Kurikulum dan sukan bagi PAV tingkatan 2. boleh dijadikan panduan dalam p&p.Full description
Laporan Tahunan Kokurikulum 2015Full description
bmFull description
Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat dan menjadi lebih berdisiplin. Selain hanya memupuk keperibadian yang seimbang, aktiviti badan beruniform turut menggalakkan pelajar mendalami pengetahuan asas bantuan kecemasan. Persatuan ataupun unit beruniform seprti St. John dan Persatuan Bulan Sabit Merah acapkali melaksanakan aktiviti untuk membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan aktiviti sebegini mampu membantu para pelajar dalam kehidupan saban hari. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform turut akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini akan memberi satu pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan dan sebaliknya memikirkan kebaikan yang akan ditawarkan oleh aktiviti kokurikulum sebegini. Sikap tidak acuh pelajar ini harus dikikis kerana aktiviti badan beruniform mempunyai banyak kebaikan yang tersirat. 502 patah perkataan