Pengenalan
Perkataan tamadun merangkumi tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu maddana, madinah, madaniyyah, yang bermaksud Bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Daripada maddana muncul perkataan maddani yang membawa erti pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. 1 Selain itu, istilah tamadun menurut perspektif Islam ialah ia merangkumi pembangunan spiritual dan material secara serentak dan sepadu. Urbanisasi juga sebagai salah satu ciri-ciri tamadun, kerana bandar biasanya menjadi pusat berkumpulnya masyarakat, dan juga wujudnya rumah ibadah, institusi pendidikan, istana, golongan bangsawan, ahli-ahli perniagaan, pusat membeli belah dan sebagainya. Kewujudan berbagai institusi dan golongan manusia di pelbagai peringkat menjadikan sesebuah masyarakat tersebut menjadi bertambah maju dan hidup secara harmoni. Keadaan ini memperlihatkan munculnya pengkhususan bidang perkerjaan dan sistem politik yang teratur dan perkembangan ekonomi yang pesat. Pada dekad terakhir abad ke-20, kita berhadapan dengan kemunculan demokrasi liberal yang berakar umbi dalam peradaban barat. Malah kita dikejutkan dengan pertembungan peradaban antara barat dengan bukan barat. Susulan daripada ini, sesebuah negara atau sesuatu masyarakat boleh dianggap beradab ataupun sebaliknya, diukur mengikut amalan demokrasi dan hak asasi manusia. Di peringkat individu, hak asasi manusia selari dengan peradaban kerana seseorang yang
1
Chandra Muzaffar et.al, et.al, 2001. “Pengenalan Ilmu Ketamadunan” Ketamadunan” dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia , Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm.3
1
menegakkan hak asasi manusia seterusnya menegakkan kepentingan peradaban masyarakatnya. Setiap peradaban ingin memastikan warganya menikmati hak untuk mendapat makanan, pakaian, tempat tinggal, dan hak meningkatkan kebahagiaan hidup. Disamping itu juga, perkembangan dalam peradaban masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha membawa kemajuan sesebuah tamadun. Sistem tersebut berkembang bagitu pesat selari dengan perkembangan kemajuan dunia hari ini menunjukkan bahawa tamadun amat memerlukan kecanggihan sistem komunikasi bagi menghadapi era globalisasi, iaitu dunia tanpa sempadan. Definisi Globalisasi
Pada
masa
kini,
globalisasi
merupakan
satu
perkataan
yang
hangat
diperkatakan oleh pelbagai pihak tetapi sering disalah tafsirkan. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara lain, di mana pintu sentiasa terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan 2
perkembangan
teknologi
maklumat.
Manakala
cendikiawan
barat
mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, Amerika Syarikat dan bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya diertikan sebagai merujuk kepada “ rapid growth of ”.² interdependency and connection in the world of trade and finance ”.²
² Princeton N. Lyman, Globalization and the demands of governance, Georgetown Journal of International Affairs (Winter/Spring 2000), Premier Issue, hal. 90.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadansempadan namun, kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini, kita telah dapat merasakan apakah itu globalisasi, di mana dunia bukan sahaja tidak bersempadan dari segi geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik, dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, konsep globalisasi masih banyak kekaburan. Kita sebagai rakyat Malaysia memerlukan lebih banyak wacana ilmiah tentang globalisasi yang dapat memperjelaskan dan menghalusi konsep tersebut. Kebanyakan perbincangan tentang globalisasi lebih tertumpu kepada isu-isu ekonomi dan bukan dari sudut 3
globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu dan maklumat. Semua aspek globalisasi sepatutnya diperhatikan kerana ia adalah penting kepada masa depan masyarakat dan negara ini. Disamping itu juga, konsep globalisasi dari perspektif Islam dan perspektif dunia Timur perlu diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa secara yang lebih berkesan supaya masyarakat dunia berpeluang membandingkan antara satu perspektif dengan perspektif yang lain secara adil dan saksama. Kesan Globalisasi
Proses globalisasi sudah membawa banyak kesan-kesan yang baik yang telah memperkayakan kehidupan manusia, khususnya kepada masyarakat Malaysia. Di sini, kita dapat lihat di mana Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dalam era globalisasi jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) misalannya, adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Sungguhpun begitu, dalam menghadapi gelombang besar globalisasi ini, terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat sama ada dari sudut positif atau negatif, di mana banyak pihak sedang menilai buruk baiknya globalisasi ke atas peradaban Malaysia. Sebagai contoh, Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, beliau banyak menumpukan pemikirannya kepada globalisasi dan perkongsian pintar
