PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
PENGENALAN Agama Islam merupakan antara agama terbesar yang tersebar dan dianuti hampir di setiap pelusuk dunia. Agama Islam merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah S.W.T dan ajarannya mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Ia termasuklah aspek keimanan, ibadah, muamalah, siyasah, sosial so sial dan ekonomi 1. Dasar utama ajaran Islam meliputi aspek aqidah, syariah dan akhlak2. Akidah menerangkan konsep kepercayaan yang membentuk iman kepada Allah S.W.T dan Rasul serta beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, hari akhirat, Qada‟ dan Qadar. Syariah pula terbahagi kepada ibadah dan mualamah. Manakala akhlak ialah peraturan-peraturan berhubung nilai baik dan buruk antara sesama manusia serta antara manusia dengan alam dan Tuhan. Di dalam kerja kursus ini akan dibincangkan konsep aqidah, penjagaan aqidah serta perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.
1
Nasrudin Yunos, Roziah Sidik, Zulkarna in Mohamed, (2007). Pengajian Islam, Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd, h.2 2 Ibid, h.3
1
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
KONSEP AQIDAH Aqidah merupakan kesinambungan daripada apa yang dibawa oleh Rasul-rasul terdahulu sejak Nabi Adam sehinggalah nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W3. Aqidah dari segi bahasa bermaksud kepercayaan yang kukuh dalam hati. Dari segi istilah pula bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah S.W.T serta sifat-sifat kesempurnaanNya berdasarkan dalil Naqli dan Aqli. Aqidah berkait rapat dengan Rukun Iman. Keyakinan tinggi manusia terhadap asas-asas kepercayaan ini merupakan prasyarat keutuhan aqidah sebagai satu struktur budaya. Penghayatan aqidah menjadikan manusia sedar bahawa dia adalah sebahagian daripada seluruh sistem yang wujud dan dengan itu berfungsi berasaskan tasawur yang bersumberkan aqidah Islam yang jelas.
3
Mardzelah Makhsin (Ed), (2003). Pendidikan Islam, Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd, h.123
2
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
ILMU AQIDAH Ilmu aqidah ada lima iaitu:-
1. Ilmu Tauhid Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah S.W.T yang wajib diketahui dan dipercayai. 2. Ilmu Usuluddin Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan pesuruhNya. 3. Ilmu Makrifat Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah S.W.T. 4. Ilmu Kalam Sesuatu ilmu yang membahas tentang aqidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan. 5. Ilmu Aqidah Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah S.W.T.
3
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN AQIDAH Matlamat utama pendidikan aqidah Islam ialah mendidik manusia supaya mengakui keEsaan dan ketunggalan Allah S.W.T sebagai Tuhan yang wajib disembah, serta tiada sekutu bagiNya 4. Ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam firmanNya
yang
bermaksud
:
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya" (al-Ikhlas : 1-4) Pendidikan aqidah dapat memantapkan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah S.W.T. ia juga mendidik manusia supaya tidak ragu-ragu terhadap Islam memandang ia adalah agama Allah S.W.T yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Aqidah Islam menjelaskan tentang kesempurnaan Islam sebagai pedoman hidup yang sebenar-benarnya bagi seluruh umat manusia. Dengan mempelajari pendidikan aqidah, umat Islam dapat mengenal pasti aqidah yang betul dan salah atau sesat. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang lemah dan sering lalai. Maka, dengan mempelajari ilmu aqidah, kita dapat mempertahankan aqidah daripada diresapi ajaran yang menyeleweng. Perkara yang paling penting ialah agar umat manusia dapat menjaga iman supaya tetap dan selamat di dunia akhirat. Di samping itu, ia mendidik umat Islam mengenai akhlak dan pekerti yang mulia.
4
Wan Mohd Hujjatullah Ghazali. Pendidikan Akidah. Retrieved 08.03.2012 from http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm
4
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
HUBUNGAN AQIDAH DAN SYARIAT Aqidah bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah S.W.T serta sifat-sifat kesempurnaanNya berdasarkan dalil Naqli dan Aqli. Syariat pula bermaksud peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau tegahan. Aqidah dan Syariat merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya tidak sempurna atau pincang atau rosaklah iman seseorang. Syariat adalah pelengkap kepada aqidah. Aqidah umat Islam dapat dinilai melalui ucapan, kelakuan dan amalan tentang syariat. Elemen penting antara aqidah dan syariat AQIDAH 1. Kepercayaan kepada Allah S.W.T
SYARIAT 1. Taat laksanakan perintah Allah S.W.T
2. Kepercayaan kepada Malaikat
2. Melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.
3. Kepercayaan kepada Rasul
3. Mengamalkan sunah Rasulullah S.A.W
4. Kepercayaan kepada Kitab
4. Melaksanakan hukum dan menunaikan Ibadat khusus.
5. Kepercayaan kpd Qada' & Qadar
5. Berusaha untuk kebaikan di dunia & di akhirat
5
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AQIDAH Terdapat banyak faktor yang merosakkan dan membatalkan aqidah umat Islam hari ini. Faktor dalaman yang sering mencalar kemurnian aqidah seseorang ialah
kurangnya
terpengaruh
pengetahuan
dengan
asas
unsur-unsur
agama
tahyul,
Islam,
khurafat
kurang
dan
penghayatan,
kepercayaan
karut
serta tidak mengamalkan ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT secara konsisten.
