18
PENGENALAN
Ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar dan melihat murid-murid Sindrom Down, namun ramai juga masih kurang pengentahuan mengenainya. Kebanyakkan masyarakat hari ini kurang pengetahuan sebagai satu penyakit, namun ingin ditegaskan bahawa Sindrom Down bukanlah satu penyakit. Sindrom Down telah mula dikenal pasti oleh John Langdon Down pada tahun 1866. Ketika itu, John Langdon Down tidak mengklafikasikan Sindrom Down sebagai satu ketidakupayaan genetik tetapi menganggapnya sebagai seorang pesakit yang mempunyai persamaan wajah. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas. Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari pemerintah Negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap pemberiaan nama tersebut, maka dianjurkan untuk menganti nama tersebut dengan Sindrom Down.
Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara. Pada tahun 1866, seorang ahli fizik berbangsa Inggeris, John Langdon Haydon Down (1828-1896) telah menerbitkan penerangan pertama di dalam dunia perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis. Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke 21. Bagi orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi penghidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom yang pertama dirajahkan secara penuh. Hanya 100 tahun selepas itu, Jerome Lejeune mendapati bahawa Sindrom Down sebenarnya berpunca daripada ketidakupayaan atau masalah genetik.
Sindrom Down boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan yang disebabkan genetik dan tidak dapat diubati dengan ubat-ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Sindrom down ialah penyakit konginetel apabila seseorang mempunyai 3 salinan kromosom 21. Bagi seseorang yang normal, mereka sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini. Atas sebab ini, Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21. Dengan erti kata lain, mereka mempunyai 1 kromosom terlebih yang menyebabkan mereka di kategorikan Sindrom Down, (Berita Harian : 24 Ogos 2003, Ahad). Mengikut Kamus Dewan Sindrom Down didefinisikan sebagai kecacatan kelahiran yang di sebabkan oleh ketidaknormalan bilangan kromosom 3 trisomi bilangan kromosom 21 wujud.
Ia berpunca daripada baka atau benih yang tidak normal. Ia juga terjadi akibat kehadiran satu kromosom yang terlebih dalam sel-sel badan, iaitu ketidaknormalan pada pasangan kromosom 21. Kromosom adalah struktur yang terdapat nukleus sel-sel hidup yang mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa.Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian,pertumbuhan dan fungsi sel. Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu, manakala bakinya di warisi daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetik yang unik (kecuali kembar seiras) .Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setiap individu berbeza-beza.
Individu yang menghidapi Sindrom Down biasanya mempunyai tahap IQ yang lebih rendah berbanding individu normal. Di samping itu, sindrom Down juga turut berlaku dengan ketidakupayaannya lain seperti kerencatan akal dan kerencatan perkembangan fizikal. Murid Sindrom Down biasanya boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir-hampir sama. Sindrom Down dianggarkan terjadi pada seorang individu setiap 650-800 kelahiran dan golongan lelaki adalah lebih ramai berbanding perempuan. Risiko akan menjadi semakin tinggi dengan peningkatan umur ibu semasa hamil.
CIRI-CIRI MURID SINDROM DOWN
Ciri Fizikal
Murid-murid Sindrom Down biasanya mempunyai ciri-ciri yang sama antara satu sama lain. Antaranya ialah mempunyai pangkal hidung yang kemik, lidah yang tebal dan kerap terjelir, saiz mulut yang kecil dan pertumbuhan gigi yang lambat serta tidak teratur. Mereka mempunyai kepala yang agak kecil dan agak leper atau nipis pada bahagian belakang. Muka mereka pula kelihatan rata dan pipi tembam. Mereka juga mempunyai mata yang sepet dan jarak antara kedua-dua mata mereka agak jauh.
Selain itu, mereka mempunyai telinga yang agak kecil dan kedudukannya juga adalah rendah dan berbeza dengan orang normal. Tapak tangan mereka juga lebih lebar dan berbeza dengan orang normal. Tapak tangan mereka juga lebih lebar dan hanya mempunyai satu jalur lipatan sahaja. Mereka juga mempunyai jari-jari yang pendek. Lengan mereka juga agak pendek berbanding murid-murid yang normal. Jarak ibu jari kaki dengan jarak jari kaki yang kedua atau jari telunjuk kaki mereka juga agak jauh terpisah. Selain itu, mereka mempunyai leher yang pendek dan besar serta mempunyai kelopak mata yang berlipat-lipat. Ciri yang penting bagi murid-murid Sindrom Down ialah mereka mengalami masalah otot yang lembik dan sendi yang longgar. Ciri-ciri inilah yang membezakan sama ada seseorang itu menghadapi Sindrom Down atau tidak. Murid-murid Sindrom Down juga mempunyai ketinggian badan yang rendah dan perut kelihatan membonjol keluar.
Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang. Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah kesihatan ini mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata, tangan, koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan sensori-motor mereka adalah lambat dan tidak normal.
Ciri Kognitif
Antara ciri-ciri kognitif yang dapat dilihat pada murid-murid Sindrom Down ialah berkaitan dengan ingatan, generalisasi, metakognisi, motivasi, dan bahasa. Murid-murid Sindrom Down ini biasanya mempunyai masalah dalam ingatan seperti kerap terlupa perkara sepatutnya dilakukan atau lupa perkara yang baru diajar. Manakala generalisasi ialah kebolehan untuk mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada satu situasi yang lain. Murid-murid Sindrom Down menghadapi masalah generalisasi dalam bidang akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial. Metakognisi pula ialah kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya murid Sindrom Down menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka akan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikannya. Mereka mempunyai masalah motivasi yang rendah seperti tidak menyiapkan sesuatu tugasan dan mudah putus asa. Kebanyakkan murid-murid Sindrom Down mempunyai perkembangan bahasa yang lambat. Misalnya, mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami sesuatu konsep yang mudah seperti konsep atas, bawah, tepi, dan sebagainya.
Murid-murid Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka mempunyai daya ingatan, perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari segi kognitif juga, mereka kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi bolah mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik.
Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran, murid-murid Sindrom Down selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan yang banyak dan memerlukan masa yang lebih lama berbanding murid-murid normal yang lain. Selain itu, mereka juga mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Penggunaan bahasa mereka adalah terhad dimana mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (pelat). Ini kerana mereka menghadapi masalah kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur iaitu bermasalah pertuturan.
Ciri Sosial
Kebanyakkan murid-murid Sindrom Down mempunyai masalah dalam hubungan sosial. Kebiasaannya, mereka kurang diterima oleh rakan sebaya dan mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini disebabkan mereka biasanya berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan mempunyai masalah dalam menguasai tanda-tanda sosial yang halus. Sering kali mereka salah dalam mentafsir tingkah laku ataupun komunikasi bukan lisan murid-murid lain.
Ciri Emosi Dan Tingkah Laku
Mereka memerlukan perhatian akibat perasaan kesunyiaan dan sensitif. Mereka juga biasanya mudah mesra dan manja. Terdapat sesetengah murid Sindrom Down yang mempunyai masalah tingkah laku yang khusus. Antaranya adalah seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau mempunyai tabiat suka mencederakan diri. Walau bagaimanapun, murid-murid Sindrom Down biasanya disenangi ahli keluarga kerana mereka mempunyai sifat periang dan menghiburkan.
Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan tidak menentu iaitu agresif, pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana perasaan mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama. Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat singkat. Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEMBANTU
MURID-MURID SINDROM DOWN
Alat Permainan
Pemilihan alat permainan amat penting bagi murid-murid Sindrom Down. Hal ini kerana pemilihan alat permainan yang sesuai dapat membantu mereka untuk membesar dengan lebih sempurna dan memberangsakan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bijak dalam memilih alat permainan untuk anak-anak mereka. Hal ini termasuklah menyediakan ruang selesa dan mesra untuk anak-anak Sindrom Down ini agar mereka sentiasa tenang dan seronok sewaktu proses pembelajaran ataupun didikan daripada orang yang bertanggungjawab. Selain itu, ibu bapa haruslah kreatif dan bijak dalam menyediakan peralatan sebagai alat bantuan mengajar semasa mengajar murid-murid Sindrom Down. Melalui teknik serta peralatan yang sesuai, mereka tidak akan berasa jemu dan bosan. Malah, ia akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus belajar dan berdikari.
Permainan sangat penting untuk membantu pembesaran setiap murid-murid Sindrom Down. Ia akan dapat membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Permainan juga dapat membantu murid-murid Sindrom Down supaya menjadi lebih terbuka dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat sesuatu perkara. Terdapat perlbagai jenis permainan seperti permainan selidik dan jelajah, permainan sosial, permainan khayalan, permainan merangsang otot, dan permainan bahasa yang dapat membantu murid-murid Sindrom Down dalam perkembangan dan pembesaran mereka.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu murid-murid ini ialah dengan memperkenalkan pelbagai jenis permainan kepada mereka. Permainan penting untuk membantu pembesarkan setiap murid-murid ini. Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, murid-murid Sindrom Down menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan akibat. Permainan ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringak bayi dan peringkat kanak-kanak.
