1.0)
PENGENALAN
Kehidupan manusia tidak terlepas daripada sifatnya yang sentiasa dikendalikan oleh pemikirannya.1 Justeru kehidupan manusia berkait rapat dengan perkembangan pemikirannya.2 Setiap manusia di dunia pastinya akan berhenti sejenak untuk memikirkan persoalan-persoalan yang berlegar-legar dalam minda mereka sama ada yang didorong melalui penglihatan, bunyi,rasa, bau serta emosi atau perasaan. Setiap rangsangan tersebut pastinya akan membuat seseorang itu terfikir bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada asal-usulnya atau sumber yang menyebabkan sesuatu itu terjadi sama seperti terhadap respon yang diberi atas sesuatu rangsangan. Melalui persoalan seumpama inilah yang mendorong manusia untuk mencari Tuhan atau dalam erti kata lain mulai mencari kebenaran tentang wujudnya Tuhan. Siapakah Tuhan? Apakah
peranan
Tuhan
dalam
kehidupan
manusia,apakah
sebab-musabab
manusia
mempercayai wujudya Tuhan?Adakah sesiapa pernah melihat Tuhan,bagaimana rupa sebenar Tuhan,konsep Tuhan serta bukti wujudnya Tuhan. Jawapan kepada persoalan tersebut pasti ada, walaupun diselang-seli dengan jawapan yang tidak tepat ,namun jawapan yang tepatnya tetap diperoleh andai kata faktor yang menutup pemikirannya disingkap.3 Ahli falsafah merupakan antara golongan pemikir yang menyumbang kepada pencetusan idea wujudnya Tuhan.Terdapat pelbagai pendapat yang diutarakan dan sudah tentunya antara ahli falsafah tersebut mempunyai fahaman yang agak berlainan tentang konsep kewujudan Tuhan. Walaubagaimanapun, secara umumnya konsep kewujudan Tuhan sudah dikenali oleh manusia sepanjang wujudnya tamadun. Ertinya sejak mula manusia itu hidup, perasaan bertuhan sudah dikenali oleh naluri mereka.Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan yang ada kini, yang mana semua bangsa bertamadun dan tidak bertamadun, seperti kalangan yang dianggap perimitif seperti di Afrika serta Austronesia mengenali konsep Tuhan.4
1
Ramli Awang. 2003,Sejarah Tuhan,Kuala Lumpur.Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd.Hlm 46
2
Ibid .Hlm 46
3
Ramli Awang. 2003.Sejarah Tuhan.Kuala Lumpur.Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd. Hlm 47
4
Ramli Awang. 2003.Sejarah Tuhan.Kuala Lumpur.Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd. Hlm 49
1
Compiled & Edited By C.Ellen.J
Nama-nama panggilan atau gelaran seperti Umvelinqangi, Inkosi phe-Zulu[Tuhan di langit], Unkulunkulu dikenali oleh orang Zulu di Afrika, umpamanya di bahagian selatan Sungai Zambesi di Afrika Selatan mengenali nama Tixo, Modimo,Unkulunkulu serta lainnya menurut bahasa mereka dalam konsepnya yang tersendiri.5 Allegany(istilah ini hampir sama dengan sebutan Allahu Ghani- yakni Allah maha kaya dalam bahasa Arab) disebut oleh orang Red Indian di Amerika Utara.6 Bangsa Arab Jahiliah mengenali sebutan al-Latta, al-Uzza dan al-
