannya diketuk menggunakan alat pengetuk sehingga menjadi nipis dan lebar . proses ini dilakukan sewaktu kulit kayu belum kering, iaitu biasanya pada waktu selepas diambil daripada pokok. Setelah selesai diketuk, kulit kayu akan dikeringkan dan dipotong. Seterusnya, jaket akan dijahit menggunakan benang yang boleh didapati daripada kulit pokok terap hutan ataupun daripada daun pokok nanas. Kulit pokok yang biasa digunakan untuk membuat jaket adalah daripada kulit pokok timbangan, t i k a l o n g dan kayu Ipoh (palih).
Gambar 5 : Kulit kayu puputul
i
ii
iii
Gambar 6 : Ada tasi bentuk aket lelaki
iv
Gambar 7 : Adaptasi bentuk jaket lelaki Gambar 6 menunjukkan jaket kulit kayu yang telah siap dijahit. Struktur
reka
bentuknya agak muda, berbentuk segi empat dan diwarnakan. Kulit kayu hanya dilipat untuk membentuk bahagian belakang [ Gambar 6 (ii) ] dan depan [ Gambar 6 (i) ] serta diikat pada bahagian sisi. Selain itu, corak pada bahagian depan dihiasi dengan bentuk geometri dan diletakkan secara simetri pada bahagian kiri dan kanan jaket secara pantulan imej. Namun, bahagian leher baju dihiasi dengan motif berbentuk kelok „s‟ [ Rajah 6 (iv) ]. Bahagian belakang baju pula diletakkan motif primer iaitu tengkorak
dan beberapa sekunder seperti bulan, tumbuhan renek dan bentuk bintang. Jaket pada Gambar 7 menampilkan ciri-ciri pembuatan yang menarik. Permukaan kulit kayu menampakkan tekstur benang berbentuk zigzang dan hiasan bijirin. Kulit kayu kelihatan berlapis dan terdapat struktur daripada benang pada bahagian dalam. Pada permukaan depan jaket hanya dihiasi dengan buah-buahan kering dari hutan dan disusun secara teratur manakala pada bahagian dalam jaket dibuat kain pelapik untuk menyerlahkan lagi kehalusan pembuatannya. Pada bahagian lengan dibuat bentuk separa bulatan dan bahagian bawah satah depan disambung dengan kulit yang berjuraian.
Gambar 8 : Adaptasi bentuk untuk jaket lelaki
Cara pembuatan jaket kelihatan mudah
(Gambar 8 ). Pembuatannya hanya
menggunakan sekeping kulit kayu yang dilipat kepada dua bahagian. Di samping itu, bahagian leher dipotong mengikut potongan „ v „ dan disambung dengan bahagian lengan yang dibentuk secara separa bulatan.
i Gambar 9 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Menurut informasi, jaket ini diperbuat daripada kulit babi hutan. Jaket ini kelihatan lebih mantap, keras dan sesuai digunakan
semasa berperang untuk pertahanan tubuh.
Gamb ar 9 (ii) adalah bahagian depan jaket yang menampakkan satu panel yang
menutup bahagian dada dan dihiasi dengan kulit siput secara memanjang. Pasis (tulang babi) diletakkan tepat pada bahagian pusat.
Menurut informan, sekiranya
pasis diletakkan pada bahagian pusat, ia mampu memberikan kekebalan kepada si
pemakai semasa berperang. Satah kulit pada bahagian belakang jaket lebih lebar dan mampu menutupi bahagian belakang pemakai. Menurut informan juga “belakang kita tidak nampak, senang disumpit, depan kita nampak” . G a m b a r 3 menunjukkan kulit
siput menghiasi kedua-dua panel belakang jaket yang disusun dengan bentuk kelok “X’.
The Murut were furnished with war jackets and helmets. The former were well padded, and thickly covered over with cowrie shell; the letter was of the same material, with flag hanging, so as to protect the wearer‟s neck from poisoned arrows. (Roth, 1896 : 129)
i
ii
iii
iv
Gambar 10 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Gambar 10 memaparkan teknik pembuatan ang mudah menggunakan kulit kayu yang tebal dan keras. Kulit kayu dilipat kepada dua bahagian dan dipotong pada bahagian leher. Kemudian, bahagian kiri dan kanan diikat untuk kelihatan lebih kemas. Selain itu, corak yang dilukis juga agak kompleks. Pada bahagian depan jaket kelihatan kelok „j‟ yang dibuat secara simetri pantulan imej dan diselangi dengan beberapa motif flora dalam keadaan simetri lepas. Terdapat juga dibentuk “s” [ Gambar 10 (iv) ] dan pada
bahagian belakang
jaket memaparkan motif seperti motif Gunung Kinabalu, motif
kepala dan garis diagonal.
