TEKS PENGACARA PROGRAM ZIARAH CAKNA & MAJLIS RESTU ILMU SMK SERI BENTONG 28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR 2012 BIL
CUE 8.00 pagi
1.
Ketibaan ibu bapa
ANN
CATATAN
- Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dalam Dewan Titipan Ilmu. - Pendaftaran ibu bapa murid-murid tahun 6.
08.15 pagi
2. Ketibaan Tetamu Khas
Mengumumkan ketibaan Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad bersama ahli rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dengan diiringi oleh Puan Rahimawati Binti Ibrahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong. *Para hadirin diminta berdiri.
(1 minit) *Tunggu sehingga semua tetamu khas sampai di kerusi VIP.
Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Pahang
3.
Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Dirgahayu Tuanku”.
Setela lah h sele selesa sai)i) *( Sete Para hadirin dipersilakan duduk.
1
Kata alu-aluan Pengerusi Majlis
Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. 4. BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…
Yang Berbahagia Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Yang Dihormati Tuan Haji Amirullah Bin Bidin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bentong dari Unit Pengurusan Sekolah, Yang Berusaha Puan Rahimawati Binti Ibrahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, Yang Berusaha En.Bukhari Bin Jumaat, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong,
Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, pegawai-pegawai dari P ejabat Pelajaran Daerah Bentong, guru-guru penolong kanan, barisan pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 SISP yang dikasihi sekalian. 2
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. Salam hormat, salam kasih, salam ukhwah dan salam 1 Malaysia..
Majlis mengucapkan selamat datang serta jutaan terima kasih kepada Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang atas kesudian bersamasama memeriahkan Program Ziarah Cakna dan Majlis Restu Ibu Bapa Murid-Murid Tahun 6 pada pagi yang amat berbahagia ini. Majlis juga mengalu-alukan kedatangan dif-dif jemputan dan para ibu bapa. Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, Program Ziarah Cakna dan Majlis Restu Ibu Bapa Murid-Murid Tahun 6 pada hari ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, sekolah, ibu bapa dan murid-murid dalam menjana kecemerlangan di bidang akademik khususnya Murid-Murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Selain daripada itu, majlis ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk merestui dan mendoakan kejayaan anak-anak agar ia membawa kepada keberkatan sebelum mereka menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.
5.
Bacaan Doa
Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Fikrur Radhi Bin Mohd Shafuddin untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. * Selesai bacaan doa pengacara majlis melanjutkan acara. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Fikrur Radhi Bin Mohd Shafuddin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
3
Hadirin yang dikasihi sekalian, Ucapan alu-aluan Tuan Pengetua
6.
Tirai majlis kita dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengetua. Untuk itu, majlis mempersilakan Puan Rahimawati Binti Ibrahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. * Selesai ucapan pengetua pengacara majlis melanjutkan acara. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Rahimawati Binti Ibrahim atas ucapan beliau sebentar tadi.
Amanat Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Kini, majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput, Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. 7.
(Setelah selesai) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang atas ucapan itu tadi.
Penyerahan Kad
8.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian kad ucapan khas kepada Murid-Murid Tahun 6. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, dengan diiringi oleh Puan Rahimawati Binti Ibrahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong untuk menyempurnakan acara penyampaian kad ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
4
*Setelah selesai Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Wan Abdul Hamid Bin Wan Mohammad, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.
Bagai cincin dengan permata, Disalut emas dan juga suasa, Andai ada tersilap kata, Mohon maaf ampunkan dosa. Dingin pagi suasana redup, Langit suram awan kelabu, Agar berkat kejayaan hidup Ku pohon restu ayah dan ibu Para hadirin yang dihomati sekalian,
Restu serta doa ibu bapa adalah nadi kepada kejayaan anak-anak. Berkat doa serta restu inilah yang membawa kepada keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat. Untuk itu, majlis seterusnya ialah Majlis Restu Ibu Bapa. Dengan itu, dipersilakan Ustaz Lokman Bin Mansor untuk meneruskan majlis tersebut. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Penyerahan slip keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR & Pra UPSR
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Lokman Bin Mansor. Pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang sudi hadir pada pagi ini. Sesungguhnya komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan itu tamat sudah majlis kita pada pagi ini Selepas ini, para ibu bapa bolehlah bertemu dengan guru kelas untuk mendapatkan Slip Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR dan Pra UPSR 2012.
5
Penutupan Majlis
Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Dijemput para ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan untuk menjamu selera di kantin.
10. Sekian, terima kasih. Wabilahitafikwalhidayah..Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
6