1.a)
PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
i.
Pengertian Pentaksiran Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting. ii.
Konsep pentaksiran Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan
Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, m enghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian. iii)
Objektif Pentaksiran
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: 1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. 2. Mengenal pasti pasti pelbagai pelbagai potensi murid secara secara menyeluruh. menyeluruh. 3. Mengenal pasti pasti kelebihan dan kekurangan kekurangan murid dalam pembelajaran pembelajaran dari masa ke semasa.
4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan perkembangan dan pertumbuhan murid. 5. Mengesan keberkesanan pengajaran 6. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan dengan peringkat peringkat umur.
iv)
Tujuan Pentaksiran
Tujuan pentaksiran adalah: i. Mengesan keberkesanan keberkesanan pengajaran. ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai d engan sertamerta. iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. v)
Ciri- Ciri Pentaksiran 1. Kesahan Skor : Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan 2. Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan Skor : Skor : Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan 3. Keobjektifan : Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor 4. Kebolehtadbiran : Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah 5. Kemudahtafsiran : Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian 6. Kekomprehensifan : Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran
4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan perkembangan dan pertumbuhan murid. 5. Mengesan keberkesanan pengajaran 6. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan dengan peringkat peringkat umur.
iv)
Tujuan Pentaksiran
Tujuan pentaksiran adalah: i. Mengesan keberkesanan keberkesanan pengajaran. ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai d engan sertamerta. iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. v)
Ciri- Ciri Pentaksiran 1. Kesahan Skor : Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan 2. Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan Skor : Skor : Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan 3. Keobjektifan : Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor 4. Kebolehtadbiran : Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah 5. Kemudahtafsiran : Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian 6. Kekomprehensifan : Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran
PENTAKSIRAN
Penilaian Pengukuran pengujian
Rajah 1: perhubungan antara pentaksiran, penilaian,pengukuran penilaian,pengukuran dan pengujian
Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian adalah di dalam pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep pentaksiran, pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian adalah amat penting sekali.
b)
PENTAKSIRAN AUTENTIK i.
Pengertian Dan Konsep Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini m eliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini m erupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).
Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanakkanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada m ereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan m enjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini ada lah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna. ii.
Tujuan Pentaksiran Autentik
Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan kepada peperiksaan ujian semata tidak dapat mengukur keseluruhan potensi pelajar yang meliputi sahsiah, emosi, rohani dan jasmani. Peperiksaan berbentuk objektif contohnya, hanya menekankan pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan bentuk pentaksiran kepada pentaksiran autentik adalah bertujuan untuk:
menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna.
menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).
memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan.
merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Sehubungan dengan itu, pentaksiran autentik ini juga dapat mencungkil kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. J. Michael O’ Malley merupakan seorang penyelia pentaksiran di Prince W illiam County Public School, Virginia dan Lorraine Valdez Pierce, siswazah dari School of Education di Universiti George Mason telah menyenaraikan ciri-ciri prestasi pelajar yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik iaitu;
Membentuk reaksi (Constructed Response)
-
Pelajar membentuk atau memberi reaksi berdasarkan kepada pengalaman mereka terhadap situasi dan menerokai pelbagai sumber baru dalam menghasilkan produk.
Tahap pemikiran tinggi
-
(Higher-Order Thinking) Reaksi terhadap soalan terbuka memerlukan kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian.
Kejituan (Authenticity)
-
Tugasan yang bermakna, mencabar, dan melibatkan aktiviti dalam konteks kehidupan sebenar.
Integratif (Integrative)
-
Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusateraan dengan pelbagai kandungan lain yang merentasi kurikulum .
Proses dan produk (Process and Product)
-
Strategi dan prosedur yang boleh membawa kepada peningkatan potensi dan meneroka pelbagai penyelesaian terhadap masalah yang kompleks
Dalam melaksanakan pentaksiran yang jitu, perkara di atas perlu dipertimbang dengan teliti agar matlamat pentaksiran autentik sebagai pentaksiran yang holistik dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum menggunakan pentaksiran autentik ini.
iii.
