ISI KANDUNGAN
SUBTOPIK MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN
Pengenalan 1
Pernyataan Masalah 2
Objektif Kajian 2
Definisi Terma 3
Rumusan 3
SOROTAN LITERATUR 4
METADOLOGI KAJIAN
Lokasi Kajian dan Responden Kajian 11
Sumber Data dan Sampel 11
Kaedah Pengumpulan Data 11
Kaedah Analisis Data 12
ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian 14
Kesedaran Masyarakat Terhadap 19
Kepelbagaian Kesenian dalam Kaum
RUMUSAN 20
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Pertama sekali ,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Hubungan Etnik kami iaitu tidak lain tidak bukan Dr. Wan Zulkifli Bin Wan Hassan kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dan panduan tentang pelaksanaan kajianyang betemakan mengenai hubungan etnik antara kaum ini kepada kami sehinggalah kami berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Kami ingin juga turut berterima kasih kepada semua rakan-rakan seangkatan kerana telah memberi sokongan dan dorongandan kerjasama kepada kami ketika menjalankan kajian ini.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga kami kerana telah memberi kami semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini walau berbagai dugaan yang kami hadapi terutamanya dari segi kekangan masa untuk melaksanakannya ,namun berkat semangat dan doa dari ahli keluarga kami berjaya akhirnya.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penduduk kawasan perumahanan di Klang dan Rawang iaitu kawasan yang telah kami pilih untuk diedarkan borang soal selidik kami kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik dan membantu kelancaran kajian kami ini.
Akhir sekali, terima kasih turut ditujukan buat semua pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung sewaktu kajian ini dijalankan.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Tajuk yang dipilih untuk dijadikan kajian bagi subjek hubungan etnik adalah kepelbagaian warisan kesenian yang terdapat di Malaysia.Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di Negara in ini adalah Melayu, Cinadan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai warisan kesenian masing-masing yang telah wujud sejak zaman dahulu sehingga sekarang.
Warisan kesenian merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman seperti tarian, alat muzik, permainan, kraftangan, seni mempertahankan diri, pakaian tradisional dan pelbagai lagi. Sebagaicontoh ,tarian boleh dilakukan secara bersendirian , berpasangan atau berkumpulan. Jenis tarian bagi masyarakat Melayu adalah kuda kepang, zapin dan makyong. Manakala, bagi masyarakat India pula adalah tarian bharata natyam. Bagi masyarakat Cina pula,mempunyai tarian kipas dan tarian singa.
Dalam konteks alat muzik pula, terdapat pelbagai alat muzik yang dimainkan oleh rakyat Malaysia mengikut kaum diantaranya adalah rebab yang dimainkan oleh masyarakat Melayu ,erh-hu oleh masyarakat Cina dan tempura oleh masyarakat India.
Kraftangan dapat didefinisikan sebagai pula ialah kerja penghasilan peralatan berguna untuk hiasan dengan mengunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas Kraftangan dapat dihasilkan dengan mengunakan pelbagai sumber sebagai bahanya .antaranya hasil rimba, logam, tanah, tekstil dan pelbagai lagi.
Pakaian tradisional menjadi identiti sesuatu kaum dan bangsa di Malaysia. Sebagai contoh, pakaian tradisional bagi kaum Melayu adalah baju kurung bagi perempuan
2
manakala baju melayu bagi lelaki. Masyarakat Cina pula, memakai cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki. Masyarakat India, pula menyarungkan kurta bagi lelaki dan sari bagi perempuan.
Oleh itu, kami ingin menjadikan tema kesenian dalam pelbagai kaum ini sebagai kajian projek kami. Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang sepi terhadapnya kerana tahap kesedaran mereka terlalu rendah. Sepatutnya, mereka harus menyedari bahawa warisan kebangsaan ini perlu dipelihara keranaia mempunyai seribu satu makna di sebaliknya.Semoga dengan kajian ini dapat menyedarkan kepentingan memelihara warisan seni di Negara kita dalam kalangan generasi masa kini.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Tujuan utama kami mengadakan projek kajian ini adalah berdasarkan beberapa pernyataan masalah yang timbul seperti yang berikut:
1) Pengetahuan umum masyarakat tentang jenis –jenis kesenian warisan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia.
