[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG SK SELANCAR 2
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
SECANGKIR MADU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapatlah saya merakamkan sepatah dua kata dan terima kasih kepada semua AJK Kempen Sifar Ponteng Sekolah Kebangsaan Selancar 2 khususnya Badan Pengawas & Disiplin bersama Unit Bimbingan & Kaunseling kerana diberi kesempatan untuk dimuatkan dalam buku program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga guru SK. Selancar 2 yang bertungkus lumus dan memberi komitmen yang tinggi serta kerjasama dalam menjayakan program ini.
Sebagai guru yang mendidik anak bangsa, ilmu yang telah ditimba di institut perguruan adalah perlu dicurahkan serta dipraktikan di sekolah supaya modal insan yang akan lahir nanti benar benar mempunyai kualiti serta mencakupi keseluruhan aspek jasmani, emosi, rohani dan sosialnya. Anak-anak didik ini perlu diingatkan tentang kepentingan menghadiri sesi pembelajaran agar mereka tidak tercicir dalam segala aspek.Saya menyeru kepada semua guru yang terlibat agar menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Besarlah harapan saya agar Kempen Sifar Ponteng ini dapat mencapai objektif seterusnya menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah kita,Moga-moga berkat usaha tuan puan diberkati olehNya, InsyaAllah.
Sekian terima kasih.
( IMRAN B RAMLI ) Penasihat Program. Gotong royong perdana,
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
SK. Selancar 2.
SETANGKAI MAWAR
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada semua rakan guru SK. Selancar 2, yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan Program Kempen Sifar Ponteng bagi tahun ini. Dengan izin Allah program yang dirancang ini akan dijadikan pemangkin kecemerlangan sekolah yang sememangnya ‘Sentiasa Cemerlang’
Jutaan terima kasih buat Tuan Guru Besar Encik Imran b Ramli atas sokongan dan dorongan beliau dalam usaha merealisasikan impian menjalankan aktiviti Kempen Sifar Ponteng yang julung-julung kali diadakan di SK. Selancar 2 ini.
Di kesempatan ini juga, saya merakamkan jutaan tahniah kepada warga SK. Selancar 2 yang bersatu hati demi kecemerlangan sekolah yang tercinta. Harapan saya, matlamat dan objektif program dapat dicapai 200 peratus demi melahirkan modal insan yang bertanggungjawab, berdisiplin dan mengamalkan budaya cintakan sekolah yang menjadi tunjang kecemerlangan sekolah kita. Semoga semua program Kempen Sifar Ponteng ini dapat dilaksanakan sepenuhnya serta memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Negara.
Sekian, terima kasih.
(ZURAINI MAT JUSUH) Pengerusi gotong royong perdana, Guru Penolong Kanan HEM,
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
SK. Selancar 2.
1.0
PENDAHULUAN :-
Jawatankuasa Unit Disiplin & Pengawas bersama Unit Bimbingan & Kaunseling bercadang untuk mengadakan Program Kempen Sifar Ponteng bagi mengurangkan salahlaku ponteng di kalangan murid-murid SK Selancar 2.Laporan salah laku murid dari data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM )Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan salahlaku utama di kalangan murid sekolah.Berdasarkan analisis data salahlaku disiplin murid seperti dilaporkan jelas membuktikan bahawa gejala ini terus berlaku walaupun pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani gejala tersebut.Murid-murid ini adalah aset bernilai negara kerana merekalah yang akan memacu kegemilangan negara suatu masa nanti.Bagaimana individu ini akan menjadi pemimpin yang berketrampilan andaikata pada awal-awal lagi mereka tidak komited untuk memikul tanggungjawab terhadap kepentingan hadir ke sekolah?Melalui Kempen Sifar Ponteng ini murid-murid perlu diberi kesedaran agar tidak ponteng sekolah selain mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri .Melalui sikap-sikap positif ini maka akan lahirlah insan-insan yang berdisiplin tinggi dan akhirnya kita dapat sedikit sebanyak mengurangkan gejala-gejala sosial yang sangat hebat melanda negara pada masa ini. Kempen ini akan dijalankan selama 3 bulan iaitu 190 hari bermula bulan April sehingga bulan Jun .Kesediaan untuk datang ke sekolah merupakan salah satu faktor yang penting di dalam peningkatan pencapaian seseorang pelajar. Rasa tanggungjawab untuk hadir ke sekolah tanpa paksaan membuatkan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa, tenang dan gembira selain secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan motivasi seseorang pelajar itu untuk berjaya. Melalui kempen ini, murid-murid dapat memupuk sikap bertanggungjawab, berdisiplin, berperibadi tinggi, semangat cintakan sekolah dan yang penting dapat memberi kesedaran tentang kepentingan hadir ke sekolah dalam diri.