Ciri-Ciri Pentaksiran Autentik
Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pentaksiran autentik dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanakkanak. Antaranya ialah; o
Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yang dilaksanakan
o
Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya
o
Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
o
Subjek membina maksud yang tersirat
o
Berpusatkan kanak-kanak
iv) Kepelbagaian Kaedah Pentaksiran Autentik O’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di jadual di bawah. Temubual
Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi
Penceritaan
Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui
Semula /
pembacaan mereka
Bercerita Sampel
Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui
Penulisan
penulisan
Projek/
Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan
Pameran
projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran
Eksperimen/
Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan
Demostrasi
prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen
Pemerhatian
Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan
Guru
tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas
Portfolio
Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa
Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi. c)
PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum i.
Ciri- ciri penilaian sumatif:
penialain sumatif lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satusatu topik pembelajaran. Selain itu, penilaian formatif dijalankan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. ii)
Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:
sebelum melaksanakan ujian sumatif, terdapat juga langkah-langkah untuk membentuk ujian sumatif agar item atau soalan yang dibuat hendaklah selaras dengan tahap dan topik-topik yang telah dipelajari oleh m urid-murid. Berikut adalah langkah-langkah dalam membentuk ujian sumatif ;
o
Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
o
Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
o
Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
o
Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
o
Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
o
Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar -benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.
o
Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.
iii)
Tujuan Ujian Sumatif
penilaian sumatif dibentuk bukan bertujuan untuk membebankan guru atau murid mahupun menyusahkan murid terpaksa mengulang semula tajuk atau topik pelajaran yang sudah dipelajari. Namun, berikut adalah tujuan penilaian sumatif dijalankan atas murid-murid; o
Membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
o
Memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
o
Mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
o
Dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
o
Memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.
d)
PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. i)
Ciri-ciri Penilaian Formatif o
Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
o
Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
o
Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
o
Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
o
Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
o
Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.
ii)
Prosedur Penilaian Formatif
sebelum membina soalan atau item, guru hendaklah mengetahui prosedur untuk membuat penilaian formatif, sama seperti jenis-jenis penilaian yang lain. Langkahlangkahnya ialah; 1.
Menentukan topik pembelajaran. o
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Topik berdasarkan sukatan
pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian forma tif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. 2)
Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. o
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan muridmurid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
3)
Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik o
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.
4)
Membentuk soalan ujian o
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5)
Mencadangkan langkah susulan o
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. tindakan susulan harus
dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar muridmurid boleh menguasai topik tersebut.
iii)
Tujuan Penilaian Formatif
Secara ringkas, tujuan penilaian formatif dilakukan adalah untuk; o
Memperbaiki pengajaran pembelajaran.
o
Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
o
Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
o
Menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
o
Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat m eningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
o
Guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid -murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
o
Mengubah suai pengajaran seseorang guru.
o
Guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
o
Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
o
Menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topiktopik pembelajaran.
Rumusannya, penilaian sumatif dan formatif adalah sangat penting untuk dijalankan pada murid-murid bagi mengenalpasti kefahaman murid mengenai topik-topik pelajaran yang telah mereka pelajari. Secara ringkasnya, di bawah ini adalah perbezaan antara penilaian sumatif dan penilaian formatif.
Jenis /
Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif
Ciri
Pengertian
Tujuan
Satu jenis ujian formal atau tak
Satu jenis ujian formal untuk
formal untuk mengesan tahap
mengesan tahap pencapaian
penguasaan dan kemajuan murid
murid dalam sesuatu prestasi
di dalam kelas.
persekolahan.
Mengesan penguasaan dan
Mengesan pencapaian murid
kemajuan murid untuk membaiki
berdasarkan beberapa unit
kelemahan dengan kada segera.
pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas.
Aktiviti
Menjalankan ujian formal atau
Menjalankan ujian formal dalam
tidak formal semasa sesi
beberapa waktu berdasarkan
pengajaran dan
ketetapan jadual secara individu
pembelajaran sama ada dibuat
mengikut kelas.
secara individu, kumpulan atau menyeluruh.
