KAJIAN FABRIK
1.0 PENGENALAN Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber semula jadi sebagai bahan asas untuk membuat pakaian bagi melindungi tubuh mereka. Kini, dengan kemajuan sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu daripada sumber asli dan bahan kimia untuk pakaian dan artikel lain. Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan, dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.
2.0 PENGELASAN FABRIK DAN GENTIAN Fabrik dan gentian boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu fabrik asli dan fabrik buatan. 2.1 Gentian Asli Fabrik asli adalah fabrik yang diperbuat dari gentian asli diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Gentian daripada haiwan berupa protein adalah sutera dan bulu biri-biri, manakala gentian daripada tumbuhan berupa selulosa adalah seperti linen, kapas, jut, rami, dan hemp. Selain itu terdapat juga gentian daripada sumber tumbuhan seperti getah iaitu elastomer. Sumber gentian asli lain adalah daripada mineral seperti asbestos. 2.1.1 Sutera Dalam jangka masa tiga hingga tujuh hari, telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.
RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
M.S. 1
Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein (fibrion) dan membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila terdedah di udara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang melekatkan kedua-dua filamen. Larva melilit filamen tubuhnya dengan pergerakan angka lapan sehingga terbentuk kokun. Dalam proses membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompong menebuk kokun yang boleh memendekkan filamen dan merendahkan kualiti sutera. 2.1.2 Bulu Biri-biri (Sayat) Bulu biri-biri terdiri daripada lapisan atas dan lapisan bawah. Lapisan atas terdiri daripada bulu biri-bir yang panjang dan lurus. Lapisan bawah pula terdiri daripada bulu biri yang pendek, lebih lembut dan kerinting. Bulu biri-biri lapisan bawah yang tebal dapat memerangkapbanyak udara yang menjadikannya lebih panas. Kualiti bulu biri-biri bergantung kepada baka, cara penternakan, dan persekitaran. Bulu biri-biri biasanya terdiri daripda tiga jenis iaitu Merino (halus, lembut dansangan kerinting), Lincoin (panjang, kasar dan berkilau) dan Kacukan (panjang, tebal, kurang lemut dankurang kerinting) 2.1.2 Kapas Kapas dapat dikategorikan kepada beberapa jenis kapas. Sea Island dan kapas Mesir untuk membuat benang kapas dan fabrik yang ringan seperti betiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industri. Kapas India digunakan untuk menghasilkan fabrik yang berkualiti rendah. 2.1.3 Linen Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Gentian yang baik didapati semasa pokok merbunga atau ketika batangnya bewarna hijau. Gentian fleks menghasilkan urai dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, berkilat dan ia RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
M.S. 2
digunakan untuk membuat fabrik batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga dan pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut dan terasa panas apabila dipegang dan ia digunakan untuk membuat pakain, cadar dan tuala. 2.2 Gentian Buatan Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filamen. Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering. Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula iaitu diperolehi daripada campuran bahan kimia dengan selulosa daripada kayu atau serpihan kapas dan sintetik iaitu gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum. Gentian buatan selulosa terjana semula terdiri daripada gentian viskos, asetat dan triasitat. Gentian buatan sintetik pula terdiri daripada gentian poliamida (nilon), polyester, dan akrilik. 