Peringkat Bayi
Pada peringkat umur 0-6 bulan , alat permainan yang sesuai diberikan ialah loceng, alat permainan bergerak, tangan Sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit. Pada peringkat umur 6-12 bulan, alat permainan yang berbunyi dan boleh ditarik serta permainan cantum bina sesuai diberikan contohnya "lego". Pada peringkat umur 12-19 bulan, alat permainan yang memerlukan IQ kanak-kanak perlu diberikan, contohnya kotak boleh disusun tinggi, kepingan kad bod bercorak, bola, dan buku bergambar. Pada peringkat umur 18 bulan dan ke atas, jenis permainan yang sesuai diberikan contohnya permainan kotak, kepingan kad bod bergorak, permainan cantum Dua tahun bina, buku bergambar dan boneka. Permainan ini dapat membentuk IQ kanak-kanak Sindrom Down.
Peringkat Kanak-Kanak
Permainan selidik dan jelajah. Melalui permainan ini, ia akan merangsang minat dan menyebabkan murid-murid Sindrom Down tertarik kepada semua benda. Kemudian, mereka akan mengutip dan membelek objek tersebut. Seterusnya, mereka akan mengigit, membaling dan menggosok objek tersebut pada permukaan lantai untuk mendapatkan tindak balas. Selain itu, permainan ini mengajar mereka untuk merangkak dan bertatih serta menimbulkan minat mereka untuk membuka almari, laci, bakul atau kotak. Selain itu, permainan mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna merupakan koordinasi motor, tangan dan mata yang seterusnya mengembangkan fungsi kognitif mereka. permainan ini IQ kanak-kanak ini dapat diuji.
Permainan sosial, dapat membantu meningkatkan hubungan sosial dalam kalangan murid-murid Sindrom Down. Kebiasannya, murid-murid ini agak peramah, namun pendekatan mereka kurang bersesuaian. Oleh sebab itu, dengan menggunakan pendekatan permainan sosial seperti sembunyi-sembunyi, polis dan pencuri, permainan ibu ayam dan musang dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka. Secara tidak langsung dalam permainan ini kanak-kanak akan lebih aktif disamping itu murid-murid dapat bergembira. Murid-murid ini juga akan ketawa apabila digeletek.
Permainan khayalan, pula boleh dilaksanakan diluar atau di dalam bilik darjah. Guru-guru boleh meminta murid-murid menjadi apa sahaja karektor yang mereka gemari dalam permainan ini murid-murid ini dilatih untuk menjadi orang lain dalam suasana yang berbeza, contohnya bermain masak-masak. Ini akan menimbulkan minat mereka serta meningkatkan imaginasi mereka.
Permainan merangsang pergerakkan otot, dalam permainan ini kanka-kanak diajar latihan fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal pula bertujuan untuk mengembang dan menguatkan fungsi otot yang terdiri daripada motor kasar dan motor halus.
Permainan bahasa, dalam permainan kanak-kanak Sindrom Down diajar latihan bahasa seperti meniru gaya bercakap, latihan nyanyian dan bercerita. Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan fungsi otak dan pembendaharaan kata murid-murid Sindrom Down. Selain itu, permainan bahasa berbentuk irama seperti nyanyian juga dapat digunakan.
Terapi Cara Kerja
Kaedah ini digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom Down. Kaedah ini digunakan dengan melatih murid-murid ini dari segi kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan sebagainya. Murid-murid ini diajar cara-cara untuk makan, minum, melompat, berlari, berjalan, mengesot, mengiring, memakai pakaian, meniarap, menyayi, menari dan sebagainya. Latihan pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza. Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti penggunaan bola untuk melihat kemahiran mereka dalam membaling dan menangkap bola, bersukan dan sebagainya. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti memasukkan benag ke dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan kraftangan, melukis lukisan yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan sebagainya. Selain itu, terapi cara kerja juga boleh membantu murid-murid Sindrom Down menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut.
Ayat Pendek Dan Bahasa Yang Mudah Difahami
Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal ini penting untuk merangsang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh membantu mengoptimumkan proses pembelajaran. Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif. Guru juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. Peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Sindrom Down juga perlu diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka.