Masa
Semasa sesi pengajaran
Semasa semester pertama
dilakukan atau setiap hujung
(pertengahan tahun) dan semester
bulan.
kedua (akhir tahun).
Bentuk
Ujian tidak formal (pemerhatian
Ujian formal adalah ujian kertas
dan sesi soaljawab), atau formal
pensel atau ujian, lisan dalam
(ujian bulan) melibatkan ujian
jangka masa yang ditetapkan
kertas pensel dam masa yang
mengikut kesesuaiannya.
singkat. Sasaran
Secara individu, secara kumpulan Secara kelas atau kelas.
Liputan
Rekod
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
Meliputi beberapa unit
tidak formal) atau beberapa
pembelajaran atau sesuatu tahap
kemahiran (ujian formal)
persekolahan
Tiada (bagi ujian tidak formal)
Penggunaan rekod profil atau
dan penggunaan senarai semak
pensijilan.
atau rekod prestasi (bagi ujian formal) Tindakan
Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai.
Membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan
Merancang dan
aktiviti pengayaan atau pemulihan
mengubahsuai pelajaran atau
di dalam kelas.
kurikulum.
Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan
e)
Peraturan Memberi Markah
i.
Secara Keseluruhan (Holistik)
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti i ni bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu di asingasingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagianbahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal.
Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal ialah:
Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,
Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di atas dan prestasi terburuk di bawah,
Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan sebagainya,
Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang t elah dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.
Pemeriksa yang menggunakan skalanorminal hendaklah membaca skrip jawapan pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian, pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ . Secara Analitik Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yanglebih terperinci. Ia mengandungi nilai isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Kaedah pemarkahan analitik bermaksud kaedah memberi markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markahdiperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tigakriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akandiberikan kepada pelajar. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan. Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada enam peringkat markah iaitu dari 0 sehingga6 tetapi ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan pula kepada 5 bahagiansetiap satu. Berikut merupakan contoh skema pemarkahan secara analtitik yangdigunakan olehguru semasa menanda kertas peperiksaan pelajar.
Perbezaan peraturan memberi markah secara holistik dan analitik:
Ii)
Pemilihan Kriteria
Satu pendekatan pemarkahan memperihalkan pencapaian seseorang pelajar dengan merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.
Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. o
Contohnya, seorang guru mengajar murid dlm kelas tentang corak tidak terancang melalui teknik tiupan.
Kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah ialah dari segi penggunaan warna, kemasan, alat dan bahan, gubahan dan motif.
Kelebihan Pemarkahan Pemilihan Kriteria
Perbandingan antara pelajar tidak diperlukan.
Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak dikaitkan dengan skor pelajar lain.
Guru tidak akan menggunakan maklumat seperti skor tertinggi, skor terendah, min atau sisihan piawaian untuk menafsirkan pencapaian pelajar tertentu.
Prestasi pelajra boleh diuji secara terperinci.
Kelemahan Pemarkahan Pemilihan Kriteria
Untuk membolehkan pemarkahan dilakukan dengan saksama, bilangan item untuk setiap bidang pengetahuan atau kemahiran yang diuji perlulah mencukupi.
Sekurang-kurang enam item dikemukakan untuk menguji setiap bidang pengetahuan atau kemahiran (MCMillan 1997).
Jika kriteria kurang spesifik, sekurang-kurangnya 10 item perlu diadakan untuk setiap objektif.
2)
BENTUK PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kaedah Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampelsampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan di rekodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama l ain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.
i)
Pemerhatian Berdasarkan Rekod Anekdot
Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Panduan Menulis Rekod : o
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
o
Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.
o
Menulis apa yang dilihat secara objektif
o
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid.
o
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
o
Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
o
Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
o
Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan.
ii)
Pemerhatian Melalui Temu Bual Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. Contohnya, tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil- wakil syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit, bank atau sebagainya. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan.
Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan dimana anda ialah guru dan juga penyelidik, anda mungkin akan temu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Anda mungkin temu bual mereka sebelum, semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.
Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagaiTRIANGULASI yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Contohnya: daripada pemerhatian dalam kelas, anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang. Dengan menemu temu bual Saiful, anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu bercakap. Seperti dinyatakan oleh Patton (1980) iaitu temu bual ialah salah satu cara anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda ingin mengetahui perasaan dan pendapat mereka tentang pengajaran yang di perkenalkan. Cara Melakukan Temu Bual
Temu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat.
Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran holistik atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku semasa pengajaran dijalankan
Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh murid, iaitu bila murid ada masa bebas seperti masa rehat atau semasa berada di perpustakaan.
iii)
Pemerhatian Berdasarkan Senarai Semak
Berdasarkan Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai semak boleh dibina bagi salah satu ataupun semua domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Merujuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) domain kognitif merangkumi kompenan bahasa dan perkembangan kognitif iaitu Matematik dan Sains. Domain afektif pula kompenan yang berkait dengan kerohanian dan moral iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta perkembangan sosioemosi. Secara amnya, domain ini terlibat dengan perkembangan sikap dan nilai murid pada sesuatu situasi. Domain yang ketiga ialah domain psikomotor yang berkaitan dengan kompenan Fizikal dan kompenan Kreativiti dan Estetika.
iv)
Pemerhatian Melalui Borang Kemajuan Diri Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid
dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari masa ke semasa. Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid. Pelaporan ini perlu dibuat bagi memastikan sama ada berlakunya peningkatan atau penurunan dalam perkembangan sesuatu kemahiran yang telah diajar kepada murid.Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid.Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang ditentukan. Gambar rajah 2 di bawah menunjukkan contoh pelaporan tentang kemajuan diri murid;
v)
Pemerhatian Melalui Soal Selidik soal selidik adalah alat ukur yang paling terkenal dalam kajian tinjauan
manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Data yang juga boleh diperolehi melalui soal selidik seterusnya dianalisis sebagai hasil dapatan. Soal selidik yang dibina baik adalah soal selidik yang tidak terlalu banyak soalan sehingga menyebabkan pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh it u, guru mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah. Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah:
o
Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari
o
Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa
o
Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti
o
Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka mengkritik sama ada positif atau negatif
o
Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik
Terdapat juga panduan yang dinyatakan secara ringkas untuk membentuk item soal selidik. Antaranya ialah; o
Penggunaan bahasa yang mudah
o
Selaras dengan responden
o
Elakkan soalan yang sukar
o
Soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden
o
Elakkan soalan yang dwi-maksud iaitu soalan yang hampir sama
o
Elakkan soalan yang kabur iaitu kehendak soalan yang kurang jelas
o
Elakkan soalan yang berarah atau item negatif
Di bawah ini adalah salah satu contoh item untuk soal selidik tentang mata pelajaran pendidikan seni visual kepada murid. ARAHAN : Tandakan pada tempat yang sesuai 1. Jantina : a. Lelaki b. Perempuan
2. Tahun : a. 3 Intan b. 3 Zamrud c. 3 Delima
3. Pekerjaan Ibu/ Bapa :
a. Kerajaan b. Swasta c. Persendirian d. Tidak Bekerja
BAHAGIAN 2 : PERSEPSI KENDIRI MURID-MURID TERHADAP FAKTOR DOMINAN YANG MEMPENGARUHI MINAT TERHADAP PSV
ARAHAN : Berikut Di bawah ini adalah senarai faktor-faktor yang mempengaruhi minat anda terhadap PSV. Tiada jawapan yang betul atau salah. Pilih jawapan yang paling sesuai.. Sila tandakan ( / ) nombor ‘1’ hingga ‘3’ dalam kotak yang disediakan.
SAYA MEMINATI PSV KERANA….