Manat. Nama-nama itu disempenakan nama-nama Tuhan al-Illah, al-Aziz dan al-Mannan.7 Masyarakat India menyebutnya dengan nama Pramatma (bahasa Sanskrit),iaitu merujuk kepada Tuhan yang maha besar lagi maha suci. Bangsa Anglo-Saxon di Eropah mengenalinya dengan nama God dalam bahasa Inggeris, Got dalam bahasa keturunan jajahan Belanda di Afrika Selatan, Golt dalam bahasa Jerman, Gudd dalam bahasa-bahasa Danish, Sweden dan Norway. Bangsa Phoenicians purba menyebutnya Allon (tidak jauh sebutannya dari „Allah‟). Penduduk Kanaan memanggilnya Ado. Bangsa Yahudi menyebutnya Adoni di samping sebutan oleh bahasa Latin memanggilnya sebagai Deus dalam bahasa Portugis, Dieu dalam bahasa Perancis, Dio dalam bahasa Itali, Dios dalam bahasa Sepanyol, Dia dalam bahasa Scotch dan Irish, Duw dalam bahasa Welsh. Manakala bangsa nomad Australia memanggilnya sebagai
Atnatu.8 Bangsa Cina Purba sebelum kedatangan ajaran Buddha percaya pada Tuhan yang satu. Mereka memanggilnya “Di”[Tuhan], Shanti [Tuhan di langit] dan juga dengan sebutan “Tian”. Semua itu merujuk kepada Tuhan yang maha tinggi kekuasaan dan martabatnya. Konsep Tuhan juga dikenali
dalam
masyarakat
awal
tamadun
manusia
pada
zaman
Tamadun
Lembah
Mesopotamia. Di samping itu, ia juga menjadi pegangan rasmi kepercayaan masyarakat Yunani. Pendeknya tidak ada tamadun manusia yang tidak mengenali konsep kewujudan Tuhan.9
5
Ramli Awang. 2003,Sejarah Tuhan.Kuala Lumpur.Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd. Hlm 50
6
Ibid., Hal 50
7
Ibid., Hal 50
8
Ibid., Hal 50
9
Ramli Awang. 2003.Sejarah Tuhan.Kuala Lumpur.Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd. Hlm 50-51
2
Compiled & Edited By C.Ellen.J
2.0)
TEORI KEWUJUDAN TUHAN
Pakar falsafah percaya Tuhan wujud selepas kejadian Big Bang yang berlaku di alam semesta berjuta tahun dahulu.10 Dari segi teorinya juga, pakar falsafah percaya Tuhan telah wujud dari cebisan-cebisan zarah dan atom-atom yang terpecah ketika kejadian Big Bang berlaku. Namun begitu, pakar falsafah yang lain percaya Tuhan telah wujud sebelum terbentuknya alam semesta dan bumi. Mereka mengatakan Tuhan yang telah wujud terlebih dahulu dari manusia dalam bentuk bayangan di mana tiada siapa dapat melihatnya.11 Terdapat juga melalui kajian teori yang mendalam oleh ahli-ahli falsafah lain yang mengatakan Tuhan adalah sebuah bintang yang amat besar, bercahaya, dan sangat terang sehinggakan tiada manusia dapat melihatnya.12 Teori yang paling banyak diperkatakan oleh pakar falsafah adalah Tuhan telah wujud selepas lahirnya Yesus yang dikatakan puteranya yang tunggal diutuskan ke bumi untuk menyelamatkan manusia-manusia yang dalam sengsara. Yesus merupakan nama panggilan bagi orang Kristian. Akan tetapi, falsafah yang taat akan agama mengatakan Tuhan telah wujud ketika lahirnya Yesus dan doktrin Gereja katolik telah mengesahkan bahawa kewujudan Tuhan hanyalah melalui Yesus sendiri.Beberapa falsafah kristian seperti St. Augustine mencatatkan bahawa Tuhan wujud dalam iman umatnya iaitu melalui penyelamatan puteranya yang tunggal iaitu Yesus. Doktrin Gereja katolik mengatakan
10
Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York, United States.Macmillan Publishing
Company.Hal 381 11
Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York, United States.Macmillan Publishing
Company.Hal 390 12
Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York, United States.Macmillan Publishing
Company.Hal 391
3
Compiled & Edited By C.Ellen.J
Tuhan telah wujud ketika Adam dan Hawa melakukan dosa untuk kali pertamanya di dunia.Pendapat tersebut merupakan antara dalil yang membuktikan kewujudannya.
