SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 2/2018 TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis) MASA : 12.30 tengah hari hingga…Full description
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 1/2018 TARIKH : 11 Mac 2018 (Ahad) MASA : 12.00 tengah …Full description
Pelan Pembangunan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Minit
Minit Mesyuarat
MINIT AJK ASETFull description
Contoh MINIT MESYUARAT LBI 2017
gunakan dengan sebaiknya
kewanganFull description
meeting
minit mesy
minit mesyuarat linus
Mesyuarat GoegrafiFull description
Full description
Full description
pbppp
MINIT MESYUARATFull description
meetingFull description
okFull description
minit mesyuarat rmt
Ini adalah contoh minit mesyuarat pengurusan sekolah yang mengikut format SPSK Mac 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di Johor Bahru di Malaysia.
hip
Full description
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS MINIT MESYUARAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) BIL 1/2018
TARIKH
:
5 Februari 2018 (Isnin)
MASA
:
12.30 tengah hari hingga 1.30 petang
TEMPAT
:
Bilik Gerakan SK Kempas
PENGERUSI
:
Puan Hajah Halimah Binti Haji Baharudin
KEHADIRAN (Bilangan)
:
84/86
TURUT HADIR (Jika Ada) :
…………………………………………………………
1.0 UCAPAN PENGERUSI / GURU BESAR 1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al- Fatihah dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru. 1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat mengenai penilaian yang bakal dijalankan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi guru. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Tiada
3.0 PERKARA BERBANGKIT Tiada 4.0 PELAKSANAAN PENILAIAN PENDIDIKAN (PBPPP)
BERSEPADU
PEGAWAI
PERKHIDMATAN
4.1
Pengerusi memaklumkan PBPPP akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Makluman:Semua guru
4.2
Seperti yang semua guru maklum, PBPPP merupakan satu bentuk penilaian prestasi guru yang menggantikan penilaian sebelumsebelum ini iaitu PTK.
Makluman:Semua guru 4.3
PBPPP menekankan kepada keberhasilan serta lebih teliti dan telus dalam menilai prestasi guru. Makluman:Semua guru
4.4
Guru-guru dikehendaki bersedia dengan dokumen-dokumen berkaitan bagi tujuan penilaian tersebut seperti Borang Keberhasilan dan Borang Penilaian Kendiri. Tindakan:Semua guru
4.5
Kepatuhan pada ketetapan masa tarikh tutup (dateline) perlu dipertingkatkan dan dipandang serius oleh semua guru sebagai Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi memudahkan urusan Pegawai Penilai (PP) kerana ada lagi tugas penilaian lain yang perlu dilaksanakan seperti pencerapan standard 4 SKPMG2 dan ADAPS JPNJ. Tindakan:Semua guru
4.6
Walaubagaimanapun pihak sekolah akan menunggu arahan perlaksanaan daripada pihak PPDJB sebelum sebarang penilaian dijalankan. Makluman:Semua guru
4.7
Setakat ini, sistem online PBPPP masih belum dibuka dan lantikan secara online belum boleh dilaksanakan. Makluman:Semua guru
4.8
Pihak pentadbir akan berbincang dahulu bagi menyenaraikan Pegawai Penilai 1 (PP1) dan Pegawai Penilai 2 (PP2) bagi setiap guru bagi memudahkan penilaian dan proses bimbingan. Makluman:Semua guru
4.9
Pengerusi mengharapkan agar penilaian tahun ini akan dapat ditambahbaik. Tindakan:Semua guru
4.10
Guru-guru perlu mengambil iktibar dan bermuhasabah diri serta mengambil berat nasihat dan bimbingan daripada Pegawai Penilai masing-masing agar dapat meningkatkan markah dan prestasi kerja ke tahap yang lebih baik. Tindakan:Semua guru Sekiranya penilaian tahun lalu telah mencapai tahap yang cemerlang, penting untuk guru meneruskan kecemerlangan tersebut serta mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang. Tindakan:Semua guru
4.11
5.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PBPPP 5.1
Pengerusi memaklumkan bahawa pelantikan Jawatankuasa PBPPP (JK PBPPP) adalah di bawah bidang kuasa Guru Besar dengan nasihat dan perbincangan bersama pentadbir. Makluman:Semua guru
5.2
JK PBPPP boleh dilantik dari kalangan pentadbir, AKP serta ketua bidang bagi sekolah menengah. Makluman:Semua guru
5.3
Pengerusi mengumumkan JK PBPPP yang telah dibincangkan dan dipersetujui di peringkat pentadbir. 5.3.1 Pengerusi : Pn. Hjh. Halimah Bt. Hj. Baharuddin (Guru Besar) 5.3.2 Setiausaha: En. Yosnizaan Bin Jopri (PK Pentadbiran) 5.3.4 AJK : En. Shamsuddin Bin Ibrahim (PK HEM) : En. Zulkiflee Bin Ashaari (PK Kokurikulum) : En. Azman Bin Md. Akim (PK Petang) 5.3.5 Urusetia : Pn. Faazleya Bt Leman (Ketua Pembantu Tadbir) Makluman:Semua guru
5.4 JK PBPPP bertanggungjawab untuk merancang serta menyelaraskan proses penilaian serta membuat penyelarasan markah sekiranya berlaku selisih markah yang besar tanpa perlu melakukan penilaian semula. Makluman:Semua guru 5.5 Senarai JK PBPPP yang telah dilantik ini akan didaftarkan secara online melalui sistem e-pretasi apabila sistem diaktifkan serta mendapat arahan daripada pihak PPDJB. Maluman:Semua guru
6
MAKLUMAN TENTANG LANTIKAN PEGAWAI PENILAI 1 DAN PEGAWAI PENILAI 2 (PP1 dan PP2) 6.1
Pengerusi memaklumkan Pegawai Penilai (PP) akan dilantik dari kalangan pentadbir dan guru-guru yang sesuai berdasarkan kepada gred dan tanggungjawab di sekolah serta dibincangkan dan dipersetujui diperingkat JK PBPPP. Makluman:Semua guru
6.2 Guru-guru diharap akur dengan keputusan serta lantikan yang akan dimaklumkan dalam mesyuarat yang akan datang. Makluman:Semua guru 6.3 Senarai PP juga dan PYD akan ada yang sama dan ada juga yang berbeza dengan tahun lalu. Makluman:Semua guru
7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 PK Pentadbiran,Encik Yosnizaan mengingatkan guru-guru supaya memastikan setiap aktiviti atau mesyuarat serta taklimat dicatatkan tarikh dan masa di Buku Rekod Pengajaran sebagai salah satu cara menilai prestasi guru. Tindakan:Semua guru 7.2 Penggunaan fail individu bagi PBPPP adalah atas pilihan masing-masing dan tidak diwajibkan. Makluman:Semua guru 7.3 Encik Shukor bertanya tarikh penilaian bermula. 7.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh penilaian akan dimaklumkan kelak setelah mendapat arahan daripada pihak PPDJB. 7.3.2 Makluman:Semua guru
8.0 PENUTUP 8.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat berikutnya akan dimaklumkan kemudian. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.32 petang.
Disediakan oleh: (NUR HAFEEZA BT ABDULLAH) Setiausaha Pentadbiran, SK Kempas, Tarikh : 5 Februari 2018 .