PERINGATAN :
Anda tidak dibenarkan dibenarkan mengubah, menjual atau mengeluar ulang mana-mana bahagian bahagian artikel, artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, mekanik, rakaman atau lainlain media sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Tindakan akan diambil sekiranya sekiranya melanggar larangan ini. Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Penulis secara khusus tidak bertanggungjawab bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada ebook ini.
Hak Cipta Terpelihara © 2014 www.ejenlelong.com © Laporan Rahsia Ejen Hartanah Lelong
PENDAHULUAN Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum saya teruskan, terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana anda mengambil peluang untuk memuat turun dan membaca Laporan Rahsia Ejen Hartanah Lelong ini. Disini saya akan berkongsi dengan anda apa itu Rumah Lelong. Bila kita sebut pasal lelong pasti sudah ramai yang tahu dan anda sendiri boleh gambarkan situasinya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perbezaan Hartanah Lelong dan Rumah Lelong. Rumah Lelong boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada Hartanah lelong. Ini kerana Rumah lebih spesifik jika dibandingkan dengan Hartanah yang boleh terdiri dari rumah, tanah, kebun, pantai, bangunan, kedai, pusat rekreasi, taman, dan pelbagai lagi.
Namun begitu, masih ramai golongan bumiputra yang masih belum tahu akan kelebihan yang terdapat dalam bidang hartanah lelong ini. Mungkin anda pernah mendengar mereka-mereka yang membeli rumah lelong mengalami kerugian. Anda juga mungkin pernah mendengar, ada yang membeli rumah lelong tetapi terpaksa menghabiskan puluhan ribu malahan ada yang terpaksa kehilangan duit deposit kerana kelewatan untuk menyelesaikan baki harga belian.
Anda harus tahu, membeli Rumah Lelong bukanlah sukar sepertimana yang pernah anda dengar. Sama ada dari mereka yang pernah membeli atau mereka yang cakap apa yang mereka dengar. Diharapkan anda dapat membuang tangapan negatif berkenaan rumah lelong ini sebelum anda hanya merugikan diri anda sendiri. Mengapa saya mengatakan merugikan, kerana ramai golongan bukan bumiputera mengambil peluang ini jika dibandingan dengan golongan bumiputra.
���� � �
Pada masa kini, R mah Lelong merupakan satu peluang kepada merekamereka yang masih belum memiliki rumah atau kepada sesiapa membuat pelaburan. Ini
ahaja yang ingin
erana, membeli rumah lelong adalah lebih murah jika
dibandingakan dengan harga pasaran semasa. Oleh itu, pemb li yang membeli rumah lelong dapat berjimat 20% - 50% lebih rendah daripada pe belian biasa.
Melalui e-book ini, s ya akan utamakan dan kongsikan apa itu Rumah Lelong dan apa kelebihannya jika menjadi Ejen Hartanah Lelong jika diba ndingkan dengan yang lain. Diharapkan il u yang diberi dapat memberi manf at kepada anda terutamanya golongan bu iputra dan semua yang telah mendapat an e-book ini.
���� � �
SEJARAH LELONG
Lelong sebenarnya telah bermula sejak 500 tahun sebelum masihi lagi. Jika diterjemahkan dalam bahasa inggeris disebut sebagai Auction. Auction ini merupakan permulaan kata Latin iaitu Auctus yang permaksud perningkatan atau kenaikan.
Disini kita dapat tafsirkan, lelong adalah satu persaingan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara menawarkan harga yang tertinggi. Lelong ini diwujudkan untuk membubarkan aset dan telah digunakan sejak zaman Rom kuno lagi. Kegiatan lelong ini telah berkembang setelah peradapan dunia kian maju dan aset seseorang individu semakin bertambah.
Lelongan adalah cara yang paling unik untuk menjual hampir apa sahaja jenis harta peribadi. Jika dulu, lelongan yang paling popular adalah aktiviti penjualan yang melibatkan barang-barang isi rumah, ternakan atau barang-barang antik.
Pada masa kini, lelongan dalam hartanah menjadi salah satu aktiviti penjualan yang semakin berkembang pesat. Semakin ramai orang membeli dan menjual rumah-rumah dan tanah mereka melalui kaedah lelongan.
���� � �
Pada tahun 1991, lelongan dalam Real Estate di Amerika Syarikat telah meningkat lebih dari US$ 10 bilion dari tahun 1980 menjadi US$ 33 bilion. Mereka juga telah mengangarkan bahawa pada tahun 2000, satu pertiga dari seluruh hartanah akan dijual melalui lelongan. Pada tahun 2004, nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dijual di lelongan di Amerika Syarikat ialah kira-kira US $ 202,7 bilion. Angka ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Penjualan hartanah lelong di Malaysia semakin hari semakin bertambah. Boleh dikatakan lebih 100 jenis hartanah akan dan sedang dilelong setiap hari. Hartanah lelong ini boleh terdiri dari rumah teres, apartment, flat, kondo, tanah kosong, lot kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagaian jenis hartanah ini memberi peluang untuk anda menjual apa sahaja hartanah malahan senarai hartanah untuk anda jual juga tidak terhad dan sentiasa bertambah setiap hari.
