Group123SejSPM 0
Penghargaan
Bersyukur
kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya group 123sejspm telah berjaya menghasilkan modul Kupasan Jawapan Soalan SPM 2015 mengikut format terkini .Penghasilan modul ini merupakan cetusan idea En Mike Mahen dan mendapat sokongan daripada Ahli Jawatankuasa group serta beberapa orang ahli group ini.Modul ini dihasilkan dengan kerjasama ahli-ahli ahli -ahli group yang mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa kertas Sejarah SPM. Kawalan mutu modul ini dilaksanakan oleh: 1. En. Mike Mahen
Maktab Tentera DiRaja Sungai Besi,KL
2. Pn.Hanita binti Ahmad
SMK Seri Raub,RaubPahang
3. En.Sarapa bin Ismail
MRSM Pengkalan Chepa,Kelantan
4. Puan Faizah binti Abdul Akib.
SMK Dato’Syed Ahmad, Dato’Syed Ahmad, Kuala Kuala Nerang,Kedah
Pihak kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas komitmen guruguru yang telah menyumbang jawapan modul ini.Namun begitu,pihak kami telah membuat pengubahsuaian supaya menepati peraturan pemarkahan SPM terkini. Modul ini hanya sebagai satu contoh model jawapan mengikut Aras 3 khasnya untuk soalan KBAT esei. Modul ini diharapkan dapat menjana idea dan pengetahuan kepada semua guru sejarah dalam group ini untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM 2016 supaya mereka mengemukakan jawapan ARAS 3
selaras dengan kehendak peraturan
pemarkahan sejarah SPM. Pihak kami amat
berharap jalinan kerjasama secara maya ini menjadi satu
wadah untuk kita bersama-sama merealitikan kelulusan cemerlang para pelajar kita dalam mata pelajaran sejarah SPM 2016 dan tahun-tahun mendatang. Semoga modul Kupasan Jawapan SPM mengikut format terkini terkini ini dapat memberi manfaat kepada kepada anak-anak didik kita untuk mendapat Sijil SPM. Sesungguhnya penghasilan modul ini berkat kerjasama dan ukhwah yang terjalin dalam kalangan ahli group 123Sejarahspm. 123Sejarah spm.
Group123SejSPM 1
Penghargaan
Bersyukur
kita ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya group 123sejspm telah berjaya menghasilkan modul Kupasan Jawapan Soalan SPM 2015 mengikut format terkini .Penghasilan modul ini merupakan cetusan idea En Mike Mahen dan mendapat sokongan daripada Ahli Jawatankuasa group serta beberapa orang ahli group ini.Modul ini dihasilkan dengan kerjasama ahli-ahli ahli -ahli group yang mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa kertas Sejarah SPM. Kawalan mutu modul ini dilaksanakan oleh: 1. En. Mike Mahen
Maktab Tentera DiRaja Sungai Besi,KL
2. Pn.Hanita binti Ahmad
SMK Seri Raub,RaubPahang
3. En.Sarapa bin Ismail
MRSM Pengkalan Chepa,Kelantan
4. Puan Faizah binti Abdul Akib.
SMK Dato’Syed Ahmad, Dato’Syed Ahmad, Kuala Kuala Nerang,Kedah
Pihak kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas komitmen guruguru yang telah menyumbang jawapan modul ini.Namun begitu,pihak kami telah membuat pengubahsuaian supaya menepati peraturan pemarkahan SPM terkini. Modul ini hanya sebagai satu contoh model jawapan mengikut Aras 3 khasnya untuk soalan KBAT esei. Modul ini diharapkan dapat menjana idea dan pengetahuan kepada semua guru sejarah dalam group ini untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM 2016 supaya mereka mengemukakan jawapan ARAS 3
selaras dengan kehendak peraturan
pemarkahan sejarah SPM. Pihak kami amat
berharap jalinan kerjasama secara maya ini menjadi satu
wadah untuk kita bersama-sama merealitikan kelulusan cemerlang para pelajar kita dalam mata pelajaran sejarah SPM 2016 dan tahun-tahun mendatang. Semoga modul Kupasan Jawapan SPM mengikut format terkini terkini ini dapat memberi manfaat kepada kepada anak-anak didik kita untuk mendapat Sijil SPM. Sesungguhnya penghasilan modul ini berkat kerjasama dan ukhwah yang terjalin dalam kalangan ahli group 123Sejarahspm. 123Sejarah spm.
Group123SejSPM 1
KANDUNGAN BILANGAN 1
Soalan 1
Soalan 2
Soalan 3
Soalan 4
TAJUK PENGHARGAAN
a) Namakan kerajaan agraria yang yang bertanda (2m) b) Nyatakan d u a kegiatan kegiatan ekonomi kerajaan tersebut (2m) c) Apakah faktor fakt or yang mempengaruhi kegiatan ekonomi kerajaan tersebut? Berikan penjelasan anda. (3m) d) Jelaskan sumbangan kerajaan agraria kepada tamadun awal di AsiaTenggara AsiaTenggara (3m) a) Matlamat Ferdinand Magellan belayar mengelilingi dunia? (2m) b) Jelaskan faktor kejayaan pelayaran tersebut (2m) c) Mengapakah pelayaran pelayaran itu penting kepada Sepanyol?(3m) d) Adakah pelayaran tersebut menjejaskan menjejaskan masyarakat di luar Eropah? Kemukakan alasan anda (3m) Pakatan Murni telah terbentuk sejak sebelum pembentukan Parti Perikatan a) Jelaskan maksud pakatan murni. (2m) b) Terangkan usaha yang telah dibuat untuk menjayakan pakatan murni sebelum merdeka (2m) c) Huraikan faktor kejayaan pakatan murni sebelum merdeka (3m) d) Mengapakah pakatan murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat? (3m) Perlembagaan merupakan satu daripada ciri penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. a) Apakah maksud perlembagaan? (2m) b) Berikan d u a contoh contoh peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. (2m) c) Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip ketiga rukun negara. Huraikan prinsip tersebut. (3m) d) Mengapakah perlembagaan penting kepada negara? (3m)
MUKA SURAT 1
5-6
6-7
8
9
Group123SejSPM 2
Soalan 5
Soalan 6
Soalan 7
Soalan 8
Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah- Sumber: Farmer,”Comparative History of Civilisation “ a) Bagaimanakah perluasan kuasa dilakukan oleh tamadun tersebut? (6m) b) Peta 3 : Kawasan berlorek adalah wilayah empayar Yunani semasa pemerintahan Alexander the Great. Mengapakah kawasan tersebut menjadi sasaran perluasan Yunani? (8m) Gunakan maklumat daripada peta dan pengetahuan anda. c) Adakah perluasan kuasa masih berlaku pada abad ke-21 ini ? Berikan pendapat dan hujah anda. (6m) Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW dan perkembangan Islam a) Jelaskan konsep hijrah (4m) b) Mengapakah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah ? (6m) c) i) Hjrah menjadi titik tolak kepada pembentukan negara Islam Madinah. Jelaskan pernyataan tersebut. (6m) ii) Berikut adalah lirik lagu semperna majlis sambutan Maal Hijrah di Malaysia.Ulaskan maksud lirik lagu tersebut. (4m) a) Jelaskan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. (8m) b) Teori manakah yang paling tepat dalam menghuraikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara? Beri hujah anda. (6m) c) Sejauh manakah perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam? (6m) a) Terangkan ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu pada zaman penjajah. (6m) b) Mengapakah British mengabaikan ekonomi tradisional? (6m) c) i) Jelaskan ciri-ciri ekonomi dagangan. (4m) (ii) Mengapakah British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan? (4m)
10-13
14-16
17-19
20-23
Group123SejSPM 3
Soalan 9
Akhbar berikut mula diterbitkan pada tahun 1930-an a) Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut pada ketika itu? Berikan penjelasan anda (4m) b) Bagaimana isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu (6m) c) Akhbar berikut berada di pasaran masa kini. i) Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut ? Berikan penjelasan anda (4m) ii) Berikan cadangan anda untuk meningkatkan peranan akhbar dalam memajukan masyarakat. (6m)
Soalan 10
a) Berdasarkan Sumber 1, jelaskan tentang sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka. (8m) b) Mengapakah sistem pendidikan dalam Sumber 1 wujud pada zaman penjajah? (6m) c) Teliti Sumber 2 : Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020? (6m)
Soalan 11
Perang Dunia Kedua berlaku dari tahun 1939 - 1945. a) Mengapakah peperangan tersebut berlaku? (6m) b) Jelaskan kesan perang tersebut terhadap keamanan dunia. (8m) c) Gambar : Senjata canggih yang digunakan dalam peperangan pada abad ini. Berdasarkan perkembangan teknologi persenjataan masa kini, ramalkan masa depan dunia. (6m)
24-27
28-31
32-35
Group123SejSPM 4
Bahagian A
( 40 markah ) Jawab semua soalan Soalan 1: Soalan berdasarkan Peta 1
(a) Namakan kerajaan agraria yang bertanda : ( 2 markah ) X Funan Y Angkor (b)
Nyatakan d u a kegiatan ekonomi kerajaan tersebut ( 2 markah )
(i)
Berasaskan pertanian (F) seperti menanam padi sawah (C).
(ii)
Menangkap ikan (F).
-
Mengumpul hasil hutan (F) dan menternak binatang (F).
(c)
Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi kerajaan tersebut? Berikan penjelasan anda. ( 3 markah )
Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi kerajaan agraria ialah tanah subur (F) serta iklim (F) yang panas dan lembap sepanjang tahun (H) sesuai untuk aktiviti pertanian (H ) seperti menanam padi (C). Di samping itu, lokasi yang sesuai (F) iaitu berhampiran dengan sungai (H ) seperti Sungai Mekong .Selain itu kemudahan pengairan (F) dan baray (F) untuk mengairi kawasan (C) pertanian (H).
Group123SejSPM 5
d)
Jelaskan sumbangan kerajaan agraria kepada tamadun awal di AsiaTenggara ( 3 markah )
Sumbangan kerajaan agraria kepada tamadun awal di Asia Tenggara ialah membekalkan bahan mentah (F) seperti kayu keras untuk membuat kapal (C) serta bahan makanan (H ) seperti beras (C). Selain itu, sistem pengairan dibina (F) untuk mengairi kawasan pertanian (H ) seperti pembinaan baray (C )
SOALAN 2 : Peta 2 menunjukkan arah pelayaran Ferdinand Magellan dan anak kapalnya pada abad ke-16
2(a) atlamat Ferdinand Magellan belayar mengelilingi dunia? ( 2 markah ) (i) Untuk menguasai ekonomi (F) seperti emas, sutera dan rempah (C).
(ii)
Untuk menyebar agama kristian (F). - Untuk memperluaskan tanah jajahan (F ) dan kemegahan negara mereka (F).
(b) Jelaskan faktor kejayaan pelayaran tersebut
( 2 markah )
Faktor kejayaan pelayaran ialah galakan dari pemerintah (F) untuk meneroka jalan laut. (H). Selain itu sikap optimistik (F) serta keberanian mereka melakukan
pelayaran.
(F). Seterusnya,kemahiran
ilmu pengetahuan yang
mereka miliki (F) seperti kemahiran geografi (C ) dan berjaya mencipta kompas (C).
Group123SejSPM 6
2(c)
Mengapakah pelayaran itu penting kepada Sepanyol? Berikan alasan anda. ( 3 markah )
Pelayaran itu penting kepada Sepanyol untuk menunjukkan imej dan kemegahan mereka (F) sebagai bangsa penjajah baru (H ) bagi memiliki tanah jajahan yang luas (H) contohnya mereka berjaya menguasai Filipina (C). Selain itu mereka berjaya menguasai ekonomi di Timur (F) bagi kepentingan mereka (H ) seperti emas dan perak di tanah jajahan mereka (C). Selain itu berjaya
menyebarkan agama kristian (F).
(d) Adakah pelayaran tersebut menjejaskan masyarakat di luar Eropah? Kemukakan alasan anda. ( 3 markah )
Ya. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka kehilangan bahan mentah (F) yang menjadi sumber pendapatan utama jika mereka tenerokai sendiri (H ) seperti rempah ratus,bijih timah dan emas (C). Selain itu masyarakat luar Eropah ditindas (F) iaitu mereka terpaksa bekerja tanpa upah (H ) dan perlu membayar cukai yang tinggi (H ) seperti Sistem Polo di Filipina (C )
Group123SejSPM 7
SOALAN 3 Pakatan Murni telah terbentuk sejak sebelum pembentukan Parti Perikatan 3(a) Jelaskan maksud pakatan murni. ( 2 markah )
Pakatan murni ialah usaha semua kaum menghasilkan satu kerjasama (F) dan tolak ansur politik (F) bagi menyatupadukan semua kaum (F) melalui rundingan (F).
