Program tahunan sekolah demi memantapkan pengetahuan, sahsiah dan emosi murid.Full description
Contoh Laporan Impak Lawatan Sambil Belajar (Pendidikan Khas)
Dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri
Full description
Education
zzzz
teknik mengajarFull description
sdDeskripsi lengkap
sdFull description
Full description
Full description
KERTAS KERJA YANG DIRANCANG UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS SK ALAI MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT PEMBUATAN COKLAT DAN MINUMAN KESIHATAN
Kertas Kerja Lawatan Ke Pesta Buku 2018Full description
Semoga bermanfaatFull description
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO NEGARA DAN BIRD PARK
1.0
NAMA PROGRAM
Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Zoo Negara dan Bird Park ) bersama guru anjuran Unit kokurikulam S JK(T) Ladang Edinburgh. 1.1
PENGENALAN
Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Zoo Negara dan Bird Park ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat dan mempelajari tentang kehidupan fauna yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar berkeperluan khas ini. 1.2
MATLAMAT PROGRAM
Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar. Melalui lawatan ini murid akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan dan kehidupan amnya. Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara guru dan pelajar melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran murid betapa pentingnya menjaga disiplin diri sewaktu berada di luar bilik darjah. 1.3
SASARAN PESERTA PROGRAM
Para peserta terdiri daripada murid-murid tahap 1 SJK(T) Ladang Edinbu rgh
1.4
BILANGAN PESERTA PROGRAM
Seramai 81 orang murid, 6 orang guru 1
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1
1.5
TARIKH PROGRAM
06 SEPTEMBER 2017
1.6
JANGKA MASA PROGRAM
Program ini berlangsung untuk tempoh sehari
1.7
DESTINASI PROGRAM
‘ZOO NEGARA’ DAN ‘BIRD PARK’
2.0
OBJEKTIF
Objektif Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan sambil belajar ke Zoo Negara dan Bird Park) ini diadakan ialah : 1. 2. 3. 4. 5.
2
Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan murid serta guru-guru disamping membentuk kestabilan diri. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang luar. Memberi ruang kepada pelajar mempelajari dan menghormati adat dan buda ya semasa berada di luar Bilik darjah. Memberi peluang mempelajari kehidupan fauna disamping dapat menimba pengetahuan baru. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1
3.0
PELAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Rabu (06 September 2017). Peserta – peserta lawatan berkumpul di kantin sekolah SJK(T) Ladang Edinburgh pada pukul 7.30 pagi.. Pada pukul 8.00 pagi, bas mula bergerak meninggalkan SJK(T) Ladang Edinburgh.Sepanjang perjalanan ke Zoo Negara.
Rabu, 06 September 2017
AKTIVITI
MASA
8.00 pagi
Bertolak dari sekolah menuju ke Zoo Negara.
9.00 pagi
Murid-murid diberi Sarapan Pagi
10.00 pagi
Melawat Zoo
12.30 tengahari
Murid-murid dibawa untuk makan tengahari.
1.30 Petang
3.00 petang
Murid-murid Bertolak dari Bird Park.
4.00 petang
Samapai di SJK(T) Ladang Edinburgh.
3
Murid murid sambung untuk melawat Bird Park. –
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1
5.0
BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI
Ada beberapa masalah dihadapi sepanjang lawatan ini. Murid perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya. Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Selain itu, program ini ada menimbul masalah makanan iaitu lasi lemak terlalu pedas dan Makanan tengah hari tidak dapat dibekalkan dalam waktu yang tepat. Selain itu perbelanjaan lawatan telah bertambah apabila …………………………………. dan ini telah memberi sedikit masalah kepada penyelaras lawtan terpaksa menguruskan tambang berlebihan. Walaubagaimanapun, segala masalah dapat dihadapi dan diselesaikan dengan kadangkala terpaksa mengurus baik.
6.0
CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM
Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan berterusan banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi meningkatkan tahap pengurusan yang lebih cemerlang dalam program akan datang adalah dicadangan seperti tugasan guru perlu diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. Diharap juga semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan mematuhi setiap arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih kerap didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan peraturan lawatan.
4
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1
7.0
KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR
Pelajar dapat mengenal dunia fauna . Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru yang hanya boleh dipelajari daripada subjek Sains. Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi antara sesama mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam mata pelajaran Matematik
seperti penggunaan wang ketika membeli-belah dan membayar harga
makanan. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia walaupun tahap bahasa mereka masih rendah. Ini dapat membina ke yakinan diri bila berhadapan dengan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam percakapan seharian mereka . Selepas pulang dari lawatan tersebut. Pelajar juga didedahkan kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka. Kerjasama antara pelajar juga terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus diri rakan mereka yang lemah. Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu serta meningkatkan keyakinan diri mereka. Pelajar dapat mempelajari kehidupan fauna dan dapat menikmati keindahan dan keunikannya.
5
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHP 1
8.0
PENUTUP
Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubung an antara guru, dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru serta menikmati persekitaran yang indah sekaligus menghargai persekitaran sekeliling mereka. Harapan kami selaku warga pendidik agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan murid-murid sekolah.
Disediakan oleh :
………………………………
(KOGILA VENI A/P KISHOR) Setiausaha, Lawatan sambil belajar ke Zoo Negara Dan Bird Park, SJK(T) Ladang Edinburgh.