CONTOH MINIT MESYUARAT PANITIA PAHASA INGGERIS KALI KE-2Full description
Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1(2017)
panitia tmkFull description
Mesyuarat GoegrafiFull description
meetingFull description
okFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
Full description
Minit
Minit Messyuarat Pengurusan Asrama
kertas kerja rmt
PK07
–
Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN MONTFORT MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 / ( 2016)
PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru - guru ke mesyuarat panitia . 1.2. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas pelantikan guru secara tidak langsung sebagai guru mata pelajaran Sains. Mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu En. Ayisy yang akan menjadi pelapis dan membantu meningkatkan prestasi Sains. Makluman bahawa Pn. Hasfalinda telah berpindah, maka En. Ayisy akan membantu guru Sains bagi tahap 1 serta Hj Sabren. 1.3. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas usaha dan kerjasama menjayakan aktiviti Sains sesi 2016. Berdasarkan prestasi UPSR 2016, ada sedikit penurunan. Namun prestasi tersebut tidak boleh dibandingkan dengan 2015 kerana 2016 adalah sukatan KSSR dan bentuk soalan juga adalah tidak sama. 6 orang murid cemerlang mendapat A, 5 dari kelas A dan 1 dari kelas B. Bagi calon gagal hanya 6 orang menepati ETR yang telah ditetapkan. Peratus Sains adalah yang ke2 tertinggi selepas BM Penulisan iaitu 92.59%. Rujuk lampiran. 1.4. Harap kerjasama semua guru dalam perlaksanaan program 2017. Tindakan : Pengerusi Panitia
2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1. Tiada. Tindakan : Pengerusi Panitia
3
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1. Tiada Tindakan : Setiausaha Panitia
4
PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA)/FOKUS MESYUARAT 4.1. Tiada. Tindakan : Guru - guru sains
PK07
5
–
Pengurusan Mesyuarat
HAL-HAL LAIN 5.1 PEMILIHAN JAWATANKUASA PANITIA 5.1.1. Pengerusi mengetuai jawatankuasa panitia. Carta organisasi panitia adalah seperti lampiran. 5.1.2. Pengerusi mengenal pasti guru yang mengajar sains bagi setiap kelas dan penetapan guru mata pelajaran seperti dalam lampiran. Tindakan : Setiausaha Panitia 5.2 PEMBENTANGAN KEWANGAN 5.2.1. Peruntukan PCG sekolah tahun 2016 sebanyak RM 1 211.76. 5.2.2. Pengerusi meminta guru-guru memaklumkan kepada pengerusi keperluan pembelajaran dan pengajaran seterusnya menyerahkan senarai tersebut kepada pengerusi panitia. Pengerusi mengingatkan guru-guru agar menyenaraikan barangbarang yang sememangnya perlu. 5.2.3 Pn. Radziah mencadangkan agar panitia Sains memohon satu projektor LCD yang digantung di dalam Bilik Sains bagi meningkatkan kualiti penyampaian PDP kepada murid.
5.2.4 Pn. Zaiton mencadangkan agar wang peruntukan PCG tahun 2016 dibelanjakan bagi membeli peralatan Sains yang sudah rosak seperti Jam Randik, Neraca Spring dan Set Lego (kegunaan Tahun 3) Tindakan : Semua guru Sains 5.3 PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN 5.3.1 Pengerusi memberitahu guru-guru bahawa sukatan pelajaran bagi Tahun 1 hingga tahun 6 adalah berdasarkan sukatan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Tindakan : Semua guru Sains 5.3.2. Pengerusi mengingatkan agar guru-guru menggunakan 2 buah buku latihan bertulis bagi semua kelas Tahap 2. Bagi murid Tahap 2 pula, guru-guru menggunakan 1 buku latihan bertulis dan 1 Buku Aktiviti. Penggunaan lembaran kerja adalah digalakkan. Tindakan : Semua guru Sains 5.3.3. Pengerusi mengingatkan agar penulisan rancangan mengajar harian diselaraskan mengikut format KSSR bagi tahun 1 hingga tahun 6. Penulisan rancangan pelajaran harian adalah seperti berikut : 1. Minggu/ Hari/ Tarikh : 2. Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran : 3. Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran (kod) : 4. Objektif Pembelajaran : 5. Aktiviti PDP : 6. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : rujuk DSKP 7. Bahan Bantu Mengajar : 8. Penilaian PDP : Pemerhatian / Lisan / Buku Aktiviti. 9. KPS 10. Refleksi/ Impak dan kerja rumah : 22/25 murid dapat menjawab soalan keperluan asas tumbuhan. Tindakan : Semua guru Sains
PK07
5.3.4.
–
Pengurusan Mesyuarat
Pengerusi meminta guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar semaksima yang mungkin dengan berhemah. Tindakan : Semua guru Sains
5.4 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 5.4.1. Pengerusi mengingatkan bahawa Sains tahun 1 dikenali sebagai Sains, tahun 2-3 Dunia Sains dan Teknologi, manakala bagi tahap 2 Sains. Harap guru-guru mendaftar kategori yang betul dalam SAPS bagi mengelakkan sebarang masalah. Tindakan : semua guru Sains
5.4.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar memahami pelaksanaan headcount bagi SAPS (online) serta memastikan gred meningkat dan keputusan gagal kepada lulus. Senarai nama guru yang menyediakan soalan ujian formatif adalah seperti lampiran. Tindakan : Semua guru Sains
5.4.3. Bagi melicinkan penyediaan penggubalan soalan ujian 2017, sila rujuk lampiran senarai nama guru yang menggubal soalan. Sebarang pertukaran boleh dibuat dengan memaklumkan terus kepada ketua panitia atau pun setiausaha untuk tindakan lanjut. Tindakan : Semua guru Sains 5.5 PROGRAM PENINGKATAN 5.5.1. Berdasarkan keputusan akhir tahun rujuk lampiran, terdapat peningkatan bagi setiap tahun. Perbandingan prestasi mengikut keputusan pertengahan tahun dan akhir tahun. Oleh itu, diminta guru mata pelajaran mencadangkan aktiviti intervensi dan mengenal pasti kelemahan murid. Tindakan : Guru Sains tahap 2 5.5.3. Aktiviti program pagi ditiadakan bagi sesi persekolahan tahun 2017. Ini kerana SK Montfort akan menjalankan sesi persekolahan 1 sesi seterusnya tidak mengzinkan program berjalan di dewan terbuka disebabakan murid yang terlalu ramai. Tindakan : Guru Sains tahap 1 5.5.4. Segala program yang dirancang bagi tahun 2017, Program penigkatan UPSR khususnya seperti berikut : Dialog prestasi bersama ibu bapa (kendalian BDK). i. Bengkel menjawab menjawab kertas 1 dan kertas 2 ii. Ujian kendiri mingguan. iii. Soalan-soalan percubaan UPSR negeri lain. iv. Program-program yang diatur oleh pihak sekolah bersama guru Bimbingan dan Kaunseling adalah tertakluk kepada pindaan. Tindakan : semua guru Sains PENUTUP a) Pengerusi mengharapkan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan kerjasama dari semua guru. Penetapan mesyuarat yang berikutnya akan dimaklumkan kemudian. b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam _______ pagi. 6