(b)
Terangkan usaha yang telah dibuat untuk menjayakan pakatan murni sebelum merdeka ( 2 markah )
Antara usahanya ialah penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC ) (F) yang dianggotai oleh UMNO ,MCA dan MIC (H). Rundingan UMNO dengan CLC (F ) telah membawa kepada penubuhan RIDA (H). Selain itu penubuhan Parti kemerdekaan Malaya (IMP ) (F ) oleh Dato’ Onn Jaafar (H). (c)
Huraikan faktor kejayaan pakatan murni sebelum merdeka. ( 3 markah ) Faktor kejayaannya ialah dapat mewujudkan semangat kerjasama antara kaum
iaitu kaum (F). Hal ini telah memudahkan perundingan antara semua kaum (H) Melayu , Cina dan India (C). Kejayaan ini didorong oleh semangat cinta akan negara (F) bagi menolak campur tangan asing (H ) contohnya semua pemimpin pelbagai kaum bersatu hati (C ) dalam perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu (H). 3(d) Mengapakah pakatan murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat? ( 3 markah )
Pakatan murni penting kerana dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu (F) bagi menjana pembangunan negara (H ) seperti dalam perladangan dan perlombongan (C). Oleh itu, semua rakyat dapat menikmati taraf hidup yang tinggi (I ). Selain itu sistem politik yang stabil dapat diwujudkan (F) supaya semua kaum dapat hidup secara aman (H ) dan sejahtera (H) .
Group123SejSPM 8
SOALAN 4 Perlembagaan merupakan satu daripada ciri penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. 4 (a) Apakah maksud perlembagaan?
( 2 markah ]
Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi (F) yang terkandung peraturan dan panduan mentadbir negara (F) serta dapat menentukan hala tuju Negara (F).
(b)
Berikan d u a contoh peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. [ 2 markah ]
Contoh peruntukan dalam perlembagaan Malaysia ialah Senarai Kerajaan Persekutuan (F ) dan senarai Kerajaan Negeri (F) Selain itu terdapat bidang kuasa Institusi Yang di-Pertuan Agong (F), kuasa Parlimen (F), kuasa Jemaah Menteri (F) dan Badan Kehakiman (F). (c) Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip ketiga rukun negara. Huraikan prinsip tersebut. [ 3 markah ]
Keluhuran perlembagaan bermaksud ketertinggian undang- undang (F) yang mengatasi semua kuasa (H ) seperti kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Jemaah Menteri. (C) Oleh itu undang – undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan terbatal ( I ). (d) Mengapakah perlembagaan penting kepada negara? [ 3 markah ]
Perlembagaan negara penting kerana dapat mewujudkan sistem politik yang stabil (F) supaya rakyat dapat hidup secara aman (H). Contohnya perlembagaan dapat mengawal tingkahlaku seseorang (C). Selain itu, perlembagaaan dijadikan sebagai panduan dalam pentadbiran (F) supaya dapat mewujudkan pentadbiran yang adil dan jujur (H). Maka dengan itu sistem pentadbiran negara akan dilaksanakan dengan lancar ( I ) .
.
Group123SejSPM 9
Bahagian B ( 60 markah ) Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini SOALAN 5 Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah. Sumber : Farmer, “Comparative History of Civilisations”
(a)
Bagaimanakah perluasan kuasa dilakukan oleh tamadun tersebut? [6 markah]
Perluasan kuasa yang dilakukan oleh Chandragupta Maurya dalam tamadun India telah membentuk empayar Maurya (F) . Beliau telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India (H ) .Sebaliknya semasa pemerintahan Asoka (H), beliau lebih menekankan dasar terbuka dan lembut (F) dengan menekankan
ajaran agama Buddha (H).
Sistem pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak (F) telah dilakukan oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin) dalam tamadun China (H ) , melalui pemerintahan berpusat (H) dan
menghapuskan kuasa golongan bangsawan
dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir (H).
Perluasan kuasa yang dilakukan oleh tamadun Yunani adalah dengan cara penyebaran budaya (F). Alexander the Great (H ) terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik (H ) yang tersebar di kota-kota utama empayar Yunani seperti Iskandariah (H).
Group123SejSPM 10
5(b)
Kawasan berlorek dalam Peta 3 adalah wilayah empayar Yunani semasa pemerintahan Alexander the Great.
Mengapakah kawasan tersebut menjadi sasaran perluasan Yunani? Gunakan maklumat daripada peta dan pengetahuan anda. [8 markah]
Alexander the Great menjadikan kawasan berlorek sebagai sasaran perluasan kuasa Yunani kerana Tamadun Mesir Purba (H) yang merupakan pusat tamadun awal Selain itu,Lembah Sungai Nil kaya dengan pokok papyrus (H ) yang digunakan untuk (F) menghasilkan kertas (C).
Di samping itu, sasaran perluasan kuasa Yunani adalah di kawasan lembangan sungai utama (F) . Kawasan yang berhampiran sungai mempunyai tanah yang subur (H ) untuk pertanian (H). Oleh itu, hasil pertanian dari
(H )
Sungai
Indus,Sungai Nil dan Sungai Tigris Euphrates (H ) akan digunakan untuk menampung keperluan makanan penduduk Yunani (H).
Tamadun Mesopotamia yang terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates banyak menyumbang kepada penciptaan roda dan kincir air (F) . Penciptaan roda menyumbang kepada penggunaan kereta kuda terutama untuk kegunaan perang (H). Selain itu perhubungan kawasan tersebut juga sangat mudah (F) kerana melalui jalan laut (H). Oleh itu kegiatan perdagangan dapat dilakukan dengan mudah (H) kerana kedudukan yang strategik (H).
Group123SejSPM 11
5c)
Adakah perluasan kuasa masih berlaku pada abad ke-21 ini ? Berikan pendapat dan hujah anda. [6 markah]
Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3 Contoh 1
Perluasan kuasa tidak berlaku pada abad ke-21.
Hal ini dikatakan demikian kerana semua negara di dunia telah merdeka (F) dan mempunyai pentadbiran (H) serta perlembagaan tersendiri (H). Contohnya Malaysia telah merdeka pada 31 Ogos 1957 (C). Oleh itu setiap negara perlu menghormati kedaulatan dan tidak boleh menceroboh negara lain (H ) Keadaan ini telah mewujudkan sistem politik yang stabil dan negara yang aman ( I ).
Terdapat undang-undang antarabangsa (F) yang menghalang pencerobohan sesebuah negara (H ) seperti yang terkandung dalam Piagam Atlantik 1945 (C ) . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhak mengambil tindakan ke atas negara penceroboh (H). Tugas ini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan di PBB. (H) iaitu sebarang pertikaian antara negara perlu diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (H ) .
