INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN, KOTA PUTRA, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.
PROGRAM : JELAJAH LESTARI
TEMPAT : CAMERON HIGHLANDS ( MARDI, LADANG TEH, LADANG STRAWBERI, LADANG KAKTUS, TAMAN LAVENDER DAN TAMAN RAMA-RAMA )
TARIKH : 7 DAN 8 OGOS 2014 ( KHAMIS DAN JUMAAT )
ANJURAN : GURU PELATIH PRASEKOLAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
DENGAN KERJASAMA: PENSYARAH PRASEKOLAH, GURU PRASEKOLAH, IBU BAPA/PENJAGA MURID PRASEKOLAH TUNAS MADANI
1.0
PENGENALAN
Suasana pembelajaran dan proses untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat tidak terhad di dalam kelas semata-mata. Sehubungan dengan itu, untuk proses pembelajaran yang lebih luas dan menyeluruh, Cameron Highlands telah dipilih sebagai tempat untuk dilawati. Lokasi tersebut yang terkenal dengan pemandangan tanah tinggi yang cantik, suhu yang dingin dan struktur geografinya yang jauh berbeza dengan kawasan penempatan murid-murid. Lawatan ini memberi pendedahan kepada murid memperoleh pengalaman baru secara
hands on dan minds on sesuai
dengan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
2.0
OBJEKTIF LAWATAN
Lawatan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: 2.1
Memberi pendedahan kepada murid berkenaan suasana pembelajaran di luar bilik darjah.
2.2
Menggalakkan interaksi sesama murid dan meningkatkan kemahiran sosial murid-murid.
2.3
Memberi pengalaman yang baru dan menjana minda murid-murid.
2.4
Mempelajari dan menikmati tempat-tempat menarik di kawasan Cameron Highlands.
2.5
Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa, penjaga dan murid.
3.0
TARIKH
7 dan 8 Ogos 2014 ( 2 hari 1 malam )
4.0
TEMPAT
Cameron Highlands ( Mardi, Ladang Teh,Taman Rama-rama, Ladang Strawberi, Ladang Kaktus dan Taman Lavender )
5.0
KUMPULAN SASARAN
5.1
3 orang Pensyarah Prasekolah
5.2
2 orang Guru Prasekolah
5.3
2 orang Guru Pelatih
5.4
23 orang murid Prasekolah Tunas Madani
5.5
Ibu bapa /Penjaga Murid Prasekolah Tunas Madani
6.0
ANGGARAN KEWANGAN
PERKARA
KOS PERBELANJAAN
Tambang Bas ( 1 buah )
Bas IPG disediakan
Sewa Apartment ( 2 buah )
RM 1000
Tiket Melawat MARDI
RM 125.00
Makanan dan minuman
RM 500.00
JUMLAH
RM 1625.00
7.0
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat
:
Pn Nor Azizah binti Mohd Noor Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah IPG Kampus Sultan Mizan
Pengerusi
:
Pn Rosemini binti Abdul Salam Guru Prasekolah Tunas Madani IPG Kampus Sultan Mizan
Setiausaha
:
Cik Ummi Kalthom binti Abdullah Guru Pelatih Prasekolah IPG Kampus Sultan Mizan
Bendahari
:
Cik Nik Nurrahmatunissa binti Nik Rahim Guru Pelatih Prasekolah IPG Kampus Sultan Mizan
7.1
AHLI JAWATANKUASA KECIL
i
Makanan
:
Pn Khairul Nazilah binti Ibrahim@Razali
ii
Disiplin
:
Cik Ummi Kalthom binti Abdullah Cik Nik Nurrahmatunissa binti Nik Rahim
iii
Pengangkutan
:
iv
Pertolongan Cemas :
Cik Nik Nurrahmatunissa binti Nik Rahim
v
Dokumentasi
Cik Ummi Kalthom binti Abdullah
:
Cik Ummi Kalthom binti Abdullah
8.0
ATURCARA LAWATAN
KHAMIS ( 7/8/2014 )
8.00 pagi
:
Murid dan ibu bapa berkumpul di Prasekolah Tunas Madani - Rekod kedatangan/pendaftaran - Edaran minuman dan makanan
8.30 pagi
:
Bacaan doa Bertolak ke Cameron Highlands
1.00 petang :
Tiba di Cameron Highlands - Makan tengahari dan solat - Check-in di Apartment - Pengurusan diri
3.30 petang :
Melawat Ladang Strawberi, Ladang Kaktus, Pekan Tanah Rata, Pasar Malam Brinchang. - Makan malam
JUMAAT ( 8/8/2014 )
8.00 pagi
: Melawat ke MARDI dan Taman Lavender
11.00 pagi
: Membeli belah pasar Brinchang
2.00 petang : Melawat Ladang Cameron Bharat Valley
4.00 petang : Melawat Taman Rama-rama
5.30 petang : Bertolak pulang ke IPG KSM
9.0
PENUTUP
Pihak kami amat berharap program lawatan ini mendapat kerjasama dan komitmen daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini kerana program ini memberi manfaat kepada murid-murid untuk menimba pengalaman baru serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah, guru, ibu bapa/penjaga dan murid Prasekolah Tunas Madani IPG Kampus Sultan Mizan.
Disediakan Oleh,
............................................... Ummi Kalthom binti Abdullah, Setiausaha Program Jelajah Lestari, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.
Disemak oleh,
.............................................. Pn Nor Azizah binti Mohd Noor, Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu.
Diluluskan oleh :
............................................... Dr.Mohd Aziz bin Mohd Din, Pengarah, IPG Kampus sultan Mizan, Besut, Terengganu.
Ulasan
:
………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………
Lampiran 1 AKTIVITI SAMPINGAN SEPANJANG PROGRAM JELAJAH LESTARI
BIL. 1.
AKTIVITI SAMPINGAN Bercerita Mengenai Tempat Yang Akan Dilawati -
Mardi
-
Ladang Teh
-
Ladang Strawberi
-
Ladang Kaktus
-
Taman Lavender
-
Taman Rama-rama
( Adakan sesi soal jawab bersama murid dan ibu bapa ) ( Murid menceritakan pengalaman melawat tempat-tempat tersebut )
2.
Mencari Huruf Tersembunyi -
Ladang Teh
( Guru pelatih menyembunyikan huruf daripada perkataan strawberi di beberapa kawasan ladang teh tersebut) ( Murid diminta untuk mencari huruf mengikut kumpulan masing-masing )
3.
Mengumpul Gambar-Gambar Strawberi -
Ladang Strawberi
( Mengumpul gambar-gambar strawberi yang telah dipotong. ( Murid diminta untuk menampla gambar tersebut pada buku skrap )
4.
Mewarna Gambar Rama-Rama -
Taman Rama-rama
( Murid diminta mewarna gambar rama-rama berdasarkan rama-rama yang mereka lihat ) 5.
Kuiz Siapa Saya? - Taman Kaktus - Taman Lavender ( Soalan kuiz secara spontan )