13
DALIL KEWUJUDAN TUHAN BERDASARKAN PENDAPAT AHLI-AHLI FALSAFAH
3.0) FALSAFAH ISLAM 3.1) Al-Farabi Menurut al-Farabi, wujud yang ada yang wajib adanya kerana dirinya sendiri (necessity by
itself ) dan wujud yang mungkin bagi dirinya sendiri tetapi wajib kerana lainnya(contingent by itself and necessary by another) . Wujud yang pertama adalah wujud yang tabiatnya sendiri yang mengkehendaki wujudnya kerana jika diperkirakan ia tidak ada maka sangat mustahil bagi adanya yang lain. Sebaliknya wujud yang kedua ialah wujud yang tabiatnya sendiri tidak boleh mengharuskan adanya kerana ia boleh wujud boleh juga tidak wujud. Tetapi kerana adanya
Wajib al-wujud maka wujud yang mungkin itu menjadi wajib adanya. Wujud kedua ini mungkin dilihat dari dirinya sendiri tapi wajib kerana orang lain.14 Oleh itu, al-Farabi yakin bahawa Tuhan atau Yang Esa adalah Wajibul Wujud kerana wujudnya sendiri. Dia tidak perlu yang lain demi keberadaannya. Lebih jauh lagi Tuhan bagi alFarabi adalah akal yang mampu mengenali dirinya sendiri sehingga Tuhan itu sekaligus Aqil dam Ma‟qul. Al-Farabi menyatakan bahawa Tuhan itu esa, maka yang keluar daripadanya juga satu wujud sahaja. Itulah yang disebut al-Farabi sebagai wujud pertama olah kerana Tuhan memikirkan tentang wujudnya sendiri. Akal pertama tersebut memiliki dua dimensi yakni hakikatnya sendiri yang mumkin al-
wujud dan sebagai wajib al-wujud kerana Tuhan. Jadi meskipun akal pertama itu tunggal,
13
Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York, United States.Macmillan Publishing
Company.Hal 391 14
al-Farabi,2002, al- Madinah al-Fadilah,(Cairo: Maktabah al-Azariyyah li al-Turats).Hal.39
4
Compiled & Edited By C.Ellen.J
namun pada dirinya terkandung dua dimensi tersebut yang menjadi objek pemikirannnya. Dari pemikiran akal pertama tentang akal mutlak atau Tuhan yang wajib al-wujud, keluarlah akal kedua, sedang dari pemikiran akal pertama tentang dirinya sendiri sebagai mumkin al-wujud. Dari pemikiran akal pertama inilah kemudian rangkaian emanasi berlanjut hingga adanya sepuluh akal dan sembilan langit beserta jiwanya. Sedangkan akal terakhir atau akal ke sepuluh atau akal aktif(agent intelligent) adalah akal yang mengatur dunia bawah, dan dari akal ini pula berkembang munculnya jiwa manusia serta keempat elemen dunia.15
3.2) Ibn Sina Ibn Sina (980-1037), ataupun yang lebih dikenali oleh penulis Latin Barat sebagai Avicenna pula mempelopori teori emanasi al-Farabi. Beliau juga mempunyai beberapa doktrin tersendiri dan menarik. Pertama, beliau menyatakan bahawa Tuhan adalah satu-satunya entiti tunggal yang mutlak di alam maya. Dalam semua hal lain, kita boleh bertanya mengenai intipati atau definisi sesuatu benda dan kemudiannya bertanya sama ada ia wujud ataupun tidak. Tetapi pada Tuhan, zat dan kewujudannya adalah satu dan sama. Tambahan pula, Ibn Sina bersifat kritis mengenai teori Aristotle bahawa sesuatu benda mengandungi bentuk yang bersatu dengan bahan. Bentuk ialah sesuatu yang sejagat dan tidak wujud. Bahan juga dalam keadaan sepenuhnya juga berpotensi (untuk wujud) dan tidak wujud. Gabungan dua pihak yang tidak wujud ini tidak boleh menghasilkan sesuatu yang wujud. Oleh itu, tanggapan yang ketiga diperlukan iaitu
sifat kewujudan benda itu. Tetapi benda itu sendiri hanyalah bersifat
sementara: untuk menjelaskannya, kita memerlukan sesuatu yang bersifat wajib wujud, iaitu Tuhan. Namun adalah tidak benar untuk menganggap kewujudan sebagai ramuan yang ketiga dalam sesuatu benda. Kewujudan sebenarnya merupakan hubungan dengan wajib wujud iaitu Tuhan.16 Kesemua ini membolehkan Ibn Sina memberikan tiga penjuru dan bukannya dua penjuru dalam teori emanasi dan dengan itu menyokong pandangan al-Farabi. Tuhan, melalui gerak hati sendiri yang kekal mewujudkan akal aktif yang diperlukan Tuhan sendiri, tetapi akal
15
