1.0 PENDAHULUAN 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu
Mengikut sejarah sukan ini, permainan sofbol dicipta pada tahun 1887 Chicago, Amerika Syarikat oleh George W. Hancook, seorang pemberita. Beliau telah memperkenalkan permainan sofbol sebagai satu permainan dewan (indoor) dengan mengambil ciri-ciri penting dari permainan besbol.Pelbagai nama seperti kitten ball, mushall dan ladies baseball telah digunakan sebelum ‘sofbol’ diterima secara umum dan rasmi pada tahun 1926. Pasukan Petugas Sukarelawan Sukarelawan ( Peace Corps) Amerika yang datang bertugas di Malaysia pada tahun 60 an telah memperkenalkan dan mempopularkan permainan ini di sekolah dan institusi pendidikan sebagai satu aktiviti rekreasi. Sebelum ini, permainan raundas (rounders) lebih dikenali oleh masyarakat tempatan. Sejak awal tahun 70 an permainan sofbol telah menjadi salah satu permainan dalam program sukan ko kurikulum di sekolah dan maktab perguruan. Setiap permainan sama ada secara individu atau pasukan seperti sofbol, badminton dan ragbi sentuh memerlukan kemahiran yang tertentu. Menurut Borhannudin bin Abdullah dan rakan-rakan (2008), pasukan yang memadang memerlukan kemahiran menyambut, membaling, melempar dan memadang.Manakala memadang.Manakala pasukan lawan pula memerlukan kemahiran memukul, menampan, dan melakukan larian tapak. Justeru,kemahiran asas dalam permainan sofbol iaitu menangkap bola tinggi amat penting. Saya mempunyai pengalaman yang lama dalam mengajar murid-murid sekolah menengah. Setelah saya ditukarkan ke sekolah rendah, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani sepenuhnya. Saya dikehendaki untuk mengajar murid Tahun 4 sebanyak 4 kelas,murid Tahun 5 sebanyak 4 kelas dan Tahun 6 sebanyak 5 kelas bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sewaktu saya mengajar 1
murid Tahun 5 Amanah tentang kemahiran asas dalam permainan sofbol iaitu menangkap bola tinggi , saya dapati dua pertiga daripada murid Tahun 5 Amanah gagal melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dengan kemas. Kebanyakan bola tidak dapat ditangkap dengan kemas ataupun terlepas dari sasaran. Saya melihat bahawa tahap koordinasi mereka sangat lemah. Pergerakan mereka untuk menangkap bola sofbol tidak licin. Selain itu, masih ramai murid yang tidak dapat menumpukan perhatian untuk menangkap bola sofbol pada fasa layangan bola. Saya juga mendapati bahawa mereka tidak menghadap ke arah bola dengan kedua-dua belah tangan di hadapan badan. Ini merupakan punca-punca utama murid-murid tahun 5 Amanah tidak dapat menangkap bola tinggi dengan kemas bagi membantu pemadang mematikan giliran menyerang pihak lawan dalam pertandingan sofbol. Saya juga terdengar kata-kata murid-murid Tahun 5 Amanah ‘saya takut bola sofbol jatuh atas kepala’. Ada juga murid yang berkata ‘sa ya sudah tengok bola datang ke arah saya, tetapi sa ya tidak tahu bagaimana hendak menangkap bola tersebut’. Saya menyedari bahawa saya perlu melakukan perubahan dan perlu mendedahkan kepada mereka kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol.Kebetulan saya juga mempunyai kemahiran dalam mengajar permainan sofbol. Saya juga telah mempraktikkan satu cara untuk membantu murid-murid Tahun 5 Amanah ini, namun begitu, masih ramai dalam kalangan mereka yang gagal menguasai kemahiran menangkap bola tinggi. Setelah diselidik, saya dapati sebelum saya hadir di sekolah ini, mereka tidak pernah didedahkan dengan permainanpermainan seperti sofbol, bola baling, hoki dan sebagainya. Setelah saya berfikir, saya dapati bahawa mereka lemah kerana kurangnya pendedahan dan pendekatan teknik menangkap bola yang betul. Saya dapati guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani hanya mengarahkan pelajar mereka bermain badminton tanpa menerangkan terlebih dahulu teknik yang betul atau bermain permainan seperti dam, 2
