Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 1/2018 TARIKH : 5 Februari 2018 (Isnin) MASA : 12.30 tengah hari hin…Full description
Full description
minit mesy
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 2/2018 TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis) MASA : 12.30 tengah hari hingga…Full description
minit mesyuarat
MINIT MESYUARAT AJK PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH SESI 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA, MELAKA
TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN
: : : :
13 JULAI 2017 1.15 Ptg Bilik Mesyuarat Seri Kasturi En Mohammmed Shamshir Bin Mohammed Dali – Guru Besar Pn Rosmawati Bt Mohamet Dawam – GPK Pentadbiran Pn Fatimah Bt Yahya - GPK HEM Pn Salmiah Bt Sirajab - GPK Ko-Kurikulum Pn Siti Aisyah Aisyah Bt Bt Adenan – GPK Pendidikan Khas En. Ahmad Faiz Bin Omar -- Guru Prasekolah Pn Zarina Bt Ismail - Guru Prasekolah
1. Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat pemilihan murid prasekolah dengan membaca surah Al- Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat pemilihan kali ini. 1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa pemilihan kerana dapat merancang dan menjayakan mesyuarat ini. 1.3 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat pemilhan diadakan adalah untuk memutuskan senarai nama murid yang akan dipilih memasuki kelas Prasekolah bagi sesi 2018. 2. Taklimat dan Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2018
2.1 En Ahmad Faiz memgedarkan salinan Garis Panduan Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Sesi 2018 KPM 2.2 En Ahmad Faiz menerangkan syarat-syarat kemasukan murid mestilah warganegara Malaysia yng mencapai umur 4 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa pemohonan 2.3 Memilihan berdasarkan merit dan bagi murid Pendidikan Khas hendaklah ade pengesahan dari pada pengamal perubatan dan JPN/PPD 2.4 Hebahan telah dibuat dengan mengantung kain rentang dihadapan kawasan sekolah untuk maklumat orang ramai 2.5 Pemohon memohon secara atas talian di dalam laman sesawang yang disediakan. 2.6 En Ahmad Faiz menyatakan jumlah murid di dalam kelas Prasekolah Perdana seramai 25 orang dan Prasekolah Integrasi adalah tidak melebihi 7 orang 2.7 En Ahmad Faiz memaklumkan seramai 6 pemohon telah mendaftar di atas talian 5 pemohon Prasekolah Perdana dan 1 pemohon untuk Prasekolah Intergrasi sehingga tarikh tutup pada 30 April 2017 2.8 En Ahmad Faiz juga memaklumkan 3 pemohon menghantar borang secara manual sehingga tarikh tutup pada 31 Mei 2017
2.9 En Ahmad Faiz menyatakan jumlah semua permohonan prasekolah sesi 2018 adalah seramai 9 pemohon 8 adalah Prasekolah Perdana dan 1 pemohon Prasekolah Intergrasi. 3. Sesi Pemilihan Prasekolah 2018
3.1 En Ahmad Faiz mengedar dan membentangkan nama-mana pemohon yang telah memohon di dalam atas talian 3.2 Pengerusi mencadangkan memandangkan hanya 9 permohonan yang memohon di atas talian beliau mencadangkan agar semua permohonan ini berjaya terpilih memasuki prasekolah bagi sesi 2018 dan melengkapkan permohonan di dalam atas talian untuk dimaklumkan kepda PPD Melaka Tengah. 3.3 Namun begitu beliau berharap ada lagi permohon selepas sesi pemilihan ini boleh di terima untuk melengkapkan seramai 25 orang murid di dalam kelas Prasekolah Perdana Tindakan : En Ahmad Faiz 3.4 Pn Zarina menyatakan bagi murid pendidikan khas permohonan berpandukan JPN/PPD dan sehingga 7 orang murid ke semuanya. Tindakan : Pn Zarina Bt Ismail 3.5 En Ahmad Faiz memaklumkan sehingga tarikh mesyuarat ini beliau masih belum menerima sebarang borang permohonan secara manual yang dihantar ke kelas prasekolah mahupun pejabat sekolah. 3.6 Pengerusi juga mencadangkan agas hebahan yang lebih lagi kepada orang ramai seperti surat makluman kepada ibubapa murid SKBC dan bantuan dari Pengerusi PIBG bagi mewar-warkan tentang permohonan prasekolah 2018 Tindakan : En Ahmad Faiz 4. Hal-hal Lain 4.1 En Ahmad Faiz menyatakan akan menghantar surat tawaran yang hanya boleh dicetas melalui laman sesawang yang disediakan. 4.2 Beliau juga menyatakan akan berhubung dengan GPK HEM untuk takwin sesi Orintasi Murid Tahun 1 dan Prasekolah sesi 2018 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 ptg Disediakan Oleh
Disahkan Oleh
………………………………….. (AHMAD FAIZ BIN OMAR) GURU PRASEKOLAH SKBC
Penolong Setiausaha AJK Pemilihan Prasekolah
…………………………………………………………………………... (MOHAMMED SHAMSHIR BIN MOHAMMED DALI) GURU BESAR SKBC