���� � �
10 TIP MUDAH UNTUK MEMBELI RUMAH LELONG
1. Mengenal pasti Rumah atau Hartanah yang anda ingin beli. Pastikan anda telah betul-betul bersedia untuk membeli rumah mengikut kepada lokasi pilihan dan bajet. Ambil tahu dan perhatian terhadap semua maklumat berkaitan dengan hartanah.
2. Membuat lawat periksa luaran hartanah untuk memastikan keadaan serta persekitaran hartanah tersebut.
���� � �
3. Membuat carian rasmi di pejabat tanah yang berkaitan dan membuat pertanyaan umum dengan pemaju atau pejabat pengurusan untuk hartanah yang ingin anda beli.
4. Dapatkan satu salinan Pengisytiharan Jualan (POS) dan Syarat Jualan (COS) dari pihak pelelong atau ejen yang berdaftar. Fahami terma dan syarat yang terkandung didalam POS tersebut. Setelah betul-betul berminat dengan hartanah tersebut, anda dikehendaki untuk mendaftar butiran dengan pihak Bank sebelum hari lelongan diadakan.
5. Sila ambil nota berkenaan tarikh, masa, dan tempat. Anda perlu menyediakan Bank Draft atau Perintah Juruwang sebagai deposit untuk memasuki lelongan sama ada 5% atau 10% dari Harga Rizab sebelum tarikh lelongan. Peratus untuk bank draft ini ada dinyatakan dengan jelas dalam POS.
���� � �
6. Pada hari lelongan, sila pastikan anda hadir ke tempat lelongan sekurangkurangnya 30 minit sebelum lelongan diadakan. Anda juga dikehendaki mendaftar di kaunter pelelong untuk mengesahkan kehadiran anda serta mengambil bida kad untuk membida hartanah yang ingin anda beli.
7. Sebelum sesi lelongan bermula, Pelelong akan menerangkan taklimat mengenai proses bidaan, membaca fasal penting berkenaan syarat serta terma yang terkandung di dalam COS beserta maklumat hartanah.
8. Pada masa lelongan, anda dikehendaki untuk membuat tawaran harga dengan cara menaikan atau mengangkat paddle kad untuk menunjukkan harga bidaan. Proses bidaan akan berhenti apabila harga tertinggi yang diumumkan dan dikira sehingga 3 kali oleh pelelong dan tidak ada lagi tawaran lain dibuat. Apabila tukul dijatuhkan, hartanah tersebut dikira telah dijual.
���� � �
9.
BERJAYA : Pembida
yang berjaya dikehendaki menandatangani Kontrak Jualan
dan membayar perbezaan 5% atau 10% untuk mencukupkan deposit mengikut kepada kenaikan harga yang berjaya dibida. Baki pembelian harga mesti dibayar dalam tempoh masa yang diberikan. Sekiranya tiada pembida lain, anda dapat beli hartanah tersebut dengan harga rizab.
10.
TIDAK BERJAYA : Sekiranya
anda tidak berjaya dalam lelongan tersebut, anda
boleh mengambil kembali Bank Draft atau Perintah Juruwang di kaunter pendaftaran selepas lelongan diadakan.
���� � �
Adakah anda berminat berminat Untuk menjadi salah salah seorang EjenHartanah EjenHartanah Lelong? Mungkin Anda Tertanya-Tanya Apa Beza Ejen Lelong Dengan Subsale ‘Real Estate’ Ini? Sebagai Ejen Hartanah Lelong, anda dapat belajar banyak perkara berkaitan dengan bidang hartanah jika dibandingkan dengan Ejen Real Estate / Subsale. Ini kerana, anda akan mendalami selok belok hartanah bukan sahaja dari proses pindah milik harta sahaja, tetapi juga dapat belajar bagaimana proses dan perjalanan sesuatu hartanah boleh berpindah milik dari seseorang individu kepada seseorang individu yang lain melalui proses lelongan hartanah.
Antara kelebihan yang paling jelas adalah, anda dapat belajar bagaimana cara untuk menjadi seorang ejen hartanah walaupun anda tidak pernah mempelajarinya. Selain itu, anda juga dapat mengetahui bagaimana untuk membuat pilihan hartanah yang terbaik sebagai pelaburan yang menguntungkan sama ada untuk diri sendiri atau untuk bakal klien anda nanti.
