RUJUKAN 1: KEBAIKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Dipetik
daripada:
http://www.jomria.com/2013/04/kebaikan-lawatan-sambil-
belajar.html Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru untuk melawat sesuatu tempat. Lawatan ini biasanya dilakukan pada cuti sekolah dan hujung minggu. Namun demikian, pada masa kini aktiviti lawatan boleh juga dilakukan pada hari persekolahan dengan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Pada kebiasaannya ramai pelajar berminat untuk menyertai program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan membuat lawatan sambil belajar. Kebaikan
pertama
membuat
lawatan
sambil
belajar
ialah
pelajar
dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh pelajar. Kebiasaannya pelajar dibekalkan dengan buku catatan dan digalakkan membuat pertanyaan kepada pegawai bertugas di tempat yang dilawati. Tempat-tempat yang sering menjadi tempat lawatan ialah muzium, syarikat percetakan akhbar, kilang-kilang serta bangunan kerajaan. Pengetahuan yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana pelajar menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat. Di samping itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan pengalaman kepada pelajar. Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa lawatan sambil belajar tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Amalan nilai-nilai murni sememangnya penting kepada pelajar agar mereka dapat menjadi pelajar yang cemerlang. Penerapan nilai-nilai murni ini boleh diterapkan oleh guru pengiring secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh guru ialah mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya. Contohnya, kemalangan jalan raya
yang ditemui oleh pelajar semasa dalam perjalanan pula akan memberi kesedaran kepada pelajar agar mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Selain itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberi semangat kepada pelajar untuk belajar dengan lebih rajin. Bagi sesetengah pelajar, mereke memerlukan suasana yang sebenar bagi mendorong mereka untuk belajar. Sewajarnya tempattempat yang dapat memberi motivasi kepada pelajar secara langsung dan tidak langsung menjadi fokasi utama lawatan. Bagi guru, lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah pengajaran kepada pelajar. Pengajaran dalam kelas kadang-kadang membosankan pelajar. Dengan adanya program lawatan sambil belajar, pelajar akan berasa seronok di samping mendapat pengalaman baru. Bagi mencapai objektif pengajaran melalul lawatan, guru mestilah membuat persediaan yang rapi sebelum dan semasa lawatan. Setelah lawatan selesai, sewajarnya pelajar disuruh menulis laporan lawatan atau membuat karangan tentang pengalaman semasa lawatan.
RUJUKAN 2: Portal Hal Ehwal Murid SMK Taman Indah.
Dipetik dari http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan.
Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak polis bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan.
Menyediakan senarai barang-barang keperluan pelajar.
Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga.
Mengedarkan borang keperluan ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum aktivtiti dijalankan.
Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
Mengatur program yang sesuai.
KAEDAH LAWATAN Definisi
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah Ciri-ciri Pentin g
1.
Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung
2.
Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran
3.
Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku
4.
Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah
5.
Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.
6.
Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkaraperkara yang diajar
RUJUKAN 3: KAEDAH PENYELIDIKAN KAJIAN
Dipetik daripada http://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpTwo/kaedah_penyelidikan_kajian.ht m KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT-MAKLUMAT Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam projek studio pada kali ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan, pemerhatian, temubual, bancian, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan beberapa bahan rujukan. Pemerhatian Kaedah ini dijalankan secara langsung bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Kaedah ini jelas sekali digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh kumpulan kami. Temubual Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan seorang pensyarah undang-undang dan seorang ahli dewan undangan.
Temubual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan
dengan tajuk yang kami kaji.
Manakala temubual secara tidak formal pula
berdasarkan temubual orang persendirian dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Perbincangan kumpulan Berdasarkan tajuk kajian yang hendak dijalankan, perbincangan kumpulan amat penting. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, maklumat-maklumat yang telah diperolehi dari ahli kumpulan akan ditelitikan seterusnya dibincangkan bersama-sama. Selain daripada itu juga, idea-idea daripada ahli kumpulan dapat
diketahui. Perbincangan ini adalah asas daripada kaedah dalam penyelidikan kajian ini.
Dengan mengadakan perbincangan, kata sepakat telah diperolehi dan kami
telah memilih tajuk serta lokasi kajian. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul.
Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk
memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Kami telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang kami kaji. Borang itu akan kami edarkan secara rawak kepada penduduk di kawasan kajian. Maklumat yang kami inginkan datang daripada borang soal selidik ini. Bahan -bahan rujukan Bahan rujukan utama yang kami perolehi daripada pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Maklumat yang kami dapati ialah seperti peta, kegunaan bangunan seperti jenis dan keadaan fizikal bangunan tersebut, berkenaan dengan akta kawalan sewa dan pernansuhan akta ini , zon dan beberapa maklumat lain lagi. Kami juga membuat rujukan daripada Rancangan Struktur bagi Pulau Pinang. Bahan bacaan lain yang kami membuat rujukan ialah surat khabar, buku-buku dan majalah -majalah.