Panduan pengurusan Persatuan Bahasa MelayuFull description
waj 3131Full description
meetingFull description
okFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
minit mesyuarat
CONTOH MINIT MESYUARAT PANITIA PAHASA INGGERIS KALI KE-2Full description
Full description
Minit
Minit Messyuarat Pengurusan Asrama
kertas kerja rmt
MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2014
SJK(C) AYER TAWAR
Tarikh : 20 Februari 2014
Masa : 2.00 – 3.00 petang
Tempat : Kelas 5B
Pengerusi : Cik Etiesha Bt. Abd Rais ( Ketua Pemimpin PBM)
Kehadiran:
Cik Etiesha Bt Abd Rais Ketua Pemimpin …………
Puan Kong Mui Choo Guru Penasihat …………
Puan Farazila Bt Abdul Hamid Guru Penasihat …………
Puan Diong Lee Nguik Guru Penasihat …………
Puan Ling Koon Sing Guru Penasihat …………
Murid=murid Tahun 4B dan 5B
UCAPAN KETUA PEMIMPIN
Guru Penasihat dan juga Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Etiesha Abd Rais mengalu-alukan kedatangan guru-guru yang menghadiri Mesyuarat AJK Persatuan Bahasa Melayu kali pertama bagi tahun 2014. Beliau juga merakamkan selamat datang kepada murid-murid Tahun 4B dan 5B.
UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN
Eugene Chea Yong Sheng dari Tahun 5B selalku Pengerusi Persatuan mengucapkan terima kasih kepada para Guru Penasihat dan rakan-rakannya yang hadir dari kelas 4B dan 5B.
MERANCANG AKTIVITI
Guru Penasihat, Cik Etiesha memaklumkan yang setiap aktiviti perlu mengandungi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan memasukkan peta pemikiran i-Think untuk aktiviti yang sesuai.
Puan Kong Mui Choo mencadangkan aktiviti yang berkaitan simpulan Bahasa dan peribahasa dan disokong oleh Puan Ling Koon Sing.
Puan Diong Lee Nguik mencadangkan aktiviti yang melibatkan kerjasama seperti pencarian harta karun. Disokong oleh Naib Pengerusi PBM, Candy Ngu.
Puan Farazila mencadangkan tayangan video cerita Melayu seperti Hang Tuah atau Mahsuri. Cadangan disokong oleh AJK Kelas 4B, Daniel Nga.
Tindakan:Makluman
MENENTUKAN TARIKH PERTANDINGAN
Kuiz Peribahasa dipersetujui pada mana-mana bulan semester pertama dan Kuiz Tatabahasa pada semester kedua. Pertandingan Mencari Harta Karun akan diadakan pada bulan Oktober.
Tindakan:Makluman
KEWANGAN
Tiada yuran keahlian dikenakan. Cik Etiesha memaklumkan yang kewangan untuk hadiah pertandingan akan ditaja oleh pihak sekolah.
Tindakan:Makluman
PENETAPAN WAKTU PERJUMPAAN
Setiap Selasa jam 2.00 hingga 3.00 petang di Kelas 4B dan 5B.
Tindakan:Makluman
HAL-HAL LAIN
Tiada.
Tindakan:Makluman
PENANGGUHAN MESYUARAT
Puan Farazila mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan disokong oleh Puan Diong Lee Nguik. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
Disediakan oleh, 23 Februari 2014
__________________________
( Diong Chiu Le)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu 2014.
Disemak oleh,
___________________________
( Cik Etiesha bt Abd Rais)
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu 2014.