http://www.silampuneon.com/2012/06/taklimat-linus-program-literasi-dan.html
APA MAKSUD PROGRAM LINUS? January 29th, 2011 admin Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. DEFINISI LITERASI Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. KEMAHIRAN ASAS LITERASI
serta
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan. 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’. Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. KEMAHIRAN ASAS NUMERASI TAHUN 1 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas TAHUN 2 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100 - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek TAHUN 3 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Konstruk 2 : Keupayaan membilang Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu. Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.
http://intizhar-kalamhati.blogspot.com/2012/04/dulu-klsrpastu-kbsrsekarang-nikssr.html
Dulu KLSR..Pastu KBSR..Sekarang ni KSSR pulak..Lepas ni apa pulak?hehe KLSR ni rasanya KH tak sempat kot. Yang amik Penilaian Darjah Lima guna KLSR kan? hehe den tak sure. KBSR tu memang sempat bebenor ler masa sekolah dulu. Kalau tak silap KBSR ni membawa perubahan kepada peperiksaan sekolah rendah. Dari darjah lima tukar ke darjah enam dan dinamakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)..
Start tahun lepas, KBSR ni dah tak lagi digunakan untuk murid Tahun 1. Yang tahun 3 ke atas masih guna KBSR. Habis generasi KBSR nanti, maka keseluruhan murid sekolah rendah akan menggunakan kurikulum baru ini iaitu KSSR, Glemer sungguh cik KSSR kita ni semenjak dua menjak ni kan..
Sampai ada yang tak faham lagi konsep KSSR ni cemana. Apa KSSR tu pun maybe lum jelas lagi kan?kan?
Ok2.. Meh cikgu terangkan sikit pasal KSSR ni.. Hari ni cikgu rajin sikit nak taip panjang2.. Ilmu yang bermanfaat idok ler salah dikongsi bersama kan? Sebab nanti kalian semua akan jadi mak dan ayah then nak hantar anak2 ke sekolah rendah.
Parents yang ada anak umur 7 dan 6 tahun memang kena tau serba sikit pasal KSSR ni. KSSR ni nama panjang dia KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH.
Secara kasarnya, KSSR ni dah lari dari konsep 'exam oriented'.. Pencapaian murid dinilai melalui band-band yang telah ditetapkan dari band 1 hingga band 6. Kalau sebelum ni, murid menduduki 4 kali peperiksaan setahun iaitu PKSR 1(Penilaian Kendalian Sekolah Rendah) hingga PKSR 4. Untuk KSSR ni, hanya ada ujian pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja.
Lagi mudah ke?huhu mudah bagi murid kot, yang susahnya cikgu la..hehe sebab kena sentiasa menilai band-band murid2 ni. Setiap murid ada satu fail dan dalam fail tu ada penilaian band dan hasil kerja terbaik mereka sebagai evidence.
So far, KH tengok macam berat jugak la tugas guru Tahun 1 dan 2 sebab perlu buat 2 kerja dalam satu masa. Mengajar dan menilai pencapaian murid secara individu. Rancangan pengajaran yang harus disediakan juga lebih detail dan mesti ikut format yang betul.
Rakan setugas yang mengajar subjek Dunia Seni Visual, dia punya rancangan mengajar sampai satu page. Memang format dia macam tu. Huhu bayangkan dalam sehari sampai 2 3 pages kena buat rancangan pengajaran.
Memang bukan mudah, namun tanggungjawab harus dipikul dan perintah harus dipatuhi. Jika diberi pilihan KH nak kerja kat pejabat je.. hehe
Cuma yang KH dapat simpulkan, early education untuk anak2 tu penting. Tak kiralah nak hantar dorang ke educatioan centre or nak mengajar sendiri di rumah. Asalkan mereka dapat kenal huruf dan tahu mengeja suku kata ringkas dan kenal nombor dengan baik sebelum mereka menjejakkan kaki ke sekolah. Jika tidak, mereka akan menghadapi masalah di sekolah.
Tu belum KH cerita pasal program LINUS (Literacy & Numeracy Screening) yang menggantikan KIA2M untuk menilai tahap kemahiran asas murid dalam literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik).