2.2.1 Viskos (Rayon) Merupakan gentian yang diperbuat daripada selulosa yang dicampur dengan alkali dan soda kaustik. Selulosa kayu dipotong menjadi kepingan dan direndam dalam soda kaustik untuk membentuk selulosa soda. Selulosa soda dipecah dan disimpan untuk pengoksidaan. Larutan viskos dibiarkan pada suhu tertentu untuk beberapa hari bagi membolehkan gentian dipintal. Larutan akan dituras untuk mengeluarkan partikel yang tidak larut. Larutan viskos kemudian dimasukkan ke dalam spinneret supaya viskos mengalir ke dalam takungan asid dan garam untuk dijadikan filamen viskos. Yan viskos akan dibasuh unutk mengeluarkan semua bahan kimia dan dikeringkan. 2.2.2 Asetat (Rayon) Asetat adalah gentian yang diperbuat daripada selulosa serpihan kayu dan kapas yang dicampur dengan bahan kimia. Selulosa daripada serpihan kayu atau serpihan kapas dirawat dengan asid asetik untuk membuka strukturnya dan RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
M.S. 3
menjadikan polimer aktif. Pengasetilan adalah proses mencampurkan selulosa dengan asid asetik.asid sulfurik yang bertindak sebagai mangkin untuk membentuk selulosa triasetat. Sisik selulosa triasetat dilarutkan dalam aseton. Larutan dituras dan dimasukkan ke dalam spinneret, seterusnya dilalukan pada wap suam. Aseton tersejat dan menghasilkan filamen asetat dan yan stapel. 2.2.3 Triasetat Triasetat adalah gentian yang diperbuat daripada sepihan pulpa kayu dengan asetik anhidrida dan metilena klorida. Triasetat berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan. Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan membuat asetat kecuali selulosa asetat akan terus dipintal menjadi filamen. 2.2.4 Poliester Bahan asas untuk membuat poliester ialah petroleum dan etilena. Pengeluar utama poliester ialah Amerika, Eropah Barat dan Jepun. Gentian poliester adalah gentian yang kukuh walaupun basah. Gentian poliester keras dan kesat, oleh itu gentian tersebut banyak digunakan dalam industri. Proses membuat gentian poliester adalah dengan mencampurkan petroleum bersama asid tereftalik dan dicampur dengan glikoetilina untuk membentuk polimer yang dicairkan, dijadikan pepejal, dipotong dan dikeringkan. 2.2.5 Poliamida (Nilon) Bahan asas untuk mambuat poliamida atau nilon adalah arang batu, udara dan air. Arang batu atau petroleum, udara dan air dicampurkan untuk menghasilkan heksametilenadiamina dan asid adipik. Kedua-dua bahan ini dicairkan, kemudian dijadikan pepejal dan dipotong menjadi kepingan polimer poliamida. Polimer poliamida akan dicairkan semula dan dimasukkan ke dalam spinneret. Cecair poliamida yang keluar disejukkan oleh aliran udara sejuk untuk dijadikan gentian filamen atau gentian stapel. Tiga jenis poliamida dikenali sebagai nilon 11, 66 dan 6.
RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
M.S. 4
2.2.6 Akrilik Bahan asas untuk membuat akrilik ialah petroleum, ammonia dan air. Pembentukan bahan asas cecair akrilik dihasilkan dengan mencampurkan ammonia, patrolium dan air. Cecair ini dipanaskan dan dilarutkan supaya boleh dipintal. Bahan larutan dimasukkan ke dalam spinerit dan filamen yang terbentuk dikumpulkan di dalam air. Filamen diregang, dibasuh, dikering dan dipotong untuk dijadikan yan stapel.
3.0 CIRI-CIRI GENTIAN
JENIS GENTIAN ASLI
CIRI GENTIAN
BUATAN SUMBER TUMBUHAN
SUMBER HAIWAN
Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah. Tidak kenyal dan mudah renyuk. Mudah menyerap lembapan.
Kukuh tetapi lemah apabila basah. Tidak kenyal dan mudah renyuk. Daya menyerap lembapan yang baik.
Pengalir haba
Pengalir haba yang baik.
Pengalir haba yang baik.
Tindakan asid
Tahan asid lemah.
Tidak tahan asid.
Tahan asid.
Tindakan alkali
Tahan alkali.
Tidak tahan alkali.
Tidak tahan alkali.
Tahan suhu yang tinggi dan sinaran cahaya matahari.
Tidak tahan suhu yang tinggi dan sinaran cahaya matahari.
Tahan suhu yang rendah dan sinaran cahaya matahari.
Kekukuhan Kekenyalan Penyerapan lembapan
Ketahanan terhadap cahaya matahari
RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
Kukuh tetapi lemah apabila basah. Kenyal dan tidak mudah renyuk. Menyerap sedikit lembapan yang baik. Pengalir haba yang lemah. Penebat haba yang baik.
M.S. 5
BANDING BEZA CIRI GENTIAN JENIS GENTIAN KAPAS
JENIS GENTIAN CIRI GENTIAN
Teguh dan menjadi lebih teguh apabila basah.
Kekukuhan
Tidak kenyal. Mengekalkan bentuknya.