Selain itu pada abad ini setiap negara terdapat dasar-dasar luar negara masingmasing (F ) . Secara tidak langsung telah mewujudkan kerjasama ekonomi, sosial dan politik yang luas antara negara-negara (H). Sesebuah negara boleh
memajukan
kepentingan ekonomi melalui perdagangan antarabangsa (C ) dan pelaburan (C ) , bukan lagi melalui penjajahan ( I ).
Group123SejSPM 12
5c)
Adakah perluasan kuasa masih berlaku pada abad ke-21 ini ? Berikan pendapat dan hujah anda. [6 markah]
Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3
Contoh 2
Ya, Perluasan kuasa berlaku pada abad ke-21. . Hal ini dikatakan demikian kerana, masih berlaku peperangan. (F) Contohnya Amerika Syarikat menyerang Iraq (C) untuk mendapatkan minyak (H ) . Selain itu, Amerika Syarikat juga membalas dendam (H ) dengan menyerang Afghanistan .Keadaan ini menyebabkan wujudnya politik yang tidak stabil (H ) dan negara yang (C ) tidak aman (H). Kepentingan diri merupakan faktor penentu berlakunya imperialisme pada abad ke-21 ( I ).
Selain itu pergolakan politik masih berlaku di Palestin (F) kerana pencerobohan Israel (H ) untuk menguasai tanah di Palestin (H ) . Hal ini membuktikan Israel ingin meluaskan pengaruh dan wilayahnya. (H ) Imperialisme Barat juga berlaku secara tak langsung iaitu penjajahan minda (F ) . melalui penularan budaya Barat (H ) contohnya perfileman Barat (C ) , pakaian, (C) muzik (C ) dan sebagainya. Pengaruh ini semakin kuat melalui penyebaran teknologi maklumat dan komunikasi tanpa sempadan ( I )
Group123SejSPM 13
SOALAN 6 Peristiwa hijrah merupakan peristiwa penting dalam perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan perkembangan Islam.
a) Jelaskan konsep hijrah
[4 markah]
Konsep hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain .iaitu perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari Kota Makkah kepada (F) Madinah (F) . Perpindahan ini merupakan usaha untuk memperkukuh Islam dan strategi baharu penyebaran Islam (F) .Selain itu hijrah merupakan perjuangan menegakkan kebenaran (F) dan perubahan daripada sifat buruk kepada lebih baik (F) .Hijrah juga merupakan semangat ingin berubah sikap,cara berfikir dan tingkah laku (F ) .
b]
Mengapakah Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam berhijrah? [6 markah]
Menilai
Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam berhijrah dari Kota Makkah Ke Madinah setelah menerima wahyu Allah (F) disebabkan
perancangan orang musyrikin untuk
membunuh Rasulullah (H) ,maka Nabi Muhammad diperintah supaya berhijrah ke Madinah (H)
.Selain itu hijrah merupakan strategi penyebaran Islam (F) dan strategi dakwah dapat dirancang (F) .Di samping itu,Hijrah juga disebabkan oleh jemputan penduduk Madinah (F) untuk melantik Rasulullah sebagai pemimpin mereka
(H)
untuk
menyelesaikan konflik suku Aus dan khazraj yang sedang bertelagah (H). Selain itu, hijrah Rasulullah ke Madinah dapat membentuk negara Islam pertama dunia (F) ,iaitu undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya (H). Contohnya melalui Piagam Madinah, kaum muhajirin diberi jaminan keselamatan oleh penduduk Madinah (C). Hal ini secara tidak langsung telah memperkukuh kedudukan Islam ( I )
Group123SejSPM 14
6 c (i)
Hijrah menjadi titik tolak kepada pembentukan negara
Menganalisis / Menilai
Islam Madinah. Jelaskan pernyataan tersebut ( 6 markah )
Hijrah menjadi titik tolak kepada pembentukan negara Islam Madinah kerana Nabi Muhammad dilantik sebagai pemimpin (F) . Malah nabi Muhammad s.a.w telah menggubal Piagam Madinah (F) untuk pembentukan negara Madinah (H ) . Piagam Madinah merupakan Perlembagaan Bertulis pertama di dunia yang berpandukan wahyu Allah (H ) dan mengandungi 47 fasal berkaitan dengan orang Islam dan Yahudi (H ) . Hijrah juga dapat menyatukan umat Islam (F) dengan bukan Islam dan antara orang Islam dengan Yahudi (H). Undang-undang Islam dapat dilaksanakan dengan baik dan adil. (F) serta mempersaudarakan Islam antara orang Aus dan Khazraj (H ) . Kalendar hijrah (F) telah digunakan dalam kiraan takwim Islam (H ) dan masjid dapat berfungsi dengan baik (F) sebagai pusat ibadat dan kemasyarakatan (H ) .
Group123SejSPM 15
6 c ii) Berikut adalah lirik lagu nasyid sempena majlis sambutan Maal Hijrah di Malaysia.
Hijrah Hijrah Hijrah Hijrah
itu pengorbanan itu perjuangan itu persaudaraan membentuk perpaduan
Ulaskan maksud lagu lirik tersebut.
[4 markah]
Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3
Melalui lirik lagu. Hijrah itu pengorbanan membawa maksud seorang individu atau masyarakat sanggup berkorban (F ) untuk mengembangkan dan memperkukuh agama Islam (H). Kita haruslah mengorbankan kepentingan diri dan harta demi mencapai matlamat tersebut (H). Contohnya orang Islam Makkah mengorbankan harta benda (C ) serta meninggalkan kampung halaman dan saudara mara berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan agama Islam (C). Pada hari ini setiap individu perlu berkorban untuk menegakkan agama Islam ( I ).
Hijrah itu perjuangan bermaksud kita perlu berjuang
untuk menegak (F)
kebenaran (H ) dan meninggalkan segala keburukan (H ) Contohnya Nabi Muhammad s.a.w sendiri menghadapi pelbagai rintangan dan halangan ketika berhijrah ke Madinah (C). Namun baginda tidak putus asa dan tetap berjuang untuk menegakkan agama
Islam (C). Pada hari ini orang Islam menghadapi pelbagai cabaran untuk menegakkan Islam maka setiap individu perlu berjuang untuk agama Islam ( I ) Hijrah itu persaudaraan memberi pengajaran (F) bahawa kita perlu bersaudara dan bersatu berdasarkan Islam (H ) bukan lagi berasaskan semangat asabiah (H). Contohnya selepas peristiwa hijrah suku Aus dan Khazraj di Madinah yang sering bersengketa didamaikan berdasarkan semangat ukhwah (C). Begitu juga golongan Ansar dan Muhajirin disatukan atas dasar Islam (C). Semua ini berlaku selepas peristiwa hijrah. Oleh itu semua orang Islam di mana jua perlu hidup bagai saudara mara sendiri dan bantu membantu satu sama lain ( I ).