Teknologi Dalam Pendidikan
Sebagaimana yang kita tahu, murid-murid Sindrom Down mempunyai kesukaran untuk memahami, dan kesukaran untuk berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, televisyen membantu murid-murid ini untuk berkomunikasi. Mereka akan cuba mendengar dan mengikut apa yang dilihat. Sebagai contoh, seorang murid-murid Sindrom Down tidak mahu bergaul dengan masyarakat disebabkan mereka berasa rendah diri dan kurang keyakinan. Oleh itu, apabila menonton televisyen mereka dapat belajar cara berinteraksi dan berkomunikasi menerusi cerita kartun, drama atau program kanak-kanak. Setidak-tidaknya murid-murid Sindrom Down mampu mengenal dunia luar menerusi aplikasi teknologi.
Selain itu, alat bantu yang lain ialah seperti komputer atau ipad. Jika sebelum ini, murid-murid Sindrom Down belajar menggunakan kad-kad simbol atau ayat untuk belajar, kini mereka dapat belajar dengan lebih interaktif lagi. Aplikasi teknologi dalam pembelajaran membuatkan ilmu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah menggunakan perisian tertentu. Sebagai contoh, dengan menggunakan grafik komputer kanak-kanak Sindrom Down dapat belajar dengan lebih cepat. Kad simbol lebih menarik dengan warna, mempunyai muzik dan bergerak gerak menyebabkan mereka berminat untuk belajar dan tidak bosan. Jika menggunakan teknologi ipad lebih mudah kerana hanya perlu sentuh kepada skrin (touch skrin). Murid-murid Sindrom Down ini lambat untuk memahami sesuatu namun tidak mustahil untuk mereka belajar.
Selain itu, buku audio turut membantu murid-murid Sindrom Down ini. Buku yang telah direkodkan ini membolehkan pengguna untuk mendengar teks dan boleh didapati dalam pelbagai format seperti kaset CD, audio dan muat turun MP3. Buku audio ini boleh dimainkan semula pada bila-bila masa menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif. Hal ini juga supaya dapat merangsang tahap penerimaan pembelajaran yang cepat. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi tidak boleh dibandingkan sama sekali dengan peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak Sindrom Down ini. Ibu bapa harus bersabar dalam mendidik mereka kerana secara fizikal mahupun mental tidak sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Dapatkan nasihat doktor supaya kanak-kanak Sindrom Down ini tidak dibiarkan.
Cara Berkomunikasi
Kebanyakkannya murid-murid Sindrom Down mempunyai kebolehan yang lambat untuk bertutur. Jadi, mereka wajar dibantu pada usia awal. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil semasa berkomunikasi dengan murid-murid Sindrom Down. Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. Dalam permainan ini, perkataan yang ingin diajar perlu ringkas dan diselitkan dengan gambar yang berwarna-warni. Sebelum bercakap dengan kanak-kanak ini, cuba dapatkan perhatian terlebih dahulu daripada mereka supaya interaksi dengan kanak-kanak tersebut berjalan lancar. Semasa bercakap dengan kanak-kanak ini, jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri peluang mereka menjawab setiap persoalan.
Untuk membuatkan mereka lebih tertarik dengan komunikasi kita, sambil bertutur lakukan aksi atau lakonan yang boleh menghiburkan mereka. Dalam mengajar mereka latihan yang berterusan perlu diterapkan agar nereka lebih mahir dan tidak mudah lupa. Pilih masa yang sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif untuk menjalankan sesi pengajaran supaya kanak-kanak ini dapat menerima pengajaran yang hendak disampaikan. Dalam melaksanakan sesi pengajaran, pastikan tertumpu pada satu-satu perkara sahaja. Kanak-kanak ini perlu diberi masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru. Setipa masa yang terluang perlu diisi dengan berinteraksi dengan mereka supaya wujudnya kemesraan dengan kanak-kanak ini. Setiap percakapan mereka perlu diberi tindak balas untuk merangsang kanak-kanak ini untuk belajar bertutur
Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air.
Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.
Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit
Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana murid-murid dapat melihat perkara yang diajar.
Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid akan mempertingkatkan keupayaan mereka.
Terapi Kuda
Menurut Mc Callum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down. Menurut Chassigne pula, menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan juga ia dapat mendorong semangat penunggang. Melalui aktiviti ini berkuda ini, kanak-kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka dapat menyentuh dan menunggang .kuda tersebut. Selain itu, ia dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi di mana kanak-kanak sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda . Hal ini, meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka perlu membelai kuda tersebut supaya kuda itu terasa tidak terancam.
PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa orang yang paling banyak memainkan peranan dalam mendidik kanak-kanak Sindrom Down. Terdapat beberapa peranan dan perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa apabila berhadapan dengan anak-anak Sindrom Down. Cara terbaik kanak-kanak Sindrom Down mempelajari perkara baru ialah melalui permainan boneka. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memilih alat permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak Sindrom Down. Selain itu, ibu bapa perlu menyediakan bahan sampingan seperti untuk permainan khayalan. Ibu bapa sepatutnya tidak terlalu memaksa kanak-kanak tersebut untuk melakukan sesuatu yang kanak-kanak Sindrom Down tidak ingin lakukan. Ibu bapa juga perlu membiarkan kanak-kanak Sindrom Down bermain secara bersendirian dengan peralatan mudah. Hal ini akan dapat membantu kanak-kanak Sindrom Down mempertingkatkan tahap keyakinan dalam diri mereka. Disamping itu juga, ibu bapa perlu mengetahui bahawa boneka pilihan atau kesayangan kanak-kanak Sindrom Down yang boleh dijadikan pendorong untuk mereka itu melakukan sesuatu. Ibu bapa juga seharusnya tidak memencilkan atau menyisihkan kanak-kanak Sindrom Down ini daripada bergaul dan bermain dengan rakan-rakan mereka. Hal ini kerana mereka juga perlu berkembang dengan member dan menerima tindak balas daripada rakan-rakan mereka.
Suasana persekitaran juga penting dalam membantu pembesaran seseorang anak Sindrom Down.
PELAN TINDAKAN BAGI MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Kanak-kanak sindrom down boleh mengikuti pelajaran dengan baik sekiranya mendapat sokongan dan peluang yang bersesuaian. Kanak-kanak sindrom down memerlukan kurikulum yang diubah suai dengan keupayaan mereka kerana mereka mempunyai profil pembelajaran khusus dengan ciri-ciri kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kesedaran guru terhadap faktor-faktor yang membantu dan menghalang pembelajaran membolehkan guru merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Faktor utama yang boleh membantu pembelajaran bagi kanak-kanak sindrom down adalah kesedaran visual dan kemahiran pembelajaran visual. Di antaranya termasuklah Kebolehan belajar dan menggunakan isyarat, gerak tubuh, dan sokongan visual, kebolehan untuk belajar dan menggunakan tulisan, model tingkah laku dan sikap yang ditunjukkan oleh rakan sebaya dan orang dewasa, dan belajar daripada kurikulum dan aktiviti "hands-on".
KRITIKAN MASYARAKAT MENGENAI KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Pelbagai pandangan yang diutarakan tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ada menyifatkan satu perubahan positif ke arah membangunkan masyarakat. Namun hal perlu difikirkan ialah bagaimana masyarakat menerima sesuatu teknologi tersebut dalam kehidupan mereka. Jika dilihat dari aspek kanak-kanak sindrom down, walaupun teknologi mampu membantu mereka namun jika ibu bapa tidak yakin terhadap sesuatu teknologi maka tiada gunanya. Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak SD ini tidak memberi peluang kepada anak mereka untuk belajar seperti kanak-kanak lain. Mereka merasakan yang kanak-kanak SD ini tidak mampu untuk belajar dan berusaha untuk mengasingkan mereka dari masyarakat. Kanak-kanak SD ini mampu berdikari jika ibu bapa memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka.
Selain itu, tidak semua keluarga di Malaysia tahu menggunakan teknologi. Masih terdapat jurang digital atau gap dalam masyarakat. Masyarakat di bandar terus menerus mendapatkan lambakan informasi dan teknologi sedangkan masyarakat di luar bandar masih ketandusan maklumat dan teknologi. Oleh itu, kanak-kanak SD ini tidak dapat dibantu akibat daripada jurang tersebut. Walau secanggih mana pun teknologi hari ini harus diingat bahawa kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa adalah yang lebih utama.
KAEDAH INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Pelbagai kaedah intervensi awal yang boleh diikuti kanak-kanak yang mengalami sindrom down untuk meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Yang pertama terapi pertuturan. Lazimnya alat artikulasi kanak-kanak sindrom down perlu dipastikan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kanak-kanak tersebut. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang menarik. Guru pula perlu menarik perhatian kanak-kanak sindrom Down sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya.
Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal ini penting untuk merangsang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh membantu mengotimumkan proses pembelajaran. Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif. Guru juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. Peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Sindrom Down juga perlu diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka.