4
sebagaimana yang terpancar dalam beberapa ucapan beliau tentang perkara ini di forum kebangsaan dan juga antarabangsa. Dr. Mahathir menggambarkan keadaan sebenar yang mungkin terjadi tentang natijah dan dampak globalisasi ini jika tafsiran globalisasi yang ada pada hari ini diterima tanpa banyak soal jawab. Seperti agama besar dan ideology yang lain, globalisasi dapat mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik lagi. Tetapi beliau memberi amaran bahawa globalisasi juga boleh disalah gunakan dan secara langsung mengakibatkan „backlash‟ backlash ‟ atau tindakan balas yang ganas ke atas peradaban kita sendiri. Selain itu, Chandra Muzaffar juga berpendapat bahawa globalisasi
membawa
kesan
positif
dan
juga
negatif,
di
mana
beliau
telah
menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi tetapi senarai keburukannya ternyata lebih panjang, iaitu sebanyak tiga belas keburukan.³ Selain memberi impak yang baik, globalisasi juga mendatangkan kesan buruk kepada peradaban Malaysia, di mana kita dapat lihat konsep globalisasi ini lebih sinonim dengan maksud peng-amerika-an dunia. Ia merupakan proses untuk menjadikan budaya Amerika diikuti oleh semua penduduk dunia. Maklumlah globalisasi dikatakan “Semua Untuk Satu”. Proses ini akhirnya akan merosakkan budaya lain selain budaya Amerika. Perkara ini tidak menjadi negatif sekiranya budaya Amerika ialah budaya yang baik, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia dan budaya timur serta
agama
Islam.
Sebaliknya
budaya
Amerika
merupakan
budaya
yang
kebanyakkannya bertentangan dengan akhlak dan norma hidup masyarakat timur amnya dan Malaysia khususnya.
³1) Lihat Joseph Globalisasi A. Camilleri & Chandra Muzaffar, eds . Globalization , hal. 180-186. Kesan dari Sudut Sosial
5
1.1
Kesan globalisasi dari sudut kekeluargaan Terdapat pelbagai kesan yang dapat dilihat daripada globalisasi. Salah satu
kesan positif yang dapat dilihat ialah lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga ataupun yang belum berkeluarga terlibat dalam pelbagai lapangan kerjaya. Kesan ini dilihat positif kerana dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Selain itu, peningkatan bilangan wanita yang berpendidikan tinggi dapat memenuhi permintaan dalam pasaran kerja di Malaysia, seterusnya mengurangkan kadar kebergantungan terhadap tenaga mahir asing. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif. Salah satu kesan negatif tersebut ialah masalah kekeluargaan serta gejala sosial yang semakin menular. Kesan tersebut dapat dilihat daripada peningkatan kes perceraian sejak akhirakhir ini. Masalah gejala sosial juga semakin meningkat dan salah satu penyebabnya adalah kerana anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malah, terdapat juga ibu bapa yang bergantung sepenuhnya kepada khidmat pembantu rumah seolah-olah pembantu rumah juga bertanggung jawab dalam memberi asuhan dan didikan kepada anak-anak mereka. Hal ini menjadi punca utama kepada kemusnahan sistem kekeluargaan seterusnya menjurus kepada berlakunya gejala sosial dikalangan anak-anak remaja. Disamping itu, berlakunya peningkatan kes perceraian mungkin disebabkan kurangnya fahaman serta didikan dalam agama disebabkan kemajuan serta globalisasi yang dicapai, pendidikan agama diketepikan. Selain dari kes penceraian, peningkatan juga dapat dilihat pada kes penderaan penderaan terhadap wanita serta kanak-kanak. Sesungguhnya Islam melarang keras perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja salah di sisi agama, malahan bertentangan dengan norma kehidupan manusia biasa. 6
1.2
Kesan globalisasi dari sudut pemakaian Jika dilihat dari aspek pemakaian pula, ramai rakyat Malaysia terutama golongan
remaja terikut-ikut dengan arus pemodenan dalam cara berpakaian. Arus pemodenan dalam berfesyen tersebut didominasi oleh barat yang telah berjaya mempengaruhi masyarakat Malaysia. Ramai remaja sekarang ini berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat serta budaya sebagai orang timur. Lebih parah lagi, golongan ini langsung tidak menghiraukan suruhan agama agar setiap Muslim menutup aurat. Disamping itu, cara berpakaian juga mencerminkan akhlak. Oleh itu, ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud : “Wahai Nabi, suruhlah isteri -isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.” Jika diteliti dari ayat di atas, jelas pada kita bahawa sebilangan besar remaja kini berpakaian bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Malah, mereka dengan perasaan bangga mendedahkan aurat mereka asalkan mereka nampak bergaya, menarik, dan mengikut gaya fesyen terkini. 1.3