(F )Fakta (H) Huraian (C) Con toh (I) Inferen s
Group123SejSPM 16
7
a)
Jadual berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Teori Islam dari Semenanjung Tanah Arab
Tokoh John Crawford dan Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas
Islam di China
Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi
Islam dari India
Snouck Hurgronje
Berdasarkan jadual tersebut dan pengetahuan anda, jelaskan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Mengingat / Memahami
( 8 markah )
Terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.Islam dari Semenanjung Tanah Arab , berdasarkan pendapat tokoh John Crawford dan Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas (F) Di mana catatan China membuktikan adanya petempatan pedagang Arab di Canton / Amoy sejak tahun 300 masihi (H) . Hal ini dapat dibuktikan dengan persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Arab (H ) . Selain itu, adat resam Melayu banyak pengaruh Arab (H ) .
Menurut pandangan Emanuel Gadinho Fredia dan S.Q Fatimi mereka menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China (F) . Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Surat di Terengganu (H ) . Islam telah muncul di China iaitu di bandar Canton (H ) . Selain itu, seni bina madrasah dan pondok unsur seni bina tokong dapat mengukuhkan bukti ini (H ) .
Menurut pandangan, Snouck Hurgronje beliau menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India (F) . Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu nisan (H ) . Hal ini dikatakan demikian kerana, batu nisan tersebut mempunyai ciri-ciri buatan India (H ) . Selain itu, upacara persandingan Islam adalah sama seperti masyarakat India (H) . Bukti yang seterusnya ialah seni bina masjid yang juga mempunyai unsur India (H ) . Sebagai contoh, Taj Mahal mempunyai unsur yang sama dengan masjid-masjid di Asia Tenggara (C ) .
Group123SejSPM 17
7b) Teori manakah yang paling tepat dalam menghuraikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara? Beri hujah anda. ( 6 markah )
Menilai
Jawapan 1
Teori yang paling tepat dalam menghuraikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah teori Islam dari Semenanjung Tanah Arab
Hal ini dibuktikan apabila ramai pemerintah yang telah diislamkan (F) oleh mubaligh Arab (H)
seperti raja Pasai (C). Di samping itu, ramai rakyat jelata yang
memeluk Islam kerana mentaati raja (H). Kitab-kitab yang digunakan juga semuanya datang dan Tanah Arab (F). Begitu juga banyak istilah Arab digunakan dalam bahasa Melayu dan Indonesia (F) seperti “kuat”, “hasil” “adab” (C) malah digunakan dalam urusan rasmi mahupun urusan harian yang meluas berbanding istilah India dan China yang terhad (H). Penggunaan tulisan jawi (F) yang digunakan juga merupakan pinjaman daripada perkataan Arab (H ) . Seterusnya, penceritaan juga bermula mengenai Islam (H) seperti Hikayat Nabi Bercukur (C). . Jawapan 2
Saya berasa teori Snouck Hurgronje yang menyatakan bahawa Islam datang dari India ke Asia Tenggara adalah tepat.Hal ini
dikatakan demikian kerana India
merupakan negara yang pertama menerima Islam (F) selain daripada orang Arab (F). Bukti-bukti yang sedia ada seperti batu nisan di Pasai (C) yang buatannya mengikuti ciri-ciri India juga memperkukuh teori ini. (H ) Selain itu, pemakaian inai oleh orang Melayu (F) semasa kahwin menjadi satu bukti kukuh kerana amalan memakai ini merupakan amalan orang India (H ) . Selain itu, seni bina masjid (F) yang menyerupai Taj Mahal di India
. dan (H )
majlis persandingan (F ) yang dibuat oleh orang Melayu merupakan pengaruh orang India (H).
Group123SejSPM 18
7c) Sejauh manakah perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam?
( 6 markah )
Menganalisis
Perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara ialah telah mengubah sistem sosial masyarakat yang dahulunya mempunyai kelas (F ) . Hal ini dikatakan demikian kerana Islam mementingkan konsep persaudaraan dan persamaan taraf antara manusia (H) iaitu kita semua dikenali sebagai satu ummah (C).
Selain itu, nilai-nilai akhlak Islam telah dijadikan panduan dalam kehidupan harian (F). iaitu kemurnian Islam jelas tergambar dalam cara hidup yang diamalkan oleh orang Melayu (H) seperti amalan gotong – royong di kampung-kampung (C). Masyarakat di Asia Tenggara telah mementingkan permuafakatan ( I ) . Begitu juga dari segi cara berpakaian, masyarakat memakai pakaian
yang (F)
menutup aurat
bersesuaian dengan kehendak syariat Islam (H ) . Sebagai contoh, wanita memakai baju kurung dan tudung (C)..
Perubahan juga berlaku dari segi motif ukiran dalam senibina dan seni ukir kayu yang berbentuk haiwan kepada motif bunga-bungaan dan geometri (H). Contoh (F) unsur seni ini boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah- rumah kediaman (C).
Group123SejSPM 19
8. a)
Terangkan ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu pada zaman penjajah. ( 6 markah)
Memahami
Ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat melayu pada zaman penjajah ialah berbentuk sara diri (F) . iaitu pertanian dijalankan untuk keperluan keluarga sahaja (H) Contoh kegiatan ekonomi tradisonal ialah menanam padi dan tanaman sampingan seperti ubi, sayur serta menangkap ikan dan mencari hasil hutan (C). . Bagi masyarakat Melayu lebihan hasil pengeluaran (F) biasanya digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat
(H).
Contohnya pertukaran
barangan,kenduri-kendara, pembahagian zakat, sedekah atau hadiah (C) Mereka juga hanya mengunakan modal yang kecil sahaja (F) .Hal ini dikatakan demikian kerana,bilangan buruh yang tidak ramai iaitu melibatkan ahli keluarga sahaja (H) Contohnya di kawasan kampung (C).. Selain itu, ekonomi tradisional hanya menggunakan teknologi tradisional seperti cangkul dan sabit (C ) . Kegiatan ekonomi tradisional banyak dilakukan oleh (F) masyarakat Melayu di kawasan pendalaman (H ) . Ekonomi tradisional tidak membawa pulangan yang lumayan. Sebaliknya hanya cukup untuk kelansungan kaum sahaja ( I ) .