Selain itu, terapi cara kerja merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom Down. Kaedah ini digunakan dengan melatih kanak-kanak ini dari segi kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan sebagainya. Kanak-kanak ini diajar cara-cara untuk makan, minum, melompat, berlari, berjalan, mengesot, mengiring, memakai pakaian, meniarap, menyayi, menari dan sebagainya. Latihan pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza. Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti penggunaan bola untuk melihat kemahiran mereka dalam membaling dan menangkap bola, bersukan dan sebagainya. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti memasukkan benag ke dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan kraftangan, melukis lukisan yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan sebagainya.
Seterusnya, penilaian dilakukan terhadap kebolehan sosial kanak-kanak Sindrom Down. Hal ini berkaitan dengan kemampuan mereka melakukan sendiri perkara-perkara berkaitan penjagaan diri dan pergaulan. Dalam konteks ini, guru perlu memastikan kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kebolehan makan sendiri, ke tandas sendiri, dan menjaga kebersihan diri serta dapat mengikut peraturan yang ditetapkan. Mereka juga harus diberi peluang untuk meluaskan pergaulan, berkawan, dan berkongsi barang atau pemainan. Penerapan nilai murni seperti menghormati guru dan menghargai orang lain juga merupakan aspek utama dalam program intervensi ini.
Perbandingan perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dengan kanak-kanak normal dapat dikesan berdasarkan kepada perkembangan tinggi, berat, mental, bahasa dan kemahiran kendiri. Setiap perkembangan pada setiap aspek ini menunjukkan bahawa kanak-kanak Sindrom Down mengalami perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak normal. Semakin meningkat usia mereka, kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom Down semakin terbantut. Keadaan ini amat berbeza dengan kanak-kanak normal yang mengalami proses perkembangan bagi setiap peringkat umur. Kesimpulannya, kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kelewatan perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal.
ISU PENDIDIKAN KHAS KEPADA IBU BAPA
KERJASAMA
Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya dalam melaksanakan sesuatu program Pendidikan Khas. Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka.
Sebagai contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan unsur-unsur terapi seperti terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir keselamatan anak-anak mereka. Malah ada yang tidak membenarkan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak sekolah meminta bayaran daripada mereka.
TANGUNGGJAWAB
Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru Pendidikan Khas.
Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka. Selain daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-anak pada awal pagi tetapi lewat mengambil mereka
CONTOH KAJIAN KEATAS KANAK-KANAK SINDROM DOWN
1.0 KAJIAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Pada hari Jumaat yang lalu iaitu bersamaan 4 September 2009, kumpulan kami telah memilih CADS Enhanment Centre untuk membuat kajian berkenaan kanak-kanak Sindrom Down dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta menambahkan maklumat mengenai kanak-kanak sindrom down. Pusat Perkembangan CADS ini telah beroperasi semenjak tahun 2004, selain menempatkan kanak-kanak sindrom down, CADS juga menempatkan kanak-kanak yang menghidap celebral palsy, hiperaktif (Attention Deficit Hyperactive Disorder) dan disleksia.
Misi pusat ini ialah untuk mendidik dan menyediakan kanak-kanak CADS ke arah menjadi individu yang berdikari, bertanggungjawab dan menghargai proses pendidikan sepanjang hayat. Di samping itu, ia membantu ibu bapa dan penjaga memahami dan menangani keperluan kanak-kanak istimewa dengan lebih baik melalui runding cara, kumpulan sokongan, bengkel dan seminar. Pelbagai program telah dilaksanakan dan dirancang untuk pembangunan kanak-kanak istimewa iaitu seperti perkhemahan, percutian sambil belajar memasak dan sebagainya. Selain itu, seminar dan bengkel kerja turut dianjurkan untuk ibu bapa dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai keperluan kanak-kanak berkenaan. CADS juga turut menyediakan tempat yang lebih khusus kepada kanak-kanak yang tidak dapat ditempatkan di aliran sekolah biasa.
Kelebihan pusat perkembangan CADS ini ialah dalam mengendalikan sesebuah kelas, tiga orang guru akan berada sekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu seorang guru akan mengajar, manakala dua orang lagi akan membantu kanak-kanak tersebut.