Kesan globalisasi dari sudut pemakanan Seperti mana yang kita lihat sekarang ini, kewujudan restoran serta francais
makanan segera, seperti KFC dan McDonald telah tumbuh bak cendawan di negara 7
kita dan makanan segera ini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia dan mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, mahupun golongan dewasa. Fenomena yang berlaku ini merupakan salah satu daripada globalisasi yang melanda bidang pemakanan khususnya di Malaysia. Jadi, tidak hairanlah, perniagaan makanan segera tersebut dapat bertapak dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari ini. Kemasukan perniagaan makanan segera daripada barat ini sebenarnya telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran serta mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. Selain itu, proses penyediaan makanan yang disediakan juga telah mendapat pengesahan status halal daripada pihak berkuasa. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif daripada kemasukan produk asing tersebut. Contohnya, golongan remaja tidak suka makan ulam dan mereka berpendapat bahawa ulam ialah makanan golongan tua yang sudah ketinggalan zaman. Mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa makanan segera ini memudaratkan kesihatan mereka. Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 40% daripada remaja kita mengalami obesiti, dan seterusnya akan membawa kepada penyakit serangan jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana makanan segera ini mengandungi bahan kimia seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet yang menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang. Selain itu, dengan peningkatan jumlah restoran tersebut, pengusaha-pengusaha makanan yang berniaga samada melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami 8
kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai persaingan sihat, namun kerajaan juga harus memberi peluang serta ruang kepada golongan ini untuk memajukan industri makanan tempatan. Jika dilihat, ramai pengusaha-pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dek kerana persaingan sengit yang terpaksa dihadapi dengan francais makanan dari luar negara tersebut. 1.4
Kesan Globalisasi Dari Sudut Media 1.4.1 Media Elektronik Kehidupan manusia yang melalui liku-liku arus pemodenan mutakhir ini tidak
terlepas daripada penggunaan media elektronik dalam kehidupan seharian samada secara langsung atau tidak langsung. Media menurut kamus dewan edisi ketiga bermaksud alat atau perantara komunikasi. Contoh media elektronik ialah radio, televisyen, komputer dan telefon bimbit. Alat-alat ini berfungsi sebagai medium perhubungan serta alat untuk menyebarkan maklumat dengan pantas dalam masa yang singkat. Kemajuan teknologi dalam media elektronik memang tidak dapat dinafikan lagi serta membawa banyak faedah kepada manusia. Melalui media elektronik, manusia dapat berhubung antara satu sama lain dengan hanya menekan beberapa butang sahaja. Contoh alat perhubungan tersebut ialah telefon bimbit di mana seseorang itu dapat berhubung dengan manusia lain yang duduk berjauhan beribu-ribu kilometer dengannya. Peningkatan teknologi penciptaan telefon mudah alih juga melahirkan model telefon yang menampilkan kemudahan internet di mana sahaja seseorang itu berada. Begitulah hebatnya teknologi. Melalui media elektronik, kita akan sentiasa mempunyai sumber maklumat terbaru mengenai perkara-perkara yang berlaku
9
di sekitar kita dan lain-lain maklumat. Penyebaran maklumat dengan pantas ini dapat menyediakan setiap orang untuk melakukan tindakan sewajarnya. Namun begitu, bukan kebaikan semata-mata yang dibawa oleh media elektronik. Melalui media elektronik, ramai remaja yang terpengaruh dengan gejala serta aktiviti yang tidak bermoral yang ditonton. Bermula sebagai hiburan, lama-kelamaan program-program hiburan menjadi ikutan remaja pada masa kini. Selain itu, melalui media elektronik juga tersebarnya perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti fitnah, kutukan, malahan laman-laman porno juga tidak ketinggalan. Aktiviti-aktiviti kurang sihat ini jika tidak dibendung bakal mengundang keburukan yang lebih besar seperti jenayah siber, kejadian sumbang, budaya kuning dan lain-lain lagi. 1.4.2 Media Cetak Media cetak merupakan salah satu medium perhubungan terpenting di Malaysia. Contoh media cetak ialah surat khabar, majalah, risalah, dan buku. Media cetak juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan media elektronik dimana ia berfungsi menyebarkan maklumat kepada umum. Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia membeli serta membaca surat khabar setiap hari dan perbuatan ini sudah menjadi amalan harian. Untuk menampung permintaan tinggi daripada pembaca, pelbagai teknologi canggih digunakan dalam percetakan surat khabar. Kilang-kilang percetakan juga bertambah dari semasa ke semasa. Perkembangan ini mendatangkan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia. Pembukaan kilang-kilang baru semestinya memerlukan tenaga kerja serta tenaga mahir untuk menggerakkan operasi. Justeru, pelbagai peluang pekerjaan akan diperolehi oleh penduduk setempat seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. 10