congkak, scrabble dan chess. Saya benar-benar kecewa perkara ini berlaku kepada mereka. Mungkin ada antara murid-murid ini mempunyai bakat dalam bersukan, tetapi tidak dicungkil atau diberi peluang. Oleh kerana kekurangan guru yang berkemahiran dalam bidang sukan,maka murid-murid ini juga menerima tempias tersebut. Maka saya tertanya- tanya kepada diri saya sendiri, ‘apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Murid-murid ini perlu diajar dengan kemahiran yang betul sesuai dengan sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5 yang dituntut untuk diajar. Saya juga terfikir bagaimanakah cara untuk memastikan mereka mendengar dan mengikut arahan yang akan saya berikan. Sudah pasti, untuk memastikan mereka mendapat kemahiran menyambut bola tinggi dalam permainan sofbol ini, saya perlu membuat perancangan yang rapi. Perancangan ini haruslah secara profesional agar mereka dapat mengikut saya lagi sekiranya saya dapati mereka lemah dalam kemahiran-kemahiran yang lain pula. Saya faham, sekiranya saya tidak memperbaiki situasi ini, saya pasti muridmurid ini tidak dapat melakukan kemahiran menyambut bola tinggi dengan teknik yang betul. Ini adalah kerana kemahiran ini sangat penting dalam permainan sofbol untuk mematikan pihak lawan. Menurut Model Simpson, E.J (1972) terdapat empat tahap cara penguasaan kemahiran permainan sofbol. Tahap pertama ialah memerhati (perception) pengalaman kemahiran yang ditimba dengan membaca buku atau merujuk video. Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman dan tahap ini merupakan tahap paling asas sekali. Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih (training) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah penyesuaian (adaptation) dan ianya merupakan kemahiran yang dapat dikuasai dengan sempurna. 3
Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Selain itu,saya juga sedar untuk mengajar murid-murid yang tidak pernah belajar kemahiran ini bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, saya amat berharap agar saya berjaya dalam melaksanakannya nanti. Sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani, saya haruslah buktikan bahawa semua murid berhak mempelajari semua kemahiran yang ditetapkan dalam sukatan mata pelajaran bagi tahun tersebut. Insyaallah. Pernyataan ini dibantu dengan kajian oleh Bucher (1978) yang mana beliau menyatakan bahawa kemahiran motor yang asas adalah penting dalam program Pendidikan Jasmani. Perubahan pelakuan sesuatu kemahiran dalam kalangan remaja mempunyai implikasi dalam sesuatu pengajaran. Apabila ada sesuatu perubahan dalam tindakan yang diambil oleh saya nanti, saya percaya perancangan dalam tindakan saya akan menghasilkan perubahan tingkahlaku sebagaimana yang disokong oleh kajian yang dijalankan Magill (2003) yang mendefinisikan bahawa sesuatu kemahiran motor adalah sebagai perubahan dalam keupayaan individu dalam perlakuan sesuatu kemahiran yang mana perubahan tersebut harus merupakan perubahan yang kekal. Justeru, perancangan yang rapi haruslah dilakukan bagi memastikan muridmurid Tahun 5 Amanah dapat melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol.