2) Tahap kesedaran yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia tentang kepentingan menjaga warisan kesenian yang dimiliki oleh pelbagai kaum.
3) Cara masyarakat terutamanya golongan belia menjaga dan mengekalkan kepelbagaian yang wujud di Negara kita agar ianya berterusan
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini,terdapat beberapa objektif yang ingin kami capai dan dijadikan sebagai subjek utama kami.Objektif yang paling utama adalah untuk mengenali dan mempelajari mengenai kepelbagaian warisan kesenian yang wujud dalam setiap kaum dan etnik di Malaysia.
3
Selain itu ,objektif sampingan kami adalah untuk mengkaji dan menyiasat pengetahuan masyarakat tentang kewujudan warisan kesenian yang pelbagai di Malaysia.
Melalui kajian ini kami berharap agar kesedaran masyarakt dapat ditingkatkan agar menjaga warisan yang sedia ada ini dengan sebaik mungkin agar tidak lenyap ditelan zaman,
Melalui kajian ini juga ,pelajar dapat menguasai,mengumpul,merekod dan menganalisis data dan maklumat mengenai jenis-jenis warisan di Malaysia.
1.3 DEFINISI KAJIAN
Tajuk kajian yang dipilih untuk subjek Hubungan Etnik ialah Kepelbagaian Warisan Kesenian di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kepelbagaian bermaksud perihal atau keadaan yang pelbagai atau berbagai-bagai. Warisan pula boleh didefinisikan sebagai sesuatu harta atau pusaka yang diwarisi. Manakala perkataan kesenian boleh ditakrifkan sebagai perihal seni dan penetahuan umum tentang seni. Secara keseluruhannya, tajuk ini akan membantu kami mendalami berbagai- bagai jenis hasil kesenian yang diwarisi secara turun temurun di Malaysia.
1.5 RUMUSAN
Secara keseluruhannya ,pada bahagian ini kami memperihalkan tentang masalah yang kami hadapi dan kami lihat yang berlaku di sekeliling kami terutamanya dalam kalangan belia dan target responden kami adalah dalam kalangan belia yang berada di luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ,dan dalam masa yang sama kami turut lihat masalah tersebut berlaku dalam kalangan belia di sekitar UKM.Bahagian ini turut menerangkan tentang maksud kesenian iaitu tajuk yang telah kami pilih .
4
BAB II
SOROTAN LITERATUR
Tatkala disebut kesenian perkara pertama yang terlintas difikiran secara umumnya adalah suatu cabang yang menyalurkan bakat samaada bakat yang wujud secara semulajadi ataupun dilatih .Kesenian bagi setiap kaum yang ada di Malaysia adalah berbeza ,ini kerana ia dipengaruhi oleh budaya yang bergerak seiring dengan zaman.Kesenian dapat diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi.Terpulang kepada generasi tersebut untuk mengekalkan kesenian warisan tersebut dengan cara yang sama semasa diterima ataupun ditambah dengan sesuatu idea yang baru agar dapat menarik minat generasi pada zaman tersebut.
Namun para tokoh terdahulu mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai kesenian .Antaranya, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43).Seterusnya, Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).
Kesenian adalah salah satu dari maksud atau subcabang kebudayaan .Ini dinyatakan ;Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek
5
budaya, yang sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim, 1991).
Namun berbeza pendapat mengenai Kesenian bagi Laura H.Chapman dimana beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni. Pertama ialah seni adalah untuk masyarakat dan ini bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Atas alasan inilah,seni itu tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Seni perlu dikongsi bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya.
Kedua,seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan sesuatu karya seni.Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian,penerokaan,penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni.
Bagi pandangan tokoh dari barat pula,menurut Herbert Read,seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,keseronokan dan kesenangan estetik.Keceriaan ,keseronokan dan kesnagan estetika ini adalah kesan yang timbul daripada samaada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni .Kedua-dua pihak samaada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.
