oleh
Alam Mala
Linguistik Menelusuri Nusantara dari sisi linguitik
Istilah Austronesian dipetik dari istilah austronesisch dari German berasal dari perkataan Latin dan Greek (Yunani) iaitu austrālis (selatan) dan nêsos (pulau), boleh diertikan sebagai Kepulauan Selatan.
“
Professor Wilhelm Schmidt suggests the adoption of the term Austronesian to describe the position of the whole of the languages including the Indonesian, Mikronesian, Melanesian, and Polynesian; the term Oceanic being abandoned because of its limited application in Germany as equivalent to Polynesian. There seems to be a certain amount of difficulty in adopting this term Austronesia, for the islands where these related languages are spoken, lie as much to the east of Asia as south, and there is, perhaps, more danger of confusion with the very different Australian by using a similar word, than th ere would be with the term Oceanic O ceanic used in its English sense. 1
”
Rumpun bahasa Austronesian ( Austronesian languages2) merujuk kepada induk pengkelasan rumpun bahasa yang tersebar luas di kawasan-kawasan Asia Tenggara dan Pasifik. Otto Dempwolff adalah sarjana pakar bahasa dari Jerman yang mengkaji secara luas berkaitan rumpun bahasa Austronesian ini. Sementara itu, Profesor Wilhelm Schmidt mencadangkan penggunaan istilah Austronesian bagi menerangkan kedudukan lokasi rumpun bahasa ini yang termasuk kepulauan Indonesia, Mikronesian Mikronesian,, Melanesian dan Polynesian Polynesian.. Induk rumpun bahasa ini mendapat namanya sesuai dengan lokasi bagi bahasa-bahasa ini yang banyak di kawasan sekitar pulau-pulau di bahagian hemisfera selatan. Terdapat juga sebahagian dari rumpun bahasa ini di dataran tanah besar Asia seperti bahasa Melayu dan bahasa Cham. Rumpun bahasa Austronesian ini adalah antara rumpun bahasa yang terbesar jika dilihat dari sudut keluasan geografi, jumlah penutur, dan juga jumlah bahasa-bahasa yang terdapat dalam rumpun Austronesian ini.
Peta penyebaran rumpun bahasa Austronesian bahasa Austronesian.. Menurut l’ Atlas Atlas historique des migrations de Michel Jan, Gérard Chaliand, Jean-Pierre Rageau, Edition Seuil, March 1999. Pentarikhan adalah berdasarkan kajian arkeologi dan tarikh sebenar masih diperdebatkan.
1
Ulasan oleh P. W. Schmidt berkaitan “The Journal of the Anthropological” Anthropological ” Institute of Great Britain and Ireland, Vol. 30. (1900), ms. 40-44. Pengkalan data “The Austronesian Basic Vocabulary Database” menyenaraikan menyenaraikan perkataan bagi lebih lebih600 600 bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesian bahasa ini. Austronesian 2
Rumpun bahasa Austronesian ini tersebar sangat luas sebelum kedatangan bahasa-bahasa IndoEuropean (Indo-Germanic Indo-Germanic)) semasa zaman penjajahan. Keluasannya merangkumi Madagaskar (pulau di Lautan India sebelah pantai timur Afrika) hingga ke Pulau Easter (Rapa Nui) di sebelah tenggara Lautan Pasifik (pantai barat Chili).
“
Dalam tahun 1778 Kapten James Cook (ahli pelayaran Inggeris) mengembara menempuh lautan luas ribuan batu menuju ke utara Lautan Pasifik. Sebuah pengembaraan yang menjanjikan penemuan-penemuan baru yang hebat. Beberapa ekspedisi pelayaran sebelum ini telah menaikkan namanya. Ekspedisi Cook yang ketiga menemukannya kepulauan yang tidak pernah disebut orang, bahkan masyarakat tua di Tahiti juga mungkin tidak pernah mengetahui kewujudannya. Seharusnya penemuan ini mejadi titik sejarah yang hebat sebagai manusia pertama menjejakkan kaki di kepulauan ini. Tapi ternyata kepulauan terpencil ini juga telah berpenghuni seperti tanah-tanah lain yang telah disinggahinya. Lebih mengejutkan Cook apabila masyarakat asli kepulauan tersebut (kepulauan Hawai) berkanu menghampiri kapalnya dan menyapa dengan bahasa yang tidak terlalu asing dari tanah-tanah yang pernah dijejakinya. Kagum dengan keluasan penyebaran rumpun Austronesian ini di serata kepulauan Lautan Pasifik, beliau menulis di dalam jurnalnya; How shall we account for this “ How
Nation spreading it self so far over this Vast ocean.”
Laluan pelayaran Kapten James Cook. Warna merah adalah tanda laluan ekspedisi pertama, hijau laluan pelayaran kedua dan biru yang ketiga. Garisan biru putus-putus adalah pelayaran pulang oleh anak-anak kapalnya selepas kematiannya.