KEUTAMAAN
a. Guru PSV b. Ibu Bapa c. Alat / Media PSV
BAHAGIAN 3 : ITEM FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT TERHADAP PSV
ARAHAN : Di bawah ini terdapat penyataan tentang pengaruh faktor guru PSV. Tiada jawapan yang betul atau salah. Sila nyatakan pandangan dan pendirian anda sendiri tanpa terpengaruh, meniru atau disuruh oleh orang lain.
Sila tandakan ( / ) pada ruang kosong yang berkenaan.
A. FAKTOR GURU PSV
1. Minat jika guru PSV sentiasa menyediakan aktiviti seni yang baru, setiap minggu. Setuju Tidak Setuju 2. Minat masa PSV singkat. Setuju Tidak Setuju
3. Minat mudah faham pengajaran dan pembelajaran PSV. Setuju Tidak Setuju
4. Minat guru PSV tunjuk cara dengan baik. Setuju Tidak Setuju
5.
Guru PSV adil kepada semua murid. Setuju Tidak Setuju
6.
Guru PSV memberi saya peluang menunjukkan kebolehan. Saya seronok. Setuju Tidak Setuju
7. Guru PSV memberi penerangan jelas. Setuju Tidak Setuju 8. Guru PSV menggalakkan kami bertanya jika tidak faham. Setuju Tidak Setuju
9. Saya tidak berminat untuk mengikuti kelas PSV jika guru tidak menunjukkan cara- cara untuk melaksanakan aktiviti seni yang akan dipelajari. Setuju Tidak Setuju
10. Minat ambil bahagian aktiviti PSV. Setuju Tidak Setuju
11. Minat kelas PSV menyeronokkan. Setuju Tidak Setuju
12. Minat guru PSV beri soalan yang menggalakkan saya berfikir. Setuju Tidak Setuju 13. Guru PSV saya mesra dan ceria. Setuju Tidak Setuju 14. Minat kepuasan kelas PSV. Setuju Tidak Setuju
15. Aktiviti PSV galakkan kerjasama. Setuju Tidak Setuju 16. Guru PSV mewajibkan semua murid membawa peralatan seni. Setuju Tidak Setuju
17. Guru PSV sentiasa memberi sokongan dan galakkan. Setuju Tidak Setuju
18. Guru PSV sentiasa mengingatkan kami supaya membersihkan kawasan kerja setiap kali kami selesai aktiviti seni. Setuju Tidak Setuju 19. Guru PSV beri pujian pada hasil kerja saya. Setuju Tidak Setuju
20. Guru PSV yakinkan saya bersosial melalui aktiviti PSV. Setuju Tidak Setuju 21. Guru PSV berpenampilan menarik. Setuju Tidak Setuju 22. Guru PSV menolong murid bermasalah. Setuju Tidak Setuju
23. Guru PSV mengawal murid dengan baik. Setuju Tidak Setuju 24. Guru PSV peka dengan perasaan saya. Setuju
Tidak Setuju 25. Guru PSV saya kreatif. Setuju Tidak Setuju
26. Saya minat masa kelas PSV guru mengajar subjek lain. Setuju Tidak Setuju 27. Kemahiran baru diajar setiap minggu. Setuju Tidak Setuju
B. FAKTOR IBU BAPA
28. Ibu bapa menggalakkan saya dengan cara selalu membantu saya ketika saya menyiapkan tugasan PSV di rumah. Setuju Tidak Setuju