Group123SejSPM 20
b) Mengapakah British mengabaikan ekonomi tradisional? ( 6 markah) Menilai
Contoh 1 British mengabaikan ekonomi tradisional di Tanah Melayu kerana British
memberi fokus kepada ekonomi dagangan (F) yang dapat memberi keuntungan yang besar kepada British (H ) seperti kegiatan ekonomi perlombongan / perladangan / perdagangan (C).
British juga mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional supaya bekalan makanan berterusan di Tanah Melayu (F) . Hal ini bertujuan mengelakkan pergantungan kepada makanan Import yang menyebabkan kos import meningkat (H ) . Tanaman seperti tanaman padi dapat dikekalkan supaya dapat menyediakan makanan berterusan (C ) .
Selain itu, British juga tidak mengganggu tanaman tradisional
bagi (F)
mengekalkan hak milik tanah orang Melayu (H ) supaya orang Melayu sentiasa mempunyai tanah untuk bercucuk tanam (H ) . Hal ini penting untuk mengelakkan orang Melayu menentang British (H) . Penentangan ini boleh membawa kepada peperangan yang boleh menjejaskan ekonomi British ( I ) . Contoh 2 British mengabaikan ekonomi tradisional di Tanah Melayu kerana ekonomi
tradisional berskala kecil (F) menyebabkan British tidak berminat untuk melibatkan diri dalam ekonomi tersebut (H ) kerana produktiviti rendah semestinya keuntungan yang diperolehi juga rendah (H). Faktor yang utama mendorong British mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional untuk mengekalkan kemunduran orang Melayu (F) supaya orang Melayu terus miskin . Hal ini bertujuan untuk menyisihkan orang Melayu daripada arus pemodenan ( I ) (H ) Selain itu, British mengabaikan ekonomi tradisional kerana ingin menjamin kedudukan pelabur Barat yang berkekalan di Tanah Melayu (F). Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kedudukan pelabur Barat kukuh membolehkan pelabur tersebut mengeksploitasi sumber bahan mentah (H ) Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan persaingan dengan produk petani tempatan (H).
Group123SejSPM 21
8c) i) Jelaskan ciri-ciri ekonomi dagangan .
( 4 markah)
Memahami
Ciri-ciri ekonomi dagangan ialah melibatkan aktiviti perdagangan dan eksport di pasaran antarabangsa (F) yang dijalankan secara besar-besaran dan melibatkan tenaga buruh yang ramai (H ) seperti buruh Cina dan India dalam sektor perlombongan serta ladang getah (C ) . Contoh ekonomi dagangan British ialah perlombongan bijih timah dan penanaman getah (C ) .
Ekonomi dagangan juga melibatkan modal yang besar (F) dan menggunakan teknologi yang moden (F) seperti kapal korek dalam perlombongan (C ) . Ekonomi dagangan juga melibatkan pemodal dan syarikat dari Eropah (F) seperti syarikat Guthrie dalam bidang perladangan getah (C ) .
Group123SejSPM 22
8c
(ii) Mengapakah British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan?
Menilai
( 4 markah )
Jawapan 1
British
memberi
tumpuan
kepada
kegiatan
ekonomi
dagangan
kerana
perkembangan Revolusi Perindustrian di Barat (F) telah membawa permintaan terhadap bahan mentah meningkat (H) . Hal ini menyebabkan harga bahan mentah tinggi (H ) seperti getah dan bijih timah (C). British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu (F ) . kerana iklim yang sesuai iaitu panas dan lembab sepanjang tahun (H) serta
tanah yang subur
sesuai untuk penanaman getah (H ) . contohnya tanaman getah telah
diusahakan
secara besar-besaran (C ) . Hal ini telah mendatangkan hasil pengeluaran yang banyak buat British ( I ).
Jawapan 2
British
memberi
tumpuan
kepada
kegiatan
ekonomi
dagangan
kerana,
perkembangan teknologi moden membolehkan British menumpukan kepada kegiatan ekonomi dagangan (F) secara tidak langsung hasil pengeluaran dapat ditingkatkan (H) seperti penggunaan kapal korek dan teknik torehan (C). Keadaan ini membolehkan pengeluaran dibuat secara besar-besaran ( I ) .
Secara keseluruhannya , Pemodal Eropah dan Cina lebih banyak terlibat dalam ekonomi dagangan (F) malah mereka mendapat konsesi daripada kerajaan untuk terlibat dalam ekonomi dagangan (H) serta mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai yang dibawa masuk dari negara India dan China (C).
Group123SejSPM 23
9.
Akhbar berikut mula diterbitkan pada tahun 1930 an.
a)
Warta Malaya Utusan Melayu Fajar Sarawak Lembaga Malaya Warta Negara
Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut pada ketika itu?
Beri penjelasan anda.
Memahami
(4 markah)
Antara isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut ialah tentang kemajuan pendidikan orang Melayu (F ) yang menggalakan pendidikan kepada anak perempuan (H ) dan perlunya tabungan untuk pendidikan anak-anak (H). Penekanan juga diberi untuk kemajuan ekonomi orang Melayu (F ) dengan menggalakkan perniagaan (H ) dan melarang penjualan tanah (H ) serta sifat berjimat cermat (H ) . Kedudukan raja dan pembesar (F) yang tidak melaksanakan tugas untuk rakyat juga dikritik (H).
Group123SejSPM 24
9 b) Bagaimanakah isu yang dibangkitkan oeh akhbar tersebut dapat
Menilai
menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu? (6 markah ) Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3
Isu ekonomi yang dibangkitkan oleh akhbar mendedahkan kemunduran ekonomi orang Melayu (F) berbanding dengan imigran yang menguasai ekonomi moden (H) iaitu orang Melayu hanya melibatkan diri dalam ekonomi tradisional (H ) seperti menanam padi sawah (C) .Hal ini telah membuka mata orang Melayu (H ) dan mereka terdorong untuk melibatkan diri dalam perniagaan dengan menubuhkan syarikat kerjasama ( I ) .
Isu pendidikan (F) pula telah menyedarkan orang Melayu yang mereka ketinggalan dalam bidang pendidikan (H ) . Contohnya Orang melayu mula faham bahawa pendidikan merupakan aset penting dalam kemajuan bangsa (C ) . Hal ini menyebabkan orang Melayu mula memberikan pendidikan kepada anak perempuan (H ) serta menggalakkan anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (H ) . Selain itu isu ini juga membuka mata mereka untuk menyimpan wang untuk
pendidikan anak-anak mereka (H)
Isu politik pula (F) telah menyebabkan orang melayu tidak puas hati kerana British mengurangkan kuasa raja-raja Melayu (H) . Hal ini telah menyebabkan kewibawaan dan kredibiliti raja-raja Melayu tercabar (H ) . Hal ini telah menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap British ( I ).