”
Rumpun Bahasa Austronesian Bahasa Austronesian Terdapat banyak kajian yang dilakukan berkait pengkelasan bahasa oleh sarjana pakar bahasa. Namun kajian terkini yang disepakati umum mengkelaskan rumpun bahasa Austronesisch ini diklasifikasikan kepada sejumlah 10 cabang utama. Sembilan daripada 10 cabang utama ini hanya terdapat di Taiwan dan dikelaskan sebagai rumpun bahasa Taiwanik atau Formosa (Formosan ( Formosan languages). languages). Baki satu cabang lagi dikelaskan sebagai rumpun bahasa Malayo-Polynesian (kadang-kadang istilah Extra Formosan digunakan). Ciri rumpun bahasa Austronesian yang ketara adalah penggunaan kata ganda (pengulangan perkataan sama ada sebahagian atau seluruhnya seperti hari-hari dan jejari). Pengkelasan rumpun bahasa Austronesia telah ditetapkan melalui kaedah perbandingan linguistik (comparitive method ) berdasarkan set serumpun. Set perkataan yang sama dari segi bunyi dan makna dapat menunjukkan sebagai perkataan yang diturunkan dari leluhur yang sama dalam kelas Proto-
Austronesian. Beberapa set serumpun ini sangat stabil seperti perkataan ‘mata’ yang digunakan dalam rumpun bahasa Austronesian dari keluarga Taiwanik (Formosan ( Formosan languages) languages) seperti Bunun dan Amis menelusuri terus ke selatan sehingga ke Māori . Nombor dua dan lima juga didapati sangat stabil. Nombor dua dalam bahasa Bunun ialah rusya, lusha; lusha; Amis tusa tusa;; dan Māori rua rua.. Nombor lima dalam Bunun hima hima;; Amis lima; manakala Māori rima rima..
Pengkelasan Struktur dalaman bahasa Austronesian adalah sangat komplek. Rumpun bahasa ini mengandungi bahasa-bahasa yang sangat mirip dengan loghat-loghat daerah setempat yang pelbagai, menyulitkan lagi untuk mengenali sempadan yang jelas antara cabang-cabang rumpun bahasa ini. Bagaimanapun, asal-usul kepelbagaian cabang yang ketara sangat jelas antara rumpun bahasa Taiwanik ( Formosan languages)) dan semakin kurang ketara antara kepulauan Pasifik menyokong pendapat penyebaran languages rumpun ini dari Taiwan. Pengkelasan menyeluruh yang pertama dibuat oleh Dyen (1965 3). Blust (19994) adalah antara sarjana bahasa yang mengembangkan lagi pengkelasan bahasa Austronesian ini. Walaupon terdapat percanggahan pendapat di kalangan sarjana bahasa (terutama pakar khusus bahasa Formosan Formosan)) terhadap beberapa perincian Blust, ia tetap menjadi titik penting rujukan pakar bahasa hari ini.
Rumpun bahasa Taiwanik (Formosan (Formosan languages) languages ) Taiwanik Utara Dataran Barat Taiwanik Barat Laut Atayalik Bunun Tsouik Rukai Puyama Paiwan Malayo-Polynesian Pembahagian kawasan rumpun bahasa Formosan sebelum era kemasukan penjajah China menurut kajian Blust (1999) 3
Dyen, Isidore (1965). “A Lexicostatistical classification classification of the Austronesian languages”. International Journal of American Linguistics (Memoir 19) 4 Blust, Robert (1999). “Subgrouping, circularity circularity and extinction extinction:: some issues in Austronesian comparative comparative”. Kertas kajian . Taipei: Academia Sinica. ms. 31-94. terpilih dari “the Eighth International Conference on Austronesian Linguistics”
Pengkelasan oleh Robert Blust (1999) Basay
Utara (Kavalanik)
Kavalan
Ketagalan Ketagalan atau Ketangalan
Taiwanik Timur
Nataoran
Kawasan Tengah (Ami)
Amis
Siraya
Sakizaya
Thao Dataran Barat
Babuza Dataran Barat Tengah Popora-Hoanya Saisiyat
Taiwanik Barat Laut Pazeh
Atayal
Austronesian
Atayalik Seediq Bunun Tsou
Tsouik
Saaroa
Kanakanabu
Rukai
Puyama
Paiwan
Malayo-Polynesian
(dialek -dialek Mantauran, Tona, dan Maga agak berbeza)
Pengkelasan dari Austronesian Basic Vocabulary Database (2008) Basay
Kavalanik
Kavalan
Ketagalan
Thao Baboza Dataran Barat Popora-Hoanya Formosan Utara
Saisiyat
Pazeh Atayal Atayalik Seediq Sakizaya
Austronesian
Ami
Nataoran (Amis Utara)
Bunun
Amis
Tsou
Tsouik
Saaroa
Rukai
Kanakanabu
Tsou-Rukai
Siraya
Puyuma Paiwan (hujung selatan Formosa) Paiwanik Malayo-Polynesian
Rumpun bahasa Taiwanik Kavalanik Utara Formosan Ami Bunun Tsou-Rukai Siraya Puyama Paiwanik (Malayo-Polynesian) Pembahagian kawasan rumpun bahasa Formosan sebelum era kemasukan penjajah China menurut pengkelasan Austronesian pengkelasan Austronesian Basic Vocabulary Database (2008)
Selain Malayo-Polynesian Malayo-Polynesian,, tiga belas rumpun bahasa Formosan ini diterima umum oleh sarjana bahasa. Percanggahan sering terletak pada hubungkait antara rumpun bahasa ini. Dua pengkelasan di atas menunjukkan Blust (1999) mengkaitkan dua rumpun ke dalam satu kelompok Dataran Barat, dua lagi rumpun ke dalam Formosan Barat Laut, dan tiga rumpun ke dalam kelompok Formosan Ketimuran. Austronesian Basic Vocabulary Database(2008) Database(2008) pula merangkumkan lima rumpun ke dalam satu kelompok Formosan kelompok Formosan Keutaraan, dua rumpun ke dalam kelompok Tsouik, dan menghubungkan MalayoPolynesian dan Paiwan ke dalam kelompok Paiwanik.