Kekenyalan
Mudah menyerap lembapan. Pengalir haba yang baik. Mudah rosak akibat tindakan asid pekat seperti asid hidroklorik dan asid sulfurik. Asid lemah tidak menjejaskan jika segera dibasuh.
Penyerapan lembapan Pengalir haba
LINEN Paling kukuh antara gentian asli. Kekukuhan bertambah ketika basah. Tidak kenyal. Mengekalkan bentuknya. Mudah menyerap lembapan. Cepat mengering. Pengalir haba yang baik. Tahan haba tinggi.
Tindakan asid
Mudah rosak oleh asid pekat. Asid lemah tidak menjejaskannya.
Tidak mudah rosak akibat tindakan alkali atau peluntur.
Tindakan alkali
Tahan dengan tindakan alkali, tetapi kekerapan cucian boleh memudarkan warna. Perlu dibilas dengan bersih.
Tahan cahaya matahari. Pudar warna disebabkan kualiti pewarna yang digunakan.
Ketahanan terhadap cahaya matahari
Tahan dedahan kepada cahaya matahari.
RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
M.S. 6
BANDING BEZA CIRI GENTIAN JENIS GENTIAN SUTERA Kukuh. Kehilangan 20% kekukuhan ketika basah. Bergantung kepada kualiti. Kualiti yang baik tidak mudah renyuk. Menyerap 20% air, mudah mengering kerana menyerap haba yang baik. Pengalir haba yang kurang baik. Mengekalkan suhu badan normal. Asid dan garam dapat merosakkan sutera. Perlu dicuci segera.
JENIS GENTIAN CIRI GENTIAN
LINEN
Kekukuhan
Paling kukuh antara gentian asli. Kekukuhan bertambah ketika basah.
Kekenyalan
Tidak kenyal. Mengekalkan bentuknya.
Penyerapan lembapan
Pengalir haba
Tindakan asid
Tindakan alkali dapat melemahkan sutera. Perlukan agen pencuci yang lembut.
Tindakan alkali
Tidak tahan dedahan cahaya matahari. Dikeringkan di tempat yang teduh.
Ketahanan terhadap cahaya matahari
Mudah menyerap lembapan. Cepat mengering. Pengalir haba yang baik. Tahan haba tinggi. Mudah rosak oleh asid pekat. Asid lemah tidak menjejaskannya. Tahan dengan tindakan alkali, tetapi kekerapan cucian boleh memudarkan warna. Perlu dibilas dengan bersih. Tahan dedahan kepada cahaya matahari.
RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
M.S. 7
BANDING BEZA CIRI GENTIAN JENIS GENTIAN BULU BIRI-BIRI Kurang kukuh. Kehilangan 20% kekukuhan ketika basah. Daya kekenyalan yang baik. Tidak renyuk. Menyerap sehingga 30% air. Dapat mengeluarkan haba apabila menyerap lembapan udara pada musim sejuk. Lembapan tersejat dengan perlahan. Pengalir haba yang lemah. Penebat haba yang baik. Tidak mudah terbakar. Haba yang tinggi memudarkan warnanya. Asid lemah tidak merosakkannya. Penggunaaan asid lemah dalam bilasan terakhir dapat memperbaiki warnanya.
JENIS GENTIAN CIRI GENTIAN
Kekukuhan Kekenyalan
Penyerapan lembapan
LINEN Paling kukuh antara gentian asli. Kekukuhan bertambah ketika basah. Tidak kenyal. Mengekalkan bentuknya. Mudah menyerap lembapan. Cepat mengering.
Pengalir haba
Pengalir haba yang baik. Tahan haba tinggi.
Tindakan asid
Mudah rosak oleh asid pekat. Asid lemah tidak menjejaskannya.
Tindakan alkali merosakan gentian bulu biri-biri.
Tindakan alkali
Tahan dengan tindakan alkali, tetapi kekerapan mencuci boleh memudarkan warna. Perlu dibilas dengan bersih.
Dedahan cahaya matahari menyebabkannya menjadi kasar, kuning, keras, dan reput.
Ketahanan terhadap cahaya matahari
Tahan dedahan kepada cahaya matahari.
RBT 3120 – TEKNOLOGI RUMAH TANGGA & PERTANIAN (KAJIAN FABRIK)
M.S. 8