4
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 Masalah / Isu Kajian
Sebagai insan biasa, saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sebagai seorang pendidik, saya melihat lebih jauh implikasi kesilapan guru-guru dalam mendidik anak murid terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang dianggap kurang penting berbanding mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sebenarnya saya menghadapi masalah kerana ramai antara murid di Tahun 5 Amanah di sekolah ini yang tidak dapat menguasai kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol. Bukan itu sahaja sebenarnya, malah saya mendapati banyak lagi masalah lain yang timbul hari demi hari saya mengajar di sekolah ini. Walaupun terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya, namun saya hanya fokuskan kajian ini kepada masalah teknik menangkap bola tinggi dengan aktiviti ansur maju. Dalam pemerhatian saya, terdapat murid-murid Tahun 5 Amanah mempunyai tahap koordinasi yang amat lemah. Mereka tidak boleh menangkap bola tinggi dengan kemas. Apabila saya meminta mereka melakukan tangkapan bola ti nggi, mereka tidak dapat menangkap bola tersebut. Malah kebanyakan mereka tidak terkena atau menyentuh sasaran langsung. Hanya beberapa orang murid
sahaja yang dapat
menyentuh bola tersebut, tetapi masih tidah boleh menangkap bola dengan kemas dan tanpa melakukan kesilapan dari aspek teknik asas menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol. Saya juga ingin memberi panduan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah ini agar segala kemahiran asas yang perlu ada pada murid-murid melalui permainan perlu dikuasai dan saya sedar dan yakin bahawa pihak pentadbir sekolah amat mengambil berat dalam hal ini. Sehubungan itu, saya haruslah mengambil 5
tindakan segera bagi mengurangkan masalah ini daripada berlarutan. Dalam pemerhatian saya, masalah yang sering menjadi kesalahan murid-murid Tahun 5 Amanah adalah seperti berikut : i.
Kaki dirapatkan
ii.
Pelakuan lutut yang tidak fleksi (hanya berdiri tegak)
iii.
Kedua belah tangan tidak bersedia di hadapan badan
iv.
Badan tidak menghadap ke arah bola datang
v.
Mata tidak fokus pada sasaran
vi.
Kedua-dua tangan tidak diekstensikan ke arah bola
vii.
Tangan membaling tidak diletakkan di belakang glove
2.2 Tinjauan Masalah / Isu Kajian
Dalam tinjauan masalah, saya telah mengenalpasti beberapa masalah. Saya dapati masalah murid-murid Tahun 5 Amanah yang tidak dapat menguasai kemahiran menangkap bola tinggi adalah disebabkan kaedah yang diguna pakai oleh guru dalam pengajaran adalah kurang sesuai dengan aktiviti kemahiran yang ingin disampaikan. Saya mendapati kaedah misteri dan penemuan kurang sesuai untuk murid-murid ini kerana mereka tidak didedahkan dengan kedua-dua kaedah ini sebelum ini. Sehubungan itu, saya ingin memastikan kebenaran andaian saya tentang kaedah yang diguna pakai oleh saya sama ada berkesan ataupun tidak. Maka, saya mengemukakan beberapa soalan seperti berikut : 1. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru adalah kurang berkesan 2. Arahan guru kurang jelas 3. Perlukan demonstrasi 4. Perlukan aktiviti ansur maju 5. Perbanyakkan latih tubi 6
2.3 Analisis Masalah / Isu Kajian
Daripada lima soalan yang dikemukakan, saya dapati beberapa faktor telah mempengaruhi kegagalan murid-murid Tahun 5 Amanah untuk menguasai kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol. Analisis Ujian Diagnostik mendapati skor yang paling tinggi yang dijawab oleh murid-murid Tahun 5 Amanah adalah mereka perlukan demonstrasi iaitu sebanyak 100%, mereka memerlukan aktiviti ansur maju sebanyak 100% dan mereka juga perlu latih tubi merangkumi 100%. Manakala kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru kurang berkesan adalah sebanyak 80%. Seramai 25 orang murid-murid Tahun 5 Amanah iaitu 83% telah memilih arahan guru kurang jelas menjadi penyebab berlakunya masalah kegagalan mereka menguasai kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol . Jadual 1 : Maklumbalas Kumpulan Sasaran Berdasarkan Ujian Dignosis
Bil
Faktor
Kekerapan
Peratus (%)
24
80
Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru 1 adalah berkesan 2
Perlukan demonstrasi
30
100
3
Perlukan aktiviti ansur maju
30
100
4
Perbanyakkan latih tubi
30
100
5
Arahan kurang jelas
25
83
7
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan,murid- murid diharap akan mencapai objektif berikutnya 3.1.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran menangkap bola tinggi didalam permainan sofbol menggunakan aktiviti unsur maju.