**Pendapat peribadi KH melalui pengalaman dan observation, kurikulum sekolah rendah di negara kita ni masih lagi membebankan murid dan murid tidak betul-betul enjoy untuk belajar kerana bebanan mata pelajaran yang banyak.
Kalau concerntrate pada skills tertentu mengikut tahun lagi berkesan kot. For example, untuk Tahun 1, mereka hanya diajar tentang asas pengurusan diri dan mengenal huruf dan angka serta asas fardhu ain. Seterusnya bidang-bidang tertentu akan ditambah mengikut kesesuaian. Untuk tahap sekolah rendah ni, KH rasa kurikulumnya perlu lebih kepada yang berbentuk handson.
Apa guna kalau kita sumbat kepala anak2 kecil ni dengan pelbagai ilmu dalam satu masa, tetapi ia tidak begitu berkesan berbanding kita tumpukan kepada bidang2 khusus yang lebih memberi manfaat kepada mereka. Yang paling penting, mereka perlu celik huruf dan nombor serta asas penting untuk menjadi insan berakhlak dan beriman. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/03/ii-kbsr-dan-kssr.html
Friday, 30 March 2012 [ii] KBSR dan KSSR KLSR - kurikulum lama sekolah rendah KBSR - kurikulum baru sekolah rendah prinsip pendekatan bersepadu pendidikan yang sama untuk semua murid perkembangan individu secara menyeluruh pendidikan seumur hidup kesepaduan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani pendidikan untuk semua penggunaan pengetahuan dan kemahiran sedia ada meningkatkan penggunaan bm dan bi serta bahasa pengantar yang lain pendidikan sepanjang hayat penekanan kepada nilai murni KSSR - kurikulum standard sekolah rendah - 2011 mementingkan standard
standard kandungan - perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai standard pembelajaran - petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian diukur bagi setiap standard kandungan 1979 laporan jawatankuasa kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan diterbitkan. perhatian penting adalah mengenai kemahiran 3M kekurangan yang ada pada KLSR tiada perkaitan yang jelas antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain antara suatu peringkat pembelajaran dengan peringkatpembelajaran yang berikutnya tiada kesinambungan pelaksanaan pengajaran dalam KLSR adalah terpengaruh dan berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan KBSR, murid lebih aktif dalam proses pembelajaran, KLSR, guru bersifat autokratik dalam pengajarannya KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira, menaakul Kelebihan KSSR tambahan 1 elemen iaitu kemahiran menaakul - Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajar-pelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guruguru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR KSSR bertujuan membekalkan generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21
http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/03/i-perkembangan-kurikulum-danpengajaran.html Saturday, 31 March 2012 [i] Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah
zaman sebelum penjajahan inggeris pendidikan tradisional - ramai orang melayu saja, cina dan india hanya datang sebagai buruh saja. pelajaran formal kebanyakan di istana zaman penjajahan inggeris sekolah inggeris - sekolah pertama Penang Free School sekolah vernakular - bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. seperti sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil. sekolah nihongo semasa penjajahan jepun - kurikulum adalah dari jepun zaman selepas merdeka bahasa inggeris diberi kepada semua murid pelajaran vokasional dilaksanakan akta pelajaran 1961 sebelum penjajahan inggeris majoriti rakyat jelata mendapat pendidikan informal kerana tidak banyak institusi sekolah pada masa itu. alim ulama islam dari timur tengah ke tanah melayu mengakibatkan madrasah dan sekolah pondok banyak dibina sekolah vernakular mempunyai ciri ciri seperti pengajaran oleh guru guru mengikut etnik masing masing kerajaan inggeris meluluskan enakmen pendaftaran sekolah kerana masalah pembukaan sekolah. kesannya ialah perlantikan guru tidak boleh terus dari tanah besar china atau india selepas sahaja tanah melayu merdeka, pelajaran berasaskan akta pelajaran, pendidikan untuk perpaduan kaum. Ditulis oleh Cikgu Mazlan pada 10:43 AM