Seterusnya pandangan dari Clive Bell(Syed Ahmad Jamal ,1994 )berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya adalah emosi yang tersendiri dan berada dialam yang asing.
Menurut barat senia member bentuk tampak kepada bentuk terpendam ,dipersembahkan di dalam bentuk yang dapat disaksikan.
Crose dan Collingwood (Syed Ahmad Jamal ,1994 ) berpendapat bahawa karya seni itu, suatu imej mental.Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati.Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah penyataan rasa yang imaginatif.
6
Efland dan Chapman Seni adalah untuk masyarakat Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.LansingSeni dpt mengembangkan potensi pemikiran , sikap dan psikomotor. June McFee Menekan kepada kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya.Feldman Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.
Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau apa-apa yang berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan. Kesenian lahir dari sentuhan nuansa atau nurani yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni daripada Ensiklopedia Indonesia menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera penglihatan pendengaran (seni suara), (seni lukis) atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari atau drama) (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).
Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam Islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan agama Islam. Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.
"'Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan' Inilah prinsip yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabatnya." (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)
Imam Al-Ghazali dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya' menyatakan bahawa Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana tiap-tiap pancaindera itu ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing. Umpamanya pelihat (penonton atau khalayak), ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidaklah diterima akal bahawa semua
7
perkara yang melibatkan kesenian dan kebudayaan dilarang Allah kerana Allah telah menjadikan pancaindera untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Ianya hendaklah dikawal dan disalurkan kepada jalan yang baik (Prof. H.M Toha Yahya Omar M.A, 2002).
Islam juga tidak menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang bersifat kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan kerjasama kelompok dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan tradisi masyarakat tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan merupakan ekspresi suatu gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).
Keperluan lain dalam kehidupan manusia selain daripada makanan untuk memenuhi tuntutan jasmani ialah keperluan terhadap tuntutan rohani. Walaupun memenuhi keperluan rohani hanya bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini tetap merupakan sumber penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Keperluan rohani dapat dipenuhi menerusi beberapa sumber seperti daripada himpunan seni dalam bentuk alunan muzik, nyanyian, tarian, sukan, seni lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat memberikan ketenangan, hiburan dan melegakan tekanan dalam kehidupan manusia.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing- masing. Malah penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam usaha memupuk kesepaduan sosial. Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terserlah khususnya terhadap karya seni nukilan karyawan tempatan, di samping dapat membentuk hubungan sosial dalam proses penghasilan dan penghayatan setiap karya.
Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama, kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan. Umpamanya, dalam kerja menghasilkan karya muzik memerlukan komposer muzik, penyanyi, jurutera bunyi, alatan muzik, penulis lirik, penggubah lagu dan lain-lain aspek yang berkaitan. Proses penghasilan karya muzik juga melibatkan pelbagai kemahiran dan dalam konteks masyarakat
8
Malaysia, kemahiran tersebut biasanya diperoleh daripada himpunan kemahiran pelbagai etnik. Pembahagian kerja yang begitu rencam membentuk suatu jalinan hubungan yang saling bergantungan untuk memastikan sesuatu karya seni bermutu dapat dihasilkan yang akan dinikmati oleh masyarakat sebagai pengisian kepada keperluan rohani mereka.
Kedua, adalah kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni berkenaan. Mengambil satu contoh daripada penghasilan sebuah karya muzik, komposer muzik adalah daripada etnik Cina yang mendapat pendidikan muzik dari Barat dan pada masa yang sama ingin mengetengahkan bunyi daripada alat muzik tradisional Cina. Penulis lirik pula dari Sarawak yang ingin menghasilkan lirik yang sesuai dengan selera pendengar dalam kalangan etnik Melayu. Setelah selesai proses mencipta muzik dan lagu, pemilihan penyanyi pula tidak semestinya daripada etnik Melayu sahaja tetapi gabungan penyanyi daripada pelbagai etnik. Kerjasama daripada pelbagai etnik tersebut telah menghasilkan suatu bentuk karya muzik yang sempurna mengandungi unsur muzik campuran pelbagai etnik dan didengar serta dinikmati juga oleh masyarakat pelbagai etnik.
