Dasar pembelajaran kuliah hidrolikDeskripsi lengkap
sistem pada karburatorDeskripsi lengkap
Full description
abstrakDeskripsi lengkap
makalah sistem perkembangan hewanFull description
tentang sistem informasi penyewaan mobil yang diharapkan dapat mendukung pelayanan dan lancarnya bisnis penyewaan mobil di Nanda car rental . Oleh karena itu, dalam penulisan skripsi ini pen…Deskripsi lengkap
sistem sosial dan budaya
Full description
ggDeskripsi lengkap
makalah sistem pernafasanDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
Full description
Deskripsi lengkap
SKRIPTA-1
SISTEM URINARI
Fungsi Sistem Urinari Sistem urinari adalah kumpulan organ yang menyah air berlebihan dan bahan-bahan tidak diperlukan daripada salur darah. Bahan ini di tapis keluar daripada badan sebagai air kencing. Air kencing dihasilkan di ginjal, dikumpul di bladder dan keluar di urethra.
Organ urinari ialah ginjal, ureters, bladder dan urethra. Sistem ini membantu menstabilkan homeostasis. Ginjal adalah organ utama homeostasis kerana ia menstabilkan asid asas dalam badan dan air garam dalam darah.
Ginjal
Fungsi Ginjal Pengaturan komposisi ion darah Pengaturan pH darah Pengaturan kuantiti darah Pengaturan tekanan darah Penghasilan hormon – calcitriol (bahan aktif vitamin D) – Erythropoietin (penghasilan sel darah merah)
Pengaturan aras glukose dalam darah Menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan.
Ginjal berbentuk kacang, berwarna merah coklat bersaiz penumbuk berukuran 10-12 cm. Bahagian luarnya dilitupi renal kapsul iaitu kapsul keras daripada tisu penghubung fibrous Mempunyai dua lapisan lemak yang bertindak sebagai kusyen.
Ginjal terletak di dinding belakang di atas garis pinggang dan dilindungi oleh tulang rusuk. Ginjal mempunyai 3 kawasan utama, renal cortex, renal medulla dan renal pelvis. Bahagian luar ialah renal cortex. Ia memanjang ke bawah ke bahagian tengah yang berjalur. Bahagian kedua ini dinamakan renal medulla. Ia mengandungi tisu berbentuk piramid bernama renal piramid yang dibahagikan oleh renal column. Ureters bersambung dengan renal pelvis dan berada di tengah ginjal.
Ginjal menapis urea daripada darah melalui nephrons. Setiap nephron mempunyai kapilari darah yang berbentuk bola dipanggil glomerulus dan saluran kecil dinamakan renal tubule. Urea, air dan bahan lain bercampur akan menghasilkan air kencing.
Manusia mempunyai 2 ureters. Ia adalah tiub kecil yang menghantar air kencing ke bladder.
Otot di dinding ureter mengecut dan mengetat untuk menghantar air kencing ke bawah jauh daripada ginjal.
• Jika air naik semula ke ginjal maka jangkitan akan berlaku dan merosakkan ginjal.
• Setiap 10-15saat ureter akan menghantar air kencing ke bladder dalam jumlah yang sedikit.
Bladder, berbentuk segitiga dan terletak di abdomen bawah. Ia diikat oleh ligament yang bercantum dengan organ lain dan tulang pelvic.
Dinding bladder mengecut dan mengembang untuk menyimpan air kencing dan mengecut untuk membuang air kencing. Bladder dewasa mampu menyimpan air kencing sebanyak dua cawan sehingga 2 jam.
Otot sphincter ialah otot yang membantu menahan air kencing daripada bocor. Urethra ialah tiub yang membuang air kencing. Otak memberi isyarat untuk otot bladder mengecut untuk membuang air kencing keluar daripada bladder.
Dalam masa yang sama, otak memberi isyarat kepada otot sphincter untuk berehat untuk membenarkan air kencing keluar daripada bladder dan ke urethra.