3.1.2 Objektif Khusus
Meningkatkan kemahiran menagkap bola tinggi menggunakan aktiviti unsur maju dengan berjaya sekurang-kurangnya 5 dari 8 percubaan.
Membantu murid mengusai kemahiran menangkap bola tiggi dalam permainan sofbol menggunakan aktiviti unsur maju dan latih tubi
3.2 Soalan Kajian 3.2.1 Adakah aktiviti unsur maju dapat meningkatkan tahap kemahiran murid dalam
menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol? 3.2.2 Sejauh manakah keberkesanan aktiviti unsur maju dan latih tubi dapat
meningkatkan tahap koordinasi murid semasa melakukan tangkapan bola tinggi dalam permaian sofbol?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 30 orang murid Tahun 5 Amanah yang terdiri daripada 14 murid lelaki dan 16 murid perempuan. Murid-murid yang dipilih ini adalah berdasarkan masalah mereka yang gagal melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol dengan teknik yang betul. Selain itu mereka juga dipilih berdasarkan koordinasi mereka yang sangat lemah dan banyak melakukan kesalahan 8
asas seperti kaki tidak dibuka seluas bahu, tangan tidak bersedia dihadapan, mata tidak tertumpu pada sasaran dan sebagainya.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Aktiviti -aktiviti Tindakan 5.1.1 Prosedur Tindakan Aktiviti 1
Dalam melaksanakan aktiviti 1, saya telah membuat pengajaran seperti biasa di gelanggang ( diamond ) sofbol. Aktiviti 1 ini bertujuan untuk memerhatikan keberkesanan kaedah ansur maju yang disarankan oleh Aris Fazil, Mohd. Khairi,salleh & Teh (2004), berbanding dengan pengajaran misteri dan penemuan. Berikut adalah langkah- langkah dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut :
Langkah 1 ( fasa persediaan )
Gaya menangkap bola tinggi tanpa bola ( bayangan ) i. ii.
Fleksikan lutut
iii.
Kedua-dua belah tangan berada dihadapan badan
iv.
Badan mengadap kearah bola datang
v.
Tumpukan mata pada layangan bola
vi. vii.
Buka kaki seluas bahu
Ekstensikan kedua-dua tangan kearah bola Tangan membaling di belakang glove
Langkah 2 (fasa pelaksanaan )
Gaya menangkap bola tinggi dengan bola ( menggunakan butiran i. Hingga vii yang diberikan )
9
Langkah 3
Perangkap bola dalam poket glove dan serap daya.
Genggam bola dengan glove sambil tangan membaling menyerkup bola
Kemuncak Permainan kecil sofbol mini Semasa dalam pengajaran dan pembelajaran ini, dalam aktiviti kemuncak, pemukul hendaklah memukul bola tinggi dan disambut oleh pemadang. Saya telah memerhati dan merekodkan sama ada mereka melakukan kemahiran menangkap bola tinggi ataupun tidak.
