Pengurangan subsidi oleh kerajaan Malaysia:kewajarannya dan kesan tindakan ini. 30 mei 2010 Perbahasan isu subsidi di mana2 pun panas dan emosional.tidak kira di Negara kaya seperti amerika syarikat dan Negara2 eropah atau Negara miskin seperti mesir.di mesir berlaku rusuhan apabila subsidi roti dikurangkan menyebabkan harga roti melambung tinggi.di eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran seperti tomato,susu lembu dan sebagainya.kerajaan Malaysia telah mengadakan mekanisme khas dipanggil makaml rasionalisasi subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal pada 27 mei 2010 di ibu Negara untuk menjelaskan tindakan kerajaan ini
Rasional penghapusan subsidi 1.malaysia akan bankrupt jika subsidi terlalu besar jumlahnya.menteri di jabatan perdana menteri datuk seri idris jala yang juga ketua pegawai eksekutif,unit pengurusan prestasi dan pelaksanaan (pemandu),mengumumkan (pemandu),mengumumkan bahawa kerajaan tidak mampu lagi menampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang.malah Negara akan muflis/bankrupt dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan Negara tidak dikurangkan.beliau juga membandingkan Negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan menghapuskan langsung subsidi.subsidi,tak subsidi.subsidi,tak kira subsidi tol, bahan api,elektrik,gula,tepung api,elektrik,gula,tepung atau minyak minyak masak dikurangkan atau dimanuhkan secara berperingkat mulai ta hun ini.matlamatnya adalah untuk kurangkan perbelanjaan sehingga rm103 billion dal am tempoh lima tahun.seben t ahun.sebenarnya arnya Malaysia adalah Negara yang paling tinggi subsidi di dunia,subsidi berjumlah rm74 billion tahun lalu memanglah bear.daripada jumlah itu.subsidi social sebnyak rm42.4 billion,bahan api dan elektrik (rm23.5 bilion),prasarana(rm4.8 bilion0 dan makanan (rm3.4 bilion ).purata subsidi itu bersamaan rm 12,900 bagi setiap isi rumah. 2.golongan kaya juga menikmati subsidi dan menyebabkan pembaziran.subsidi menyebabkan kemudaratan apabila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan,misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.di Malaysia pengilang dan pelabur mendapat subsidi berbilion2 ringgit.antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh ipp dan kilang pembuatan).golongan kaya yang pakai kereta mewah seperti Mercedes benz dan bmw dapat subsidi minyak petrolyang berkali2 ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna kancil atau proton.mereka akan membazir petrol kerana mereka kaya dan harga petrol rendah.misalnya mereka membiarkan enjin kereta berjalan sungguhpun sedang menunggu atau memakai kereta untuk membeli sebungkus rokok di kedai.kilang yang dapat subsidi sepatutnya menjual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna.mungkin ini tidak benar.harga lebih tinggi dikenakan terhadap pengguna jika penguatkuasaan lemah
menyebabkan pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar,macam subsidi harga padi.
Kebaikan subsidi 1.subsidi memajukan ekonomi Negara.orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi .ambil contoh subsidi baja.petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja.kalau tidak kerana skim subsidi baja,industry baja kita tidaklah sebesar sekarang.subsidi menjana ekonomi.seorang pengguna yang terima rm1 ringgit subsidi akan belanja duit itu.pekedai dapat hasil.pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengan harga rm1 itu diperolehnya dengan harga lebih rendah daripada p embekal.pembekal beli lebih rendah dari pengilang.setiap kali duit rm1 itu bertukar tangan,ia menambah kepada nilai ekonomi .tegasnya subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi.ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran,menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.
Kesan negative penarikan balik subsidi: Pentadbiran datuk seri najib razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini.ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang Negara yang mencecah rm362 bilion (54 peratus daripada keluaran dalam Negara kasar(kdnk),tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar. 1.golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kemiskinan.jika subsidibaja dan subsidi harga padi ditarik balik,ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras Negara merundum.subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi.ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran ,menambah juasa membeli dan mengurangkan inflasi.sebaliknya jika subsidi ditarik balik,kos makanan akan meningkatkan kerana harga gula dan petrol meningkat.golongan berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan. Potongan subsidi akan jejaskan rakyat.pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat.kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.pengilang,penyedia perkhidmatan,pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi.setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).api inflasi akan menyemarak .jika di luar kawalan,ekonomi Negara juga akan lumpuh. Subsidi juga merupakan duit rakyat yang perlu dinikmati rakyat.sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan ,sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.duityang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan,tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat.kerajaan sekadar menguruskannya.apakah hutang Negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan,ketirisan dan
rasuah?jika para pemimpin besar terus hidup dengan mewah,boros dan menunjuk2,pengiring polis berkereta dan bermotosikal,pengawal peribadi,permaidani merah,kerusi tinggi,perbarisan pegawai dan makanan berlambak,ekonomi Negara juga akan lumpuh. Kesimpulannya: Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para ³free marketeer´,tabung mata wang antarabangsa (imf) dan bank dunia.tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata,khasnya golongan majority yang masih miskin,terpinggir dan memerlukan bantuan.