Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 1/2018 TARIKH : 5 Februari 2018 (Isnin) MASA : 12.30 tengah hari hin…Full description
Full description
minit mesy
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 2/2018 TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis) MASA : 12.30 tengah hari hingga…Full description
minit mesyuarat
rmt
gunakan dengan sebaiknya
Minit mesyuaratFull description
panitia tmkFull description
maklumatFull description
minit mesyuarat linus
SK SEGAMBUT KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI KE-1 Tarikh
: 04 Januari 2018
Masa
: 1.45 - 2.30 petang
Tempat
: Bilik Wawasan, SK Segambut
Pengerusi
: Puan Teo Mei Choo
Kehadiran
:
1
TEO MEI CHOO
GURU BESAR
2
ROSIDAH BT AHMAD
KP PENDIDIKAN SENI VISUAL
3
ROSNANI SALLEH
S/U
4
NUSAIBAH ABDULLAH HABIB
GURU SENI
5
NORIZA AYUB
GURU SENI
Guru Tidak Hadir 1. PN. HASNAH RAMLI – mesyuarat panitia sejarah 2. PN. HASNITA HAMZAH HAMZAH - mesyuarat panitia panitia sejarah 3. USTAZ JOHARI SIMAN
1. PERUTUSAN PENGERUSI:
1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan dimulakan dengan membaca ummul kitab Al-Fatihah. 1.2 Beliau mengucapkan terima kasih pada semua guru yang menghadiri mesyuarat kali ke pertama. 1.3 Menyemak minit mesyuarat Bil.4/2017. Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT:
2.1 Minit mesyuarat Bil.1/2018 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Nusaibah binti Abdullah Habib dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Tindakan : Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Semua guru perlu mengisi borang data guru Pendidikan Seni Visual dan jadual waktu untuk simpanan fail. 3.2 Fail-fail di bawah panitia Pendidikan Seni Visual telah dikemaskini mengikut instrumen SPSK. 3.3 Papan kenyataan panitia pendidikan seni visual dalam kelas telah dikemaskini dari semasa ke semasa dengan pelbagai hasil kerja murid.
Tindakan : Semua Guru
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN
4.1 Semakan KSSR 2018 4.1.1
Semakan KSSR 2018 ini hanya melibatkan Tahun 1 dan Tahun 2. Matapelajaran Pendidikan Kesenian hendaklah diajar sebelum waktu Pendidikan Muzik. Hanya waktu rehat dapat memisahkan waktu Pendidikan Kesenian dan Muzik.
4.1.2
Guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual perlu memastikan terdapat kesinambungan antara matapelajaran Pendidikan Kesenian dan Muzik.
Tindakan : Makluman
4.2 Penyediaan RPT Pendidikan Seni Visual telah ditetapkan mengikut aliran guru yang mengajar pada tahun 2018 seperti berikut : Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
: Pn. Rosidah bt Ahmad : Pn. Rosidah bt Ahmad :Pn. Rosnani bt Salleh : Pn. Noriza bt Ayub : Pn. Rosidah bt Ahmad : Pn Teo Mei Choo
4.2.1
Bagi RPT hanya ditulis bilangan minggu tanpa ditulis tarikh supaya RPT dapat digunakan pada tahun-tahun yang seterusnya.
4.2.2
Semua guru seni diingatkan supaya membuat Rancangan Pengajaran Harian secara selaras seperti yang telah diberitahu oleh Ketua Panitia. Tindakan: Semua Guru Seni
4.3 Pendaftaran Mata pelajaran dalam SAPS 4.3.1
Bagi guru PSV Tahun 1 dan Tahun 2 hanya salah seorang diantara guru Seni dan guru Muzik yang perlu mendaftar mata pelajaran dalam SAPS.
4.3.2
Kod Mata Pelajaran PSV bagi Tahun 1 dan Tahun 2 adalah Pendidikan Kesenian. Tahun 3 adalah Dunia Seni Visual manakala Tahun 4,5 dan 6 adalah Pendidikan Seni Visual. Tindakan : Semua Guru Seni
4.4 Inventori 4.4.1
Puan Rosidah memaklumkan peralatan melukis untuk bilik pendidikan seni visual telah pun disiapkan.
4.4.2
Ketua panitia memberitahu setiap pergerakkan peralatan melukis perlu dicatat dalam buku log. Tindakan : Ketua Panitia
4.5 Peperiksaan 4.5.1
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun melibatkan Tahap1 dan Tahap 2. Pembahagian markah bagi Tahun 1 dan Tahun 2 bergabung dengan Pendidikan Muzik dimana 50% di ambil dari Pendidikan Kesenian dan 50% lagi dari Pendidikan Muzik. Bagi Tahun 3 dan Tahap 2 adalah 100% dari Peperiksaan Pendidikan Seni Visual.
Tindakan : Semua Guru Seni
4.6 Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual 4.6.1
4.6.2 4.6.3 4.6.4
Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual akan berlangsung pada Minggu ke 18 pada Penggal Pertama Persekolahan untuk Pameran Kesenian Tahun 1 dan Tahun 2, Minggu ke 18 pada Penggal Kedua Persekolahan untuk kali ke-2 Pameran Kesenian Tahun 1 dan Tahun 2. Pada bulan Kemerdekaan merupakan Program Panitia yang terbesar dan bergabung dengan Panitia Sejarah iaitu pada Ogos hingga September. Pada Minggu 42 adalah Pameran Pendidikan Seni Visual bagi murid Tahun 6.
Tindakan : Makluman
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Puan Rosidah memaklumkan bahawa peruntukan kewangan bagi panitia Pendidikan Seni Visual untuk tahun 2018 adalah sebanyak RM 2191.55. 5.2 Beliau juga memaklumkan penggunaakan buku Pendidikan Seni Visual yang selaras diwajibkan oleh semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6
Tindakan :Makluman
6. PENUTUP Pengerusi mengharapkan guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan memberikan kerjasama antara satu sama lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Tindakan : Semua guru.
Disediakan oleh,
....................................................... (Puan Rosnani Bt Salleh) Setiausaha Pendidikan Seni Visual SK Segambut Tarikh : 19 Januari 2018.