Pengenalan Ia juga dikenali sebagai sebuyam atau chapteh. o Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. o Sekiranya ia dimainkan secara berseorangan, pemain akan cuba menyepaknya seberapa banyak yang mungkin dan seberapa lama yang mungkin. o
Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain, kumpulan dengan terdiri daripada beberapa orang boleh dibentuk.
o
o
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Sejarah
Asal : China (Dinasti Han [206BC220AD]) Dikenali sebagai Jianzi@Ti Jianzi (ti= kick, jianzi= little shuttlecock) Asal permainan : Cuju
Membuat Bahan
Bulu Ayam
asas:
helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). o Sebatang paku sederhana besar, o Kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat o Getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. o
Beberapa
eberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucuk paku menembusi ditengah-tengahnya. o Beberapa helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah skrap atau getah gelang dengan kemas. o Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. oB
Cara
bermain
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. o Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. o Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. o
o
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut.
Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.
o
o
o
Jumlah timbangan tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan akan dikira. Pemain yang kalah akan dikenakan denda.
Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali (syarat dendaan).