Pelbagai langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya belia untuk menceburkan diri didalam aktiviti kesenian di Malaysia. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di samping mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Pelbagai aspek kebudayaan dan kesenian dibangunkan bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang luas untuk menyokong pertumbuhan industri pelancongan. Sehubungan ini, usaha gigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat kebudayaan dan pembangunan budaya dan seni telah diambil.
Dalam tempoh RMKe-8, pelbagai program kebudayaan, kesenian dan warisan dilaksana bagi meningkatkan minat orang ramai terhadap seni danbudaya serta pemuliharaan warisan negara. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyatukan dasar dan program bagi menggiatkan lagi budaya, seni dan warisan negara serta menggubal strategi baru bagi meningkatkan
9
akses rakyat kepada seni.Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di kalangan generasi muda, pelbagai program dan aktiviti kebudayaan seperti kelab kebudayaan terus dianjur di sekolah rendah dan menengah. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 220 Kumpulan Tunas Budaya baru dengan 10,200 pelajar telah ditubuhkan di sekolah rendah dan 77 Kelab Kesenian Sekolah dengan 2,860 pelajar di sekolah menengah. Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga disediakan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis rasmi di peringkat negeri dan daerah sebagai usaha untuk menyebar kesedaran dan penghayatan budaya dan seni di kalangan lebih ramai rakyat Malaysia.
Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan terus menjadi agensi utama dalam melaksana program dan projek yang berkaitan dengan budaya, seni dan pemeliharaan warisan negara. Usaha ini akan dilaksanakan bersama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Penerangan serta kerajaan negeri
Walaubagaimanapun ,setiap pihak samaada kerajaan mahupun swasta perlulah berkerjasama berganding bahu untuk menarik minat para belia pada masa kini yang lebih berminat kearah teknologi yang semakin menguasai diri dan masa.Ini kerana
10
siapa yang akan mewarisi kesenian yang ada pada masa kini jika bukan belia yang bakal mengenggam dunia pada masa akan datang.
11
BAB III
METADOLOGI KAJIAN
3.1 LOKASI KAJIAN
Beberapa lokasi telah dipilih untuk menjalankan kajian ini supaya dapatan kajian yang lebih tepat, bersifat meluas dan tidak bersifat setempat boleh diperoleh dalam kajian ini. Antara lokasi kajian yang telah dipilih adalah Klang, Selangor, Rawang, Selangor, Batang kali, Selangor, dan Sungai Siput, Perak. Kajian ini telah dijalankan sekitar kawasan perumahan di lokasi kajian. Responden yang dipilih untuk kajian ini terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai sektor pekerjaan, pelbagai lingkungan usia dan kedua-dua jantina. Responden juga dipilih tanpa mengira taraf pendidikan mereka.
3.2 SUMBER DATA DAN RESPONDEN
50 orang responden terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai sektor pekerjaan, pelbagai lingkungan usia dan kedua-dua jantina telah digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Sember data yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada sumber internet, sumber buku, sumber orang, sumber journal dam sebagainya.