1.1 PROFIL RESPONDEN
Nama penuh responden kami ialah Nur Yaqin bin Hassan. Nur Yaqin berumur 16 tahun 3 bulan semasa kajian dilakukan dan dilahirkan pada 5 Julai 1993. Yaqin merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Kesemua adik beradik Yaqin dilahirkan normal, berbeza dengan Yaqin kerana dia seorang sahaja yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri sindrom down. Responden baru sahaja sebulan memasuki CADS iaitu pada bulan Ogos. Sebelum ini, responden bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ujung Pasir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota sehingga tingkatan 4. Kedua-dua sekolah tersebut menawarkan program pendidikan khas iaitu dikenali juga sebagai sekolah aliran perdana. Sebelum ini, responden tinggal bersama-sama ibu bapanya dan menetap di Melaka. Melihat Yaqin tidak seperti kanak-kanak lain, ibu bapanya membuat keputusan untuk menyekolahkan Yaqin di Pusat Perkembangan CADS dan tinggal bersama dengan kakak sulungnya di Hulu Klang, Selangor. Selain Sindrom Down, responden tidak mempunyai kecacatan lain.
Responden merupakan seorang yang periang, seorang yang suka bersosial iaitu mudah bergaul dengan orang yang baru dikenali walaupun pada mulanya menunjukan sifat pemalu. Selain itu, Yaqin juga seorang kanak-kanak yang amat peramah walaupun mempunyai masalah di dalam komunikasi kerana perngucapannya tidak jelas. Di samping itu, Yaqin seorang kanak-kanak yang menghormati orang tua. Sifat ini dapat dilihat semasa kedatangan kami, Yaqin terus bersalaman dengan kami walaupun tidak mengenali kami. Yaqin juga merupakan kanak-kanak yang suka mengusik, suka bergambar.
1.2 ANALISIS TINGKAH LAKU
Analisi tingkah laku dengan menggunakan Alat Penilaian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Ujian Tingkah Laku oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di dalam Alat Penilaian Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Ujian Tingkah Laku kami perlu mengisi butiran diri responden seperti nama, umur, sekolah, alamat rumah, telefon, alamat sekolah, jenis kecacatan utama, kecacatan lain, tarikh dan waktu kajian dilakukan. Di dalam alat penilaian tersebut juga,kami perlu memerhati dan menilai tingkah laku yang ditunjukkan oleh responden berdasarkan empat kategori utama iaitu Perlakuan Agresif, Perlakuan Pasif, Perlakuan Negatif Sosial dan Permasalah Emosi. Setiap kategori mempunyai sepuluh item. Kami perlu menanda item-item yang menunjukkan tingkah laku responden semasa pemerhatian dijalankan. Di samping melalui pemerhatian kami, maklumat juga diperolehi oleh ibu bapa atau penjaga, guru-guru, dan rakan-rakan.
1.3 PERLAKUAN AGRESIF
Bagi perlakuan agresif, kami dapat lihat dengan jelas bahawa responden menunjukkan 2 item dari 10 item. Tingkah laku yang sangat ketara dalam kategori tersebut iaitu mengacau dan menguasai orang lain dimana dapat dilihat dengan ketara apabila responden mencium rakannya, ketika rakannya sedang menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Di samping itu, responden juga mencubit rakannya ketika sedang bermain-main dengan rakannya.
Satu lagi ciri yang sangat ketara adalah, responden merupakan seorang yang hyperaktif. Tingkah laku hyperaktif ini boleh dilihat dari sudut positif dimana responden merupakan seorang yang sangat peramah dan cepat mesra dengan orang yang baru dikenali. Tingkah laku ini dapat dilihat ketika responden sampai di sekolah dan apabila guru responden memperkenalkan kami, dia pergi ke arah kami dan bersalaman dengan kami. Responden juga menghormati kami dengan memanggil kami dengan pangilan kakak dan abang. Dia tidak malu untuk bercakap dan dengan kami.
Manakala tingkah laku hyperaktif dari sudut negatif melalui pemerhatian kami dapat dilihat responden sangat nakal. Responden sangat suka bergambar dan membuat aksi. Apabila responden terpandang kami bergambar, responden tidak akan ketinggalan. Selain itu, yaqin suka bermain dengan tangannya dan suka bertukar tempat duduk. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila guru responden menyuruh responden menyiapkan kerja diberi, dia akan bertukar tempat duduk daripada menulis di atas meja, responden menulis di atas kerusi dan akhir sekali responden menulis di lantai sambil meniarap. Responden cepat berasa bosan dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Contohnya, ketika guru responden mengajar di dalam kelas, responden hanya dapat menumpukan perhatian beberapa minit sahaja, selepas itu dia akan bosan dan menganggu rakannya yang hendak belajar.