Gambar 11 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Jaket pada gambar 11 diperbuat daripada kulit kayu lembut dan tidak berwarna .hiasan pada permukaan jaket dibuat secara fizikal, iaitu menggunakan kulit siput yang bersaiz besar dan kecil yang disusun untuk menampakkan corak. Kulit siput yang disusun
membentuk garisan lintang, meliputi bahagian hadapan jaket sehingga ke
belakang. Susunan corak dibuat secara simetrikal berdasarkan garis zigzag . bahagian dalam jaket pula dilapis menggunakan kain kasa agar si pemakai berasa selesa ketika memakainya.
Gambar 12 : Adaptasi bentuk jaket lelaki
Jaket dalam gambar 12 menampilkan kehalusan seni pembuatannya. Hal ini demikian kerana kulit ayu digarap dengan begitu halus dan teliti. Corak dihasilkan dengan menggunakan pewarna dan warna yang dihasilkan seolah-olah menunjukkan kesan cetak di atas permukaan. Pada bahagian bawah coraknya agak kompleks jika dibandingkan dengan bahagian atas. Selain itu, m o t i f k a la n g a s o (naga dan anjing ) mendominasi corak jaket ini. motif dominan jaket Murut dibentuk berdasarkan teknik lukis, jahit dan tampal menggunakan bahan-bahan seperti kulit siput, kerang, tali, benang dan bijirin serta manik.
Baju tradisi Murut yang kedua ialah b a t i k lu m a y o u . Sehingga kini baju tradisi moden masyarakat Murut masih menekankan konsep pemakaian cawat. Baju kemeja yang dipanggil b a t i k lu m a y o u ini memaparkan jalinan pada permukaan baju melalui teknik tampalan sulaman dan jahitan. Baju ini menggunakan warna hitam sebagai warna dasar dan reka bentuk yang agak mudah.
Baju ala kemeja moden ini beraneka ragam hiasan dipakai bersama s a n d a k i untuk menggantikan pemakaian seluar pada bahagian bawah. S a n d a k i merupakan kain panjang yang diikat pada bahagian pinggang dan dibiarkan berjunaian pada bahagian depan adalah adaptasi moden bagi menggantikan cawat yang diperbuat daripada kulit kayu. Sandakai diperbuat daripada kain kapas yang berwarna merah, putih dan biru serta dihiasi dengan motif s i n u s u melalui jahitan secara melintang pada bahagian bawah. Hiasan pada kepala adalah lalandau yang mempunyai dekorasi corak yang sama dengan bahagian baju. Keseluruhan bahagian hadapan baju dihiasi secara sulam dengan pelbagai motif campuran daripada elemen z o o m o r p h dan flora yang dibuat secara simetri lepas.
Lalandau
Batik lumayou
Sandakai
Gambar 13 : Baju tradisi – Batik lumayou Murut
Terdapat beberapa ragam bentuk batik lumayou yang dipaparkan pada gambar 14. Gambar 14 (i) merupakan baju seakan baju kemeja biasa yang mempunyai lengan dan kolar leher. Bahagian depan kolar disediakan tali agar boleh diikat untuk tujuan pengetatan. Gambar 14 (ii) mempamerkan struktur yang mudah, bahagian leher dan bahagian lengan dibentuk menggunakan potongan “ V “ serta mempunyai butang dari
atas ke bawah yang berbentuk empat segi. Gambar 14 (iii) pula merupakan baju yang mempunyai
lengan tetapi tidak mempunyai kolar, namun bahagian leher dibentuk
mengikut potongan “V” secara menirus panjang ke bawah secara tidak mempunyai
butang. Baju ini juga menggunakan tali untuk mengetatkan nya. Sementara itu, gambar 14 (iv), baju mempunyai kolar separuh, berlengan dan mempunyai butang.