Faktor luaran pula adalah termasuk pengaruh persekitaran khususnya keluarga dan rakan-rakan yang tidak membantu seseorang untuk mempertingkatkan keimanan dan pegangan terhadap agama. Aqidah seseorang itu akan terbatal sekiranya ia melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan aqidahnya samada perbuatan, perkataan dan iktikad. Antaranya ialah mensyirikkan Allah seperti mempercayai azimat, keramat, bomoh, khurafat, tahyul, menyembah selain daripada
Allah
dan
sebagainya.
KESAN-KESAN KEROSAKAN AQIDAH Kesannya kepada agama ialah merosakkan kesucian agama Allah. Manakala kesan kepada negara ialah menggugat perpaduan, keharmonian, memporak perandakan masyarakat dan menjejaskan usaha pembangunan sesebuah negara. Dan, kesan yang paling jelas dilihat adalah dengan runtuhnya sesebuah institusi kekeluargaan.
LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN AQIDAH Untuk membina aqidah yang mantap, seseorang muslim perlu memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep aqidah secara khusus. Kita perlu membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-
6
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
perkara yang disuruh oleh Allah di samping sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam. Sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik. Selain itu, sentiasa berdoa memohon pimpinan daripada Allah S.W.T dan bertawakal kepadaNya. Langkah memperkukuhkan keimanan dan pegangan aqidah umat Islam yang sebenarnya memerlukan kesungguhan dan usaha yang berterusan daripada setiap individu muslim. Ia tidak boleh dilakukan sambil lewa kerana dikhuatiri akan terpesong semula. Maka, seseorang individu perlu mengukuhkan kekuatan hati dan sentiasa melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.
7
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
RUMUSAN Secara keseluruhannya, konsep aqidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan aqidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep aqidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.
8
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
REFLEKSI Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga saya tugasan kerja kursus pendek yang diberikan kepada saya. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya dapat mengetahui konsep aqidah dan mengukuhkan lagi ilmu agama yang sedia ada. Seiring itu juga, ini dapat menguatkan lagi pegangan agama saya sebagai seorang muslim yang serba kekurangan. Asas aqidah yang mantap ialah mempercayai Rukun Iman. Namun, seiring dengan itu, perlulah dimantapkan akhlak peribdi juga. Ini adalah kerana, ada individu yang mempercayai Rukun Iman tetapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Untuk mempunyai aqidah yang mantap, seseorang itu perlu menjauhi perkara-perkara yang merosakkan aqidah. Contohnya, mengamalkan syirik, kurafat, bomoh dan ilmu hitam. Masyarakat kini masih lagi mempraktikkan ilmu kotor ini walaupun agama Islam sudah lama bertapak di Negara ini dan rata-rata penduduknya beragama Islam. Oleh itu, saya amat bersyukur kerana mendapat tajuk ini kerana pada masa yang sama saya dapat mengingatkan diri saya bahawa dunia ini hanya sementara dan akhirat adalah kehidupan yang kekal. Walaupun saya menyiapkan tugasan ini dengan masa yang singkat tetapi, banyak ilmu yang saya perolehi.
9
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
ANALISIS ISU AKHLAK DAN MORAL UMAT ISLAM DAN JALAN PENYELESAIAN Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T melalui rasul-Nya untuk manusia di alam ini. Asas utaman Islam terbentuk daripada tiga aspek yang terdiri daripada aqidah, ibadat, dan akhlak. ketiga-tiga aspek ini memainan peranan utama dalam pelaksanaan Islam. Ini jelas apabila aqidah sebagai keimanan dan kepercayaan yang diiltizam kepada Allah S.W.T disempurnakan melalui syariah melalui pelaksanaan ibadat secara umum dan khusus. Gabungan kedua-dua ini melahirkan akhlak Islam. Dengan kata lain, akhlak ialah asas dalam aqidah dan syariah. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, „Kesempurnaan iman seseorang
itu terbentuk apabila dia memiliki akhlak. Pada era globalisasi kini, keruntuhan akhlak dikalangan remaja semakin berleluasa. Kekurangan penghayatan agama Islam dalam diri mereka dan faktorfaktor desakan luaran merupakan antara penyumbang keruntuhan akhlak mereka. Namun, apa yang kita lihat kini, isu menuding jari ke atas guru-guru mahupun kepada ibu bapa itu sendiri sering berlaku. Kekurangan sokongan masyarakat juga antara faktor para remaja tidak serik melakukan perbuatan-perbuatan yang kurang nilai moral ini. Namun, apa yang membimbangkan lagi adalah isu guru-guru bermasalah di sekolah. Guru adalah pendidik dan pembimbing yang sering dijadikan role model oleh pelajar. Ini adalah kerana sebahagian masa pelajar diperuntukkan di sekolah dan guru merupakan penjaga kedua selepas ibu bapa. Antara isu yang sering diperkatakan pada masa kini ialah termasuk kes guru memukul murid5. Faktor-faktor terjadinya masalah ini adalah berpunca daripada belenggu tekanan. Terdapat guru yang tidak menjadi guru dengan sepenuh hati sehingga terpaksa melakukan pekerjaan itu dengan secara suka hati 6.