Harun Nasution,1973,filsafat dan misistisme dalam islam. Jakarta:Bulan Bintang. Hal. 28 Ninian Smart,2009,Falsafah Dunia,Kuala Lumpur:Institut terjemahan negara Malaysia Berhad, Hal 243
16
5
Compiled & Edited By C.Ellen.J
aktif itu turut mempunyai potensi untuk mewujudkan yang lain. Seterusnya, ini membawa kemunculan yang satu lagi(akal), satu roh dan satu jasad(yang merupakan kulit luaran kosmos). Begitulah rantaian akal seterusnya. Memandangkan ini ialah sebuah teori limpahan dan Tuhan itu abadi, Ibn Sina juga melihat alam sebagai sesuatu yang abadi, iaitu kekal tanpa adanya permulaan(dan penghujung).17 Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan”. Pemikiran Ibnu Sina ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi. Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali
ialah
penyangkalan
terhadap
kepercayaan
dalam
keabadian
planet
bumi,
penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.18 3.3) Al-Ghazali Al-Ghazali
mengkhususkan
penelitiannya
secara
terperinci
terhadap
golongan
yang
mempercayai Tuhan. Di sini beliau berpendapat bahawa hasil karya al-Farabi dan Ibn Sina sangat penting. Namun begitu, beliau menganggap karya tersebut menyimpang dari tuntutan al-Quran atas alasan metafizikal yang kurang baik, dan beliau menyedari jurang yang terdapat antara nilai al-Quran dengan nilai falsafah Greek.19 Prinsip pertama (Tuhan) melakukan apa yang dia kehendaki. Anda tidak dapat menunjukkan sama ada berdasarkan kesimpulan dan keterangan nyata bahawa idea seperti teori limpahan yang melibatkan kewujudan pertama(Tuhan) dan kemudian penurunan kuasa intelek yang berkaitan dengan pelbagai sfera di langit hingga kepada dunia sublunary bumi adalah mustahil. Bagaimanapun percubaan secara spekulatif untuk menembusi misteri penciptaan gagal,kerana untuk mewujudkan pemahaman tentang hal berkenaan, anda perlu
17
Ibid., hal.243-244 http://www.islamgrid.gov.my/articles/tokohislam/Ibnu_Sina.php 19 Ninian Smart.2009.Falsafah Dunia.Kuala Lumpur:Institut terjemahan negara Malaysia Berhad.Hal.248 18
6
Compiled & Edited By C.Ellen.J
mewujudkan sesuatu perkaitan dengan pengalaman, tetapi penciptaan itu sendiri melibatkan perwujudan kedua-dua yang dialami melibatkan perwujudan kedua-dua yang dialami dan yang melakukan pengalaman itu. Jadi, menyelesaikan
cara dunia diciptakan
daripada kehendak
Tuhan yang sedemikian adalah pencarian yang sia-sia dan tidak berguna menurut al-Ghazali. Sebenarnya, ahli falsafah benar-benar memperkecilkan Tuhan. Dia diandaikan mempunyai pengetahuan hanya tentang dirinya sendiri. Tetapi, intelek pertama pula mempunyai pengetahuan yang bukan sahaja mengenai Prinsip Pertama(Tuhan) tetapi mengenai perkara yang terhasil daripada dirinya sendiri. Teori jenis apakah yang memberikan Tuhan kurang pengetahuan tentang makhluknya sendiri? Idea Aristotle tentang Zat Suci itu berfikir tanpa memahami menjadikan-Nya seperti mati dalam suatu bentuk mimpi yang kosong. Berdasarkan semua sebab ini, al-Ghazali mengkritik keras emanasionisme (teori limpahan).20
4.0) FALSAFAH KRISTIAN 4.1) St. Thomas Aquinas St. Thomas Aquinas merupakan salah satu tokoh falsafah dan teologi bagi agama kristian Katolik. St. Thomas Aquinas percaya bahawa kewujudan Tuhan masih belum terbukti. Beliau menggunakan hujah kosmologi untuk memberikan penerangan tentang teori kewujudan Tuhan. Menurut beliau, terdapat tiga cara yang berkaitan dengan hujah kosmologi: Saint Aquinas berpendapat bahawa semua yang terdapat dalam dunia ini akan berubah. Cara yang kedua adalah sama seperti cara yang pertama. St. Thomas berpendapat bahawa dalam dunia ini ada penyebab tetapi tidak diketahui oleh sesiapa pun. Cara yang ketiga juga berkaitan dengan hal penyebab. St. Thomas menggunakan cara
possibility and necessity. Hanya Tuhan yang menjadi sumber utama kerana Dia tidak memerlukan benda yang wujud untuk mewujudkan diri-Nya21.
