PENERANGAN MODUL & GUIDELINES TO FACILITATORS
1
TENTATIF PROGRAM
MASA 9.00-9.15
AKTIVITI Kenali KAMI!
PENERANGAN Fasilitator memperkenalkan diri masingmasing.
9.15-9.30
Let’s Warm Up!
9.30-9.45
Game 1 : BOM BELON
Senaman ringkas (nyanyian+gaya) - Lagu “Bukit yang cantik”, Lagu “3 kupang” -Ice Breaking bersama pelajar -5 belon yg mengandungi soalan diberikan kepada kelompok pelajar. -Muzik dimainkan, pelajar yg memegang belon ketika muzik diberhentikan dikehendaki memecahkan belon dan menjawab soalan yg terdapat di dalam belon tersebut.
9.45-9.50
Pembahagian kumpulan
-Pelajar dibahagikan kpd kumpulan mengikut darjah.
9.50-10.00
LDK 1 : Bunga Cinta
-Setiap kumpulan diberikan satu kertas yg dilipat yg mempunyai soalan tentang diri pelajar. -Pelajar bergilir-gilir memilih soalan di dalam kertas tersebut.
10.00-10.30
LDK 2 : Picture PUZZLE
-Setiap kumpulan diberikan sebuah puzzle dan dikehendaki menyelesaikannya.
10.30-10.50
REHAT
10.50-11.15
LDK 3 : You the ARTIST!
-Fasi diberikan senarai objek untuk dilukis oleh pelajar. -Pelajar diberikan masa 30 saat untuk melukis setiap objek. -Pelukis terbaik setiap objek akan mendapat hadiah.
11.15-11.30 11.30-11.50
JOM Nyanyi ! LDK 4 : Mari Bercerita
Lagu “old mc Donald had a farm” -Fasi akan menceritakan sebuah kisah kpd para pelajar. 2
-Menerapkan nilai-nilai murni dalam pelajar berdasarkan kisah yg diceritakan. 11.50-12.05
VIDEO TIME!
-Video tentang ibu dan ayah. -Pelajar masih berada dalam kumpulan, fasi menerangkan pengajaran daripada video.
12.05-12.30
LDK 5 : Talent Time
-Setiap kumpulan diberikan satu situasi dan dikehendaki melakonkan situasi tersebut. -masa 5 minit diberikan untuk persediaan.
12.30-1.00
The GIANT SCRABBLE
-Setiap kumpulan diberikan beberapa huruf yg bersaiz besar untuk bermain ‘scrabble’.
1.00-2.00
REHAT
2.00-3.00
LDK 5 : RIADAH PETANG
Melaksanakan beberapa aktiviti cth: 1. Jetku paling laju 2. Telefon rosak 3. Baju suratkhabar 4. Menonton video upin dan ipin
3
PICTURE PUZZLE
Guidelines: 1. puzzle dlm envelope disusun di atas meja. 2. Dalam masa 20 minit, selesaikan sebanyak puzzle yang mungkin. 3. Apabila hon ditiup, seorang wakil datang ke hadapan unuk mengambil satu envelope sahaja dan kembali ke kumpulannya. 4. Puzzle diselesaikan dan ditampal atas kertas a4. 5. Faci mesti berpuas hati dengan puzzle yang telah disusun sblm membenarkan wakil kumpulan pergi mengambil puzzle seterusnya 6. Berhenti apabila masa tamat. 7. Pilih pemenang tepat 1, 2, dan 3
Things needed: Glue, a4 paper, envelope
YOU THE ARTIST!
1. Fasi diberikan senarai objek untuk dilukis oleh pelajar. 2. Tiada masa yang ditetapkan untuk lukis setiap objek. 3. Pelajar yang paling pantas melukis setiap lukisan akan mendapat gula-gula. Moral :
bertindak mengikut arahan
pekerjaan jangan dilakukan dengan tergopoh gapah.
buat sesuatu mesti fokus.
MARI BERCERITA
Guidelines 1. Skrip yg diberi hanyalah guidelines. So be creative and use ur imagination! 2. Facis dikehendaki menggunakan gambar sebagai bantuan di waktu-waktu yang dirasakan sesuai 3. Gunakan gaya penceritaan yanag menarik 4. Selepas akhir penceritaan, bincang tentang nilai pengajaran
4
KISAH TELADAN 1 SANG BANGAU MENIPU IKAN.
Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati. Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan. "Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau. Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira. Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya. Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau. Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu. Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu. NILAI MURNI
Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.
KISAH TELADAN 2 ANJING DENGAN BANGAU BANGAU
Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat makan. Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar. Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan. Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.
NILAI MURNI
Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik. 5
KISAH TELADAN 3 SANG MERAK DENGAN SANG ARNAB
Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan cantik. Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak. Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian. Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab t erus memuji kecantikan merak. Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab. Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah padang. Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot. Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. A rnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merak. Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu. Arnab minta semula ekornya. Mereka Mereka bertukar ekor masing-masing. Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi. "Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab. NILAI MURNI : Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.
6
VIDEO TIME!
1. Semua pelajar duduk dalam group dan tengok video sama-sama. 2. Fasi ulas dan terangkan sambil tengok video takut budak-budak tak faham. 3. Selepas video habis, fasi terangkan moral values. Moral :
Hargai jasa ibu ayah
Hormati ibu ayah
Jangan lupakan ibu ayah walaupun mereka dah tua.
Fasi tambah2 sendiri la yer. Guna common sense..hehe
TALENT TIME
1. Setiap group akan diberikan satu situasi. 2. Masa 15 minit diberikan untuk persediaan. 3. Tak payah ikut skrip yang diberi pun tak apa, asalkan jalan cerita sama. Ikut kreativiti fasi2. Ceria yang diberi tu guidelines je 4. Pastikan setiap orang dalam group involve. Jadi orang yang duk tepi-tepi pun takpe. 5. Masa present lakonan, semua ahli group kena keluar. 6. Selepas lakonan siap, fasi kumpulan m asing-masing mesti ulas moral values kat semua murid. SCENE 1
Seorang pelajar sedang berjalan ke kantin sambil membawa bekal (pelajar berwajah girang sambil lari-lari, lompat-lompat). Tiba-tiba bekal makanan t ersebut terjatuh dan makanan tertumpah. PELAJAR A : Alamak, habislah bekal saya! Dahla saya tak bawa duit dating sekolah hari ni (muka sedih). PELAJAR B : Eh, kenapa dengan A tu? (bercakap dengan C) PELAJAR C : Jom, kita tolong dia! PELAJAR B : A, bekal awak tumpah ya? Kebetulan kami pun mahu ke kantin. Jom, kita sama sama makan bekal saya dan C. Kita kongsi. SCENE 2
Seorang pelajar, A sedang berjalan menuju ke koperasi sambil memegang dompet. Tiba-tiba dompetnya terjatuh tanpa disedari. Pelajar B ternampak dompet tersebut lalu terus mengambilnya.Pelajar melihat semua situasi. PELAJAR B : Eh, A terjatuh dompet l a.. rezeki aku la ni…hehehe… (buat muka jahat) PELAJAR A : Alamak, mana pulak dompet aku ni? Tadi rasanya ada( sambil tercari-cari dalam poket). PELAJAR C : (menuju ke arah B dan mengambil dompet di tangan B) A, tadi dompet awak terjatuh( sambil menyerahkan dompet kepada A lalu berkata kepada B) B, apa yang awak buat tadi tak baik tau. K ita tak boleh ambil barang yang bukan hak kita. 7
PELAJAR B : Maafkan saya A! saya janji tak buat lagi. PELAJAR A : Saya maafkan awak. SCENE 3
Seorang pelajar melakonkan watak guru. Guru tersebut sedang membawa buku dan beg yang berat. Ketika dia melintasi m elintasi sekumpulan pelajar, tiada siapa yang sudi m embantu. PELAJAR A : Eh, tengok tu! Kesian cikgu A bawa buku berat. PELAJAR B : Alaa...biarlah dia…
PELAJAR C : (menuju ke arah cikgu dan berkata) Assalamualaikum Cikgu A! Boleh saya tolong bawa sedikit barang cikgu? CIKGU A : Boleh, boleh… baiknya kamu C! kawan -kawan kamu patut contohi kamu. Tolong
cikgu dapat banyak pahala (sambil mengusap kepala C). SCENE 4
Dua orang pengawas sedang berdiri pintu pagar dan mengambil nama pelajar yang dating lewat. Seorang pelajar berjalan ke arah mereka dengan muka mengantuk dan malas-malas. PENGAWAS 1 : Assalamualaikum, awak. Tolong berhenti dulu. Kenapa awak datang lambat? PELAJAR 1 : Alaa… janganlah tulis nama saya. Saya terbangun lambat hari ni.
