PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-42, 2016 ANJURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI
BOLA SEPAK
Maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah tepat pada masa pengeluaran. Untuk maklumat terkini, sila rujuk kepada https://pskk2016.lada.gov.my Hakcipta © 2016, Lembaga Pembangunan Langkawi. Hak cipta terpelihara Dokumen dan kandungan yang disediakan adalah dalam keadaan “sedia ada” dan semua jaminan, tersurat atau tersirat, adalah dinafikan. Tiada bahagian daripada dokumen ini boleh diterbitkan semula atau digunakan dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, atau disimpan dalam mana-mana sistem dalam sebarang bentuk tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga Pembangunan Langkawi.
PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE 42, 2016
BOLA SEPAK
1.0
NAMA PERTANDINGAN 1.1
Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLA SEPAK PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE-42 yang dikelolakan oleh Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA).
2.0
TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1
Tarikh
: 16 – 19 November 2016
Masa
: Mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh J/K Pertandingan
Tempat
: i) Padang Kompleks Sukan Langkawi ii) Padang Majlis Perbandaran Langkawi iii) Padang Maktab Rendah Sains Mara Langkawi
3.0
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN 3.1
Selain daripada peraturan yang terkandung di dalam peraturan ini, pertandingan ini adalah mengikut PERATURAN AM PSKK dan undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) / Bola sepak oleh Federation Internationale de Football Association (FIFA).
4.0
PENDAFTARAN PEMAIN 4.1
Hanya
pemain
yang
berdaftar
sahaja
dibenarkan
bertanding
disepanjang
pertandingan ini. 4.2
Pendaftaran pemain adalah 20 ORANG SETIAP PASUKAN . Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan 18 pemain dari senarai 20 pemain yang telah didaftarkan. Jika didapati pemain yang mengambil bahagian adalah pemain yang tidak berdaftar atau tidak mematuhi peraturan kelayakan pemain seperti mana yang ditetapkan, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan TERBATAL secara automatik dan semua perlawanan sebelumnya yang telah disertai
oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan. 4.3
Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan (tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan,sekiranya perlu). Senarai nama 20 orang pemain hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 OKTOBER 2016 .
Mukasurat | 1
PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE 42, 2016
BOLA SEPAK
Manakala, senarai akhir 18 ORANG PEMAIN perlu di hantar kepada pegawai pertandingan sebelum perlawanan pertama dimulakan Senarai akhir ini adalah muktamad dan tidak boleh dipinda sehingga selesai Pertandingan Bola sepak Pesta Sukan Kementerian Kewangan.
5.0
CARA PERTANDINGAN 5.1
Pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan atau lebih. Semua pertandingan di pusingan awal akan dijalankan secara liga peringkat kumpulan dimana Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertanding secara silang balik (criss-cross) dalam peringkat separuh akhir. Bagi perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir. Bagi pasukan yang tewas pada perlawanan separuh akhir, pasukan tersebut akan menduduki tempat ke-3 bersama.
5.2
Dua (2) pasukan akan bertanding sebagai pasukan pilihan( seeded ).Kedua pasukan ini akan diasingkan semasa peringkat liga kumpulan.Kedua-dua pasukan pilihan ( seeded ) adalah Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Bolasepak Pesta Sukan Kementerian Kewangan edisi sebelumnya.
5.3
Apabila lebih dari satu pasukan dalam sesuatu kumpulan mendapat jumlah mata yang sama dalam pusingan awal, pemenang akan ditentukan mengikut susunan berikut: 5.3.1
Perbezaan terbanyak di antara jumlah jaringan dan jumlah kena jaring (bolos);
5.3.2
Jumlah jaringan terbanyak;
5.3.3
Jumlah jaringan kena jaring terendah(bolos);
5.3.4
Pasukan yang menang dalam pertemuan terdahulu;
5.3.5
Lima sepakan dari tanda penalti bagi setiap pasukan;
5.3.6
Sepakan dari tanda penalti serta merta;dan
5.3.7
Jika keadaan yang tidak mengizinkan dan sepakan dari tanda penalti tidak dapat dibuat, maka keputusan akan dibuat dengan lentingan duit syiling.
6.0
JERSI DAN PERALATAN 6.1
Peralatan seorang pemain adalah baju, seluar, stokin, shin-pad dan kasut boot. PEMAKAIAN SHIN-PAD ADALAH DIWAJIBKAN.
Mukasurat | 2
PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE 42, 2016
BOLA SEPAK
6.2
Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua(2) set jersi yang berlainan warna dan bernombor.
6.3
Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan didalam Borang Pendaftaran serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
6.4
Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya kedua tercatat di dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar jersi kepada warna yang berlainan.
6.5
Pemain tidak dibenarkan memakai aksesori atau apa-apa peralatan yang membahayakan pemain lain.
7.0
SISTEM PERTANDINGAN 7.1
Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut:-
7.2
Menang
: 3 mata
Seri
: 1 mata
Kalah
: 0 mata
Masa perlawanan dipusingan awal adalah 35 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama 10minit (35x10x35). Diperingkat separuh akhir, masa perlawanan adalah 40 minit setiap separuh masa dengan masa rehat 15minit (40x15x40). Manakala peringkat akhir adalah 45 minit setiap separuh masa dengan rehat 15 minit (45 x 15 x45).
7.3
Untuk peringkat separuh akhir dan seterusnya, sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri, masa tambahan akan dijalankan selama 10 minit (separuh akhir) dan 15 minit (akhir) setiap separuh masa. Jika tamat masa tambahan keputusan masih lagi seri, maka lima(5) sepakan dari tanda penalti setiap pasukan akan diadakan. Jika keputusan tidak berubah selepas lima (5) sepakan penalti, “SUDDEN DEATH” akan diadakan sehingga ada pemenang.