20 21
Ibid.,hal.250
www.saintaquinas.com/philosophy.html
7
Compiled & Edited By C.Ellen.J
St. Thomas juga mengatakan bahawa terdapat lima cara yang membuktikan kewujudan Tuhan dalam Summa Theologica. Lima cara tersebut juga dikenali sebagai viae quinque iaitu “Lima Kiat”22. Antara lima cara tersebut adalah seperti: Tuhan bersifat sederhana. Dia tidak mempunyai bentuk tubuh badan dan jiwa. Tuhan adalah sempurna. Dia tidak kekurangan apa-apa pun dalam dirinya. Oleh itu, Tuhan dikatakan berbeza dengan makhluk yang lain. Tuhan tidak terbatas. Tuhan adalah kekal. Tuhan tidak berubah dari sikapNya. Tuhan adalah satu. Tidak mempunyai sifat kepelbagaian dalam dirinya. St. Thomas Aquinas juga meringkaskan hujah teologi dalam Summa Theologica. Petikan yang berikut adalah dari Summa: "The fifth way is taken from the governance of the world. We see that things that lack
intelligence, such as natural bodies, act for an end, and this is evident from their acting always, or nearly always, in the same way, so as to obtain the best result. Hence it is plain that not fortuitously, but designedly, do they achieve their end. Now whatever lacks intelligence cannot move towards an end, unless it be directed by some being endowed with knowledge and intelligence; as the arrow is shot to its mark by the archer. Therefore some intelligent being exists by whom all natural things are directed to their end; and this being we call God."23 Petikan tersebut adalah salah satu daripada lima cara tentang kewujudan Tuhan. St. Thomas yakin bahawa kewujudan Tuhan boleh dibuktikan dan dapat disebarkan kepada umum24. St. Thomas Aquinas juga mengatakan Tuhan wujud ketika kematian Yesus dan apabila Yesus bangkit dari kematian Tuhan pun telah wujud.25
22
www.saintaquinas.com/philosophy.html www.saintaquinas.com/philosophy.html 24 John F. Wippel. 2000. The Metaphysical Thought of Thomas Aquinas: from finite being to uncreated. USA: CUA Press. Hal. 381 23
8
Compiled & Edited By C.Ellen.J
Secara ringkasnya, St. Thomas mengatakan bahawa Tuhan wujud melalui setiap pergerakan di muka bumi ini. Beliau menjelaskan bahawa Tuhan adalah penggerak setiap kehidupan manusia. Di mana manusia berpijak, di situ Tuhan ada. Kewujudannya bukanlah dapat dilihat secara nyata tetapi melalui manusia itulah Tuhan menunjukkan siapa dirinya. Contohnya seperti jika seseorang manusia itu berlari dan merasakan kepanasan dan kepeluhan, itulah sifat Tuhan yang sebenarnya. Kewujudan Tuhan dapat dibuktikan dalam lima cara. Cara yang pertama dan paling nyata adalah melalui hujah pergerakan. Beliau juga mengatakan Tuhan adalah pencipta alam dan penggerak makhluk-makhluk dunia. Tiada udara dapat dirasai, tiada air dapat diminum jika Tuhan tidak menciptakan segala sesuatu yang terjadi. Ini adalah pasti dan nyata bahawa bukti kepada deria kita kepada beberapa perkara di dunia ialah pergerakan.26
4.2) St. Anselm dari Canterbury (1033-1109) St. Anselm dari Canterbury juga merupakan salah satu tokoh yang suci, pemimpin agama dan ahli falsafah besar. St. Anselm adalah tokoh yang pertama menggunakan hujah ontologis untuk menerangkan tentang teori kewujudan Tuhan dalam bab kedua Proslogion iaitu pernyataan tentang kewujudan Tuhan. Bagi St. Anselm dari Canterbury, pemikiran manusia dapat menunjukkan kewujudan Tuhan tanpa memerlukan sebarang bukti. Bukti St. Anselm adalah seperti:
25
Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York, United States.Macmillan Publishing
Company. Hal. 381
26
Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York, United States.Macmillan Publishing
Company. Hal. 381
9
Compiled & Edited By C.Ellen.J
