KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN
TUGASAN: MABS 1112 TAJUK: PERANAN BUDAYA DALAM KESIHATAN
Jumlah perkataan: 1780 patah
Untuk memenuhi sebahagian daripada kehendak Kursus Diploma Pembantu Perubatan
PENGENALAN BUDAYA DALAM KESIHATAN
Peranan budaya dalam kesihatan membawa pelbagai maksud, yang akhirnya dapat disimpulkan bahawasanya peranan budaya ini memberi kita pengertian dalam kehidupan dan perkara yang diaplikasikan dalam hidup seseorang dalam penjagaan kesihatan.
Budaya atau kebudayaan(berasal daripada perkataan sanskrit) yang bermaksud budi pekerti atau akal secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
Budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Budaya juga membawa maksud sebagai peradaban, suatu adab resam, atau pantang larang yang diamalkan oleh semua manusia. Setiap manusia mempunyai budaya yang perlu dipatuhi dan diikuti untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan. Budaya juga dapat diertikan sebagai satu sistem tentang cara berfikir,cara melakukan kerja, yang disebarkan dengan meluas kepada individu lain ataupun dalam sekumpulan manusia di suatu kawasan.
Kesihatan pula membawa maksud sebagai tidak sakit atau kesegaran seseorang individu tersebut. Berdasarkan kamus dewan pula, kesihatan membawa maksud sebagai perihal tentang kesegaran, kesakitan, atau kebaikan tentang keadaan tubuh badan.
Setiap masyarakat di dunia ini mempunyai pelbagai pegangan, dan kepercayaan dalam penjagaan kesihatan mereka. Pegangan mereka ini yang merupakan adat turun temurun sejak zaman nenek moyang mereka ini telah dijadikan sebagai budaya dalam hidup mereka. Oleh sebab itu budaya juga turut mengambil peranan dalam kesihatan seseorang.
OBJEKTIF
•
Menerangkan tentang definisi budaya
•
Kemahiran pembelajaran bagi manusia
•
Elemen-elemen budaya
•
Menerangkan kaitan antara budaya dengan kesihatan seseorang
DEFINISI BUDAYA
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi , yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan .
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan (atau penentuan)) budaya. budaya . Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau lampau (atau ringkasnya superorganik ). superorganik ). Hubungan atau interaksi antara ibu bapa dan anak, atau dengan masyarakat disekeliling yang membentuk sesuatu budaya yang juga dapat diringkaskan sebagai perkara-perkara perkara-perk ara yang dipelajari untuk dijadikan sebagai pedoman untuk dijadikan sebagai satu sistem tingkahlaku dan dikongsi bersama dalam ahli kumpulan, masyarakat, dan kehidupan di sekeliling.
Budaya memberi manfaat, tetapi budaya juga turut membawa kepada sebaliknya jika ianya diamalkan dengan cara yang salah yang pastinya akan membawa keburukan bagi sesiapa yang mengamalkan budaya tersebut. Antara budaya-budaya yang tidak elok untuk diamalkan tetapi tetap diamalkan oleh segelintir masyarakat pada zaman sekarang ialah budaya bertatu, budaya memakai pakaian yang menjolok mata, seks bebas, lesbian, homoseksual dan lain-lain lagi.
Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, Nusantara , iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.
Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat
KEMAHIRAN PEMBELAJARAN BAGI MANUSIA
Manusia mempunyai kemahiran pembelajaran yang menakjubkan berbanding dengan makhluk lain. Manusia mempunyai kemahiran pembelajaran yang jauh lebih baik berbanding dengan haiwan. Perbezaan ini yang mengangkat manusia sebagai makhluk yang istimewa. Melalui kemahiran pembelajaran ini, manusia menggunakannya untuk mempelajari dan membaiki tingkahlaku mereka seperti mempelajari cara-cara untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Anak-anak juga mejadikan ibubapa mereka sebagai idola untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Sikap ibubapa mempengaruhi taraf kesihatan dan sosial anak mereka. Latihan yang diberikan oleh ibubapa terhadap anak mereka seperti keyakinan diri, dan dalam bab-bab pemakanan. Anak-anak yang menerima asuhan seperti ini akhirnya akan menjadikan apa yang dididik itu sebagai perkara yang lazim dan budaya di dalam kehidupan.