29. Saya berminat mengikuti kelas PSV jika ibubapa saya meminati PSV. Setuju Tidak Setuju
30. Saya tidak berminat mengikuti PSV jika ibubapa tidak menyediakan wang untuk saya membeli alat / media seni.
Setuju Tidak Setuju
31. Pujian dan penghargaan ibubapa terhadap kerja seni akan meningkatkan minat saya terhadap PSV. Setuju Tidak Setuju
32. Ibubapa sering membantu. Setuju Tidak Setuju
33. Ibubapa saya tidak pernah bertanya tentang kelas PSV. Setuju Tidak Setuju
k
C. FAKTOR ALAT / MEDIA
34. Alat / media berbeza membolehkan saya belajar kemahiran baru Setuju Tidak Setuju
35. Saya tidak berminat untuk mengikuti kelas PSV jika tidak ada alat / media seni.
Setuju Tidak Setuju
36. Minat PSV jika tidak perlu membeli / membawa apa-apa alat / media untuk kelas PSV Setuju Tidak Setuju
37. Alat / media seni membazirkan wang. Setuju Tidak Setuju
38. Alat / media seni mempengaruhi hasil kerja seni saya Setuju Tidak Setuju
39. Minat jika sentiasa menggunakan alat / media seni berbeza setiap minggu Contoh : krayon, pensel warna, warna air, gouche, tempera atau cat minyak Setuju Tidak Setuju
vi)
Pemerhatian Melalui Rekod Profil Murid Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-
murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat , bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
b)
Pemerhatian Melalui Portfolio Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi
bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat : o
Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
o
Contoh hasil kerja pelajar
o
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual
o
Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain
o
Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan po rtfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar. Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek : Kajian o
Pemerhatian dan pengamatan
o
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
o
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran o
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’
o
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar o
Merangka reka cadang atau model
o
Menentukan alatan dan bahan
o
Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio o
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
o
Mengikut urutan
o
Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti: o
Jurnal
o
Diari
o
Laporan
o
Kompilasi catatan yang dijilid
o
Beberapa helaian kertas yang di kokot
o
Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya : o
Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar
o
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri
o
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
o
kemajuan pembelajaran pelajar
o
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri
o
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan, antaranya:
Kecerdasan Linguistik •
Catatan pra penulisan
•
Draf projek penulisan
•
Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
•
Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan Ruang-Visual •
Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan Interpersonal •
Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
•
Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
•
Catatan jurnal
•
Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
•
Sampel latihan refleksi kendiri
•
Soal selidik
•
Carta kemajuan
•
Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
Jadual di bawah ini adalah contoh istrumen untuk semakan portfolio; SENARAI SEMAK PENILAIAN TINGKAH LAKU PELAJAR DALAM PEMBINAAN PORTFOLIO Tajuk portfolio: Bahasa Melayu Pemahaman Kriteria tingkah laku murid
1.
Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
Mempunyai kerjasama yang erat
dengan murid-murid yang lain 2.
Mengumpul maklumat daripada
pelbagai sumber 3.
Selalu memberi idea ketika
sesuatu sesi perbincangan 4.
Melakukan perbincangan bersama
rakan-rakan dalam membina portfolio 5.
Mempunyai kekemasan dan ciri-
ciri estetika dalam menyiapkan portfolio JUMLAH MARKAH KESELURUHAN
Skala pengukuran pemberian mata atau markah atau skor untuk murid. Skor 4
Perlakuan Saya telah memilih/ mengumpul bahan penting dan boleh membantu menghasilkan tugasan berkualiti.
3
Saya memilih/ mengumpul bahan penting dan boleh membantu saya melaksanakan tugasan.
2
Saya telah memilih/mengumpul bahan yang kurang penting tetapi masih boleh digunakan untuk melaksana tugasan.
1
Saya tidak dapat mencari/mengumpulan bahan yang boleh membantu saya melaksanakan tugasan.
c)
Pemerhatian Melalui Hasil Kerja Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid. Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
PENDIDIKAN SENI VISUAL SK RIAM BATU DUA, MIRI TAHUN 4 Sila jawab soalan di bawah. (100 markah)
. 1. Tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala . tengkolok merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.
a) Merujuk kepada gambar dan maklumat di atas, sila hasilkan satu tengkolok mengikut kreativiti masing-masing. b) Lukiskan dan warnakan tengkolok yang telah anda hasilkan dengan corak geometri atau corak organik. c) Media dan teknik yang anda gunakan adalah mengikut kreativiti masing-masing serta sesuai digunakan.