Group123SejSPM 25
9 Akhbar berikut berada di pasaran masa kini.
Utusan Malaysia Berita Harian Kosmo Metro
c (i) Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut ? Berikan penjelasan anda (4 markah)
Menganalisis
Antara isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut ialah tentang kegawatan ekonomi di Malaysia (F) seperti kejatuhan nilai ringgit (C).
Isu politik juga dibangkitkan dalam akhbar tersebut (F) seperti kepimpinan Perdana Menteri dan Barisan Kabinet Malaysia (C).
Aspek sosial (F) , akhbar melaporkan tentang isu perkauman (H ) seperti yang berlaku di Plaza Low Yatt baru-baru ini (C) .
Isu-isu dunia juga dipaparkan (F ) seperti kes kehilangan pesawat MH 370 dan MH 17 (C ) menyebabkan Malaysia menjadi
negara yang sedang diperhatikan di
seluruh dunia (H).
Group123SejSPM 26
9c ii) Berikan cadangan anda untuk meningkatkan peranan akhbar dalam memajukan masyarakat.
Menjana idea
(6 markah) Jawapan Soalan Ini mengikut Aras 3
Cadangan saya untuk meningkatkan peranan akhbar dalam memajukan masyarakat ialah, berita yang disampaikan perlulah tepat dan sahih (F). Di samping itu Pemberita dan penerbit akhbar jangan manipulasiakan berita yang sebenar (H) untuk kepentingan tertentu (H). Mereka perlu memastikan tiada tokoh tambah berita yang disampaikan (H) supaya kepercayaan rakyat akan meningkat kepada akhbar tersebut (H ). Contohnya isu-isu yang tidak tepat kepada pemimpin negara sering dimuatkan
dalam akhbar pada masa ini (C). Kebenaran dan ketelusan akhbar akan meningkatkan peranan akhbar ( I )
Seterusnya akhbar perlu mengelakkan isu-isu yang berunsur negatif (F ) seperti isu perkauman (C ). Hal ini dapat mengelakkan pergaduhan antara kaum (H ) seperti peristiwa 13 Mei (C). Akhbar perlu memuatkan rencana-rencana yang menyatukan pelbagai kaum di negara kita (H ) supaya negara sentiasa aman dan makmur (H). Seterusnya akhbar perlu mengelak isu agama (H ) dan menghormati agama lain (H) kerana negara kita terdiri dari pelbagai kaum yang bebas mengamalkan agama masingmasing ( I )
Selain itu akhbar juga perlu menyampaikan maklumat-maklumat yang membantu rakyat memperoleh pengetahuan (F). seperti info tentang peluang pekerjaan (C ) supaya penganggur dapat mencari pekerjaan dengan mudah
(H). Akhbar
juga perlu
menyampaikan maklumat pendidikan (H ) dengan memperbanyak ruangan pendidikan yang boleh membantu pelajar (C). Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan seorang pelajar (H ) seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara (H). Akhbar juga perlu memuatkan isu-isu ekonomi (C ) semasa supaya menjadi panduan kepada rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka (H ) . Dengan ini rakyat boleh mendapatkan maklumat yang berguna untuk majukan diri, bangsa dan negara ( I )
Group123SejSPM 27
SOALAN 10 10.
Sumber 1 dan 2 berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia .
Sistem Pendidikan pada Zaman Penjajah Sekolah Vernakular Melayu Pendidikan Inggeris Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Tamil
Sumber 1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan
potensi
individu
secara
menyeluruh
dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada
tuhan.
Usaha
ini
adalah
bagi
melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri
serta
memberikan
sumbangan
terhadap
keharmoniaan dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sumber 2
Group123SejSPM 28
10 a) Berdasarkan Sumber 1, jelaskan tentang sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka.
Memahami
(8 markah)
Sebelum merdeka sistem pendidikan negara berasaskan kaum. Sekolah vernakular
melayu
ditubuhkan
British
di
Negeri-Negeri
Selat
(F)
iaitu
pendidikannya setakat sekolah rendah sahaja (H ) . Kurikulum sekolah ini terbatas dan bertujuan mengekalkan orang melayu sebagai petani (H )
. Bahasa (H )
pengantar yang digunakan ialah bahasa melayu (H ) . Kolej Melayu Kuala Kangsar khusus untuk golongan elit Melayu (H ) .
Pendidikan sekolah Inggeris pula
berpusat di bandar sahaja dan
pelajarnya dari golongan elit (F) . Peringkat awal diusahakan oleh mubaligh kristian . Kurikulumnya berasaskan sekolah di England (H ) . Contohnya Penang Free (H ) School (C ) . Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris (H)
Sementara itu Sekolah Cina pula menggunakan dialek masing-masing (F) dan dibiayai
oleh saudagar
dari China (H ) . Sekolah ini digunakan oleh
komunis untuk menyebarkan dakyah (H ) .Selain itu Guru, buku dan sukatan pelajaran dari China (H) . Contoh sekolah ini ialah Sekolah Chung Hwa (C) .
Sekolah Tamil pula disediakan oleh pengurusan Ladang dan di bandar (F) yang dibiayai oleh British (H ) . Di samping itu,buku, guru dan sukatan pelajaran dari India (H ) . Pendidikan Tamil berorientasikan sistem pendidikan dari India (H ) . dan bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar (H ) . Contoh sekolah Tamil ialah Vivekannanda (C).
Group123SejSPM 29
Menilai
10 b) Mengapakah sistem pendidikan dalam Sumber 1 wujud pada zaman penjajah? (6 markah) Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3
British
mewujudkan
sistem
pendidikan
tersebut
ialah
untuk
memecahbelahkan perpaduan kaum (F) selaras dengan dasar pecah perintah British (H). Oleh itu sekolah-sekolah tersebut diasingkan (H). Contohnya sekolah vernakular Melayu di kampung, sekolah vernakular Cina di lombong dan bandar dan sekolah vernakular Tamil di ladang-ladang getah
(C). Keadaan ini
menghalang interaksi antara murid (H) dan tidak wujudkan perpaduan antara kaum ( I ).