5
Zainuddin Zain, Asmizan Mohd Samiran, ‘Bedah Siasat’ guru bermasalah. Retrieved 08.03.2012, from ppdkerian.edu.my 6 Ibid
10
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
Selain daripada itu, bebanan kerja yang semakin banyak juga salah satu faktor guru-guru dibelenggu tekanan. Kebelakangan ini terlalu banyak aktiviti dan program di sekolah yang perlu mereka hadiri, dan pada masa yang sama mereka terpaksa menunaikan tanggungjawab mereka iaitu menguruskan keluarga. “Apabila kamu merasa letih kerana berbuat KEBAIKAN,maka sesungguhnya
KELETIHAN itu akan hilang dan KEBAIKAN yang dilakukan akan terus kekal..dan sekiranya kamu berseronok dengan DOSA, dan sesungguhnya KESERONOKAN itu akan hilang dan DOSA yang dilakukan akan terus kekal”. Saidina Ali R.A
Isu guru memukul murid ini berlanjutan sehingga ada nyawa yang terkorban. Menurut sumber dari Harian Metro, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu di salah sebuah sekolah agama persendirian di Arau meninggal dunia akibat di belasah guru. Mangsa didakwa mencuri wang rakan sebanyak RM7 sehingga menimbulkan kemarahan guru tersebut yang juga merangkap sebagai warden asrama di sekolah itu7. Terdapat lagi berita lain mengenai isu murid dipukul guru yang berlaku di Pasir Gudang. Kejadian ini berlaku kepada seorang murid perempuan tahun dua yang mengalami pendarahan beku, dipercayai akibat dipukul oleh guru Bahasa Melayu8. Selain itu di Banting, Selangor pula seorang murid hampir buta akibat terkena pembaris yang dilontarkan oleh gurunya. Murid itu baru sahaja mendaftar di sekolah itu kurang dari dua jam. Mendidik murid dengan mencederakan mereka bukanlah jalan yang terbaik. Hal ini kerana, didikan seumpama itu akan meninggalkan kesan hitam di hatinya untuk berdendam dan mencederakan psikologi mereka. Melepaskan geram dan kemarahan akan menyebabkan guru terkeluar dari landasan mendidik seterusnya menjadikan ia sebagai penderaan mental dan fizikal terhadap murid.
7
Siti Horizon, (2011). Guru memukul murid, Retrieved 07.03.2012 from, lukisanduniaku.wordpress.com Zainuddin Zain, Asmizan Mohd Samiran. ‘Bedah Siasat’ guru bermasalah. Retrieved 08.03.2012 from, ppdkerian.edu.my 8
11
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
Rasullullah bersabda, maksudnya : “Tidak ada keberanian yang paling disukai
Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seseorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T mengisi dadanya dengan keimanan”.Riwa yat Abi Dunya.
Sebagai guru, pendidik dan pembimbing, mereka seharusnya tahu akan tanggungjawab guru yang sebenar dan bukan bergelar guru semata-mata. Guru harus berintegriti dan berkesedaran tinggi. Ini adalah kerana profession keguruan dipandang tinggi di mata masyarakat. Di samping itu, mendidik anak bangsa untuk menjadikan mereka orang yang berguna pada masa kelak adalah satu pekerjaan yang mulia. Ini adalah kerana mereka bakal mewarisi tampuk pemerintahan kerajaan dan Negara pada masa hadapan. Maka, dengan itu jadilah guru yang berwawasan dan berjiwa besar.
12
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
BIBLIOGRAFI
Siti Horizon, (2011). Guru memukul murid. Retrieved 07.03.2012 from, lukisanduniaku.wordpress.com Zainuddin Zain, Asmizan Mohd Samiran. „Bedah Siasat‟ guru bermasalah.
Retrieved 08.03.2012 from, ppdkerian.edu.my
Nasrudin Yunos, Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed, (2007). Pengajian Islam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Mardzelah Makhsin (Ed), (2003). Pendidikan Islam , Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd,
Konsep aqidah. Retrieved 07.03.2012 from, razzyy.com
Akidah. Retrieved 07.03.2012 from http://islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php
Wan Mohd Hujjatullah Ghazali. Pendidikan Akidah. Retrieved 08.03.2012 from http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm
13
PENDIDIKAN ISLAM
PIK2102W
14