Manusia juga menggunakan akal fikiran untuk tujuan tertentu. Cara manusia berfikir bergantung kepada pemikiran seseorang itu yang akan menunjukkan keperibadian seseorang sama ada kearah kebaikan atau keburukan. Contoh seseorang menggunakan akal fikiran kearah kebaikan ialah dengan menolong orang yang dalam kesusahan,mencipta peralatan yang memberi kemudahan kepada pengguna dan memudahkan kerja manusia terutama bagi mereka yang kurang upaya.
Manusia juga mempunyai kemahiran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kebolehan seperti mempertingkatkan kebolehan bertutur dalam bahasa lain dengan menghadiri kelas bahasa. Kemahiran untuk mempertingkatkan kebolehan juga turut diamalkan dalam bidang lain.
ELEMEN-ELEMEN DALAM BUDAYA
1. Simbol 2. Bahasa 3. Nilai 4. Norma 5. Panta Pantang ng lara larang ng// adat adat resa resam m
budaya terdiri daripada pelbagai aspek. Ciri-ciri budaya ialah terdiri daripada ciri buatan manusia. manusia . Ciri buatan manusia yang dimaksudkan ialah petempatan, pengangkutan, pengangkutan , perhubungan, tempat penginapan, tanaman, tanaman , taman pertanian, pertanian , dan bandar . Petempatan ialah kawasan tempat tinggal bagi sesuatu masyarakat atau puak. Manakala tanaman pula ialah benda yang ditanam yang akan memberi hasil kepada penduduk seperti makanan, dan boleh dijadikan sebagai mata pencarian.
Manakala elemen-elemen dalam budaya terdiri daripada simbol, bahasa, nilai, norma, dan pantang larang ataupun dikenali sebagai adat resam.
Simbol ialah satu lambang atau tanda-tanda yang memberi suatu makna kepada suatu masyarakat di suatu kawasan. Sebagai contoh simbol yang membawa makna kepada masyarakat ialah dari segi pakaian iaitu baju melayu, baju kebaya, songkok dan lain-lain lagi. Baju melayu dan baju kurung dikaitkan dengan kaum melayu yang merupakan pakaian tradisi turun temurun kaum melayu yang dipakai oleh golongan lelaki dan perempuan. Bagi kaum cina pula dapat dikenal pasti melalui pakaian chiong sam, hiasan di dinding rumah, lukisan ataupun tattoo yang menunjukkan ciri-ciri sesuatu kaum yang juga merupakan simbol bagi sesuatu kaum.
Elemen kedua bagi budaya ialah bahasa. Bahasa bertindak sebagai pengantara di antara setiap masyarakat di antara satu tempat dan tempat taupun diantara masyarakat sekelompok mereka sendiri. Bahasa merupakan komunikasi berkesan iaitu verbal dan non-verbal. Melalui bahasa jugalah masyarakat dapat berkomunikasi di antara satu sama lain dan setiap kaum dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh kaum yang lain. Sebagai contoh ketika zaman kegemilangan melaka, bahasa rasmi yang dituturkan oleh penduduk melaka dan masyarakat yang datang ke melaka menggunakan bahasa melayu sebagai lingua franca. Dengan ini, mereka dapat berkongsi sesuatu maklumat dengan tepat dan ciri-ciri budaya penduduk yang datang berhijrah ke melaka dan budaya penduduk tempatan disebarkan diantara satu sama lain.
Elemen budaya yang ketiga ialah nilai(value). Nilai ialah pegangan hidup yang baik, murni, bermoral dan beretika. Semua nilai ini boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup kerana nilai ini terdiri daripada ciri-ciri yang positif. Nilai juga menunjukkan sesuatu budaya bagi kaum tersebut,contohnya kaum melayu terkenal dengan adab sopan santun dan berbudi bahasa sebagaimana juga kaum-kaum lain.
Elemen budaya yang keempat ialah norma(norm). Norma iaitu panduan-panduan yang berguna yang khusus seperti tidak menipu,bersopan santun, dan bergaul mesra serta hormat menghormati diantara satu sama lain. Cara bersalam juga menunjukkan juga menunjukkan cara rasa hormat kepada orang yang lebih tua.