i
iii
ii
iv
Gambar 14 : Fesyen baju tradisi Murut
i
ii
iii
iv
v
vi viii
vii
xi
xii
xiii
ix
xiv
x
xv
Gambar 15 : Adaptasi motif baju tradisi lelaki Murut
Batik lumayou dihias dengan motif-motif yang dihasilkan melalui cantuman, sulaman dan jahitan daripada bahan-bahan seperti manik dan kulit siput. Gabungan bahanbahan ini memberi kesan timbulan dan berjalin. Gambar 15 (I dan xv) dibentuk hasil cantuman kulit siput dan kerang laut manakala gambar 15 (ii, iii, vii dan xiii) merupakan motif organik yang mempunyai ikon objek daripada alam flora. Gambar 15 ( viii,ix, x, xi dan xiv) pula membentuk bunga dan gambar 15 (xii) membentuk kupu-kupu. Gambar 15 (iv hingga vi) membentuk garis zigzag yang biasa dibuat pada bahagian tepi baju.
Berdasarkan kupasan dan huraian kepada struktur, reka bentuk an motif-motif yang menghiasi pakaian wanita dan lelaki Murut, beberapa perkara dapat disimpulkan iaitu, Pakaian tradisi Murut dihasilkan untuk dipakai ketika menghadiri sesuatu upacara adat. Pakaian ini merupakan pakaian-pakaian yang diperagakan sejak zaman awal kedatangan British dan telah melalui proses transformasi, khususnya pada reka bentuk pakaian. Selain itu, pakaian tradisi ini menggunakan warna hitam sebagai warna latar dan diperbuat daripada kain kapas. Malah, kebanyakan baju Murut mempunyai struktur yang begitu mudah dan hiasan motif dibuat menggunakan teknik sulaman, jahitan dan tampalan daripada bahan-bahan dari sumbar alam seperti kerang laut. Di samping itu, aktiviti jahitan dan sulaman yang menggunakan benang adalah bertujuan untuk menghasilkan corak. Tambahan lagi, kebanyakan paparan motif
adalah dalam
komposisi simetri lepas. Walau bagaimanapun, susunan motif mempengaruhi struktur baju. Terdapat banyak motif yang berdasarkan grid garis zigzag, terutamanya pada bahagian satah yang disambung seperti bahagian tegah dan bahagian depan secara memanjang, bahagian rusuk kiri dan kanan secara memanjang dan mengelilingi bahagian leher dan depan lengan. Baju wanita kelihatan lebih simetrikal dan terkawal dari segi susunan motif-motif, terutamanya pada bahagian depan, iaitu di antara bahagian dada kiri dan dada kanan, manakala bahagian belakang dibuat dalam keadaan komposisi simetri lepas. Komposisi motif pada baju lelaki adalah dalam keadaan simetri lepas pada semua bahagian. Selain itu, peragaan motif baju lelaki dan wanita diperbuat dalam bentuk garis, menjurus kepada grid bengkang-bengkok, piramid (chevron), potong wajik, segi tiga, sisik ikan, separuh bulat dan bulan terbit. Kain sarung wanita Murut mempunyai struktur membentuk susunan motif dalam grid „H‟ pada bahagian depan dan belakang baju. Grid „H‟ ini dibentuk oleh sulaman motif
tulang ikan. Motif-motif yang pelbagai ragam kebiasaannya dihimpunkan dalam ruang pada bahagian atas dan bawah grid „H‟. Menuruti informan, garis lintang yang membentuk „H‟ menggambarkan status wanita sama ada sudah berkahwin atau belum.
Dua atau lebih garis lintang akan menunjukkan pemakainya sudah berkahwin.