7.4
Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam pertandingan ini secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.
7.5
Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dan diikuti dengan kad merah dalam satu perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.
7.6
Pemain yang menerima kad merah dalam satu perlawanan dandikenakan perintah keluar
padang,
secara
automatik
akan
digantung
dua
(2)
perlawanan
Mukasurat | 3
PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE 42, 2016
BOLA SEPAK
berikutnya.Disamping
itu,
penyertaan
pemain
tersebut
seterusnya
dalam
pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal. 7.7
Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan.
7.8
Mana-mana pengurus atau pemain yang melakukan kesalahan diluar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai melakukan didalam padang dan akan dikenakan hukuman mengikut para 7.7.
7.9
8.0
Hukuman kad kuning bermula dari pusingan awal hingga akhir ( carryforward ).
WAKTU PERLAWANAN 8.1
Semua perlawanan bermula pada waktu yang ditetapkan oleh Konvenor.Masa menunggu selama 10 minit diberikan selepas masa yang ditetapkan. Pasukan yang tidak turun bermain selepas tempoh menunggu tamat akan dikira kalah, kecuali untuk kes tertentu yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan.
9.0
BILANGAN PEMAIN 9.1
Bilangan pemain adalah seramai 11 ORANG TERMASUK SEORANG PEMAIN daripada kategori PEGAWAI ATAU VETERAN. Pemain bagi kategori ini WAJIB berada di dalam padang sepanjang permainan berlangsung. Sekiranya tiada, bilangan pemain adalah seramai 10 orang.
9.2
Bilangan pemain bagi sesuatu pasukan hendaklah SEKURANG-KURANGNYA 7 ORANG PEMAIN. Sekiranya bilangan pemain adalah kurang semasa permainan
dimulakan atau semasa permainan, kemengan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar mengikut mana yang terbanyak. 9.3
Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 7 orang pemain pada separuh masa pertama dimulakan, pengadil akan melaporkan kepada Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal yang akan bersidang dan keputusan persidangan adalah muktamad.
Mukasurat | 4
PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE 42, 2016
BOLA SEPAK
10.0
PERTUKARAN PEMAIN 10.1
Sebanyak ENAM (6) pertukaran pemain (TIDAK TERMASUK PENJAGA GOL) boleh dibuat oleh mana-mana pasukan pada bila-bila masa sewaktu perlawanan berlangsung. Pemain yang telah dikeluarkan tidak boleh masuk semula bermain di dalam perlawanan tersebut.
10.2
Bagi pertukaran pemain yang melibatkan pemain kategori Pegawai atau Veteran, hanya pemain yang berstatus Pegawai atau Veteran yang boleh digantikan.
10.3
Pemain simpanan yang masuk membuat gantian, mestilah memberitahu pembantu pengadil atau pengadil keempat terlebih dahulu dengan menggunakan borang pertukaran yang disediakan.
11.0
PENGADILAN 11.1
Pengadil yang bertauliah akan dilantik untuk mengadili semua perlawanan. Pengurus dan Jurulatih yang melatih sesuatu pasukan tidak dibenarkan mengadili perlawanan tersebut. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Konvenor selepas tamat perlawanan.
11.2
12.0
Sebarang keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah MUKTAMAD.
PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN 12.1
Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan sehingga masa yang ditentukan akan dikira kalah dalam perlawanan tersebut dan terkeluar dari kejohanan. Pasukan lawannya akan diberi mata dengan jumlah jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar mengikut mana yang terbanyak.
12.2
Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan akan TERSINGKIR terus daripada pertandingan ini
13.0
MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH / KEMENANGAN PERCUMA 13.1
Pasukan yang memberikan kemenangan percuma (walk-over) kepada pasukan lawan akan diberikan kepada pasukan lawan kemenangandenganjumlah jaringan 3-0. Pasukan yang memberi kemenangan
percumainiakan TERSINGKIR terus dari
pertandingan ini.
Mukasurat | 5
PERATURAN AM & UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KALI KE 42, 2016
BOLA SEPAK
14.0
PENANGGUHAN 14.1
Semua
perlawanan
hendaklah
berjalan
sebagaimana
yang
dijadualkan.
Penangguhan perlawanan hanya boleh dibuat sekiranya berlaku keadaan yang tidak mengizinkan seperti masalah cuaca serta perkara-perkara luar jangka atau keputusan di atas budi bicara Pengadil dengan persetujuan Konvenor. 14.2
Sekiranya permainan diberhentikan sebelum tamat separuh masa pertama, permainan yang ditangguhkan akan dimulakan sepenuh masa.
14.3
Sekiranya permainan diberhentikan SEBELUM 15 MINIT dalam separuh masa kedua, sepak mula perlawanan tertangguh dimulakan dengan perlawanan ulangan separuh masa kedua dengan keputusan semasa separuh masa pertama.
14.4
Sekiranya permainan diberhentikan SELEPAS 15 MINIT dalam separuh masa kedua, kedudukan semasa permainan akan diambil kira sebagai keputusan perlawanan tersebut.
15.0
KIRAAN MATA 15.1
Kiraan mata adalah berdasarkan perenggan 6.1. Dalam kes-kes tertentu di mana pasukan yang menarik diri atau tersingkir daripada pertandingan, segala mata yang diperolehi dan kiraan jaringan gol pasukan yang terbabit daripada perlawanan sebelumnya tidak akan diambil kira.
16.0
PERKARA LAIN 16.1
Jika terdapat perkara yang berbangkit, tidak jelas atau tidak terdapat dalam peraturan ini, ia hendaklah dirujuk kepada Peraturan Am PSKK.
Mukasurat | 6