5.1.2 Pemerhatian Aktiviti 1
Dalam perlaksanaan aktiviti 1, saya mendapati kebanyakkan kumpulan sasaran boleh melakukan tangkapan bola tinggi dalam permaianan sofbol. Kaedah ini seolah-olah amat sesuai untuk mereka. Ada antara mereka m engatakan ‘cikgu, kaedah ini lebih sesuai sebab saya boleh melakukan apa yang diarahkan oleh cikgu semasa menangkap bola tinggi’. Ada juga yang menyatakan ‘ cikgu saya tidak takut lagi menangkap bola tinggi’ ,dan ada juga yang berkata seperti ini ‘cikgu, saya yakin untuk menangkap bola tinggi dan saya dapat menangkap bola tinggi tanpa jatuh, cikgu’. Walaupun, kaedah ini sudah menampakkan hasil apabila kumpulan sasaran yang pada asalnya langsung tidak boleh melakukan kemahiran ini sudah mula menunjukkan reaksi yang positif. Namun, saya berasa setiap perlakuan perlu ada peneguhan. Maka saya akan meneruskan dengan aktiviti latih tubi kerana masih terdapat beberapa orang murid yang melakukan kesalahanseperti kaki tidak dibuka seluas bahu, mata tidak fokus pada sasaran dan kedua-dua belah tangan tidak berada dihadapan badan semasa membuat balingan. 10
5.1.3 Prosedur Tindakan 2
Untuk menyelesaikan masalah kumpulan sasaran, saya bercadang untuk memberi kaedah latih tubi. Setelah demontrasi digunakan dalam prosedur satu, dalam prosedur dua pula saya bercadang untuk menjalankan aktiviti latih tubi agar murid-murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan teknik yang betul. Berikutan adalah langkah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ansur maju dan latih tubi :Langkah 1 Murid dikehendaki mendemontrasikan daya menangkap bola tinggi dengan teknik yang betul (perlakuan sebanyak 20 kali)
Langkah 2
Murid dikehendaki melambung bola tinggi dan menyambut sendiri (perlakuan sebanyak 20 kali)
Langkah 3
Murid dikehendaki menangkap bola tinggi secara berpasangan (seorang melambung bola dan seorang laki menyambut,kemudian tukar giliran) (perlakuan sebanyak 20 kali seorang)
Kemuncak
Demontrasi kumpulan sasaran menangkap bola tinggi (perlakuan sebanyak 5 kali seorang)
Penutup
Penutup – Soal jawab mengenai kemahiran dan aktiviti yang dijalankan ini.
11
5.1.4 Pemerhatian Aktiviti 2
Bagi memastikan kaedah yang digunapakai oleh saya adalah sesuai, maka saya telah menyediakan borang Senarai Semak Aktiviti 2. Di dalam borang Senarai Semak Aktiviti 2 beberapa perkara perlu ditanda oleh saya semasa mengajar menangkap bola tinggi menggunakan kaedah ansur maju dan latih tubi. (sila lihat lampiran B)
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.2.1 Soal Selidik
Soal selidik yang dibina mestilah menjurus kepada objektif dan masalah yang dikaji. Soal selidik kerap kali digunakan oleh seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan. Ia merupakan satu daripada cara yang paling mudah untuk memperoleh data yang diperlukan bagi membolehkan guru mengetahui keadaan sebenar tentang permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran (p & p). Dalam kajian saya, saya telah menggunakan soalan tertutup iaitu soal selidik tertutup dichotomous. Saya mendapati kaedah ini amat sesuai digunakan kerana saya ingin mengetahui kaedah yang diguna pakai oleh saya sesuai atau tidak. Lagi pun saya ingin mengetahui apakah kaedah yang diperlukan oleh murid kerana mereka tidak dapat melaksanakan kemahiran yang diajar oleh saya untuk mempertingkatkan kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol. Saya amat memerlukan maklum balas yang lebih menjurus kepada objektif kajian ini. Soal selidik ini saya lampirkan dalam halaman lampiran A.
12
5.2.2 Temu Bual
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face to face antara saya dengan kumpulan sasaran. Temu bual adalah kaedah
terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat daripada pemberi maklumat iaitu orang yang ditemu bual secara mendalam. Saya memilih kaedah ini adalah disebabkan jawapan hasil temu bual adalah lebih dipercayai. Dalam kajian saya, saya memilih untuk menemu bual menggunakan teknik temu bual tidak berstruktur. Hal ini disebabkan kumpulan sasaran akan memberi
maklumat
yang
lebih
mendalam
dan
terperinci
mengenai
pemerhatian mereka sepanjang saya jalankan kajian.
Berikut adalah soalan pokok yang telah saya gunakan semasa menemu bual kumpulan sasaran.