Seterusnya British ingin menjimatkan kos (F) dan
mengurangkan beban
kewangan (H). Hal ini dapat dibuat dengan sekolah-sekolah tersebut tidak diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan (H). Contohnya sekolah vernakular Tamil dibiayai oleh majikan ladang-ladang getah (C ) dan sekolah vernakular Cina pula dibiayai oleh orang perseorangan (C ) British tidak memperuntuk sumber kewangan khas untuk sekolah-sekolah tersebut ( I )
British juga lebih mengutamakan kepentingan ekonomi berbanding penyediaan
kemudahan
pendidikan (F). Contohnya
untuk
memajukan
perlombongan bijih timah dan getah (C ) yang bermotifkan keuntungan sematamata ( H). Kemajuan pendidikan di Tanah Melayu mempunyai kepentingan ekonomi (H ) malah satu bebanan (H). Justeru British biarkan perkembangan penrkembangan pendidikan Vernakular ( I )
Group123SejSPM 30
10 c ii) Teliti Sumber 2 Menganalisis Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020? (6 markah) Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3
Salah satu aspek di Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) ialah melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan (F). Maka pelajar perlu menguasai segala ilmu pengetahuan dan kemahiran (H) khasnya dalam bidang sains dan teknologi (C ) selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju (H). Melalui FPK dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif (H). Hal ini dapat menjana idea-idea baru dan menerokai bidang-bidang baru (H). Contohnya Malaysia dapat mengeluarkan kereta sendiri (C). Hal ini menunjukkan ilmu pengetahuan menjadi asas kepada kemajuan negara ( I )
Satu lagi aspek dalam FPK ialah melahirkan warganegara yang berakhlak mulia (F). Melalui akhlak mulia ini dapat membentuk keperibadian seorang pelajar (H ) seperti berdisiplin (C ) dan bertanggungjawab (C). Sikap ini mendorong pelajar mematuhi undang-undang dan peraturan negara (H).Keadaan ini dapat wujudkan negara yang aman dan makmur (H ) yang boleh merintis kepada kemajuan sesebuah negara ( I )
Selain itu aspek kepatuhan kepada tuhan (F) dalam FPK juga boleh memajukan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik ( H ). Aspek ini juga dapat mewujudkan sikap toleransi kepada agama lain (H). Seseorang yang patuh kepada tuntutan agama tidak mudah terjerumus dalam perkara-perkara negatif seperti rasuah dan dadah (C ) .Oleh itu rakyat haruslah mempunyai aspek (H) kerohanian yang mantap untuk memajukan negara ( I )
Group123SejSPM 31
11.
Perang Dunia Kedua berlaku dari tahun 1939 - 1945. a) Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
Memahami
(6 markah)
Perang Dunia Kedua berlaku kerana Jerman tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles (F) . disebabkan Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi (H). Jerman kehilangan tanah jajahan (H ) dan diarah mengecilkan saiz angkatan tenteranya (H) .Adolf Hitler telah mengingkari perjanjian ini dan terus membesarkan saiz angkatan tenteranya (H).
Selain itu, Perang Dunia Kedua berlaku disebabkan kebangkitan Itali (F ) yang juga tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles (H) Benito Mussolini telah menceroboh Habsyah dan menjajah Perancis (H ) .
Di samping itu, Jerman menyerang Poland (F) dari barat manakala Soviet Union menyerang Poland dari timur (F) . Keadaan ini telah menyebabkan Britain dan Perancis mengistiharkaan perang terhadap Jerman (H) .
Perang Dunia Kedua juga disebabkan kemunculan pakatan tentera (F) seperti Jepun, Itali dan Jerman menyertai Kuasa Paksi (C ) . Kuasa Bersekutu disertai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia (C).
Tambahan pula, Jepun telah menyerang Pearl Harbour (F) di Hawai dan memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik (H). Seterusnya tindakan Jepun menyerang negara-negara Timur (H ) dan menduduki Tanah Melayu dan Singapura juga menyebabkan Perang Dunia Kedua (H).
Group123SejSPM 32
Menganalisis
11b) Jelaskan kesan perang tersebut terhadap keamanan dunia. (8 markah)
Perang Dunia Kedua mengakibatkan negara Eropah berpecah
(F) kerana
terpengaruh dengan fahaman ideologi yang berbeza (H). Contohnya Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur (C) .
Selain itu, perang tersebut telah menyebabkan sistem imperialisme Barat runtuh (F) dan tanah jajahan Barat mencapai kemerdekaan (H) . dengan cara kuasa Barat
memerdekakan tanah jajahan mereka (H) Contohnya Britain memerdekakan Tanah Melayu (C) dan Amerika Syarikat memberikan kemerdekaan kepada Filipina (C). . Di samping itu, dari aspek sosial, banyak nyawa terkorban (F) dan kemusnahan harta benda akibat peperangan (F). Hal
ini telah menimbulkan kesedaran tentang
kepentingan kesejahteraan dunia (H ) dan telah membawa kepada pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dibentuk menggantikan Liga Bangsa ( I ).
Seterusnya, muncul blok dunia (F) , iaitu Blok Komunis dan Blok Kapitalis (H) . Hal ini mengakibatkan berlakunya Perang Dingin antara kedua-dua blok tersebut (H) Mereka ingin membuktikan kekuatan masing-masing (H). Contohnya mencari pengaruh ke kawasan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan (C).
Group123SejSPM 33
11 c) Gambar berikut menunjukkan senjata canggih yang digunakan dalam peperangan pada abad ini.
Menjana idea
Berdasarkan perkembangan teknologi persenjataan masa kini, ramalkan masa depan dunia.
( 6 markah)
Jawapan Soalan Ini Mengikut Aras 3
Saya meramalkan akan berlaku peningkatan ekonomi kepada negara yang menghasilkan
senjata
moden (F). Hal
ini
dikatakan
demikian
kerana
dapat
membekalkan banyak peluang pekerjaan (H) seperti membuat rangka kapal terbang akan menjual senjata moden ini (C). Negara seperti Amerika Syarikat dan Rusia (C ) kepada negara-negara di Timur Tengah (H). Hal ini akan meningkatkan pendapatan negara (H) dan taraf hidup penduduk negara tersebut (H). Penciptaan senjata merupakan satu bentuk ekonomi baru pada masa ini ( I ). Selain itu melalui penciptaan senjata moden ini sistem pertahanan negara juga dapat diperkukuh (F). Contohnya Amerika Syarikat, Rusia dan Britain (C ) memiliki senjata canggih seperti senjata nuklear (C). Hal ini menyebabkan negara musuh tidak berani menyerang mereka (H). Oleh itu kebanyakan negara hari ini beri tumpuan kepada penciptaan senjata moden ( I ) Selain itu, penciptaan senjata ini boleh merintis kepada perang dunia ke-3 (F). Hal ini dikatakan demikian kerana akan berlaku perlumbaan senjata (H) . Negara yang memiliki senjata canggih ini akan berani untuk menyerang negara lain (H ) bagi
Group123SejSPM 34