a) Tuhan wujud dalam pemahaman kita. Hal ini menunjukkan bahawa Tuhan wujud dalam minda kita. b) Tuhan mungkin berada dalam kehidupan realiti. c) Bayangan Tuhan hanya wujud dalam minda kita tetapi tidak wujud dalam kehidupan realiti. d) Tuhan sebenarnya wujud dalam kehidupan realiti dan juga pemahaman kita. Bukti St. Anselm tersebut menyatakan bahawa Tuhan adalah sempurna dan wujud dalam semua keadaan untuk mencapai kesempurnaan. Dalam kata lain, bagi St. Anselm, Tuhan adalah yang paling sempurna. 5.0) FALSAFAH BARAT 5.1) Immanuel Kant Menurut falsafah Immanuel Kant, beliau pernah mengkaji bahawa Tuhan itu sendiri memang benar-benar wujud melalui zarah-zarah bintang yang telah meletus berjuta tahun dahulu.27 Akan tetapi pakar falsafah lain mengatakan Tuhan wujud dari sejenis atom halus yang berukuran nano yang telah wujud pada bintang-bintang terbentuk dahulu. Menurut Immanuel Kant, Tuhan wujud dari roh-roh kepercayaan alam yang dikatakan bahawa Tuhan adalah pertama, terakhir dan selamanya.28 Selain itu, beliau juga menyatakan Tuhan juga hanya wujud dan perasaan dan emosi manusia bukan secara nyata. Beliau sama sekali menegaskan bahawa Tuhan membantu setiap manusia dengan memberikan kehidupan di dunia yang beliau ciptakan. Beliau juga percaya Tuhan tidak akan wujud jika tiada manusia diciptakan. Oleh itu, Immanuel Kant menegaskan Tuhan telah menciptakan manusia untuk menunjukkan dirinya kepada mereka. Kewujudan Tuhan juga boleh dikaitkan dengan sikap moral manusia di mana apabila benda baik dilakukan oleh manusia di situlah Tuhan wujud.29 Apabila benda jahat dilakukan oleh manusia, tiadalah Tuhan akan wujud. Teori Immanuel Kant
27
Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York, United States.Macmillan Publishing
Company. Hal. 381 28 29
Ibid.Hal 381 Ibid.Hal 381
10
Compiled & Edited By C.Ellen.J
pernah mangatakan keadilan yang dilakukan di dunia ini adalah semuanya datang dari Tuhan. Secara tegasnya juga, beliau mengatakan kehidupan selepas kematian adalah di mana Tuhan menunjukkan dirinya dengan lebih jelas untuk membantu manusia yang berada dalam kesengsaraan dan Tuhan juga seperti yang dikatakan adalah seperti manusia di mana Tuhan mempunyai perasaan dan emosi untuk membuktikan dirinya adalah baik dan benar.
5.2) Pius Leo Pius Leo mengatakan Tuhan wujud ketika Abraham dilahirkan di mana Abraham menjadi nabi pengutusnya yang pertama. Abraham telah menjadi utusan Tuhan terhadap manusia pada zamannya dan sebagai balasannya dia telah diberkati oleh Tuhan menjadi “Bapa kepada segala bangsa”. Abraham mengabadikan dirinya kepada Tuhan sebagai tanda keimanannya dan kesaksiannya tentang Tuhan merupakan bukti wujudnya Tuhan.
30
6.0) FALSAFAH YUNANI 6.1) Plato Selain itu,terdapat juga ahli falsafah seperti Plato mengatakan Tuhan wujud hanya pada manusia yang berdosa dan manusia yang derhaka kerana di situ Tuhan akan menghakimi manusia-manusia yang derhaka akan umatnya dan tidak mengendahkan ajaran-ajaran baik yang telah ditunjukkannya. Seiring dengan beberapa konsep pemikiran penting orang Barat atau rasional teologi, perkara ini mempunyai dasar dalam dialog Plato. Di samping itu, Plato mengatakan Tuhan wujud untuk sesuatu kemungkinan dan keperluan di dunia. Beliau mengatakan setiap benda di muka bumi ini ada yang benar-benar wujud dan ada yang hanya sekadar diperkatakan sahaja. Tiada benda yang berkemungkinan akan wujud secara sendirinya. Tiada juga benda yang akan wujud atas dasar keperluan.
30
Webb, CJ Clement.2002.God And Personality.Great Britain.Routledge:Taylor and Francis
Group.
11
Compiled & Edited By C.Ellen.J
Tetapi, Plato percaya dan menegaskan kedua-dua ini tidak penting kerana kewujudan Tuhan adalah lebih penting dan Tuhan memang akan wujud dan Tuhan akan wujud untuk keperluan dunia. Kewujudan tuhan dapat dilihat melalui pemerintahan raja-raja di dunia. Plato berkata setiap manusia yang memerintah adalah maha kuasa dan maha tinggi. Kekuasaan mereka bukanlah datang secara tampak tetapi melalui peperangan dan perebutan Negara. Namun begitu, Plato menegaskan yang Tuhan adalah raja segala raja, tanpa peperangan dan perebutan takhta Tuhan menolong menjadi raja. Oleh itu, setiap manusia yang menjadi raja sebenarnya raja yang palsu manakala Tuhan adalah raja kebenaran.