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
Bagi para guru, aktiviti ini dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan kerja, cara berkomunikasi selain ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita.. Bagi pihak ibu bapa pula, aktiviti kempen ini dapat membanteras gejala-gejala tidak sihat yang mungkin akan berlaku ketika anak-anak mereka ponteng.. Berketepatan dengan kempen ini di mana ia dapat memberikan
penekanan kepada
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai potensi pada
peringkat
optimum
supaya
menjadi
insan
yang
seimbang,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraaan serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
2.0
TUJUAN
:-
Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran mengadakan Program Kempen Sifar Ponteng di SK Selancar 2.
3.0
NAMA PROGRAM :-
“Kempen Sifar Ponteng”
4.0
TEMA PROGRAM :-
“Genap 190 Hari Saya Di Sekolah”
5.0
MATLAMAT
:-
5.1 Program ini diharapkan dapat mengurangkan salahlaku ponteng sekolah di kalangan murid-
murid SK Selancar 2.
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ] 5.2 Ia diharap dapat menyedarkan betapa pentingnya untuk datang ke sekolah selain secara
tidak langsung dapat mengurangkan gejala-gejala tidak sihat dan memastikan bilangan salahlaku disiplin lain turut menurun dengan menurunnya bilangan murid yang ponteng.
6.0
OBJEKTIF
:-
6.1
Memberikan kesedaran kepada murid mengenai kepentingan hadir ke sekolah.
6.2
Mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri
6.3
Untuk menyemai sikap berdisiplin, bertanggungjawab, cintai sekolah serta peranan murid-murid dalam kecemerlangan sekolah.
6.4
Mewujudkan semangat motivasi yang tinggi dalam diri setiap murid untuk datang ke sekolah.
7.0
FORMAT PERLAKSANAAN
7.1
:-
Aktiviti dalam kelas ( Mewarna Gambar- Pra Sekolah , PKBP dan Tahap 1 ) ( Melukis Poster – Tahap 2 ) ( Menulis esei - Tahap 2
)
Satu mesyuarat antara jawatankuasa telah diadakan dan mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut. - Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Seni & B. Malaysia pada masa mata pelajaran tersebut. - Untuk pertandingan menulis esei murid-murid akan diberi suatu tempoh untuk penghantaran esei.Guru pada sesi pembelajaran hanya bertindak sebagai pemudahcara.
7.2 Pembacaan Ikrar ( dilaksanakan di perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin )
7.3 Pembacaan Cogankata ( dilaksanakan pada setiap perhimpunan pagi-Selasa hingga Jumaat) Cogankata :
’Kami Tak Nak Ponteng! Kami Suka Ke Sekolah! Ponteng? Tidak Lagi! ’
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
* Untuk pengenalan,cogankata ini akan dibaca di perhimpunan rasmi pada hari Isnin.
8.0
PENGANJUR
:-
Unit Disiplin & Pengawas Unit Bimbingan & Kaunseling
9.0
TARIKH
:-
10.0
TEMPAT
:
10.1
11.0
PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN :-
11.1
12.0
Kelas masing-masing
Murid – murid Sk. Selancar 2
RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT
Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana :
13.0
12.1
Lebih mudah mengawal murid-murid.
12.2
Guru-guru tidak perlu meninggalkan kelas
12.3
Alatan seperti warna mudah diambil dan dipulangkan.