1. Adakah kaedah ansur maju berkesan dalam peningkatan kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol? 2. Bagaimanakah kaedah ini membantu anda menguasai kemahiran menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol ?
5.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati perlakuan murid berdasarkan aspek yang ingin dikaji. Pemerhatian dicatat dalam transkrip dan diolah bagi mendapatkan hasil analisis pemerhatian. Dalam kajian tidakan saya, saaya gunakan kaedah ini sepanjang kajian saya. Setiap kali saya mengajar mereka mengenai kemahiran ini,
13
saya telah mencatat pemerhatian saya dalam senarai semak pemerhatian. Ini bertujuan agar saya dapat mencatat setiap perlakuan kumpulan sasaran untuk rujukan saya. Selain itu saya juga telah menggunakan guru lain sebagai pemerhati tindakan saya. Saya telah meminta guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk memerhati keberkesanan kaedah yang digunapakai oleh saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Hasil analisis pemerhatian beliau akan diterangkan dengan lebih lanjut nanti.
5.2 Perancangan Cara Menganalisis Data
Saya bercadang untuk menganalisis data menggunakan min dan kekerapan bilangan murid yang menjawab soal selidik (sila lihat lampiran A). Begitu juga dengan pemerhatian, dimana saya akan menggunakan senarai semak. (sila lihat lampiran B).
5.4 Perancangan Perlaksanaan 5.4.1 Jadual Perlaksanaan / Carta Gantt
Bil
Aktiviti
1.
Taklimat
Dis
Jan
Feb
Mac
Apr
Penyediaan
Proposal 2.
Refleksi P & P
3.
Mengenalpasti Masalah/fokus kajian
4.
Analisis Masalah
5.
Menulis objektif
6.
Menetapkan Kumpulan Sasaran
7.
Perancangan Langkahlangkah Kajian
14
8.
Perancangan Cara Mengumpul Data
9.
Perancangan Menganalisis Data
10.
Anggaran Kos Kajian
11.
Menjilid dan Menghantar Proposal Kulit Nipis
5.4.2 Kos Kajian
Bil
Jenis Bahan
Kuantiti
Kos (RM)
1.
Kertas A4
1 Rim
RM12.00
2.
Printer Catridge
1
RM120.00
3.
Fotostat Bahan
4.
Bola Sofbol
RM50.00 30 biji
RM10 x 30biji = RM300
5
Pelbagai
RM50.00 JUMLAH
RM532.00
15
6.0 Senarai Rujukan
Aris Fazil, M. Khairi., Salleh., & Teh (2004) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Selangor
Borhanudin., Abdul Razak., Mohd Fauzi., Hamizon (2008). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
16
7.0 LAMPIRAN
Lampiran A 1D
Soal selidik Ujian Diagnostik. Jawab dengan ikhlas. Tanda (/) pada kotak yang disediakan.
Adakah kamu tidak dapat menangkap bola tinggi dalam permainan sofbol disebabkan faktor-faktor berikut:
Item 1
Soalan
Ya
Tidak
Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru adalah sesuai
2
Perlukan demonstrasi
3
Perlukan aktiviti unsur maju
4
Perbanyakkan latih tubi
5
Arahan kurang jelas
17
Lampiran B Senarai Semak Pemerhatian Aktiviti 2 Bil
sasaran
Demontrasi gaya Melambung
Menangkap
Demontrasi
menangkap
bola sofbol dan
bola tinggi
kumpulan
tinggi tanpa bola
menyambut
secara
sasaran
bayangan
dengan teknik
berpasangan
menangkap
(20 kali )
yang betul
( 20 kali )
bola
bola
(20 kali)
tinggi
( 5 kali )
Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Murid 11 Murid 12 Murid 13 Murid 14 Murid 15 Murid 16 Murid 17 Murid 18 Murid 19 18
Murid 20 Murid 21 Murid 22 Murid 23 Murid 24 Murid 25 Murid 26 Murid 27 Murid 28 Murid 29 Murid 30
19