3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Bagi merealisasikan objektif kajian, dua kaedah telah digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklum balas daripada responden tentang kesedaran Menjaga Kepelbagaian Kesenian Antara Kaum di Malaysia. Kaedah pertama yang digunakan memperoleh pandangan responden adalah berbentuk soal selidik. Kaedah kedua pula adalah temu bual. Kaedah kajian seperti ini lazim digunakan dalam kajian deskriptif
12
dan kualitatif. Kaedah soal selidik mampu mencapai jumlah responden yang besar dan dalam menganalisis jawapan jika soalan tertutup digunakan (Munn & Drever, 1990). Kertas soal selidik telah disediakan berdasarkan objektif kajian. Kemudian, kami telah pergi beberapa rumah di lokasi kajian dan meminta 50 orang responden untuk mengisi kertas soal selidik tersebut. Seterusnya, kaedah temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Temu bual merupakan suatu permincangan yang bermakana di antara dua atau lebih yang dapat membantu dalam mengumpul data yang sah dan boleh dipercayai yang berkaitan dengan objektif kajian (Kahn dan Cannel, 1957). Temu bual dengan bersemuka membolehkan individu berkomunikasi secara peribadi dan memberi kemungkinan dalam mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian. Tugasan utama dalam menjalankan temu bual adalah untuk memahami apa yang disampaikan oleh responden (Kvale, 1996). Kami telah menemu bual beberapa orang responden untuk mendapatkan informasi dan pendapat mereka tentang kesedaran Menjaga Kepelbagaian Kesenian Antara Kaum di Malaysia. Selain itu, Kaedah pemerhatian dan Kaedah rujukan juga digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat tentang Kesedaran Menjaga Kepelbagaian Kesenian Antara Kaum di Malaysia selain daripada maklum balas responden. Kami ingin mengadakan pemerhatian mengenai warisan kesenian yang sedia ada di sekeliling kami seperti tulisan khat, tulisan cina, penulisan kolam dan pelbagai lagi. Kami juga akan mengadakan beberapa rujukan di PTSL UKM, internet, Surat Khabar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan yang dapat membantu kami melengkapkan kajian kami ini.
3.4 KAEDAH ANALISIS DATA
Data yang telah dikumpul dianalisis berdasarkan objektif kajian yang ingin dicapai. Data yang telah dianalisis telah menunjukkan kepelbagaian yang wujud dari aspek kesenian dalam kalangan rakyat Malaysia. Data ini telah dibincangkan secara mendalam dalam hasil kajian.
13
3.5 RUMUSAN
Kajian ini berjaya dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah temu bualsoal selidikkaedah rujukan dan 50 orang responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai sektor pekerjaan, pelbagai lingkungan usia dan kedua-dua jantina bagi mencapai objektif kajian.
14
BAB IV
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 ANALISIS DATA BERDASARKAN SOALAN KAJIAN
15
16
17
18
19
4.2 KESEDARAN MASYARAKAT TERUTAMA GOLONGAN BELIA TERHADAP KEPELBAGAIAN KESENIAN DALAM KAUM
4.3 RUMUSAN
20
BAB V
RUMUSAN
Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana telah dapat menyelesaikan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Berdasarkan kajian yang telahdijalankan melalui pelbagai kaedah dalam pengumpulan data, analisis data dan sebagainya, didapati majority rakyat Malaysia memiliki pengetahuan am mengenai jenis-jenis kesenian warisan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia. Disamping itu, melalui kajian ini juga dapat member pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga warisan kesenian yang dimiliki oleh pelbagai kaum.Malahan, pembelajaran kepelbagaian kesenian kaum yang lain secaratidaklangsungmemupuknilai-nilaimurnidalamdirimereka yang ingin mencuba benda baru secara tidak langsung member pendedahan kepada masyarakat mengenal dengan lebih mendalam tentang seni budaya kaum lain dan meningkatkan kretiviti diri kearah mencapai kejayaan.
Oleh itu, pelbagai inisiatif perlu dijalankan dalam meningkatkan lagi penglibatan masyarakat pelbagai kaum terutamanya golongan muda dalam memartabatkan kesenian ke persada Negara seperti menjalankan kempen kesedaran, mengadakan pertandingan berasakan kesenian kebudayaan kaum yang disertai oleh peserta pelbagai kaum dan sebagainya.Kami berharap agar warisan kesenian ini tidak hilang ditelan zaman.
21
RUJUKAN
Shamsul Amri Baharuddin.2012.Modul Hubungan Etnik.Ed.ke-2. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noraini,Suhaida .Memperkenalkan Warisan Kesenian http://senidance.blogspot.com/2012/04/memperkenalkan-warisan- kesenian .html (25 November 2014).
Jecy Lim.Tarian tradisional Malaysia.http://tariantradisional.blogspot.com/
(23 November 2014).
2