7.0) FALSAFAH HINDU 7.1) S.Radhakrishnan Menurut ilmuwan Hindu ini , kewujudan Tuhan adalah melalui persepsi dalam tiga oknum; iaitu
Brahma, kerana dia yang mencipta, Vishnu, kerana dia yang memelihara, Siva, kerana dia sebagai pembinasa. Beliau menulis,” Konsep kepercayaan banyak Tuhan yang berakar kukuh dalam kesedaran orang India sehingga ia sukar disingkirkan. Tuhan-tuhan yang banyak itu dikurangkan peranannya kepada satu. Tanpa Brahma, Agni tidak berupaya membakar walaupun sehelai daun rumput; Vayu tidak berupaya menerbangkan walau sehelai daun kering. Kerana takut pada Brahma, api membakar, matahari bersinar; dan kerana takutkannya, angin, awan dan kematian menunaikan tugas masing-masing.”31 Beliau juga mengatakan seluruh alam ini ada di dalamnya zat Brahma. Hal ini dapat dilihat dalam Upanishad yang menyebut alam semesta beserta segala makhluknya dicipta oleh kudrat yang Maha Tunggal yang dinamakan sebagai Brahman;bukan daripada tiada kepada ada, tetapi pancaran daripada zat Brahma sendiri , sehingga segalanya memiliki zat Brahma,dan zat Brahma yang ada pada manusia disebut sebagai Atman.32 Bab Chandogya dalam Upanishad menyebut:”Pada permulaannya hanya Maha Ada sendirian, hanya Satu, tanpa yang kedua. Dia yang Maha Esa itu, berfikir kepada dirinya sendiri:Biar aku
31
Ramli Awang, 2003,Sejarah Tuhan,Kuala Lumpur,Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd, Hal 10
32
Ibid.Hal 10
12
Compiled & Edited By C.Ellen.J
menjadi banyak,biarlah aku berkembang. Lantas daripada zatnya sendiri ia pun memancarkan alam semesta daripada zatnya itu, Ia pun masuk ke dalam setiap yang ada”.33
8.0) FALSAFAH BUDDHA 8.1) Siddharta Gautama Buddha Pengasas Buddha ini mempunyai pendapatnya yang tersendiri dalam teori kewujudan Tuhan. Dalam ajarannya Buddha tidak menekankan konsep ketuhanan. Tokoh ini enggan berbicara mengenai Tuhan, malah dia mungkin mengejek orang-orang yang membicarakan tentang Tuhan. Tetapi para pengikut Buddha telah mengangkatnya ke tingkatan ketuhanan dan menerima kata-katanya sebagai hakikat yang tidak dapat diragukan lagi.34 Dengan ini mereka mengangkat falsafah Buddha ke tingkat agama. Mereka berpendapat bahawa alasan dia tidak berbicara tentang Tuhan adalah kerana dia sendiri adalah Tuhan. 35
Buddhisma menurut pendapat Buddha sendiri adalah falsafah, tetapi menurut pendapat para
pengikutnya Buddhisma adalah satu agama. Di dalam pembicaraannya, Buddha tidak pernah menyentuh sedikit pun tentang Tuhan, malah dia mencuba menghuraikan persoalan hidup sehingga selesai dengan tidak menyentuh apa-apa mengenai Tuhan dan kewujudannya.36 Ajaran-ajaran yang diperkenalkan oleh Buddha adalah jauh daripada konsep wujudnya Tuhan. Hal ini terbukti menerusi pendapatnya yang mengatakan bahawa tujuan usaha manusia adalah untuk menghuraikan permasalahan dalam kehidupan. Ini dapat dilakukan dengan mudah tanpa meminta pertolongan daripada kewujudan yang lebih tinggi daripada akal
33
Ramli Awang, 2003,Sejarah Tuhan,Kuala Lumpur,Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd, Hal 10
34
Ahmad Salaby,1998,Terj.H.Abu Jakarta,Penerbit Bumi AKsara,Hal 147
Ahmadi,Agama-agama
besar
diIndia:
Hindhu-jaina-Buddha,
35
Ahmadi,Agama-agama
besar
diIndia:
Hindhu-jaina-Buddha,
Ahmad Salaby,1998,Terj.H.Abu Jakarta,Penerbit Bumi AKsara,Hal 148 36
Ibid.,Hal.148
13
Compiled & Edited By C.Ellen.J
fikiran.37 Dalam erti kata lain, kehidupan manusia tidak bergantung kepada Tuhan tetapi bergantung kepada diri sendiri dengan penggunaan akal dan fikiran.