PENGAWAS 2 : Awak tidur pukul berapa semalam? PELAJAR 1 : Dalam pukul 12 tengah malam. Saya main game. ( buat muka tak bersalah) PENGAWAS 1 : Awak tak sepatutnya main game sampai tengah malam. Tengok, kan dah lambat datang sekolah. Saya akan catat nama awak dan bagi pada cikgu. PELAJAR 1 : Saya janji takkan buat lagi. SCENE 5
Beberapa orang pelajar sedang membuat kerja sekolah ma tematik. Tiba-tiba salah seorang mereka bertanya tentang soalan yang tidak difahami. PELAJAR 1 : Eee… susahnya soalan ni… macam mana nak buat ye?
PELAJAR 2 : Takkan awak tak ingat apa yang cikgu ajar dalam kelas tadi. PELAJAR 3 : Saya pun tak faham jugak. Boleh awak tolong ajarkan? PELAJAR 2 : Saya pun tak tahu soalan tu. (buat muka kedekut tak nak ajar) PELAJAR 4 : (berkata kpd pelajar 2) Awak, tak baikla buat macam tu. Awak dah siapkan soalan tu kan? Kita kenalah ajar kawan kita yang tak tahu. PELAJAR 2 : Maafkan saya, nanti saya ajarkan. SCENE 6
Seorang pelajar yang tempang sedang berjalan. Sekumpulan pelajar mengejek-ngejek pelajar tersebut. PELAJAR BERKUMPULAN : Hahaha… tengok dia tu… dahla tempang, jalan pun lambat..hahaha… (ejek sambil tuding-tuding jari)
PELAJAR TEMPANG : (buat mukasedih, macam nak menangis) PELAJAR 1 : Tak baiklah korang semua buat macam ni. Dia bukannya mintak nak jadi macam ni. Kita semua kan kawan. Janganla ejek-ejek. PELAJAR BERKUMPULAN : kami mintak maaf… kami takkan buat lagi…
8
SCENE 7
Seorang pelajar membuang sampah merata-rata. Dua o rang pengawas ternampak dan melarang mereka. PENGAWAS 1 : Eh, apa awak buat ni? Tong sampah kan ada? Kenapa awak buang sampah merata-rata? PELAJAR 1 : Kan tukang sapu sampah ada? Biarlah dia yang sapu nanti. Pada masa yang sama, seorang cikgu c ikgu mendengar perbualan tersebut. CIKGU : awak tak patut cakap macam tu. Baik awak kutip sampah ni dan jangan buat buat lagi. PELAJAR 1 : Maafkan saya cikgu.
THE GIANT SCRABBLE
1. Setiap satu kumpulan diberikan 10 huruf. 2. Huruf selebihnya akan diletakkan di bahagian depan dewan. 3. Mana-mana kumpulan boleh memulakan permainan. 4. Setiap huruf mesti di’tag’ dengan green tack di bahagian belakang sebelum diletakkan di bahagian tengah dewan. 5. Setelah beberapa huruf digunakan, pelajar boleh menambah huruf dengan mengambil huruf di depan dewan.
TELEFON ROSAK
Faci sit in a circle with the group. Faci whisper a citation to the person to her right. The person then whisper the citation to her right. This continues until the citation reaches the last person on the left of the faci. The last person then go to the front and read aloud what she has been whispered. Moderator then read what the real citation is. Repeat with other citations. Citations: 1. Pokok kopi ke pai koko?
2. Kuketip kuku kaki kiri kakakku.
3. Tujuh puluh tujuh puyuh atas t ujuh puluh tujuh buluh.
4. Tok Ki tegur Tuti, "Tuti...tolong teman Tok Ki tanam tembakau"
5. Jamal Jalan Jalan, Jamal Jumpa Jenab, Jamal Jerit Jenab Jenab, Jenab Jerit, Jamal Jangan Jerit Jerit, Jalan Je 9
6. Ketam ketawakan kodok hodoh, Kah kah kah kah. Kodok hodoh kata kepada Ketam, "Ketam, Kenapa kau ketawakan ku?"
JETKU PALING LAJU
1. Each group is given unlimited newspaper, scissors, cellophane, marker. 2. They are asked to build an aeroplane (jet/ kapal terbang) yang boleh terbang paling jauh. 3. They are given 15 minutes to complete the task 4. They will be asked to release their jets from a line and then facis will decide the winner.
10