12.4
Keselesaan murid-murid melakukan aktiviti
CARTA ORGANISASI
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ] 13.1
14.0
Seperti di lampiran :-
PENUTUP
:-
14.1
Program KEMPEN SIFAR PONTENG ini adalah salah satu rancangan terbesar Jawatankuasa Unit Disiplin bagi tahun 2011 . Program ini bergerak bersama Unit Bimbingan & Kaunseling kerana mengambil kira kepentingan peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam memberi pengaruh sihat terhadap rakan-rakan mereka.Ianya juga dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutamanya dari ibubapa dan guru-guru juga dari kalangan murid-murid itu sendiri. Kehadiran ke sekolah merupakan faktor yang amat penting dalam menjamin kecemerlangan diri , bangsa , agama dan negara. Sikap ini perlu diterapkan dalam diri seawal usia yang muda kerana ini dapat dijadikan satu budaya sihat kanak-kanak tersebut sehinggalah ke peringkat dewasa kelak. Diharap dengan terlaksananya program ini ia dapat menimbulkan kesedaran dikalangan semua pihak tentang pentingnya untuk hadir ke sekolah disamping dapat mengurangkan gejala-gejala sosial yang melanda negara. Bagi murid kempen ini merupakan satu pendedahan yang sangat positif dalam pembangunan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga hubungan sosial. Diharapkan juga program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak juga dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang bagi mewujudkan satu masyarakat yang bertanggungjawab , amanah dan berketrampilan berketepatan dengan slogan sekolah iaitu "Sentiasa Cemerlang".
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
JAWATANKUASA PENGELOLA KEMPEN SIFAR PONTENG SEKOLAH KEBANGSAAN SELANCAR 2, ROMPIN
PENASIHAT GURU BESAR
EN IMRAN B RAMLI PENGERUSI GPK HEM
PN ZURAINI BT MAT JUSUH NAIB PENGERUSI I GPK PENTADBIRAN
EN MOHAMAD ARIFFIN B SAHRAN PENYELARAS PROGRAM I GURU DISIPLIN
EN NOR PARIF PADILAH B SAIDIN PENYELARAS PROGRAM II GURU UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
PN NOR’AIN BT AHMAD SETIAUSAHA PN ROHIZA BT KHAMIS BENDAHARI PN JULIYANA BT JANTAN J/K KECIL AJK UNIT DISIPLIN EN MOHD NIZAR ABU BAKAR PN ROHIZA KHAMIS PN JULIYANA BT JANTAN PN INDAH SUHAIDA BT ISMAIL EN ROSLI ABD RAHMAN
AJK UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING EN SYUKRI B MUSTAFA
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ] EN PARIF PADILAH B SAIDIN PN ROHIZA BT KHAMIS PN INDAH SUHAIDA BT ISMAIL PN MARZITA BT ZULKIFLI ROSLI MOHAMED
PENYELARAS BIL 1
AKTIVITI PEMBACAAN IKRAR
2
PEMBACAAN COGANKATA
PENYELARAS EN NOR PARIF PADILAH EN SYUKRI MUSTAFA * GURU BERTUGAS
3 4 5
PERTANDINGAN MEWARNA PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PERTANDINGAN MENULIS ESEI ( BM)
PN MARZITA PN JULIYANA EN MOHD NIZAR PN INDAH SUHAIDA
6
HADIAH
PN ROHIZA KHAMIS
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]
BAJET PROGRAM KEMPEN SIFAR PONTENG SK SELANCAR 2
PERTANDINGAN MEWARNA ( SETIAP KELAS )
Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Jumlah
RM 32 RM 24 RM 16 RM 72
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ( SETIAP KELAS )
Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Jumlah
RM 4 x 8 RM 3 x 8 RM 2 x 8
RM 4 x 7 RM 3 x 7 RM 2 x 7
RM 28 RM 21 RM 14 RM 63
PERTANDINGAN MENULIS ESEI
Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Jumlah
RM 4 x 7 RM 3 x 7 RM 2 x 7
RM 28 RM 21 RM 14 RM 63
LAIN-LAIN KOS ( Kertas pembalut hadiah,pelekat dan kertas warna ) JUMLAH KESELURUHAN – RM 224.00
SUMBER KEWANGAN
Unit HEM
Sumbangan PIBG
Wang SUWA
RM 26
[KERTAS KERJA KEMPEN SIFAR PONTENG ]