Analisis motif pada bahagian wanita dan lelaki Murut mendapati bahawa kebanyakan motif bersumberkan elemen flora seperti motif binusak , tataun, raun dan talantar . Terdapat juga motif yang bersumberkan objek seperti p i n a n s i t yang dipersembahkan dalam kepelbagaian ragam dan gaya. Di samping itu, terdapat beberapa motif yang bersumberkan ciri-ciri zoomorph seperti bulu tuou (burung merak), ayat-ayat (kupukupu), anggagai t(kala jengking ), lipos (lipas), bato (ulat), lawa (labah-labah), dan kalam (tikus). Jaket kulit kayu lelaki Murut hanya digunakan ketika sesuatu upacara diadakan atau semasa mereka pergi berperang. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan ketika sesuatu upacara diadakan atau semasa mereka pergi berperang. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan jaket, iaitu daripada kulit kayu dan kulit binatang. Jaket ini diperbuat berdasarkan struktur yang mudah iaitu bentuk segi empat yang kemudiannya dilipat kepada dua bahagian dan dilubangkan pada bahagian kepala. Motif dihasilkan dalam tiga keadaan, iaitu menjahit, menyulam, mewarnai dan tampalan. Motif tampalan dihasilkan daripada kerang seperti kulit siput yang dijahit untuk membentuk pelbagai corak. Teknik jahitan mudah digunakan bertujuan untuk mengukuhkan struktur bentuk dan dijadikan penghubung antara satah-satah. Jahitan juga membentuk motif seperti garis bengkang-bengkok, garis piramid (chevron), potongan wajik, segi tiga, garis sisik ikan, garis separuh bulat dan garis bulan terbit. Selain itu, peragaan motif juga menjurus kepada elemen flora dan objek. Kesimpulannya, pakaian wanita dan lelaki Murut mempunyai aksesori dan motif yang tersendiri. Oleh itu, apabila seorang wanita dan seorang lelaki memakai baju tradisi sumpayau pinongkolo, batik lumayou dan baju lalandau hendaklah memakai aksesori
yang bertepatan dengan baju tradisi yang dipakai. Hal ini kerana, baju tradisi Murut haruslah dipakai lengkap agar menampakkan ciri-ciri tradisi Murut dan corak-corak yang terdapat pada baju yang dipakai. Namun begitu, baju tradisi ini juga telah di adaptasi mengikut peredaran zaman kerana dahulunya , baju jaket lelaki diperbuat daripada kulit babi hutan namun begitu, pada zaman sekarang pembuatan baju ini hanya menggunakan kulit kayu pokok timbangan, tikalong dan kayu Ipoh (palih) saha
Motif / Tema
Deskripsi
MOTIF PADA PAKAIAN TRADISIONAL MURUT
MOTIF PADA PAKAIAN TRADISIONAL MURUT
Pokok renek
persepsi
terhadap
alam
melahirkan ikon-ikon bebas yang menggambarkan hutan.
Selain
pokok-pokok itu,
menggambarkan pelbagai
ikon jenis
tumbuhan pokok renek.
Motif / Tema
Deskripsi
Daun
Persepsi terhadap persekitaran juga menghasilkan motif
yang
menggambarkan pelbagai jenis daun yang boleh dijadikan ubat dan pucuk-pucuk hutan yang boleh dimakan.
Motif
Deskripsi
Pucuk bertunas
Pucuk bertunas dijadikan motif utama pada kebanyakan kraf Murut seperti paku pakis dan bunga padi. Di samping itu, pucuk ini dibentuk
menyerupai
„pinansit‟
yang
berasaskan kelok „j‟ dan dihasilkan dalam
banyak ragam.
Motif
Deskripsi
Cangkuk
Pinansit seperti yang digambarkan banyak menyampaikan ikon kepada objek seperti
Nama lain :
alat untuk mengambil buah-buahan. Motif
Anggip
ini berasaskan tema bengkok kepala dan ada juga yang berikonkan mata hantu.
Motif
Deskripsi
Potong wajik
Bentuk
potong
wajik
dan
piramid
dalam
kelok
„V‟
motif-motif
tradisi
sememangnya
banyak
garis adalah
yang didapati
pada motif –motif dekorasi primitif.
Motif
Deskripsi
Bintang
Objek daripada alam semula jadi dijadikan sumber untuk menghiasi pakaian mereka.
Objek seperti
butitin (bintang) yang mempunyai banyak pecahan dijadikan motif.
Motif Motif
Deskripsi Deskripsi
Motif Zoomorph
Terdapat
elemen
zoomorph
daripada
persekitaran yang dijadikan hiasan seperti Nama Lain :
bulu burung merak, kupu-kupu, labah-labah,
Angangait
lipas, kala jengking dan tikus. Selain itu,
Ayat-ayat
sesetengah yang dihasilkan dengan gaya
Tuou
abstrak.
Lipos Batol Lawa Kalam
Motif
Deskripsi
Garis zigzag
Motif
sepadan
atau
bingkai
corak
ini
dihasilkan untuk mengukuhkan struktur tepi. Di samping itu, garis zigzag yang pelbagai ragam membentuk garis potong wajik dan garis piramid.