9.0) KESIMPULAN Berdasarkan pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli falsafah sama ada ahli falsafah Islam, Kristian, Barat, Yunani mahupun Hindu dan Buddha,kebanyakannya merumuskan bahawa Tuhan sememangnya wujud dan malah hal ini dapat dibuktikan secara langsung dan tidak langsung misalnya, secara langsung kewujudan Tuhan dapat dibuktikan salah satunya melalui teori yang dikemukakan oleh St Thomas Aquinas yang mengatakan kewujudan Tuhan dapat dibuktikan menerusi setiap pergerakan yang terdapat di bumi ini manakala secara tidak langsung melalui teori Plato yang menggunakan akal yang logik bahawa tidak ada benda yang wujud di dunia ini dengan sendirinya. Semua yang wujud pasti ada pembuatnya, yakni Tuhan. Walaubagaimanapun, terdapat juga falsafah yang tidak mengakui kewujudan Tuhan misalnya Buddha berpendapat bahawan tujuan usaha manusia adalah menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan dan hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan akal fikiran tanpa memerlukan pertolongan kewujudan yang lebih daripada akal dan fikiran iaitu Tuhan. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan Tuhan sememangnya wujud dan hal ini bukan hanya terbukti melalui teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah, tetapi kewujudan Tuhan dapat dirasakan oleh manusia itu sendiri berdasarkan nalurinya di mana manusia memang dilahirkan dan hidup di dunia ini untuk mencari Tuhan kerana manusia memerlukan sesuatu yang lebih arif dan berkuasa daripadanya untuk memberinya pedoman dalam kehidupan terutamanya apabila berada dalam kesusahan seperti kata-kata A.Kenny dalam bukunya yang bertajuk The God Of Philosophers, “Tidak ada sebab mengapa seseorang yang berada dalam keraguan tentang kewujudan Tuhan untuk tidak berdoa meminta pertolongan atau bimbinganNya dalam hal tersebut mahupun dalam hal-hal yang lain. Sesetengah orang mungkin mendapati bahawa idea atau fahaman mengenai berdoa kepada Tuhan adalah satu perbuatan yang lucu kepada orang yang meragui kewujudan Tuhan. Hal ini pasti tidak lebih masuk akal
37
Ibid.,Hal.148
14
Compiled & Edited By C.Ellen.J
daripada tindakan seorang lelaki terapung di lautan, terperangkap dalam gua, atau terdampar di lereng gunung, yang menangis untuk meminta bantuan walaupun ia mungkin tidak akan pernah mendengar atau melihat sebarang isyarat.38
10.0) RUJUKAN Al-Farabi.2002. al- Madinah al-Fadilah,(Cairo: Maktabah al-Azariyyah li al-Turats) Ahmad Salaby.1998,Terj.H.Abu Ahmadi,Agama-agama besar di India: Hindhu-Jaina-Buddha, Jakarta,Penerbit Bumi AKsara. Harun Nasution.1973,filsafat dan misistisme dalam islam. Jakarta:Bulan Bintang. Hick, John. 1964.The Existence Of God.New York. United States.Macmillan Publishing Company.
Mawson,T.J.2005. Belief In God:An Introduction to the Philosophy of Religion.United States.Oxford University Press. Ninian Smart,2009,Falsafah Dunia,Kuala Lumpur:Institut terjemahan negara Malaysia Berhad Ramli Awang, 2003,Sejarah Tuhan,Kuala Lumpur,Percetakan Cergas(M)Sdn.Bhd Wippel, John.F. 2000. The Metaphysical Thought of Thomas Aquinas: From Finite Being to
Uncreated. USA: CUA Press. Webb, CJ Clement.2002.God And Personality.Great Britain.Routledge:Taylor and Francis Group. Sumber Internet 1. http://www.islamgrid.gov.my/articles/tokohislam/Ibnu_Sina.php 2. www.saintaquinas.com/philosophy.html
38
Mawson,T.J.2005. Belief In God:An Introduction to the Philosophy of Religion .United States.Oxford University Press.Hal.231
15
Compiled & Edited By C.Ellen.J
16
Compiled & Edited By C.Ellen.J