���� � ��
Dibawah saya senaraikan beberapa perbezaan antara Ejen Hartanah Lelong dengan Ejen Real Estate/ Subsale :
EJEN LELONG
EJEN SUBSALE
Ada banyak listing
Terhad
Listing terkini dan terbaru setiap hari
Terhad
Ada pelbagai jenis rumah untuk dijual Tidak perlu tengok rumah
Terhad Perlu buat temu janji dengan pemilik
Tidak perlu bawa pembeli tengok
Perlu Bawa pembeli tengok
rumah
keadaan dalam rumah
Dapat jimatkan masa
Masa tak tetap
Dapat tentukan masa sendiri
Perlu ikut kehendak klien
Kos pendaftaran rendah
Kos pendaftaran tinggi
Boleh buat secara Part time / Full time
Wajib full time
Komisyen cepat dapat
Komisyen lambat
Mudah belajar & Boleh buat kerja
Belum tentu boleh buat kerja
subsale
lelong
���� � ��
MENJADI EJEN HARTANAH (REAL ESTATE) Sekiranya anda konsisten dan memberikan komitment untuk mempelajari bidang ini, anda secara tak langsung dapat belajar menjadi Ejen Hartanah Subsale dengan lebih mudah. Melalui teknik yang akan dikongsikan, anda akan berpeluang untuk mendapatkan listing hartanah untuk dijual tanpa anda sedari.
Malahan, dari rumah atau hartanah yang telah anda jualkan kepada klien melalui lelongan anda dapat jualkan semula kepada pembeli baru dengan harga yang berpatutan. Dengan itu, anda dapat menggandakan pendapatan dengan hanya satu rumah lelong.
Tapi anda harus ingat, tidak semua hartanah adalah sama jenisnya. Terdapat hartanah yang boleh terus dijual dalam tempoh masa yang singkat dan ada juga hartanah yang mengambil masa yang lama sebelum ianya boleh dijual semula. Semuanya bergantung kepada jenis hartanah dan jenis lelongan itu sendiri.
���� � ��
MENJADI SEORANG PELABUR HARTANAH Apabila anda menjadi seorang ejen dalam hartanah lelong. Pada masa akan datang anda akan mendapat pengalaman dan dapat belajar bagaimana menjadi seorang pelabur dalam hartanah lelong. Dengan mendalami hartanah lelong, anda dapat mengurangkan risiko dan seterusnya anda dapat menjimatkan masa dan tenaga anda.
Boleh dikatakan pelaburan yang paling bagus dalam hartanah adalah pelaburan dalam hartanah lelong. Dimana anda membeli dengan harga murah, dan seterusnya dapat menjual semula dengan harga pasaran. Bahkan anda dapat menjana pendapatan dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu, anda juga dapat menjana pendapatan pasif setiap bulan melalui penyewaan.
Anda harus tahu, setiap sesuatu pasti ada risiko. Tetapi risiko dapat dikurangkan apabila adanya ilmu dan pengalaman. Pelaburan dalam hartanah ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan tetapi memerlukan teknik dan strategi tertentu supaya ianya tidak menjadi sesuatu yang boleh membebankan. Apabila tersilap langkah, anda boleh merugikan mungkin puluhan ribu duit anda sendiri atau mungkin klien anda nanti.
���� � ��
SEKIAN.... Sekian sahaja laporan serba ringkas yang dapat saya sampaikan. Dengan perkongsian ini, diharapkan ianya dapat memberi pendedahan dan membuka peluang kepada anda untuk menceburkan diri dalam kerjaya Ejen Hartanah Lelong. Tahukah anda, peluang seperti ini tidak pernah dikongsikan dan dibongkar oleh mereka-mereka yang lebih dahulu menceburinya.
Terutamanya bagi golongan bumiputra, ini adalah peluang yang cukup cerah untuk anda ambil. Lebih-lebih lagi, kebanyakan hartanah di Malaysia telah disimpan dan ditetapkan sebagai Lot Bumiputra dan Malay Reserve.
Jika diperhatikan, ramai golongan bukan bumiputra yang tidak dibenarkan membeli rumah yang berstatus seperti ini. Ini menjadikan hak anda sebagai bumiputra terjamin dan menjadikan peluang untuk anda menanfaatkan kerjaya ini terbuka luas.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendalami bidang ini untuk menambah nilai dalam kehidupan anda nanti. Saya berharap kita dapat berjaya bersama-sama menjana pendapatan sama ada secara Part Time atau Full Time. Saya yakin dan percaya dengan mendalami industri hartanah lelong ini, anda akan menjadi seorang pelabur dalam hartanah lelong untuk diri anda sendiri.
Jadi, bagi anda yang sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan dan yang paling menguntungkan dalam industri hartanah, maka Kerjaya Ejen Hartanah Lelong adalah pilihan yang sangat sesuai untuk anda rebut. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kerjaya ini sila lawati halaman website dibawah:
{- -] { { { -TERHADUNTUKBUMIPUTRASAHAJA - - TERHADUNTUKBUMIPUTRASAHAJA- TERHADUNTUKBUMIPUTRASAHAJA -- ]] Panduan Awal Untuk Bermula => www.ejenlelong.com/parttime
���� � ��