Elemen budaya yang kelima pula ialah pantang larang(mores). Pantang larang ialah konsep atau perkara yang dilarang untuk dilakukan oleh seseorang individu dalam suatu kelompok yang menyebabkan sebab dan akibat seperti menghisap dadah, mencuri, dan mengkhianati orang lain. Ia juga dapat dikelaskan juga sebagai taboo makanan yang mengharamkan seseorang memakan makanan tersebut sebagai contoh orang islam dilarang memakan daging babi dan daging anjing, manakala orang India pula dilarang memakan daging lembu. Taboo bahasa pula ialah perkataan yang tidak boleh disebut dan dilarang disebut seperti menyebut perkataan hantu ataupun harimau yang merupakan perkataan yang ditegah untuk disebut semasa di dalam hutan.
KAITAN DIANTARA BUDAYA DENGAN KESIHATAN SESEORANG
•
Persepsi kepada penyakit-penyakit. Faktor budaya sering mempengaruhi status kesihatan seseorang contohnya jika tidak sihat, pening kepala, dan juga masalah kesuburan. Mereka yang menghadapi penyakit ini akan pergi berjumpa dengan bomoh untuk mengubati penyakit yang mereka hidapi dan bomoh ini mendakwa bahawa terdapat unsur jahat seperti hantu yang telah merasuk ke dalam tubuh mereka walaupun pada hakikat yang sebenarnya mereka dijangkiti penyakit denggi.
•
Reaksi kepada penyakit. Setiap budaya juga mempunyai budaya yang sama dalam reaksi kepada penyakit. Lelaki yang sememangnya lebih kuat daripada kaum wanita,diertikan dengan kaum lelaki kuat dalam semua aspek dan hasilnya lelaki akan menahan kesakitan yang mereka hidapi ini dan tidak merujuk penyakit yang mereka hidapi ini kepada doctor yang akhirnya akan menyebabkan penyakit yang mereka hidapi ini menjadi semakin bertambah parah.
•
Penyakit disebabkan oleh pengamalan. Sesuatu budaya itu unik kerana ia mempunyai pelbagai peraturan dan pantang larang yang dilakukan seperti mandi minyak, meminum darah haiwan, dan mencederakan diri untuk menyucikan diri mereka. Seseorang yang mengamalkan budaya ini akan mempengaruhi taraf kesihatan mereka yang akhirnya akan menyebabkan infeksi dan penyakit yang teruk yang juga boleh meragut nyawa.
•
Kepercayaan dan pengamalan sejak turun temurun. Budaya dari segi pengamalan dan kepercayaan juga turut memberi peranan terhadap kesihatan seseorang. Sebagai contoh, masyarakat cina mempunyai amalan kepercayaan seperti “Feng Shui” dan sebagainya. Dalam kepercayaan feng shui,mereka menekankan prinsip budaya berfikir secara positif dengan berpegang kepada simbol ikan emas. Selain itu,kepercayaan feng shui juga turut membantu dalam penjagaan kesihatan. Sebagai contoh, sekiranya di hadapan rumah terdapat bukit tinggi ataupun sedikit tanah tinggi lebih kurang 4 kaki, ini merupakan tanda yang tak elok. Ini akan memberikan kesan kepada penghuni rumah itu iaitu perempuan mengandung di dalam rumah itu menghadapi masalah ketika mengandung manakala orang lelaki dalam rumah itu pula akan menghadapi masalah pendengaran dan percakapan.
KESIMPULAN
Budaya memainkan peranan yang penting dalam kesihatan manusia yang berlainan budaya diantara satu sama lain yang boleh menjurus kearah kebaikan ataupun keburukan. Budaya yang membawa kepada keburukan dan membahayakan kesihatan hendaklah diubah dan diikuti dengan mengamalkan cara hidup yang baik dan melakukan langkah-langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan ianya mendatangkan kemudaratan supaya ia tidak menjejaskan kesihatan diri kita dengan mengikut segala peraturan, pantang larang, yang akan membawa kepada kesejahteraan hidup kepada manusia.
RUJUKAN
Harry, C. & Triandis, A. 1980, Social Psychology, Allan and Bacon Inc, London.
Hanafiah, S., Osman, A. & Hashami, B. 1997, Isu Kesihatan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Niven, N. 1989, Health psychology, Churchill Livingstone, New York.
Palen, J.J. 1979, Social Problems, McGraw-Hill, United Stated Of America
Jason, F. 2007, Feng Shui In The City, Marshall Cavendish, Malaysia.
Ong, H. 1994, Secret Of Ancient Chinese, Pelanduk Publications, Malaysia.