Potong wajik
Motif-motif
Separa bulat
sememangnya
berpengaruh
dan
semua
seperti
merentasi
ini
kraf
Murut. Tambahan pula, motif ini
dijadikan
merupakan
struktur motif
dan
dominan
dalam semua hiasan pada baju.
Motif
Deskripsi
Tulang ikan
Motif
ini
dipengaruhi
oleh
media yang menghasilkannya, iaitu benang. Garisan yang dinamik
membentuk
tulang ikan.
ikon
Motif
Deskripsi
Bunga-bungaan hutan
Motif
bunga
kepelbagaian
dipersembahkan ragam
dan
dalam
gaya.
Di
samping itu, beberapa ragam bunga menggambarkan bunga
yang
kepelbagaian mempunyai
jenis kelopak
berasaskan bunga pecah tiga, bunga pecah empat, bunga pecah lapan dan bunga
pecah
seribu.
Terdapat
bentuk bunga hasil cetusan
juga
tempelan
daripada kulit siput.
Organisasi sosial masyarakat Murut mengutamakan kesamaan dan perkongsian hidup kerana faktor keharmonian dan keseimbangan merupakan faktor utama yang membentuk hubungan mereka dengan alam sekitar, alam roh serta antara mereka sendiri. Dalam masyarakat Murut corak yang menonjol biasanya diletakkan di bahagian belakang pakaian. Ini
disebabkan masyarakat Murut sangat menghargai sistem nilai
kerendahan hati dan kesetaraan masyarakat. Mereka tidak suka menunjuk-nunjuk dan merupakan satu sikap sombong. Seorang Murut yang baik adalah orang yang tahu bertingkah laku setara dengan orang lain.
Dengan cara ini keharmonian dalam
masyarakat dipelihara. Penyusunan corak pada pakaian tradisi Murut mempamerkan nilai-nilai budaya yang penting.
RUMUSAN
R U M U S A N Penggunaan warna hitam sebagai warna dasar pakaian Murut memberi kesan kontra kepada warna-warna yang digunakan untuk menghasilkan motif. tambah pula, warnawarna benang seperti merah, kuning, putih dan hijau memberikan satu adunan yang kontra, sesuai dengan latar warna hitam. Baju wanita dan lelaki Murut mempunyai keunikan yang tersendiri dengan aksesori yang tersendiri yang menarik, cantik dan unik hasil kekreatifan kaum Murut tersebut untuk membuat baju daripada hasil hutan. Setiap aksesori yang digunakan apabila memakai baju tradisi ini mempunyai nama yang tersendiri dan bahan yang unik bagi menghiasi pemakai baju tersebut. Begitu juga dengan corak pada baju yang dipanggil sumpayau wanita dan lelaki mempunyai corak yang tersendiri dan mempunyai motif yang tersendiri menurut pemahaman kaum Murut itu sendiri. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghiasi baju tradisi ini merupakan bahan yang diperbuat sendiri dengan kreativiti sendiri namun mempunyai motif yang tersendiri. Dari segi komposisi motif dapat dirumuskan bahawa bahagian depan baju, motif dihasilkan secara imbangan simetri antara bahagian kiri dan kanan manakala pada bahagian belakang baju, motif-motif disusun secara simetri lepas. Kepelbagaian ragam dan gaya persembahan motif memberi kesukaran untuk mengkategorikan nama-nama motif secara khusus. Di samping itu, gaya dan ragam bunga yang dipersembahkan menampilkan banyak kelopak yang bermula dari pecah tiga, empat, lapan dan seribu (seribu, menjurus kepada kelopak yang melebihi angka lapan). Penyusunan motif-motif bebas secara simetri lepas pada permukaan baju khususnya dan perubahan saiz tela menyukarkan pengklasifikasian dibuat pada motif-motif pakaian. Ada kalanya motif yang diperagakan mempunyai saiz yang besar dan sukar untuk mengkategorikan motif-motif dominan dan motif sekunder. Di samping itu, ketigatiga motif ini saling berubah peranannya apabila menghiasi permukaan lain. Terdapat juga motif-motif yang bertindak sebagai struktur baju, iaitu motif yang dihasilkan secara memanjang merentasi bahagian depan dari leher hingga ke bawah di