GRAF BAR: PERLAKUAN AGRESIF
Melalui graf bar di atas, boleh dilihat dengan jelas dua tingkah laku responden dalam aspek perlakuan agresif iaitu mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif. Tingkah laku mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif masing-masing adalah sepuluh peratus. Hal ini kerana kedua-dua tingkah laku ini dapat dilihat dengan jelas dalam diri responden. Tingkah laku mengacau/menguasai orang lain sangat ketara apabila resonden mengacau dan menganggu rakannya semasa mereka belajar. Hal ini kerana responden cepat bosan dengan apa yang diajar oleh gurunya. Responden Cuma dapat menumpukan perhatian beberapa minit sahaja. Selepas itu responden akan menganggu rakannya seperti mencubit, mencium rakannya serts berbisik dan ketawa dengan rakannya. Selain itu, responden juga tertidur di dalam kelas kerana bosan dengan apa yang gurunya ajar. Semasa kami membuat kajian, responden juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang gurunya ajar. Responden lebih teruja untuk mengenali kami. Semasa sesi pengajaran, mata responden asyik tertumpu kepada kami. Bila ditegur oleh gurunya, dia Cuma fokus kepada beberapa ketika, selepas itu responden akan memerhati gelagat kami.
Di samping itu, yaqin sangat nakal. Dia suka mencium rakannya. Dia juga akan mencubit rakannya sekiranya rakannya tidak menuruti kata-katanya. Melalui apa yang kami perhatikan, responden seorang yang ceria dan suka ketawa. Responden sangat suka bercakap dan peramah. Responden juga amat suka mengusik. Ini dapat dilihat semasa sesi menyanyi, responden bermain mata dengan kami, selain itu, responden juga mengoyang-goyang punggungnya ala-ala bergelek. responden juga sangat suka bergambar. Pantang sahaja lihat kamera, responden sudah sedia membuat pelbagai gaya.
10.0 RUMUSAN BERDASARKAN PADA KAJIAN KES.
Bagi kategori perlakuan agresif, responden berada pada tahap sederhana ringan iaitu hanya melibatkan dua item daripada sepuluh item tingkah laku yang dinyatakan iaitu tingkah laku mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif.
Bagi tingkah laku mengacau/ menguasai orang lain, responden tunjukkan dengan mencubit rakannya sekiranya rakannya tidak melayan kehendaknya. Selain itu, responden juga akan mencium rakannya secara tiba-tiba.
Melalui pemerhatian kami, tingkah laku hyperaktif dapat dilihat ketika responden beraksi semasa kami mengambil gambar. Responden sangat suka membuat pelbagai aksi ketika bergambar. Asal sahaja responden melihat kami bergambar, dia akan menuju ke arah kami. Selain itu dari sudut positif, responden mudah menunjukkan sikap peramah walaupun kali pertama kami berjumpa. Responden cepat mesra dan suka bercakap dengan kami. Responden juga menghormati kami dan memanggil kami dengan panggilan abang dan kakak. Walaupun responden mudah hilang tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran, apabila gurunya menegur, responden mula memberikan perhatian semula.
Bagi tingkah laku merosakkan harta benda sendiri/ orang lain, selalu berkelahi / bertumbuk, cepat marah/meradang, mencederakan diri sendiri, panas baran, perlakuan negatif berlaku dengan tiba-tiba, aksi provokasi dan memberontak tidak ditunjukkan oleh responden. Responden hanya mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif iaitu mempunyai sifat periang dan tidak mudah menunjukkan perasaan marah. Responden sangat suka bermain tetapi responden akan mendengar segala nasihat gurunya.
KESIMPULAN
Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan seperti yang dibincangkan memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus. Mereka memerlukan kasih saying, perhatian dan kesabaran guru serta ibu bapa. Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi sehingga boleh menjadikan guru dan ibu bapa atau penjaga hilang semangat, terutamanya bila perkembangan kanak-kanak terbatas. Mendidik kanak-kanak ini adlah sangat mencabar dan menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari guru. Oleh, itu guru-guru di sekolah pendidikan khas perlu menolong kanak-kanak seperti ini yang tidak dapat mengikuti pembelajaran harian seperti kanak-kanak yang biasa. Guru perlu mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak tersebut berdasarkan ciri-ciri yang diberi dan mengambil tindakan atas apa yang harus dilakukan. Dengan ini, harapan supaya kanak-kanak yang mempunyai ketidakkupayaan seperti yang dibincangkan berpeluang mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain dan tidak ketinggalan tercapai.