Selain daripada surat khabar, terdapat berbagai lagi media cetak yang lain yang terdapat di pasaran seperti majalah. Majalah pula datang dengan pelbagai bentuk serta tujuan. Ada majalah mengenai pendidikan, fesyen, hiburan, kartun, dan lain-lain lagi. Kepelbagaian bentuk bahan bacaan ini memberi lebih kebebasan kepada kita dalam memilih bahan bacaan. Selain itu, majalah-majalah ini amat senang untuk diperolehi. Namun begitu, jika kemudahan serta kelebihan ini disalahgunakan buruk padahnya. Ramai kita lihat golongan di luar sana terutamanya golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya barat samada cara berhibur mahupun cara berpakaian. Pengaruh ini tersebar salah satunya melalui media cetak seperti majalah hiburan serta majalah fesyen yang banyak memaparkan gaya fesyen dari barat yang bertentangan dengan adat timur serta hukum berpakaian dalam Islam itu sendiri. 1.5
Kesan globalisasi dari sudut pendidikan Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan yang positif dan negatif kepada
masyarakat Malaysia. Antara kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan ialah wujudnya budaya pembelajaran sepanjang hayat atau pengajian terbuka jarak jauh. Melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-1020) contohnya, secara jelas memberi penekanan kepada penggalakan pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi menguasasi ilmu pengetahuan dan kemahiran walaupun telah tamat latihan dan pendidikan secara formal. Sebagai contoh, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah menjadikan lima buah negara sebagai lokasi pusat pembelajaran global iaitu negara Yaman, Bahrain, Maldives, Sri Lanka dan Ghana. Perkembangan seperti ini dapat melaksanakan agenda pengantarbangsaan seterusnya mengkomersilkan pendidikan di 11
Malaysia disamping dapat membuktikan bahawa kualiti program pengajian sepanjang hayat setanding dengan program di peringkat antarabangsa. Selain daripada itu, globalisasi dalam pendidikan dapat memberi kemudahan kepada golongan istimewa (OKU) yang mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental. Sebagai contoh, penyediaan perpustakaan dicipta untuk golongan ini seperti yang telah dilakukan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan kerjasama sekolah Pendidikan Khas Alma, St. Nicholas Home Penang, dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dimana pihak-pihak ini telah menyediakan catalog induk untuk kegunaan golongan isitimewa yang cacat penglihatan. Antara bahan-bahan bahan- bahan yang dibekalkan dalam bentuk Braile adalah seperti “Talking Book‟ dan „Large Prints‟. Dengan adanya kemudahan -kemudahan seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan OKU kemudahan pendidikan sama rata dan jelasnya globalisasi memberikan kemudahan pendidikan kepada golongan istimewa sama seperti masyarakat normal. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif akibat daripada globalisasi dalam pendidikan seperti berlakunya peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui buku, ensiklopedia dan diinternet. Maklumat yang disebarkan sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Sebagaimana yang kita maklum, Bahasa Inggeris merupakan bahasa standard yang diterima pakai oleh semua negara membangun. Selain itu, bahasa Inggeris telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa pengantaraan dalam proses pengajaran bagi memudahkan mendapatkan maklumat. Kini, sudah banyak IPTA dan IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal 12
ini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia seterusnya akan membantutkan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berasaskan Bahasa Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa globalisasi pendidikan akan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Selain dari itu juga, globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf al-Qaradawi, al-Qaradawi, “Sesungguhnya globalisasi hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk menguntungkan yang kaya dan untuk memanfaatkan blok utara yang kaya terhadap blok sel atan yang miskin”. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya, manakala yang miskin akan terus miskin. Pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa
seperti
Bank
Dunia
berperanan
dalam
mewujudkan jurang yang besar antara negara blok utara dan blok selatan. Negaranegara dunia ketiga yang berada dalam blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam. Dalam era globalisasi, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negaranegara maju di blok utara. Oleh itu, jelaslah bahawa globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan negara maju ke atas negara miskin dan negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Disamping itu, jika dilihat dari aspek budaya, warga Malaysia perlu bersiap sedia menangani segala bentuk ancaman perpecahan kepelbagaian budaya akibat daripada globalisasi. Walau bagaimanapun, u ngkapan “kesatuan dalam kepelbagaian” boleh 13
digunakan bagi merujuk perkembangan budaya dalam era globalisasi ini. Terdapat beberapa ciri budaya etnik yang boleh diterima oleh bangsa yang lebih besar di negara yang berlainan hingga menjadi ciri budaya yang universal. Kesatuan budaya boleh disatukan dengan kemudahan telekomunikasi, teknologi maklumat, dan juga ekonomi. Pelbagai usaha perlu dipergiatkan bagi melahirkan bangsa serantau dan bangsa yang berkeperibadian nasional yang utuh, berperikemanusiaan, memiliki daya maju, daya tahan, dan berdaya saing untuk menempuh era globalisasi dan liberalisasi yang berterusan menyerang perkembangan budaya etnik, khususnya melalui hegemoni budaya Amerika Syarikat. Fahaman pelbagai budaya oleh pelbagai suku bangsa dan kaum di Malaysia tidak menjadi suatu masalah sekiranya rakyat di Malaysia bersatu padu. Bersatu padu dalam erti kata penyertaan menyeluruh yang memungkinkan perkongsian tradisi agama dan budaya dan saling menghormati kewujudan masingmasing. Kesimpulan
Kesimpulannya, globalisasi harus ditangani dengan berhati-hati. Kerajaan kita harus mengambil langkah-langkah yang proaktif agar rakyat kita amnya dan remaja khususnya tidak terjerumus dalam lembah kehinaan yang sememangnya dirancang oleh negara maju untuk memusnahkan golongan muda agar negara-negara miskin dan membangun senantiasa melutut kepada mereka dan menagih simpati dan pertolongan yang akhirnya membelenggu kita dari segala aspek kehidupan kita. Jelaslah bahawa globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk penjajahan, iaitu penjajahan dari segi mental, ekonomi, budaya, sosial dan politik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati menghadapi era globalisasi ini kerana kita sedia maklum bahawa cabaran globalisasi dan 14
implikasinya terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan yang baik haruslah difikirkan dan diterima secara positif, manakala kesan negatif haruslah dielakkan bagi membina kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara kita. Disamping
itu,
globalisasi
merupakan
suatu
bentuk
perubahan
dan
pembaharuan yang harus dihadapi oleh masyarakat Malaysia dalam kesatuan konsep bangsa dan negara dan tidak seharusnya dianggap sebagai ancaman kepada budaya etnik dan konsep kebudayaan Malaysia. Menurut Friedman (2000), beliau tidak memulakan globalisasi malah tidak mampu untuk menghalang globalisasi, kecuali dengan menanggung kos pembangunan manusia yang besar. Jika dilihat dari persepektif peradaban, ia lebih mementingkan isu pembentukan budaya yang sihat baik budaya politik mahupun budaya intelektual. Sebagaimana yang kita semua ketahui, peradaban Islam merupakan teras kepada peradaban di Malaysia. Ini adalah kerana perspektif Islam yang digunakan adalah perspektif universal, maka segala pertimbangan yang dibuat seharusnya dapat diterima oleh agama-agama lain di Malaysia. Pengaruh globalisasi sungguh besar dan luas sehingga meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini berlandaskan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain, penilaian baik dan buruk fenomena globalisasi perlu dinilai dengan berterusan dan lebih teliti lagi. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu menggunkan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik dari aspek kerohanian ataupun dari aspek intelektual.
15
APENDIKS
1.
5.
Antara kesan kesan buruk buruk laman web web sosial
Dan apabila artis diagungkan melebihi pemimpin sendiri
2.
6.
Inilah antara sebab mengapa barat memperkenalkan globalisasi Antara medium medium yang yang digunakan digunakan barat dalam sistem globalisasi
3.
Di manakah letaknya budaya ketimuran sebenar pada generasi muda kini
4.
Fahamilah maksud sebenar 'sistem pengecilan dunia' 16
RUJUKAN
A. Aziz Deraman & Rohani Zainal Abidin. (2003). Globalisasi Globalisasi dan Peradaban Peradaban di Malaysia. . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fayers, P.M & MacHin D. (2000). Quality of life and Assesment, Analysis and Interpretation. UK. John Wiley and Sons. Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman. (2007). Dunia Pendidikan Dalam Era Globalisasi: Peranan dan Cabaran. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Nurani Othman. (2000). Malaysia menangani globalisasi, peserta atau mangsa? Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. www.nst.com.my/
17